CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: theorkedd

Koleksi kisah seram (tak seram rasanya ahakss)

[Copy link]
 Author| Post time 11-8-2015 09:01 PM | Show all posts

sikit masa lagi sy update cerita baru hihihih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2015 09:03 PM | Show all posts

sat naa
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 08:56 AM | Show all posts
sambung lagiiii
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 11:41 AM | Show all posts
sambung..sambungg...
hihihih...
kipidap! dongibap!
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepat2 sambung ye, tt ni ddk kuantan ke? Area mana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2015 02:51 PM | Show all posts
psky15 replied at 12-8-2015 02:30 PM
Cepat2 sambung ye, tt ni ddk kuantan ke? Area mana?

ye, duduk Kuantan. Area mana tu tak boleh bagitau. Hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-8-2015 02:54 PM | Show all posts
Hatida replied at 12-8-2015 11:41 AM
sambung..sambungg...
hihihih...
kipidap! dongibap!

rilek dulu. hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
theorkedd replied at 12-8-2015 02:51 PM
ye, duduk Kuantan. Area mana tu tak boleh bagitau. Hehehe

Haha kte ddk kuantan gak, nak tau sgt sekolah mne yg cerita first tu mne tahu sk lama ke haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2015 04:38 PM | Show all posts

hahaha!!
hokey2..tengah sabor menunggu nih!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2015 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
psky15 replied at 12-8-2015 03:14 PM
Haha kte ddk kuantan gak, nak tau sgt sekolah mne yg cerita first tu mne tahu sk lama ke haha

Awak duduk area mana? hehehe
Sk lama awak dulu tu keras ke camne?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2015 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Hatida replied at 12-8-2015 04:38 PM
hahaha!!
hokey2..tengah sabor menunggu nih!

Tunggu yer. Malam ni sy update
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram la citer kat sekolah tuh..huk..huk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2015 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by theorkedd at 13-8-2015 09:25 PM

KISAH 3 : MAKHLUK HITAM DI TINGKAP RUMAH TOK MEK

Aku sambung cerita misteri di rumah tok mek tu. Kali ni bukan mak aku yang kena tapi mak sepupu dan mak sedara kepada mak aku. Aku letak nama mak sepupu mak aku tu Didah, mak saudara mak aku tu Salmi.

Bukan nama sebenar ye. Ehem.


Jarak umur mak aku dengan mak sedara dan mak sepupu tu 2 tahun je. Jadi diorang ni macam berkawan baik la. Haa gitu.


Cerita ni pun pendek je. Tak seram tapi misteri.


AKU DALAM WATAK NI ADALAH DIDAH, MAK SEPUPU MAK AKU.


Malam ni giliran aku tidur di rumah tok mek. Kecut jugak perut aku bila dengar anak sepupuku si Lina tu bercerita yang dia dikacau kat rumah tok mek.


Disebabkan aku takut, aku ajak sekali Salmi tidur di rumah tok mek. Teman aku malam tu.


Aku hanya mampu berharap supaya kami tak dikacau. Kalau kena juga, memang aku tak nak tidur di rumah tok mek.


Seperti biasa lepas selesai menguruskan dapur, menyimpan lauk pauk di meja makan ke dalam almari lauk. Aku ke ruang tamu.


Salmi sedang mengibas2 kan cadar di tilam tok mek. Membuang habuk2. Tok mek sedang membetulkan kain batiknya.


Usai Salmi menyiapkan tempat tidur tok mek, dia berjalan ke arah aku. Dia mengajak aku untuk tidur jauh dari tiang seri tu.


Aku pun takut nak tidur dekat dengan tiang seri tu lepas apa yang terjadi kepada Lina.


Kami mengambil tempat berhampiran dengan tingkap. Salmi hamparkan toto dan aku ke bilik untuk mengambil bantal serta selimut.


Kami pun tidur seperti biasa. Tengah sedap2 tidur, aku terdengar seperti bunyi tapak kaki berjalan ke arah kami.


Aku buka mata sedikit. Tengok tok mek.


“Eh, tok mek pun sedang lena tidur tu. Siapa yang berjalan tadi?”, aku cuma berkata dalam hati.


Aku cepat2 tutup muka dengan selimut sambil mata terkatup kemas. Dari dalam selimut, tangan aku mencari Salmi. Aku cuit2 Salmi.


“Bakpo mu duk cuit aku ni Didah? Nok tidur ni. Tok soh la main2.”


Ishh tak boleh harap betul si Salmi ni.

Bunyi tapak kaki telah pun hilang. Aku dengan berani membuka selimut yang menutupi mukaku dengan anggapan makhluk yang berjalan tadi telah hilang.

Lepas saja aku tarik selimut.


“Kiiiieeeeeeeeeeek ekkkkkkk”


Bunyi tingkap seperti ada yang membuka tingkap. Tingkap rumah kampung yang jenis kayu tu haa.


Aku terpandang ke arah tingkap tersebut dan terperanjat kerana apa yang aku lihat adalahhh


SEBIJIK MAKHLUK BERWARNA HITAM SEDANG DUDUK TERCONGOK DI ATAS TINGKAP.


Aku tak tahu nak letak apa. Sebijik pun sebijik lah.
Hehehehehe


Makhluk berwarna hitam tersebut lalu memandang ke arahku. Apa yang aku nampak, mukanya berwarna hitam dan matanya berwarna merah.


Dia memandang aku seperti dalam keadaan marah. Mulut aku seakan terkunci. Tak dapat keluarkan walaupun sepotong ayat. Aku kelu. Badan keras kejung.


Tapi aku bernasib baik sebab makhluk tersebut tidak mengacau aku. Hanya memandang tanpa berkelip.


Dan malam tu, aku tak dapat tidur kerana walaupun aku menutup mata aku masih dapat merasakan makhluk tersebut lagi berada di situ.


Sehinggalah azan Subuh berkumandang.


Rumah tok mek ni belakang masjid je.


Aku jenguk ke tingkap. Makhluk tu terjun tingkap. Tingkap dibiarkan terbuka. apa yang berlaku tadi bukan khayalan aku. Ianya realiti.


Pagi tu, Salmi tanya aku kenapa aku kacau dia tidur malam tadi. Aku menceritakan semua kepadanya. Haaaa tahu pun terkejut. Takut. Seriau.


Padahal dia syok tidur tak sedar diri semalam. Aku sorang je menghadap makhluk hitam mata merah tu. Huhuhuhuh

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Macam2 gangguan kat rumah tok mek. Kalau makhluk hitam tu apa ye? Misteri ni masih lagi tak terungkai sampai sekarang.


Apakah gerangan makhluk hitam tersebut??????

P/s: Maaf sebab cerita ni biasa2 je. Tak seram tapi sangat misteri bagi aku. Kalau balik kampung, aku akan tenung je rumah tok mek ni. Banyak sangat misterinya. Entah apa yang ada dalam rumah tu agaknya.

Hmmmm

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2015 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kenarihitam replied at 12-8-2015 06:56 PM
Seram la citer kat sekolah tuh..huk..huk..

Kalau sy yang kena tegur macamtu, pengsan berkali-kali agaknya
Eheh
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 09:49 AM | Show all posts
theorkedd replied at 12-8-2015 02:51 PM
ye, duduk Kuantan. Area mana tu tak boleh bagitau. Hehehe

aqua dulu study kat uia kuantan
tak lama, 4thn je kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 09:55 AM | Show all posts
theorkedd replied at 12-8-2015 08:47 PM
MAKHLUK HITAM DI TINGKAP RUMAH TOK MEK

Aku sambung cerita misteri di rumah tok mek tu. Kali ni bu ...

seram la tu
aqua dulu masa kena tindih
masa ternampak je susuk badan makhluk tu,
pun lidah kelu tak boleh nak bersuara


to be honest, sampai skrg aqua boleh ingat
bentuk badan makhluk tu, tp time teringat jela.
kalau boleh takmau dah kena situasi camtu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2015 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
lavender_aqua replied at 13-8-2015 09:49 AM
aqua dulu study kat uia kuantan
tak lama, 4thn je kat sana

Kalau uia kuantan dekat tu boleh tahan dekat dah tu ngan rumah sy.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2015 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
lavender_aqua replied at 13-8-2015 09:55 AM
seram la tu
aqua dulu masa kena tindih
masa ternampak je susuk badan makhluk tu,


Aqua nampak makhluk yg menindih tu? Errrr seramnye kalau nampak rupa.
Huhuhu

Setakat ni sy alhamdulillah tak pernah lagi kena tindih dan tak nak pun kena tindih. Takuttt
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 11:15 AM | Show all posts
theorkedd replied at 13-8-2015 11:02 AM
Aqua nampak makhluk yg menindih tu? Errrr seramnye kalau nampak rupa.
Huhuhu

nampak, tp hitam je dari kepala ke kaki mcm bayang2
dah la setinggi2 siling rumah, seram
tu 1st time kena tindih, sampai demam panas
*ni jd kat rumah abg 2nd kat kl

2nd n 3rd kena masa baru masuk uia kuantan.
tp yg ni tak teruk, agaknye dia nak dtg tengok
sape yg baru masuk tempat dia kot & tak
besar sgt, normal saiz tinggi org msia ja.

kena tindih pun ringan2 je, tak mcm yg 1st,
sampai sesak nafas rasa mcm nak mati je
yg kat kuantan tu, acah2 kat kaki pastu hilang.
aqua pun tak demam or takut mcm yg 1st kena.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 11:21 AM | Show all posts
theorkedd replied at 13-8-2015 11:00 AM
Kalau uia kuantan dekat tu boleh tahan dekat dah tu ngan rumah sy.

dekat eh
dok sana rajin gak singgah teluk chempedak
weekend gi tgk movie kat ECM, kdg Megamall
jarang2 gi kuantan parade, jauh n suram sikit hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.055295 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list