CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: soursop_juice99

Dipulaukan kawan ofis - kawan batu api

[Copy link]
 Author| Post time 15-8-2015 08:26 AM | Show all posts
Edited by soursop_juice99 at 15-8-2015 08:27 AM
merrissa replied at 14-8-2015 11:28 PM
maybe TT nih pendiam orangnya....

si ogy ni sebenarnya huhahuha macam BB....bile memula masuk mes ...

AKu tak pendiam la. Padahal aku paling huha dalam team tu. Sampaikan aku ketawa dekat meja borak dengan kakak admin dekat meja depan, bos aku balik dari pantry dekat belakang tu, terus cakap, 'Eh sour, i can hear your laughter from the pantry.' Nasib bos aku ok.
Sebenarnya, aku kalau berkawan,aku tak kasar. Aku jenis jaga sikit mulut ni. Tapi Ogy dengan BB ni kasar, dorang perbualan harian banyak cakap 'Bang***, Bod**, pegi mampus la, sebab tu dorang tak boleh kot dengan aku.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2015 08:34 AM | Show all posts
alieyrina replied at 15-8-2015 01:01 AM
Wey tt mcm aku la..cuma part penyakit jah..aku xdak masalah serius..aku pendiam org nya...

n aku  ...

Semua orang kt thread ni ingat aku pendiam eh..

Salah sama sekali. hahahaha. Aku sangat sangat la ringan mulut. Aku sangat ngam dengan budak ofis, kecuali dengan BB tu je. even dengan kakak senior ofis, aku ok je. Kitorang ada je benda nak share. Aku ok je. BB dengan Ogy tu selalu cakap aku ni mak jemah sebab aku selalu gurau2 dengan kakak senior sana. elehh.. jeles la tu, korang tak rapat.

Aku dari kecik memang kuat berborak. Teringat kat sekolah, aku duduk meja sebelah dengan bff aku, sekali cikgu maths geram, dia pindah kan aku dekat belakan sekali belah kiri, bbf aku depan sekali belah kanan. Dah pindah, ingat aku senyap kot. Takde makna nya, aku hentam borak dengan budak sebelah aku sampai terkekekekeeke. Sampai kena berdiri atas kerusi sebab cikgu tak tahan sangat. Rindu nya dekat cikgu maths aku, Cikgu Norsiah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2015 08:36 AM | Show all posts
oni313 replied at 15-8-2015 01:45 AM
cerita ko ni , ala2 cam kisah aku..
sedih la jugak..

Takpe kak, share je story. Saya nak lepas geram je. kekekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak syak tt, BB dan Ogy ne ummah LGBT,   Ikut penceritaan la dan kesentapan dan gaya bual bicara.  Kalau salah sory la

@Changa
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 09:10 AM | Show all posts
edee_91 replied at 14-8-2015 11:44 PM
hahahahahahaha ingatkan aku sorang je melayu yang benci kaum aku sendiri.

sy pon sama
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 09:28 AM | Show all posts
Sebenarnya, aku kalau berkawan,aku tak kasar. Aku jenis jaga sikit mulut ni. Tapi Ogy dengan BB ni kasar, dorang perbualan harian banyak cakap 'Bang***, Bod**

kalo dah berhadapan dgn 2 ekor makhluk yg x reti jaga perasaan dan suka kondem sesama melayu
better u stand up & hambur balik.

malay people, what do u expect?
sebenarnya, dia jeles sbb kau lebih bagus dari dia.

just improve ur works, dan amik hati upper management.
x payah pening kepala pasal bestie & whatsover.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2015 11:53 AM | Show all posts
Edited by Changa at 15-8-2015 11:59 AM
ninja boy replied at 14-8-2015 11:31 PM
tipikal melayu sebegitu, takut sorang2 dan suka berkumpul2 kononnya menjadi kuat tetapi hahakikatnya ...

sepanjang akak kerja, masa mula masuk kerja co sekarang  ada 2 ekor melayu sunni dalam team akak.
itu lah first time akak jumpa typical perangai pekerja melayu yang akak sering baca di mana2, akak senyum sinis jah bila teringat sebab memang sebijik ya perangai mereka.

siap nak komplot dengna akak suruh bagi bad review kat team lead yang baharu masuk pelbagai.
silap target la dek, akak tak kuasa nak buat review based on pendapat orang lain iya.

ujung2 2 ekor tu dah belah, aman hidup akak tak payah nak hadap melayu2 sunni perangai hanjeng ini kat ofis.

ada sorang ex kelig aku itu lagi teruk, tiap kali lunch dok cerca team lead dahulu, lepas team lead baharu datang, kutuk juga namun ajaib nya tiba2 puji pula team lead yang dulu. orang yang kau puji sekarang itu la aku dok hadap dengan kau dok kutuk hari2 sampai at one point akak nak elak keluar lunch dengan heshe sbab dok kutuk team lead jah kerja heshe, same old story gitu setiap hari.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 11:54 AM | Show all posts
soursop_juice99 replied at 15-8-2015 08:34 AM
Semua orang kt thread ni ingat aku pendiam eh..

Salah sama sekali. hahahaha. Aku sangat sangat  ...

Ok2..ang x pendiam..ang bygkan aku yg pendiam ni..lg la syok org nak pulaukan kan...

pasai mengata bos kat belakang sampai aku boleh dgq..pasai suka amik mc pesonal matter bagai sebijik perangai kolig aku tu wey..aku pun bukan bodek leader...tp agak2 la nak mengata leader tu..dah memg diri sendiri teruk lg nak hentam leader..ang bayang kan kalau depatment len komplen keja minah tu teruk, boleh dia point ke leader kami kata leader x amik langsung pasai masalah keja dia buat tu ? Patut ka? Padahal kat opis dia duk baca emel dgn wasap..keja tah ke mana...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2015 12:02 PM | Show all posts
BalasKomenBodoh replied at 15-8-2015 08:02 AM
dulu aku kuat buli org gak.. best.. ade sorang budak pendiam dok umah sewa aku ngan kawan2 lama aku. ...

typical perangai bangsat melayu sunni, akak akan jauhkan diri dengan typical2 melayu sunni felda pprt ini.
sorry not my level
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2015 12:59 PM | Show all posts
Edited by soursop_juice99 at 15-8-2015 01:06 PM

sambung cite, yang last skali..

Ok, bila bos aku nak kutip donation. Yang paling panik mesti la BB. Aku masa tu tak tau lagi bos nak kutip donation. Ogy lagi la tak tau, tengah EL katakan.  

BB pun suruh la aku tipu bos cakap bukan atuk si Ogy ni yang meninggal, tapi atuk sedara. Aku ni hmm hmm je la. Sebab aku tak nak cakap pun. Tak sampai seminit aku dapat arahan dari si BB ni, aku pun nak pergi la meja sambung kerja. Aku nampak bos aku pegi meja kakak admin. Rupan - rupa nya, dorang tengah print list nama staff department kitorang untuk collect donation. Tak sempat aku nak duduk, boss aku dah suruh aku pass around borang derma tu.

Aku panik giler la.Terus aku pergi dekat BB, cakap boss dah edar borang kutip derma. BB marah aku, tanya, apa pasal aku tak tipu boss. AKu cakap dengan dia, aku tak sempat nak borak dengan boss, dia dah pass borang tu. BB bengang giler kot. Dia rampas borang tu dari aku, terus pergi jumpa boss, tipu boss cakap, pasal atuk sedara si Ogy ni.

At that was my last straw. BB datang kt aku, cakap, 'ha,kan dah setel. Tak yah kutip derma dah.' Aku bengang giler, aku cakap 'Menipu sampai isu dah jadi besar. Berkat ke gaji menipu tu. Selalu tipu mc, tipu EL, lagi satu, tak rasa kurang ajar ke bagi alasan pasal atuk meninggal. TAk rasa bersalah ke. Perangai tak matang!'

BB terkejut giler aku cakap macam tu, terus di back up si Ogy, cakap, 'tu lah, i dah bagitau dia cakap personal matters, tapi dia bagitau pasal atuk pulak. Kalau cakap personal matters, orang takkan persoalkan'. Aku bengang, aku balas la balik 'tak kisah la personal matters. Memamg ko penipu jugak kan'

Aku rasa BB terkesima. Dia terus pergi meja Kak CT and aku positif dia bagitau apa yang aku cakap tadi. Sebab Kak Siti ni pun ada bagi idea dekat Ogy camne nak menipu. Aku message Ogy cakap bos nak collect donation. Si Ogy reply 'tapi tak jadikan?' .

Aku geram, aku cakap 'jadi tak jadi, tapi apahal plak aku nak kena marah dengan BB sebab nak tolong back up kau? Perlu ke aku berkomplot sekali dalam hal ni?' Si Ogy pun mintak maaf la cakap dia tak sangka pulak BB tu marah aku. Dia cakap la mungkin BB tu panik nak cover dia.

Sejak kes tu, dorang bertiga memang dah totally pulaukan aku. Tak borak melainkan hal kerja. Yes, aku memang sedih. Tapi aku rasa aku  buat benda betul. Walaupun kadang2 aku rasa dorang sengaja bercakap depan aku perli aku. So what?

Dan aku baru tau daripada sorang kakak angkat Ogy, (dalam company kitorang, setiap new staff ada adik beradik angkat), yang HR complain dekat kakak angkat ni cakap yang Ogy ni dalam pemerhatian HR sebab selalu MC and EL. Aku tak dah tak kisah dah pun. Aku sekarang ni cuba tabahkan hati je.

Oh lagi satu, selain dorang bertiga ni, aku cerita la kat sorang kakak ni. Aku panggil Kak Ann. Kak Ann selalu bagi moral support dekat aku. Dia nasihat kan aku jauhkan diri dari orang-orang macam ni. Takpe, ada staff lain yang sudi lagi borak dengan aku. Aku just harap dapat kekuatan je la kerja kat sini. Mungkin ambik masa. Tapi aku tahu aku kuat

Terima kasih semua sebab mendengar keluhan mak jemah ni. muaahhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2015 01:03 PM | Show all posts
edee_91 replied at 14-8-2015 11:08 PM
ogy ni nama sebenar ke nama samaran? mohon kasi je nama sebenar, supaya orang lain dapat elak atau d ...

Nama samaran, rasa macam glemer plak panggil ogy.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 05:14 PM | Show all posts
Edited by oni313 at 15-8-2015 05:23 PM
soursop_juice99 replied at 15-8-2015 08:36 AM
Takpe kak, share je story. Saya nak lepas geram je. kekekekeke



bab pulau pulau, batu api, kaki report ni, hakak dah rasa dah dik, tapi nak tak nak, hakak move on jugak...

kesahnya dulu, akak masuk satu unit baru, coz management yg arahkan akak masuk team unit ni, team ni ada 3 org, termasuk akak, akak exec, sorg lagi tu pun exec gak, team leader akak yg bernama S , dan sorg kerani..., bernama L

segalanya bermula ok, sampai la satu ketika, akak cam pelik, kenapa S ni agak kasar mengajar akak buat kerja2 baru kat team ni, lepas tu, si kerani L ni beria2 cakap kat akak, kena hati2 ngan S ni, buat je apa yg dia suruh, akak pun ikut je la apa yg S ni suruh, tapi hampir tetiap hari akak kena marah ngan S ni pasal akak buat silap, mana tak silapnya, time akak buat kerja, belajar ngan dia pun, S ni marah2, sal akak banyak bertanya, mana taknya, tanya sikit je, dia dah melenting...

then, satu ketika, akak kena panggil oleh management, bos akak panggil akak, marah dan tegur coz akak banyak buat silap la, akak selalu dtg lambat la, akak install apps bukan2 kat PC la, walhal semua benda tu, akak rasa akak tak buat pun, dtg lambat tu, sekali je akak lambat 15 minit, coz tren LRT delay, install apps kat PC tu pun, akak install google chrome, sal nak mudahkan kerja akak, ofis akak diorg still pakai windows explorer, which is tootally slow...

akak pun tekjut, kena panggil, dah management (bos department) akak cakap, dia dpt report dari manager akak, yg akak ni bermasalah, punyalah akak terkejut, coz sebelum tu, akak dah setahun kerja kat situ, tapi department lain la, tak pernah plak kena mcam ni, akak sampai menangis pikir balik kisah ni time kat rumah..

manager akak lak, nama dia A, A ni umur dah nak dekat 50-an, tapi suka menyibuk hal akak, cari salah akak, dan kaki report, which is totally teruk punya manager....

dan begitulah seterusnya, hampir setahun akak kena tekanan macam2, akak kena tekan, buli, maki, dgn niat supaya akak tertekan, dan berhenti kerja...

awal 2015, akak ditukar kan ke unit lain, plak... akak dapatr manager non-muslim, bila dia temuramah akak, dia cakap, dia dengar macam2 pasal akak, dia cakap yg manager akak si A tu cakap kat dia yg akak ni bermasalah, sekali lagi akak rasa nak luruh jantung..

tapi, manager baru akak yg non muslim ni cakap kat akak, its time for u to deserve a second chance, to clear back my name...

guess what, ALHAMDULILAH, now akak rasa happy sangat dpt kerja ngan team baru, walaupun kerja banyak, tp teammate akak best...


PUNCA  masalah sebelum ni?   

rupanya si kerani L tu, nak naik pangkat, nak naik jadi exec jugak, segalanya terbongkar bila akak dpt tau dia jumpa bos department akak pasal position diia, dan L ni jugak, hari2 duk nyembang pasal position nak naik jadi exec macam akak.... bila akak join team dia, akak rasa, L ni rasa tergugat bila akak join team dia, pasal bila akak join team dia, L ni kena report bawah akak.....

dan kerana ni jugak, L ni jadi batu api dan kaki report pasal macam2 pasal akak, habis segala isi peribadi akak dia cerita pada team leader akak yg si L tu dan manager akak si A tu, kiranya L ni memburuk2 kan akak belakang akak, dengan niat supaya akak tertekan, dan berhenti kerja cari kerja lain

disebabkan prestatsi yg tak memuaskan, akak dapat increment RM 80 je, bos akak bising, sal appraisal awal tahun akak, dpat gred D, which is unsatisfactory

tapi ALLAH tu MAHA BESAR DAN MAHA AGUNG, ada satu ketika, akak time sujud tu, akak bberdoa agar tunjukkan kebenaran dan tunjukkan keadilan, pasal akak dah dah kena aniaya mcam ni , ALHAMDULILAH, now akak rasa happy sangat

aprrasial pertengahan tahun hari tu, lepas 3 bulan akak kat unit baru, akak dapat naik sikit a gred, gred B cam tu...

now skrg, kerani L tu, akak dengar, tengah nak tukar ke department lain, pasal dia tak puas hati sebenarnya jadi kerani kat unit lama akak tu, kerja bertimbun banyak, lagipun L ni mmg jenis batu api, suka mengata org, depan baik, belakang dia tikam kita, ada gak makcik kat situ cakap, L ni jenis kuat menyampai cerita...
L ni punca segala masalah, dulu dia pernah bergelar seorg exec kat sebuah bank, tapi dia tak tahan, die resign, dapat kerja kat tempat akak ni, tapi dia kira nya downgrade la jadi kerani.... now rasanya dia nak cari kerja lain jugak...skrg ni mmg akak tak layan langsung L ni, akak bolayan je, cakap bila perlu... akak dapat tahu L ni banyak mengata akak bila ada sorg senior akak, report kat akak, yg dia terdengar si L ni badmouthing dan fitnah akak macam2 kat manager akak yg bernama A

si manager A, now dia still menyibuk hal akak, walaupun akak bukan bawah dia dah lagi... si S pulak, now diam je, pasal dia pun nampak, akak happy gila kat unit baru

kpd adik, jangan putus berdoa, doa doa doa, agar Allah tunjukkan jalan penyelesaian buat kita...

Allah bagi kita ujian kat tempat kerja supaya Allah nak lihat sejauh mana kita mampu bertahan...

akak bertahan di tempat kerja akak coz hari2 org buat akak macam2, pahala tu kita collect hari2, dan itulah kekuatan utk kita bertahan

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 07:24 PM | Show all posts
Kenapa ko masih ada hati nak berkawan ngan orang2 mcm ni? Anggap mcm furniture je sudah...tak mati tak dapat borak kat opis kot

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpyh kwn la dgn org2 cmtu..x rugi pun xkwn dgn diorg tu .buat tmbh dosa je kwn dgn diorg
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai  ingtkn opis kecik 3org je staf..rupanya ramai lg watak bos kak angkat etc..ignore je la yg ada drama ni..blh kurangkn dosa..hihihik
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 15-8-2015 07:24 PM
Kenapa ko masih ada hati nak berkawan ngan orang2 mcm ni? Anggap mcm furniture je sudah...tak mati t ...

Sbb tt ni byk mulut,mungkin misi nk berkawan dgn seme org x tercapai..tu byk pikir bila ada org ignore..hihik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2015 10:05 PM | Show all posts
bahana kerja ngan melayu.. banyak drama n layan sakit hati hari2.. kalau ngan chinese ke indian ke takde pulak drama2 macam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa suma asik ckp melayu ja cmni? Aku keje dgn kelompok cina, pangai sama ja. Siap awal2 aku dtg, dah pesan, jgn dok kwn dgn dia tu sbb dia tu pangai teruk la blablabla. Pastu dok kutuk bos,kaum depa jugak la. Dok kutuk boss and ajak aku join mengutuk. Sama jalah dgn melayu2 ni. Selalunya aku mls nk join so aku lari jauh skit n wat keja aku kt situ tenang2. Kekadang sesama depa pn berpuak2. Cam biasa, aku elakkan diri dari menyebelahi mana2 pihak. India pn ada prangai camni jgak smpai mmber aku yg india snggup tukar keje kt tpt sume melayu sbb kwn indian dia suka judge dia n suka berpuak2. Dia kata melayu bagus, xmcm tu. Wakakakak! Aku gelak ja.

Btw, bg kes hg, aku dpt merasainya. Aku ni pn jenis bercakap byk tp tgk org. Klu aku tgk org tu, prangai aku xberkenan, xsenonoh mmg aku jd sgt pendiam n wat keje sniri ja. Sggup aku xda kwn dr ada kawan prangai teruk cmtu.so kkdg org ingt aku ni sombong.Kkawan ko tu mmg teruk pangai. Aku cukup xsuka kwn dgn org yg jnis ckp lepas ni tambah2 bab2 kutuk fizikal org pastu suka guna pkataan2 xelok cm bodoh bangang sume tu.eiii aku pantang btol. Aku sekali pn xpnah guna pkataan tu even bergurau ka or berborak dgn kwn baik aku ka. Klu drive keta sensorg,aku slalu guna. Hahaha. Ko tak pyah nk bkawan dgn org pangai cmtu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa muda2, mmgla iols nak berkawan ngan sumer org. Mesra konon. Bila dah umur sekarang i tried my best x mau campur ngan org yg suka mengumpat, tikam belakang n suka menipu hal cuti, ot ke mender.

I lost many friends though. Bila x betul, I went straight to that particular person cakap "its wrong". Orang tu pergi form study group ngumpat iols yg poyo n bila ada orang baru masuk kerja, dia pergi beritahu to be careful ngan iols blablabla. Open secret kot, tapi kat depan these group menten mesra je.

I took it positively though. Nak bertekak, umpat2 n balas balik, just not my level.
I keep on doing what I think is right. I am cordial with every one, tapi kalau nak cakap hal2 kerjaya yg penting, i chose only few of my male colleague.Hasilnya, 10 yrs later, despite geng2 umpat tu still around, tapi kalau ada task, selalunya i was chosen as a leader. It was not easy, but even d most problematic guy in d office pun, when i asked something, dia buat dgn jayanya. Sampai org tanya, how i managed to make him work fast. Actually I did not, kata2 umpatan di belakang tu yg mengspeedkan semua org. Now bila beri arahan I always start with, "Menyusahkan awak tak kalau minta submit on .......". Bedesup je diorang siapkan. I believe we can always choose nak jadi people pleaser ke atau nak buat d right thing. We can be both, asalkan jangan bercampur dgn penipu, kaki ngumpat a.k.a geng2 neraka semua tu.. hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 10:44 AM | Show all posts
tak payah la nak berkawan2 sangat kat ofis.aku pun ada 3,4 je kawan hai bye kat ofis.
lunch lagi suka sorang2 sebab aku tak suka drama dan orang2 hipokrit macam cite ko TT.
masa mula masuk pun dah nampak department aku ni orang2nya hipokrit,suka mengumpat sesama sendiri.
lantak lah orang cakap aku kera sumbang ke hape,yang penting aku jumpa orang aku senyum,greet sikit2 dah,pastu buat keje sampai siap.kat luar ofis aku ramai kawan2 yang baik sebab tu aku tak peduli nak cari kawan kat ofis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.065510 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list