|
jazaa posted on 25-12-2014 06:44 PM
Ooo...ingatkn ni cerita dolu-dolu waktu akk baru kawin ke...
Tak pe lah dia kacau akk & suami.. ...
@jazaa ni kisah akak cerita masa dah ada anak-anak.
Bila jazaa cakap pasal ni, akak teringat pasal sebelum kawen gangguan yang suami akak kena kat rumah bujang dia sampai tak berani balik rumah. Also pasal panggilan pelik waktu sepatutnya hari kami bernikah dan waktu bersanding...nanti ada rezeki akak cerita.
SEbenarnya, kami dapat tahu pasal niaya orangni dah lewat.
Sebab? konon orang modern, mana nak percaya benda-benda macam ni kan....bila dah jadi teruk sampai suami sakit, dari senang jadi susah, anak-anak pun kena kacau ...dalam taknak percaya, akak akur jugak aniaya manusia ni memang dasyat jika hati sudah hitam.
|
|
|
|
|
|
|
|
best2... rajin betul akak update,,saya suka
|
|
|
|
|
|
|
|
Hi kak @isaura. tumpang simpati dgn akak. cerita akak memang superb... kira akak ni ade six senth lah ye |
|
|
|
|
|
|
|
UniQiUni posted on 25-12-2014 07:54 PM
best2... rajin betul akak update,,saya suka
heheh UniQiUni...sebenarnya hari ni akak free ya amat dan juga dah lama dah memendam perasaan nak share dengan korang semua kat sini.....so bila sekali dah buat, terus ku luahkan semuanya non-stop....
kalo akak senyap je takde hapdet apa-apa tu maknanya busy ya amat la tu. But for now mood tengah nak mengadu domba kat sini apa yang akak sekeluarga alami.....korang sudi--sudikanlah baca kot-kot boleh dijadikan peringatan dan pengajaran (mana le tahu dapat belajar gak sikit-sikit dari cerita ceriti akak ni)
|
|
|
|
|
|
|
|
mrs.uzair posted on 25-12-2014 08:05 PM
Hi kak @isaura. tumpang simpati dgn akak. cerita akak memang superb... kira akak ni ade six senth la ...
tq dik, sesungguhnya segala challenge yang Allah beri pada kita tu sebenarnya nak tingkatkan keimanan dan ketakwaan kita pada Allah bahawa Dialah yang menyusun segala aturan hidup kita. Ini yang akak belajar bila akak diduga pelbagai pengalaman pahit manis dalam hidup. Cuma sebagai manusia kadang-kadang ada waktu kita breakdown gak sekejap, tapi tak boleh lama-lama...kena fight rasa down tu, down 5 minit je cukuplah (akak pandai je cakap kadang-kadang mahu gak down sehari dua depends pada situation).
Nak kata 6th sense tu akak tak sure la ye ke ada ke tidak tapi i guess semua manusia diberi 6th sense - memang dah sedia ada, cuma samada sixth sense tu tajam macam mata burung hantu di tengah malam atau rabun-rabun ayam je.
Tapi bercakap pasal 6th sense ni teringat plak kisah akak masa remaja. -akak edit sikit cerita dah melalut sampai ke cerita ragging...so back to the story seram tak seram akak ni....
So kalau kat asrama kan kita ada prep time. Satu hari tu akak tak sihat, so kakak angkat akak jagalah akak kat bilik. Bilik akak masa tu tingkat 3 (paling atas) dan selalunya hujung sekali akan ada bilik membasuh dan toilet + shower. So masa demam tu, akak nak pergi toilet, so kakak angkat akak jaga (ni time dah jadi favourite senior-senior pulak dah). So lepas melepas hajat kecil, kitorang ni jalan la bersaing-saing nak pergi ke bilik.
Time tu hanya kami je kat tingkat 3 sebab semua tengah prep malam kat bilik study di ground floor.
Tiba-tiba, masa lepas bilik membasuh, dekat dengan tangga akak terdengar suara lelaki berdehem. KUAT GILER!
Akak terhenti. Kakak angkat akak pulak tanya kenapa berhenti jalan. Masa dia tanya tu, akak dengar suara lelaki dekat tangga (tapi tak ada orang) menegur akak 'Isaura tengah buat apa tu'....
Ya Allah....bayangkan tenaga kakak angkat akak (dia besar sikit, akak cinonet) menyeret akak macam heret guni kentang sampai tercampak selipar akak ke bawah. My pet-sis seret tau, bukan ajak lari dah....punyalah cekapnya dia...maka terseretlah akak sampai masuk bilik, kunci pintu dan kami berpeluk-peluk mengeletar pegang yassin. Pegang je, bacanya takpun! Sebab dah terlalu panic.
Siapakah yang menegur itu? Tidaklah akak nak tahu lepas tu. Kami berpeluk-peluk sampailah pintu bilik kena ketuk dengan budak-budak yang habis prep malam tu. Esoknya akak okay, pet-sis akak demam
Last edited by isaura. on 25-12-2014 10:28 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah panjangnya haku berceloteh...sorry korang, akak lupa diri la pulak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hantu stokin tu saya pernah jumpa dulu.waktu tu saya darjah 4.Is jumpe yg belang2.sy jumpe stokin putih |
|
|
|
|
|
|
|
isaura. posted on 25-12-2014 08:51 PM
Ya Allah panjangnya haku berceloteh...sorry korang, akak lupa diri la pulak....
Hehe... x pe kak panjang2... saya sedia membaca. dah ketandusan cerita mistik nak dibaca... keep it up share experience akak tau, penulisan akak superb, smooth je saya baca... |
|
|
|
|
|
|
|
isaura. posted on 25-12-2014 06:29 PM
sebenarnya @jazaa benda ni masih ada lagi....sebab yang ayah akak cakap hantu raya tu, bukan hantu ...
tahun 2007 saya sendiri kena
saya faham sangat masa akak kena dengan makhluk anubis tu,
nak bersuara memang takleh langsung kaki tangan berkunci habis
tu 1st time kena, sampai demam panas on the spot
macam akak kata, semangat hilang habis
nak mandi bagai, orang kata macam tak mandi je, sebab mandi cepat2
rasa insecure, macam ada orang perhati belah belakang
nak tidur, pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena
masa kena tu, nak pulih semangat makan berbulan la kak
kena pulak, lepas 3 bulan camtu saya kena kali ke-2
tapi yang tu takla sampai demam2, semangat pun taklah jatuh sampai zero
yang tu dia kacau kaki je, rasa kebas2 sejuk semacam secara tiba2
dia datang tengok lepas tu pergi, agaknya makhluk yang tinggal dekat hostel
sebab masa tu saya baru masuk uia kuantan beberapa hari (orientasi pun tak habis lagi)
|
|
|
|
|
|
|
|
katakpisang88 posted on 25-12-2014 11:00 PM
Hantu stokin tu saya pernah jumpa dulu.waktu tu saya darjah 4.Is jumpe yg belang2.sy jumpe stokin pu ...
ye ke ktakpisang88.....boleh main tukar-tukar rupa plak dia kan.....sama tak hidung dia besar panjang terjuntai?
sebab akak punya memang hidungnya besar gila dan panjang terjuntai-juntai.....
|
|
|
|
|
|
|
|
mrs.uzair posted on 26-12-2014 01:40 AM
Hehe... x pe kak panjang2... saya sedia membaca. dah ketandusan cerita mistik nak dibaca... keep i ...
toce toce mrs. uzair...payah jugak nak menulis a.k.a menaip....sebab tak serupa dengan bercerita...
feelnya tak sama...tahap keseraman pun tak sama sebenarnya..
anyhow, semalam akak terbangun pukul 3:36am (akak ni ada habit, kalau terbangun tengah malam mesti nak tengok jam dulu sebabnya? selalu sangat kena! so kena check waktu).
memang trend diorang agaknya suka gurau-gurau dengna manusia time-time macam ni...time orang nak buat tahajud time tu le diorang pun sama galak nak bergurau.
akak ada mimpi pelik semalam tapi boleh nak recall pulak pagi-pagi ni (dah patut makan gingko biloba ni). Masa terbangun terasa seperti diperhatikan dan rasa macam nak kena tindih. Tapi akak lawan cepat-cepat, sebelum nak kena tu akak cepat-cepat tukar position dan bangunkan suami minta peluk, boleh?
Macamlah peluk suami tu boleh menakutkan benda-benda ni kan (sebenarnya akak ni merajuk-merajuk manja dengan suami, tapi bila dah seram bulu roma akak suruh dia peluk, so dia ingat akak dah ok padahal hari ni nak sambung balik merajuk manja ku).
Bila dipeluk tu siap baca semua surah-surah lazim yang akak ingat.
Sebab?
Weh, jangan tak tahu akak pernah kena peluk dengan 'suami'
Pernah nyaris kena 'noda' dengan 'suami'
|
|
|
|
|
|
|
|
isaura. posted on 26-12-2014 10:12 AM
toce toce mrs. uzair...payah jugak nak menulis a.k.a menaip....sebab tak serupa dengan berceri ...
Oops! ‘suami‘ yg akak maksudkan kat sini, adekah hantu raya? Huwaaa... serem! |
|
|
|
|
|
|
|
'DIA' HILANG WAKTU PAGI SAMBIL SENYUM SIMPUL
Okay, cerita pasal suami peluk-peluk ni, memang dia selalu jadi mangsa bila akak kena tindih atau hampir kena tindih. Akak akan pastikan suami mesti turut merasai keseramanku. Baru la adil. Kalau akak seorang sahaja kena mana boleh ye tak?
So setiap kali akak kena tindih atau nak kena tindih akak memang akan paksa peluk akak, atau suruh dia bangun bukak lampu la...kadang-kadang akak trick jugak dia, macam semalam waktu dia peluk tu akak still rasa insecure. Baru nak pejam mata dah dengar macam ada orang nak 'kopek' pintu, so akak paksa dia bangun jugak (padahal mood tengah merajuk manja dengan dia) suruh dia check pintu-pintu rumah.
Tu sebenarnya tektik akak nak pastikan supaya 'kalau aku tak boleh tidur, dia pun tak boleh tidur jugak!'
Tetapi selalunya berjaya separuh jalan sahaja sebab macam akak cakap, setiap kali akak kena kacau mesti suami akak akan jadi sangat-sangat mengantuk. Kalau hari yang nak tak kena, elok pulak terbuntang matanya tak mahu tidur!
Ok, sebab akak asyik sebut-sebut suami so akak nak cerita pengalaman akak dengan 'dia'. Siapa 'dia' ni nanti bila dah habis celoteh akak ni korang akan tahu.
Untuk pengetahuan semua, akak dah puas check dengan ustaz-ustaz sehinggalah ke Dato Harun Din sendiri samada ada saka pada akak, atau suami. Jawapan mereka ialah tiada. Tiada gangguan saka keturunan. Saka orang tu akak tak pasti tetapi semua yang akak dah jumpa cakap memang tiada saka.
Benda ni berlaku beberapa tahun lepas juga tetapi di rumah lain (sebenarnya di mana sahaja kami berada, mula-mula sahaja ok lepas tu mesti ada gangguan).
Dulu, sudah menjadi habit kami suami isteri selepas menghantar anak-anak ke sekolah, sekitar jam 9 pagi kami akan 'nap' sekejap. Mengapa? sebab kami selalu tidur lewat malam so confirm mengantuk. Nap tu selalunya dalam 30minutes ke 1 jam ...kadangkala terlajak juga bila terlalu mengantuk.
Jadi seperti biasa kami akan tidur diruang tamu.
Masa tu akak memang terlalu mengantuk. Baru sahaja nak terlelap, tiba-tiba suami akak peluk dari belakang. Dalam hati akak 'ala, dah sudah! time-time ni pulak nak menggatal, aku mengantuk gila dah ni', begitulah lebih kurang hati akak berkata-kata sebab akak memang mengantuk sangat-sangat. Memang masa tu akak rasa bengang la jugak, macam tak menyempat-nyempat la pulak tetapi bila teringatkan hukum seorang isteri menolak kehendak suaminya, so akak biarkan je la tangan dia meraba-raba peluk-peluk akak.
So kedudukan suami akak ni dibelakang akak (ala-ala macam spooning position ). Lepas tu akak rasa dia cium-cium leher akak (korang jangan imagine melampau-lampau tau). Ok lagi time tu. Lepas tu akak dengar nafas dia kuat mendengus. Mendengus-dengus macam kerbau jantan nak serang orang pakai baju merah je gayanya. So akak dah mula cakap dalam hati 'isy, apesal gatal sangat ni!'.
Lepas tu suami akak ni beralih tempat dari sebelah kanan akak, beralih ke kiri (korang imagine la sendiri macamana dari spooning position sebelah kanan akak, bertukar ke dia berada di sebelah kiri akak). Time ni akak masih berbaring dan dia masih berbaring mengadap-ngadap muka.
Ok, sebelum adengan seterusnya korang janganlah imagine sx18 tau sebabnya kitorang masih lagi berbaju.
So, suami akak ni macam raba-raba akak, cium-cium dahi, leher semua. Cuma masa ni akak rasa macam terlebih 'caring' la pulak suami ni, dan asyik nak mendengus-dengus je macam tak tahan sangat dah, so akak bertukar arah nak pusing ke sebelah kanan.
Alangkah terkejutnya akak tengok sebelah kanan akak elok je suami akak tengah tidur, kemain syok dia tidur!
So siapa yang meraba-raba cium akak nak ajak romen ni????
Akak pun pusing ke kiri semula, dan masih ada 'dia' ni masih dalam keadaan menyerupai suami akak. Dia dah duduk sambil pandang akak yang sedang terbaring yang sedang confuse sambil senyum simpul. Senyum simpul you all!!!! Mata dia merah menyala-nyala. Sekejap itu jugak akak macam kena kunci dan akak nampak susuk tubuh suami akak ni berubah jadi asap hitam dan akhirnya hilang begitu sahaja!
Elok sahaja 'dia' hilang, akak dapat kekuatan nak bangun. As usual akak mesti jerit-jerit kat suami (sebab bila akak kena mesti dia tidur mati). Badan akak mengeletar bagai nak rak. Akak mengadu kat suami, dia boleh peluk akak dan ajak tidur balik, boleh? Tak boleh harap betul suami akak time tu. Sorrylah kalau akak boleh 'nap' lepas tu. Memang tak ada harapan nak 'nap dah.
Actually memang sebelum tu ada juga percubaan 'dia' nak menodai akak...ala-ala goda akak dalam rupa bentuk suami tetapi Allah melindungi akak daripada dinodai, Alhamdulillah. Cuma perbezaan sebelumnya ialah akak kena begitu sewaktu dalam keadaan hampir ditindih tetapi kali ini akak dalam keadaan normal, sedar dengan jelas dan waktu siang pulak tu!
Melampau betul kan?
Last edited by isaura. on 26-12-2014 10:47 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
lavender_aqua posted on 26-12-2014 09:28 AM
tahun 2007 saya sendiri kena
saya faham sangat masa akak kena dengan makhluk anubis tu,
nak ber ...
ya lavender, memang hilang semangat dibuatnya...rasa mata-mata seram banyak memerhati kan kita siang dan malam kan....
|
|
|
|
|
|
|
|
isaura. posted on 25-12-2014 04:14 PM
sambung balik...
so bila dah jumpa ayah akak....part paling boring ialah ayah akak ni selalunya t ...
Akak ceritalah kepelikan akak pasal hamba Allah bersongkok berbaju melayu berkain pelikat yang tiba-tiba muncul seolah-olah protect akak dari serangan si tentera Anubis ni. Ayah akak cakap wallahualam, tetapi mungkin itu bantuan yang Allah sampaikan untuk akak waktu tu kot, katanyerrr
kirim salam aku kat yg berkain pelekat tu ya
jangan dia menebeliakkan bijik matanye udah leeeee
|
|
|
|
|
|
|
|
mrs.uzair posted on 26-12-2014 10:41 AM
Oops! ‘suami‘ yg akak maksudkan kat sini, adekah hantu raya? Huwaaa... serem!
Ya, tepat sekali!
Actually lepas incident yang 'dia' menjelma siang hari kami jalani hari-hari seperti biasa. Kalau dah selalu sangat kena kacau macam-macam kadang-kadang dah malas nak fikir.
Walau bagaimanapun, dalam seminggu dua selepas incident ni kami pergi menziarah seorang ustaz . Menziarah saja-saja je, tapi entah macamana sambil borak-borak akak terkenang kan kisah yang akak hampir kena romen siang hari tu. So ustaz tu macam pejam mata, berzikir lepas tu terpancul ayat 'Astaghfirullalazim, Allahu Akbar!' - kuat jugak ustaz tu macam terkejut, tu yang terkeluar ayat tu. Akak pun terkejut dibuatnya.
Ustaz cakap, yang ganggu akak tu hantu raya yang ikut akak dari rumah lama (actually sehari dua sebelum akak kena tu kami suami isteri ada pergi melihat-lihat rumah lama kami).
Sewaktu kami datang tengok rumah, suami akak yang buka kunci rumah tetapi akak yang buka pintu. So, masa akak buka pintu tu akak terasa satu angin sejuk menerpa tubuh akak dari dalam rumah betul-betul sewaktu akak buka pintu. Jadi akak tanya suami samada dia ada terlupa nak tutup kipas ke? Suami akak cakap dia switched off main switch electric rumah.
Waktu masuk akak bagi salam biasa dan salam untuk masuk tempat baru/kosong. Masuk je dalam rumah, akak minta suami check if ada tingkap atau sliding door rumah yang terbuka. Akak pulak terus ke dapur (ni memang favourite akak kalau visit rumah). Yelah, rumah dah ditinggalkan beberapa bulan mesti nak bersihkan habuk-habuk dan segalanya.
Suami akak masuk bilik kami, lepas tu akak dengar suami azan. Akak pelik gak kenapa suami azan jam dah nak hampir 6 petang dah tapi akak fikir mungkin suami saja-saja nak azan. Lepas tu suami akak keluar dan ajak akak balik.
Akak terkejut jugak apa ke halnya tiba-tiba ajak balik padahal kami tak sampai 5 minute baru sampai. Suami akak masih ajak balik jugak. So kami baliklah. Akak tertanya-tanya juga pada suami tapi dia kata tak ada apa-apa, saja nak balik cepat.
Lepas sehari dua tu lah akak kena kacau.
So ustaz cakap, yang langgar akak tu 'benda' tu la...dia dah ikut akak balik.
So ustaz macam bengang jugaklah sebab benda ni berani nak ikut-ikut balik. Ustaz tak bagi kami pergi rumah tu selagi tak dibuat sesuatu. Jadi ustaz cakap dia sendiri akan pergi tengok rumah tu nanti sebab katanya ni dah melampau sangat dah diorang ni.
Siapa diorang ni? Entah, akak tak tahu.
|
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 26-12-2014 10:58 AM
Akak ceritalah kepelikan akak pasal hamba Allah bersongkok berbaju melayu berkain pelikat yang tib ...
adoi! janganlah...seram akak.
Actually memang taknak pun tahu siapa yang bersongkok tu walaupun mula-mula tu akak curious jugak.
Akak sebenarnya taknak tahu, taknak kena....
Nak aman-aman je, engkau dengan dunia engkau dan aku dengan dunia aku.
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum kak tt
Sonok baca citer akak ni...seram
apapun teruskan bercerita ye kak |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_jy77 posted on 26-12-2014 12:00 PM
kak, asben akk x ckp ke ape dia nmpk dlm bilik akak yg buatkn dia azan tu?
sonok baca ...
akak ada tanya, dia cakap dia tak nampak apa-apa tapi dia rasa macam ada 'mata' yang memerhati
bulu roma berdiri-diri tu yang dia azan terus tu, dan ajak akak balik.
ala, suami akak ni memang taknak cerita sangat sebenarnya...selalu jugak akak marah dia macam ada satu incident ni.
akak masa tu kemaruk menjahit (orang baru belajar menjahit pakai mesin automatic so macam jakun sikit). So malam tu suami akak nak ambil anak sulung akak dari tuition sekitar pukul 10pm.
Sebab akak ralit sangat menjahit so dia taklah ajak akak, diajaknya anak-anak akak yang lain. So tinggallah akak berseorangan. Biasa je kena tinggal seorang diri tapi masa akak tengah ralit menjahit tu tiba-tiba tak semena-mena bulu roma akak berdiri.
Ayah akak ada ajar dulu, katanya bila bulu roma berdiri sebenarnya itulah interaksi roh kita dengan alam. So kalau bulu roma berdiri dan kita rasa takut, so cepat-cepatlah 'blah' kalau rasa ilmu kurang didada. Kalau bulu roma berdiri tapi seolah kita mengiyakan sesuatu (macam bila kita dengar suatu berita gembira dan bulu roma berdiri-diri), itu adalah satu cara bahasa alam meng'iya'kan sesuatu apa yang kita fikirkan. Lebih kurang macam tu la...faham tak? tak faham buat-buat faham je lah ya...akak ni tak pandai karang bahasa.
So, masa tu bulu roma akak berdiri-diri yang memang takut satu macam. Tiba-tiba rasa macam diperhatikan dengan pandangan mata-mata yang menyeramkan. So, akak ni kuatkan volume tv, tapi akak dengar macam ada orang di dapur seolah-olah buat kerja dan berbisik-bisik. Akak kuatkan volume tv lagi. Tapi ketakutan akak ni tiba-tiba macam takboleh nak control.
Mata akak tertumpu pada lorong nak ke dapur (ni di rumah lain tau). Akak terbayang-bayang dikotak fikiran akak sesuatu sedang merangkak perlahan-lahan ala-ala ju-on (sumpah, tak tengok cerita hantu pun sebelum tu) menghala ke arah akak. Ini akak nampak dalam kotak fikiran akak so akak berubah tempat, bersandar ke dinding (so jangan ada benda kat belakang akak la kononnya). Mata akak memang tertumpu di lorong dapur tu je.
Akak telefon suami akak, panik sangat dah sampai akak dah nak menangis suruh suami balik. Suami akak kata dia baru je ambil anak. Dalam pada takut tu akak teringat pesanan ayah akak : baca selawat nabi 3x hembus di tapak tangan dan pukul 3 kali dinding yang hampir dengan akak.
So akak buat cepat-cepat, dan bayangan dalam minda akak tu hilang tetapi rasa takut akak tak hilang-hilang sehinggalah suami akak balik. Bila dia sampai rumah dia boleh tanya kenapa akak bersandar kat dinding duduk diam je (dia tak tahu akak ni separuh nak pengsan ketakutan yang tak semena-mena)
Bila dah tenang sikit akak beritahulah suami yang akak rasa seperti ada sesuatu dalam rumah dan suami akak dengan relax je kata itu mainan minda je.
p/s esoknya suami cerita rupa-rupanya dia kena. Ada suara perempuan menjerit sekuat-kuat hati di telinga dia sewaktu dia sedang bersiap-siap nak keluar ambil anak akak dari tuition!
Memang dia dah tahu ada benda tu, dia boleh buat donno dan biarkan akak sorang-sorang! Jahatlah suami akak ni!
Last edited by isaura. on 26-12-2014 12:27 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|