|
ilmu yang tidak habis di belajar atau masalah psychology?
[Copy link]
|
|
aaaa..... ammi mmg syak mak ammi ni ada schizo... since mak ammi cakap pasal adik ammi yg dah meninggal tu ammi jadi takut n mula cari info pasal sakit berkenaan jiwa/kemurungan ni. tapi setakat ni doktor psikiatri tak de cakap apa2. dia bagi ubat jek.
Insyallah nak bwk jumpa ustaz lepas ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
yup.. itu juga ada dalam pertimbangan sebenarnya.
takut selepas ubat mak ammi jadi sakit lebih teruk dari segi fizikal atau dalaman.
moga2 tak sampai begitu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya bersimpati dgn masalah yg ibu ammi hadapi.
Sakit begini sangat common dgn kita org melayu. Puncanya, sejak kecil telah ditanamkan kepercayaan mistik, kehebatan makhluk alam ghaib, kehebatan ilmu mantra, ketakutan pada entiti yg tak pernah di lihat dsbnya. Kemudian bila dewasa, itu2 juga yg dicari dgn taksub.
Ammi suspek ibu belajar tak habis? Dgn kecenderungan ibu ammi tu, dia tak belajar pun dia boleh terkena apabila triggering factor telah aktif/diaktifkan/teraktifkan.
Biasa terjadi bila rasa kesal, rasa prasangka, rasa curiga telah melebihi tahap rasional dan akal pula tak cukup perkasa dgn ilmu2/fakta2/maklumat2 bagi mengimbangi pelbagai serangan bisikan. Ia bermula dari kecil, sama dgn perkembangan akal. Bila akal kita pun diperkasakan dgn benda2 mistik, habislah.
Kalau sayalah, semua perubatan yg ada kaitan dgn mistik & ghaib akan diketepikan. Gelaran bomoh, pawang, sami, hatta ustaz sekalipun.
Saya akan pilih, perubatan hopital yg ada akreditasi kerajaan. Ubat penenang itu akan membantu ibu ammi tenang, bertempoh. Ketika itu buatlah aktiviti seperti massage, bersiar, jumpa kawan2 yg disukai tapi jgn lama, dsbnya yg ceria & semuanya zahir.
Untuk peneman ibu, guna anak atau individu yg naturally dlm hati ada bulan dan mulutnya tiada puaka.
Anak2 yg lain? Mistik2 buang ke tepi sebolehnya. Bantu ibu dgn membuat MUNAJAT individually. Bear in mind, kejadian mungkin sebab ibu, mungkin sebab anak2, mungkin cubaan, mungkin blessing in disguise, siapa tahu? So, fikiran anak2 mesti positiflah. Bermunajatlah, sembuh itu subjektif. Nak sembuh yg mcmmana? Kalau tak sembuh seperti diharapkan? Mohonlah juga sakit atau kejadian yg menimpa sebagai pelebur dosa2 ibu, kita sendiri, keluarga, etc.
Ammi, saya menaip ni, tekan2 jer memang senang. Tapi nak membuat, saya pun rasa susah, tapi yg penting, kita berhati-hati dari syirik yg samar2.
Cubalah dahulu berusaha kolaborasi keluarga dgn doktor pakar hospital, say 3 ke 6 bulan?
Apapun @ammicomel ini lebih kepada DIY, semoga ditunjukkan jalan yg lurus, insyaallah. |
|
|
|
|
|
|
|
ilmu sufi ni mcm ilmu yg mengejar akhirat mcm ilmu ni nak merungkai nak melebihi kekuasaan allah sy xpsti kne google
bile xhbs ilmu ni boleh jd mental.sbb keterlaluan mengkaji hak allah.tp indon bnyak la..
berkenaan mental dan saraf2 yang boleh menyebabkan lumpuh tu kdg2 dikaitkan dengan campur tangan jin
jin ni suka serang saraf2 manusia die berkampung dari situ la jadi penyakit pd manusia lumpuh dan etc.
mak ammi boleh dgr azan?
surat al baqarah?
cuba pasang tgk apa reaksi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih dengan nasihat ni, sangat2 ammi hargai.
Ammi memang bawak mak pergi hospital dan mak makan ubat hospital je. Mungkin benar anak2 perlu lebih beri perhatian lagi pada mak ammi, cuma masalahnya adik2 ammi dah mula menjauh diri sikit pada mak sebenarnya sebab mak selalu sangat lukakan hati kami dengan kata2 yg menghiris hati.
Ammi pujuk selalu adik2 ammi.. ammi mungkin da tua sikit jadi tak simpan dalam hati, tapi lain anak lain cara penerimaan. Insyallah ammi akan cuba apa yang dicadangkan, dan sebenarnya memang agak sukar untuk dibuat. Moga saja Allah beri kekuatan dan kesabaran. Ammi anggap inilah ujian dr Allah untuk kami adik beradik.
Kami hampir setiap minggu bawak mak pergi tempat dia suka, jumpa kawan2 yang dia suka, tapi bila sekali kita tak bawak dia akan marah dan mula cakap perkara yg menyakitkan hati anak, padahal sebelum ni mak ammi bukanlah seperti tu. Dia sangat memahami dan prihatin pada anak2. Perubahan sikap dia sangat banyak dan merubah diri dia sepenuhnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya mak ammi tak ada pulak belajar macam tu kot..kot la..
tapi dulu mak ammi memang ada belajar macam silat dengan Dato J tu la sebab Dato J ni dikhabarkan boleh operate secara batin gitu. Tapi sejauh mana mak ammi belajar tak dapat diketahui. Masa ni pon ammi kecik sesangat sekolah2 rendah lagi masa tu.
Mak ammi memang kerap jumpa pakcik makcik (bomoh) untuk berubat sebab pernah terkena buatan orang. Since then dia sangat percaya dengan benda2 ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
ade ganggunan jin sahaja kalo mcm tu..
baik bawak pegi darulshiffa klo xblh jgk mintak ustaz dtg umah. |
|
|
|
|
|
|
|
Beratnya dugaan ammi dan keluarga. . Dont give up ammi.... |
|
|
|
|
|
|
|
blh mintak ustaz dtg yer?
Sekiranya la kan. mmg ada something dekat mak ammi, ustaz blh bantu keluarkan atau memang tuan badan yg nak keluarkan baru boleh?
Ini cuma kemungkinan jek la.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tgk ustaz jgk kalo die rase perlu dtg rumah die akandtg.atau kita ke tmpt berubatnya sama ada di rumah atau pusat darulshifamana2...
Untuk pulih tu bergantung pada keadaan
Sebab bende ni dah lama takut dah sebati dengan darah mmgsusah nak kua bukan xboleh tp ssh Tak perlu dengan keizinan diri sendiri utk bende tu keluar.. Bende tu xberhak ada dalam tubuh manusia. Xperlu didampingi xperlu jadikan sahabat Tu semua akan jatuh syirik bila seseorang merasakan diadilindungi dan akan mengharap pada sesuatu maka allah dilupakan... nauzubillah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nauzubillah.. minta dijauhkan benda syirik ni dari kami sekeluarga.
Insyallah ammi akan bawak mak jumpa ustaz jugak sebagai salah satu ikhtiar. Ammi nak buang rasa sangsi ni dalam diri ammi.
Setidaknya ammi tau mak ammi tak de kena mengena dengan benda2 syirik.
Terima kasih atas nasihat.
|
|
|
|
|
|
|
|
I won't give up Insyallah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalam.. Ammi, nasihat aku ko cepat2 la bwk jupe ustaz o kalau sush ko minta ustaz dtg tgokkan mcm yg wanzack ckp tu.. kene ikhtiar lebih sikit sbb mak kan.. sedih kalau tgok mak kandung kite sndiri jd cmtu kan.. aku doakan Allah permudahkan urusan ko dan famili dan segalanya akan baik dan elok seperti sediakala.. In Shaa Allah.. Aamiin. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tu bergantung pada ustaz tu dan keadaan..kene bincang la..
basically jin tu keluar xplu izin tuan badan ke apa sbb die mmg xkn n tknk keluar sebenarnya
ustaz akn try suh keluar baik2 kalo dengil dgn cara paksa biasanya degil le..huhu...
bertindaklah sekarang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam Ammi and all.
tumpang thread Ammi jap boleh.
abg sambal pun macam ni jugak. tapi dia lebih kepada dengar bisikan macam suruh dia buat macam2.
yang terbaru dia selalu cakap dia dapat mimpi and bisikan suruh dia berjihad kat mekah sebab islam tengah dalam bahaya.
dia cakap dia berlawan dengan dajal semua and kena pergi mekah untuk selamatkan kaabah.
hari2 dia akan hantar msg kata islam perlukan dia, kami semua takot nak berjuang takpe dia diamanahkan untuk berjuang. sedih sangat ayat2 dia sebab nampak macam tak siuman.
sebelum ni dia normal. abg yang penyayang n anak yang baik.
tapi makin lama makin menjadi and cepat panas baran, suka duduk sorang2 taknak bercampur dengan orang semua. malam2 dia suka duduk sorang2 kat surau2/masjid2.
nak bawak berubat dia refuse. macam mana eh? boleh bagi pendapat tak?
ni gangguan makluk halus atau masalah saikologi? |
|
|
|
|
|
|
|
Wsalam Sambal,
Yeke..pelikkan bila berlaku macam ni. Nak kata sakit jiwa dia suka ke surau which is very good, tapi bila dia cakap2 camtu macam xseiring dgn perbuatan.
Rasanya boleh bawak jumpa doktor dulu, minta rujuk ke psikologi.
Ammi pon balik raya haji ni nak amik mak balik umah ammi and bawak jumpa ustaz, setakat ni bila makan ubat dr doktor memang terkawal la sikap marah2 tu, tp bab delusion dia tu remain jek, tak de perubahan.
Ammi doakan semoga sambal sekeluarga kuat dan tabah, sama2 kita cari jalan penyelesaian.
|
|
|
|
|
|
|
|
wsalam RinIna,
memang sedih sangat tengok mak sendiri macam tu, apatah lagi bila sedara mara pon dah mula sedar keadaan mak.
Rasa sedih bila dorang tanya2, bila mak bercerita dengan dorang benda yg tak ada tu kadang kita rasa malu pon ye, nak nangis pon ye.
Insyallah lepas bawak jumpa ustaz ammi akan update kat cni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Thanks Ammi,
dah cuba nak bawak g spital jumpa saiketris, tapi dia kata dia tak gila. kitorang ni saja nak bagi dia sakit hati..
gadoh la sikit.
btol la mcm Ammi cakap.. dia macam tak seiring. mulut slalu zikir and slalu ajak orang untuk berzikir, ingat Allah, jangan tinggal solat.
tapi pemarah and tak boleh terima teguran. even ngan parents pun abg dah berani bergaduh and cakap bukan2.
tapi bila time angin elok tu, elok la, anak/abg yang penyayang.
nanti sambal nak cuba ajak dia g jumpa doctor.
sambal risau sebab abg dulu ada la belajar macam2 ilmu campur2.. takot benda tu buat dia jadi macam sekarang ni.
nak berubat tak tau kat mana. haih~
|
|
|
|
|
|
|
|
bab nak bawak p psikitris mmg susah.. bygkan ammi dpt bwk mak pergi selepas 10 years tau.
sbb every time ajak dr bercakap cara baik sampai bergaduh la di buatnya.
Dia cakap kita kata dia gila, walaupun da terangkan dah, jmp psikiatri xsemestinya sbb gila..byk lg sbb lain yg blh kita rujuk ke pakar sakit jiwa ni. Memang dia xterima la.
Ammi dapat bawak mak, bila dia mengamuk yg teramat teruk sampai nak pukul orang and start amik gunting nak rodok aunty ammi, akhirnya kami call polis and polis yg bwk mak ammi p hospital.
Bila igt waktu kejadian rasa sedih and hopeless sgt. Sebelum call polis tu ammi siap call hospital permai mintak bantuan dorg, then dorg suruh call polis dulu sebab bukan boleh sebarangan je nk masuk spital permai
Masa dekat wad tu la ami insist nak rujuk pakar jiwa, then mak ammi kena la setuju jugak sbb doktor yg refer dia ke sana.
Mudah2han sambal dapat bwk abg jmp doktor, mgkn blh juga pergi jmp minta nasihat dari doktor dulu sblm bawak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ammi sabar ye. Saya pun ada masalah macam Ammi jugak. Tapi ni ayah saya. Saya gi bukak thread baru, tak perasan pulak rupanya Ammi cakap benda yang lebih kurang sama.
Cuma kes ayah saya ni, ilmunya macam dah start ganggu anak2 cucu. Aidilfitri haritu saya dan kakak pergi Darussyifa' sebab anak kakak dah start cakap sorang2. Sejak tu saya pergi sana tiap2 minggu. Kalau Ammi perlu bantuan nak bawa mak, insyaAllah weekend saya boleh bantu. Saya duduk Kajang je. Dah beberapa kali pergi ni ada la ustaz2 yang saya boleh recommend untuk tangani kes2 camni.
Btw, perawat cuma dapat bantu daripada luar je. Kita sendiri kena kuat ikatan dengan Allah. Kita ikhtiar, Dia yang beri kesembuhan. Ammi dan adik2 pun kena jaga diri dan amalkan al-Fatihah, ayat Kursi, 3Qul...
Memang sesetengah orang maleh nak caye benda2 ni berpunca daripada makhluk halus. Even sesetengah perawat Darussyifa' sendiri. Tapi orang yang alami je tahu siksanya... terutamanya kalau terjadi pada ibu bapa yang wajib kita tumpahkan kasih sayang dan ketaatan.
Saya doakan Ammi dan adik2 kuat lalui benda ni. Dalam masa yang sama anggap la benda ni seruan supaya kita kembali rapat dengan Allah. InsyaAllah lepas mak sembuh pun Ammi adik-beradik akan dapat manfaat daripada peristiwa ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|