CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Jenayah] Nenek Maut Disembelih Cucu Di Kuala Terengganu.#40 Abam Rosdi Buat Comeback!

[Copy link]
Post time 8-9-2015 09:57 AM | Show all posts
dadah mmg mebawa padah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2015 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin mental dan teruk jenayah orang ganu.....balik kg mertua....mertua duk citer anak jiran sebelah duk kena kejar dgn poils sbb masalah dadah dan merampok.....elokla satu perangai dgn warga asing yg buat jenayah....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 10:00 AM | Show all posts
kat felda banyak taik dadah...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 10:05 AM | Show all posts
dok minum air ketum

tu yg kepala hotak mantul
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Oooo..ingat gila isim
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 10:26 AM | Show all posts

....................dont tell me .... ganu kiter lagi ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2015 10:30 AM | Show all posts
ada suara2 halus membisik ke telinga lah tuh....ishhh....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 10:34 AM | Show all posts
bahayanya bila dah jadi taik dadah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2015 10:47 AM | Show all posts
Cerita pasal dadah kat mana2 tempat xlari dari kes mangih dadah..tapi selalu yg jadi kes kes berat mcm ni mesti di sebelah pantai timur..Persoalannya apa tindakan kerajaan kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 10:49 AM | Show all posts
noor2 replied at 8-9-2015 09:57 AM
Makin mental dan teruk jenayah orang ganu.....balik kg mertua....mertua duk citer anak jiran sebelah ...

gitu..dari 1 tered ke tered lain menjaja kisah ganu..anti betul sis dgn ganu
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 8-9-2015 10:49 AM
gitu..dari 1 tered ke tered lain menjaja kisah ganu..anti betul sis dgn ganu

Hihi...miss u dik kentel....

Bukan semua orang ganu buat jenayah...yg kita sebut orang2 yang terlibat dengan jenayah.....

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 11:34 AM | Show all posts
bela lagi manusia berhatikan setan
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 12:31 PM | Show all posts
noor2 replied at 8-9-2015 11:21 AM
Hihi...miss u dik kentel....

Bukan semua orang ganu buat jenayah...yg kita sebut orang2 yang te ...

tp memang nowadays berita jenayah mostly banyak dari pantai timur...hard to acccept, tp tu facts la sis...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 12:49 PM | Show all posts
nauzubillah
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 12:51 PM | Show all posts
dalam paper BH kata dia mengaku hisap dadah tapi bila buat ujian katanya negatif..

entahlah mana yang betul.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 12:53 PM | Show all posts
haish la.. sanggup tu bunuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-9-2015 01:42 PM | Show all posts
Oleh SHANIKA ABDULLATIB












Endon menunjukkan lokasi kejadian Halimah mati ditetak di Kampung Surau Haji Daud, Chendering, Kuala Terengganu semalam.



KUALA TERENGGANU – Gara-gara tidak tahan mendengar leteran nenek yang memintanya mengutip buah duku, seorang cucu bertindak menetak sampai mati warga emas itu dalam kejadian di Kampung Surau Haji Daud, Chendering di sini semalam.

Mayat Halimah Taib (gambar kecil), 78, ditemui pada pukul 9.30 pagi dalam keadaan terbaring berlumuran darah akibat tiga kesan tetakan di laman rumahnya.

Sebelum kejadian, jiran mangsa, Endon Awang, 51, berkata, mangsa dikatakan berada di laman rumahnya dan sempat memanggil penjual sayur yang menaiki kereta untuk membeli sotong.

“Selepas penjual sayur itu memberitahu sotong tidak ada, mangsa hanya diam sebelum saya yang sedang memilih ikan terkejut mendengar jeritan mangsa,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Endon memberitahu, dia yang menoleh ke arah mangsa terkejut melihat warga emas berkenaan sudah terbaring manakala seorang lelaki iaitu cucu mangsa berada di belakangnya.

Menurut wanita itu, dia yang takut  melihat keadaan mangsa dan cucunya terus lari ke rumah jiran untuk meminta bantuan.

“Saya, suami dan jiran kemudian pergi semula ke rumah mangsa dan mendapati mangsa sudah tidak bernyawa.

“Cucu mangsa ketika itu masih berada di situ dan berkata: ‘Ambo minta maaf. Ambo yang bunuh’, sebelum dia melarikan diri dengan menaiki motosikal,” kata Endon  sambil memberitahu dia tidak begitu mengenali cucu mangsa.

Sementara itu , menantu mangsa, Raziah Sulong, 48, berkata, ibu mertuanya tinggal di rumah itu bersama suspek sejak seminggu lalu.


Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0908&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3l7gdyYcT


Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 01:47 PM | Show all posts
diharapkan famili ni tebang pokok duku tu supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2015 01:47 PM | Show all posts
Bunuh nenek tidak tahan dengar leteran berpanjangan
08 September 2015 1:12 AM         


      

KUALA TERENGGANU 7 Sept. – Atas alasan tidak tahan mendengar leteran berpanjangan, seorang pemuda menetak neneknya dengan parang sehingga maut dalam kejadian di Kampung Surau Haji Daud dekat Cendering di sini hari ini.


Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi ketika mangsa, Halimah Taib, 78, sedang berehat di atas wakaf di halaman rumah sambil menunggu ketibaan peraih untuk membeli barangan basah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, mangsa yang cedera parah di bahagian leher setelah terkena tiga tetakan, meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut beliau, sepasukan anggota polis bersama unit forensik dikejarkan kejadian selepas menerima maklumat daripada orang ramai.

“Suspek berusia 33 tahun itu diberkas kira-kira sejam kemudian tidak jauh dari tempat kejadian dalam keadaan kebingungan.

“Dengan bantuan suspek, kita berjaya mengesan parang yang digunakan untuk menetak neneknya yang dilemparkan ke dalam semak kira-kira 30 meter dari lokasi dia ditangkap.

“Difahamkan, suspek sempat membasuh tangan dan parang di masjid berhampiran, sebelum membuang senjata itu ke dalam semak,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Wan Abdul Aziz berkata, suspek akan direman bermula esok dan kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Beliau memberitahu, suspek berasal dari Bandar Baru Cheneh, Kemaman baru seminggu bersama neneknya yang tinggal bersendirian untuk mengutip buah duku sebelum dijual.

“Siasatan lanjut mendapati suspek merupakan seorang penagih dadah. Bagaimanapun, ketika kejadian, suspek didapati berada dalam keadaan normal (sedar),” ujar beliau.

Tambah Wan Abdul Aziz, setakat ini, suspek juga dikesan tidak memiliki sebarang rekod jenayah.



- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.51VgmZNd.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2015 01:50 PM | Show all posts
Edited by GhostWalking at 8-9-2015 06:27 AM

Suspek bunuh nenek direman         21     
      2      0     Google +1   
Oleh Helmy Abd Rahman



Kuala Terengganu: Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini terhadap suspek kes bunuh nenek berusia 78 tahun di Kampung Surau Haji Daud, Cendering, Kuala Terengganu, semalam.
Perintah itu dikeluarkan Majistret Abdul Hayyi Salim pada 10 pagi tadi.
Dalam kejadian semalam, Halimah Taib, 78, maut selepas ditetak cucunya yang berusia 33 tahun dan ditemui dalam keadaan terbaring oleh jirannya kira-kira 9.30 pagi.

Suspek dikatakan beredar meninggalkan tempat kejadian sambil membawa parang yang dipercayai digunakan untuk menetak warga emas itu.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah, ketika dihubungi mengesahkan mendapat perintah reman terhadap suspek yang kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu sehingga 14 September ini.
Berita berkaitan:
Maut ditetak cucu: http://hmtro.com/1g4Ikin





      Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2015 @ 1:24 PM   
«         »
                     
SUSPEK (baju oren) dibawa ke Mahkamah Majistret untuk mendapatkan perintah reman. FOTO Syahirah Abdullah











- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/76089#sthash.a23mSM7N.dpuf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.055982 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list