|
[Jenayah]
GEMPAR!:Ketua Muslimat PAS Batu Melintang DiBunuh!UPDATE#24 MOTIF DIBUNUH
[Copy link]
|
|
KOTA BHARU: Seorang lagi individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat guru al-Quran di Kampung Dendong, Jeli minggu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Ahmad Taufek Abdullah berkata, lelaki berumur 54 tahun itu yang beralamat terakhir di Tanah Merah ditahan di kedai kopi di Kampung Batu melintang, Jeli pada 5 petang semalam.
"Kita akan cari orang terakhir yang berjumpa dengan mangsa bagi membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.
Ahmad Taufek berkata, suspek kini direman selama tujuh hari.
Seorang individu berumur 52 tahun ditahan Jumaat lalu dan turut direman.
Pihak polis sedang menyelesaikan kes berhubung kematian Ruziah Saupi, 50, yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu sebelum ditemui mati pada Khamis lepas di tebing Sungai Pergau, Batu Melintang. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Ogos 2015 @ 3:55 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kucen_miang at 3-8-2015 04:54 PM
warga budu takda lain dah, tak dadah.. tino, tak tino... dadah.
Innalillah. semoga pembunuh menerima balasan yg setimpal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lokasi mayat ditemui. Gambar kecil: Ruziah
KOTA BHARU - Hasil siasatan awal polis berhubung kes pembunuhan seorang guru mengaji yang ditemui dengan kesan kelar kaki dan tangan di tebing Sungai Pergau, Batu Melintang, Jeli, 30 Julai lalu, didapati bermotifkan cemburu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, siasatan pihaknya mempercayai pembunuhan ibu tunggal tujuh cahaya mata yang sudah enam tahun kematian suami itu membabitkan hubungan cinta antara kedua-dua suspek yang ditahan.
Katanya, sehubungan itu, perintah reman suspek yang berusia 52 dan 54 tahun itu masing-masing dilanjutkan tujuh hari lagi bagi membantu siasatan.
“Buat masa sekarang, kami syak mereka menaruh minat terhadap mangsa menyebabkan timbul cemburu sehingga kejadian berlaku.
“Bagaimanapun itu hanya motif awal dan siasatan terperinci masih diteruskan kami mengetahui motif sebenar,” katanya selepas penyampaian hadiah kepada pemenang Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Kontinjen Kelantan 2015 di Ibu Pejabat Polis daerah (IPD), di sini, hari ini.
Konvensyen disertai 18 pasukan dan diungguli kumpulan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) diikuti naib johan, IPD Gua Musang.
Terdahulu, mangsa, Ruziah Saupi, 50, ditemui seorang penjala ikan pada jam 12 tengah hari di atas batu di kawasan Kuala Air Kepal, Sungai Pergau kira-kira satu kilometer dari rumahnya di Kampung Dendong selepas tiga hari dilaporkan hilang, bermula 28 Jun.
Menurut Mazlan lagi, kedua-dua suspek juga sudah kenal lama dengan mangsa kerana tinggal di kampung sama dan menolak kemungkinan mangsa disamun berdasarkan tiada kesan pencerobohan atau pergelutan ditemui di lokasi kejadian. Barang berharga mangsa juga tidak dilarikan.
“Pembunuhan ini adalah satu yang amat mengejutkan kerana melibatkan seorang guru mengaji. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan mangsa tidak sepatutnya dibuat sebegitu.
“Pihak polis mengambil tindakan serius terhadap kes ini dan akan melakukan siasatan secara terperinci dari segala aspek bagi mengetahui jawapan sebenar mangsa dibunuh,” katanya
Kedua-dua suspek dikenakan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/guru-mengaji-dibunuh-kerana-cemburu-1.418124
|
|
|
|
|
|
|
|
krikk krik sangat thread ni dek |
|
|
|
|
|
|
|
dah tua tua pun cemburu macam orang berdarah muda sampai berbunuhan |
|
|
|
|
|
|
|
mati2 ingat kes samun ke dadah tak sangka betul ini motifnya
|
|
|
|
|
|
|
|
betullah akak hantu...bila sebut tempat kejadian..itu yg terlintas difikiran...rupanya suspek sespek kertu yg cemburu
|
|
|
|
|
|
|
|
gigih bergaduh kan dek.nanti kalau ada lagi cerita kita hapdate
|
|
|
|
|
|
|
|
cikki dah menopos pun korang berebut....sia2 jer dekkkk |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon tak sangka
ingat kes mat pit merampok
tp klu kes cemburu pon kenapa sampai bunuh
supaya semua org tak dpt, gitew
mcm org2 muda sgt peel
|
|
|
|
|
|
|
|
fefeeling citer tamil gamaknya dedua jejans tuh.moga di balas karma kelak
|
|
|
|
|
|
|
|
cinta orang tua2...
penangannya lebih hebat daripada orang muda... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kompom masuk syurga dah tu..nak2 ketua muslimah pas.. |
|
|
|
|
|
|
|
Gila betul nafsu orang pantai timur ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Bunuh Guru Al-Quran: Perintah Reman 2 Suspek Dilanjutkan Aug 10, 2015 193
GAMBAR HIASAN
KOTA BHARU – Perintah reman ke atas dua lelaki yang disyaki membunuh seorang wanita guru al-Quran di Jeli bulan lepas dilanjutkan masing-masing kepada 14 dan 16 Ogos bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata siasatan terperinci akan dijalankan terhadap kedua-dua suspek dan beliau tidak menolak pembunuhan itu bermotifkan cemburu.
“Daripada siasatan yang dilakukan setakat ini kita percaya kedua-dua suspek lelaki yang berusia 54 dan 52 tahun itu mempunyai perasaan terhadap mangsa yang kematian suami sejak enam tahun lalu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kota Baharu di sini hari ini.
Mazlan berkata kedua-dua suspek juga mengenali mangsa sejak sekian lama dan menetap berhampiran kediaman guru al-Quran itu.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan ke atas kedua-dua suspek supaya tindakan tegas dapat diambil kepada pelaku terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Suspek pertama berusia 52 tahun sebelum ini dilaporkan ditahan pada 31 Julai lalu di Kampung Batu Melintang, Jeli, selepas sehari mayat mangsa ditemui, manakala suspek kedua ditahan di sebuah kedai kopi di Kampung Kalai, Batu Melintang, Jeli, pada 2 Ogos.
Pada 31 Julai lalu, mangsa, Rudziah Shaufee, 50, dikatakan hilang sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan terlentang dan mereput di tepi Sungai Pergau, Batu Melintang. – BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
menakutkan..
org2 yg dikenali, saudara mara atau siapa saja da x boleh dipercayai..
susahhhh nyaaa...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|