Edited by abbyhoney at 24-10-2015 02:39 PM
bukan semua kan.....segelintir saja...anak sah taraf pun ada yg akhlak buruk juga.... kwn saya pun anak dia ada bela anak tak sah taraf. Perempuan. Anak dia belum kahwin waktu tu tapi kerana tak mau kwnnya buang anak tu dia sanggup ambil bela. Sanggup jumpa doktor untuk rawatan keluarkan susu. Dia susukan sendiri. Sekarang dia dah kahwin dan anak tu dah jadi anak susuan. Dah besar. Baik budaknya. Muka pun dah nk sama dgn rupa mak angkatnya(anak kwn saya tu lah).
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah yakni suci dan bersih. Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi,” (Riwayat Bukhari)
Bayi lahir ke dunia ini dalam keadaan suci dan bersih dari sebarang dosa dan noda. Ibarat kain putih yang tidak tercorak. Ibarat kapas yang tak tercemar. Semakin hari anak ini semakin membesar, dan ibubapalah yang bertanggungjawab mencorak kehidupannya. Agama, akhlak dan dunianya. Jika dicorak dengan baik, anak ini akan menjadi baik. Jika buruk, maka akan buruk jadinya.
“ |