CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
 Author| Post time 5-3-2021 12:30 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 5-3-2021 03:21 PM

Kabin Di Tengah Tasik

Pengalaman aku ni terjadi pada satu musim panas semasa aku dan 3 orang lagi kawan sepermainan aku, Kevin, Ryan dan Tommy  bercuti di kabin milik keluarga Kevin di Tasik Vermillion, Minnesota. Sebelum aku memulakan cerita, aku mohon korang untuk membaca pengalaman aku ni dengan minda yang terbuka, sebab pengalaman aku ni memang kisah benar yang terjadi pada kitorang. Malahan, rentetan dari peristiwa nilah jugak, salah seorang daripada kami ni mengalami kepatahan jiwa atau nervous breakdown sampai ke hari ni.

Kabin ni letaknya kat sebuah pulau kecil dalam tasik tu.  Kalau nak ke kabin tu, kena naik bot dulu dari seberang dalam setengah batu. Di pulau tu ada jugak kabin-kabin lain, tapi jarak antara kabin kami dengan kabin paling dekat tu dalam suku batu macam tu lah, dan tiada jalan berturap. Kena berjalan dalam hutan kalau nak pergi kabin jiran sebelah.  Jadi, tempat ni dari segi privasi, memang betul-betul privasi.  Takde jalan berturap, elektrik pun takde tapi ada air yang kami pam dari tasik.  Kabin ni pun kecik je, bentuk segi empat, ada 2 bilik tidur bersebelahan, ruang tamu yang bersambung dengan dapur dan sebuah bilik air dan tandas di bahagian belakang kabin ni.  Dulu, masa kecik-kecik, ayah Kevin kerap jugak bawak kami datang ke kabin dia, kadang-kadang bapa-bapa kami pun ada jugak yang ikut. Tapi kali ni, kami dah 17tahun, jadi kami cadang nak bercuti sendiri di sini tanpa ditemani oleh orang dewasa.  Lagipun, sebelum ni dah berbelas-belas kali kami datang sini dan tiada benda buruk yang berlaku, jadi kami yakin kami boleh uruskan diri tanpa seliaan bapa-bapa kami.





Kami bercadang nak tidur 4 malam di kabin tu.  Pada malam ketiga, kami buat unggun api di luar kabin sambil minum bir. Ye sebab tu kitorang taknak ajak orang dewasa sebab kami budak bawah umur, nanti tak boleh nak minum-minum macam ni hehehe.  Kemudian, kami berempat pun melepak di jeti bot sambil sembang-sembang di bawah kerlipan bintang-bintang dan sinaran bulan mengambang.  Suasana masa tu memang romantik tapi kami bukan gay ye.  Tengah syok melayan angin malam tu, tiba-tiba kami terdengar bunyi air berkocak dari tasik. Plop! Plop! Kami ingatkan mungkin ikan kot, nasib baiklah kami memang ada letak batang pancing kat jeti tu, jadi kami pun bersedialah dengan batang pancing masing-masing mana tau rezeki malam ni kan dapat ikan besar.

Kami terjenguk-jenguk sana sini, berpandukan cahaya bulan, cuba mencari mana ikan tu. Bunyi kocakan tu masih bergema lagi. Plop! Plop!  Sehinggalah Ryan cuit kami, "Eh korang, apa benda tu?".  Ryan menunjuk ke satu arah.  Kami ternampak ada benda bulat sedang terapung di atas tasik, tapi jaraknya agak jauh dari kami, aku anggarkan dalam 3/4 jarak padang bola la.  Puaslah kami cuba nak agak, apa benda tu.  Bola tu perlahan-lahan mendekati kami. Makin lama makin jelas bentuknya.  Rupa-rupanya, itu bukan bola, tapi kepala manusia!  Orang tu berendam dalam tasik sehingga paras hidung, tapi kami boleh nampak yang orang tu ada rambut hitam panjang yang menutupi matanya dan wajah yang sangat pucat.

Aku tak dapat nak melupakan perasaan seriau yang melanda aku bila aku perasan itu orang. Semua bulu roma aku, dari kaki, ke leher ke tangan semuanya merinding naik dan aku sendiri rasa macam kaku tak boleh bergerak.  Yang lain pun macam tu, kecuali Tommy.  "Ah korang ni. Tu oranglah.  Entah-entah orang gila mana entah nak berenang tengah malam buta ni".  Kitorang tak cakap apa pun, takde pun cakap tu bukan orang.  Tapi kata-kata Tommy tu seolah-olah macam orang siram air sejuk kat kami yang tengah kaku tu, kami pun terus tersedar dan masing-masing pun setuju nak balik ke unggun api tadi.

Kami pun sambung minum-minum di tepi unggun api tadi.  Mood kami pun kembali ceria, agaknya masing-masing dah tingtong kot. Dalam 2 jam tu, kayu api pun dah nak habis, kami sambung pulak membawang dalam kabin.  Aku nak terkucil pulak, tapi ada orang guna tandas dalam, jadi aku tak tahan sangat aku pun pegilah buang air kecil kat luar kabin tu dan menghadap tasik tu.  Orang tu masih ada di tasik tu lagi.  Aku boleh nampak dari kedudukan aku masa tu.  Aku dah mula rasa sangsi, betul ke tu orang? Orang apa yang boleh bertahan berendam dalam tasik sampai sejam 2 jam macam ni? Dan aku perasan yang orang tu dah makin dekat dengan tebing pulau tu.  Aku pun cepat-cepatlah kencing dan cepat-cepatlah jugak masuk kabin dapatkan kawan-kawan aku tadi.  

"Wei korang, orang tu ada lagi dalam tasik tu lah".  Kami berempat pun terus keluar tapi sampai beranda kabin jelah.  Kabin ni kedudukannya agak tinggi, dan nak naik kabin tu ada tangga tapi dalam 8 anak tangga jelah.  Orang tu masih berendam dalam tasik lagi, tapi kali ni, dah naik sikit sampai nampak dagu.  Mukanya macam manusia biasa je, tapi kulitnya pucat macam bertahun-tahun tak kena cahaya matahari.  Walaupun orang tu berwajah manusia, tapi kami masih tak dapat nak lari dari perasaan seram.  Dan kedudukan orang tu tak berubah, masih terapung di lokasi yang sama, yang mana aku rasa lagi pelik sebab dia tak lari dibawa arus tasik.  Kepalanya pun tak bergerak, hanya terapung di situ dengan matanya dilindungi rambut tapi menghadap kami.  "Aku rasa tu patung jelah. Bukan manusia.  Kite ni dah mabuk ni tu yang nampak benda bukan-bukan. Dahla wei, jom kite masuk tidur. Dah pukul berapa ni", Tommy sekali lagi bersuara memecahkan keheningan malam. Lagi sekali, Tommy yang buat andaian macam tu, kitorang nampak kepala tu kitorang tersenyap tak tau nak cakap apa.

Kabin ni takde elektrik, jadi takdelah penghawa dingin. Jadi kalau nak tidur, kami kena bukak tingkap untuk kasi udara masuk.  Aku dan Tommy tidur kat ruang tamu, manakala Kevin dan Ryan tidur dalam bilik, tapi dengan pintu terbuka.  Aku memang jenis susah nak tidur, ditambah pulak dengan kepala misteri tadi, lagilah aku susah nak tutup mata. Yang lain-lain dah berdengkur. Lalu aku pun melihat ke luar tingkap yang menghadap tasik tu.  Kepala tu dah takde.  Mungkin betul cakap Tommy, tu patung je.  Agaknya ia dah hilang dibawak arus. Lega rasanya. Jadi aku pun berbaring sebelah Tommy cuba nak lelap, apabila aku terdengar bunyi tapak kaki berlegar di kaki tangga kabin kami...

Bersambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2021 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 5-3-2021 12:30 PM
Kabin Di Tengah Tasik

Pengalaman aku ni terjadi pada satu musim panas semasa aku dan 3 orang lagi ...

Suspen nyaaaa....tk sbr nak tahu apa jadi seterusnya...tq very much mrs salvatore
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2021 11:20 AM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 8-3-2021 10:21 AM

Kabin Di Tengah Tasik Bahagian Akhir

Prap! Prap! Bunyi tapak kasut memijak batu dan pasir di bawah tangga kabin kami memang jelas sekali di malam sunyi ini.  Aku cuba menyakinkan diri aku sendiri bahawa itu cuma mainan perasaan aku sahaja, tapi bila aku jeling jam di tangan, dalam 3 minit jugaklah bunyi tapak kasut itu berlegar-legar di luar kabin.  Mungkinkah ada orang jahat di luar sana?

Aku terfikir nak kejutkan Tommy, tapi Tommy lena gila tidur sampai ternganga-nganga.  Kini, ‘orang’ tu dah berani naik tangga. Tapi dia setakat naik 2 anak tangga, kemudian dia berhenti, turun balik dan berlari meninggalkan kabin kami.  Kali ni, aku tunggu seminit dulu kot-kot lah orang tu akan kembali.  Bila aku yakin yang orang tu dah pergi, barulah aku berani kejutkan Tommy.  Berkali-kali aku goncang badan Tommy.
“Wei apsal ni aku nak tidurlah”, terpisat-pisat Tommy bila dia dipaksa bangun tidur oleh aku.
“Kau tak dengar ke bunyi tapak kaki tadi?”
Belum sempat Tommy nak jawab, Ryan yang tengah tidur dalam bilik pulak yang terbangun dan berlari mendapatkan kitorang.  “Kita kena keluar dari tempat ni sebelum orang tu datang balik”, tiba-tiba Ryan cakap macam tu kat kami.  Pastu dia terus ke bilik sebelah kejutkan Kevin pulak.  Kevin pun sama dalam kebingungan tapi dia ikut jelah arahan Ryan.

Sambil kemas-kemas beg, Ryan cerita kat kami kenapa kitorang nak kena balik jugak malam ni.  “Aku nampak orang tengah intai aku dalam bilik ikut tingkap.”  Merinding bulu roma aku jangan cakaplah. Kain baju pun main campak je dalam beg tak sempat dah nak lipat-lipat. Kami berempat pun keluar dari kabin tu, kami ternampak ada kesan tapak kaki basah di sekeliling bawah anak tangga dan di sepanjang jalan berpasir yang menghala ke arah jeti kami.  Kami pun pecut tak cukup tanah, lompat masuk bot dan cepat-cepat hidupkan bot.  Sepanjang perjalanan ke seberang tu masing-masing tak berani pandang kiri kanan dah, kami cuma nak tinggalkan kabin tu je.

Akhirnya kami berjaya sampai ke seberang.  Kami dah masuk dalam kereta dan dalam perjalanan nak balik. Masa ni kami semua rasa dah selamat dari ancaman stalker kami tadi.  Dalam 10 batu perjalanan tu, tiba-tiba Ryan seolah-olah ternampak sesuatu di luar tingkap kereta. Dia menuding jarinya ke luar tingkap. “Wei korang korang sape tu sape tu?”.  Kami memandang ke arah yang ditunjuk oleh Ryan, tapi kami tak nampak apa pun. Badan Ryan menggeletar ketakutan, kemudian dia menekup mukanya dengan tangan dan menangis tersedu-sedan.  Kevin yang duduk sebelah Ryan masa tu pun terkejut bila tengok Ryan macam tu.  Kevin cuba nak pujuk Ryan, tapi Ryan terus menangis sambil berpeluk tubuh dan matanya tertutup rapat.

Kami hantar Ryan dulu balik ke rumahnya, tu pun dah dalam pukul 4 pagi. Kami terpaksa kejutkan ibubapa Ryan.  Ryan dah berhenti menangis tapi dia terpaksa dipapah masuk ke dalam rumah.  Muka Ryan pucat tak berdarah, dan Ryan seolah-olah tak berani nak angkat muka.  Tapi, aku, Tommy dan Kevin pulang dengan keadaan selamat tanpa ada apa-apa gangguan.

Esoknya, ayah Kevin dan beberapa orang kawannya pergi ke kabin itu dengan membawa senapang.  Diorang pusing satu pulau tu nak cari stalker yang mengganggu kami, tapi tak jumpa.  Termasuklah juga di kabin-kabin bersebelahan. Rupa-rupanya malam tu memang hanya kabin kami je yang ada orang, kabin lain kosong.  Mustahil stalker tu boleh keluar dari pulau tu tanpa bot, tapi ayah Kevin mengesahkan yang memang tak jumpa melainkan kalau dia boleh berenang setengah batu ke seberang tanpa dibawa arus atau lemas.

Sejak peristiwa itu, Ryan berubah dari seorang remaja lelaki yang ceria dan aktif kepada seorang yang pendiam.  Ryan menghadapi masalah untuk tidur malam, sampai terpaksa jumpa psikiatri dan diberikan pil tidur.  Lama kelamaan keadaan Ryan semakin baik, tapi Ryan kini bukanlah Ryan yang dulu, yang sukakan cabaran.  Ryan dah tak berani nak ikut kami berkhemah masuk hutan.  Malam-malam Ryan mesti nak tidur dalam bilik, tapi dalam bilik yang berlangsir atau kalau boleh, nak bilik yang takde tingkap langsung pun tak apa.

Berminggu-minggu jugaklah, baru kami berani tanya, apa yang Ryan nampak malam tu.  “Masa kat kabin tu, kan aku cakap ada orang intai aku”, Ryan terhenti sejenak sebelum memulakan ceritanya.  “Aku tak nampak muka orang tu, tapi aku cuma nampak bahagian sebelah mata dia je.  Mata warna hitam, rambut panjang hitam, pastu kulit pucat.  Tapi, dia mengintai aku dari belah atas tingkap tu”.  Ketinggian tingkap atas ke dasar tanah tu dalam 8-10 kaki la jugak, takkan orang paling tinggi di dunia yang intai Ryan masa tu.  


“Pastu, dalam kereta, aku nampak lagi orang tu. Aku yakin dia orang yang sama sebab mata tu..mata tu…”,  Ryan mula menggeletar satu badan.  Ayat dia mula caca merba sampai kami pun tak faham dia nak cakap apa.  Sejak dari hari tu, kalau Ryan ada kami memang tak pernah ungkit lagi dah pasal kejadian malam tu.  Apakah yang sebenarnya terjadi? Siapakah yang Ryan nampak tu? Nampaknya akan kekal misteri sampai kami mati.

TAMAT.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 09:11 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 5-3-2021 11:30 AM
tq tq supermod  tq sebab kasi tacang banyak-banyak nih.  I pun memang saja nak translate s ...

teruskan berkarya..  kipipap dongibab
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2021 11:56 AM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 16-3-2021 02:05 PM

Suara Dalam Kepala

Cerita kali ini memang kisah benar yang berlaku kepada salah seorang pesakit Dr Azuonye yang merupakan ahli psikiatri.  Beliau telah menulis berkenaan kes ini dan diterbitkan di British Medical Journal.  Kalau nak baca penulisan sebenar Dr Azuonye ni, korang boleh masuk link ni
https://www.researchgate.net/pub ... allucinatory_voices

Ada seorang wanita yang sihat fizikal mental bernama AB dan telah menetap di Britain sejak 1960an lagi.  AB ni merupakan suri rumah sepenuh masa sehinggalah pada 1984 AB tengah duduk-duduk kat rumah, tiba-tiba AB terdengar bisikan yang muncul dalam kepala dia.  Suara itu memberitahu AB, "Tolong jangan takut.  Saya tahu awak mesti terkejut kan dengar suara saya dalam kepala awak, tapi ni je cara paling mudah untuk saya bercakap dengan awak.  Saya dan kawan saya pernah bekerja di Hospital Kanak-kanak di Great Osmond Street, dan kami berdua nak tolong awak".

Sudah semestinya AB, macam wanita normal lain memberikan reaksi terkejut, takut dan macam-macam lagilah bila dia dengar suara tu dalam kepala dia.  Pada awalnya dia cuba buat tak tahu dan tak hiraukan suara itu, tapi suara itu masih tetap mengganggu dia. Suara itu memberikan info-info tambahan berkenaan hospital yang AB kena pegi. Lama-kelamaan AB rasa tak tahan dan rasa macam naik gila dengan suara itu lalu dia pun pegilah jumpa Dr Azuonye ni untuk dapatkan rawatan pakar.

Walaubagaimanapun, setelah AB diperiksa oleh Dr Azuonye, doktor mengesahkan yang gangguan suara yang dialami oleh AB itu tiada penjelasan dari segi perubatan moden, tapi Dr Azuonye mendiagnosis AB dengan 'functional hallucinatory psychosis'.  AB diberikan ubat jenis thioridazine dan sesi kaunseling, untuk beberapa minggu suara itu hilang dengan sendirinya.  Tapi sekejap jelah, suara itu muncul lagi walaupun AB tak pernah ponteng makan ubat.  

Kali ini, suara itu mengarahkan AB untuk pegi ke hospital lain pulak, dan mintak untuk buat imbasan diagnosis pengimejan di hospital tu. Menurut kata suara tu, AB ni ada tumor di pangkal otak dia tapi AB kena imbas dulu otak dia baru boleh buat rawatan.  AB masih lagi menjalani rawatan dengan Dr Azuonye, tapi Dr pun tak jumpa tanda-tanda tumor macam AB dakwa tu.  Tapi AB berkeras jugak nak buat imbasan tu sampaikan Dr Azuonye mengalah dan terpaksa keluarkan arahan kepada hospital tersebut untuk mengimbas kepala otak AB.  Hospital tak boleh sewenang-wenangnya nak buat prosedur tu pada pesakit yang tak menunjukkan tanda-tanda penyakit, sampai Dr Azuonye kena berdebat dengan pihak hospital dan akhirnya, AB pun dibenarkan untuk menjalani prosedur tu.  Sekali tu, memang betul la AB ada tumor otak jenis meningioma, betul-betul di lokasi yang AB cakap tu.  

Pakar bedah otak kasi pilihan pada AB, samada nak bedah dan buang segera, atau tunggu dulu sampai AB menunjukkan simptom tumor tu. AB memilih untuk buat pembedahan, tu pun lepas AB bincang dengan suara itu dan suara tu pun setuju dengan keputusan AB.  Pembedahan itu dijalankan pada Mei 1984 dan ianya berjalan lancar tanpa apa-apa komplikasi.  Menurut AB, kali terakhir dia dengar suara tu ialah apabila dia semakin sedar dari pembedahan tu.  "Kami gembira dapat tolong awak. Selamat tinggal".  Lepas tu suara tu tak muncul lagi dah, tapi AB masih lagi dibekalkan dengan ubat anti-sawan selama 6 bulan sebagai langkah berjaga-jaga.  Lama-kelamaan, AB sudah tidak perlu menjalani kaunseling dan makan ubat lagi, dan AB akhirnya disahkan bebas penyakit fizikal mahupun mental...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 12:04 PM | Show all posts
uishkkkk Trauma sampai camtu skali ya ryan tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-3-2021 01:27 PM | Show all posts
Kawan Dalam Almari

Aku membesar di rumah pusaka milik keluarga ayah aku.  Kami berpindah di sini semasa aku masih kecil, umur aku belum 10 tahun lagi.  Aku merupakan anak tunggal, manakala ayah pula sering kena ke luar kawasan atas tuntutan kerja, jadi masa tu aku memang tak ramai kawan sebaya, kecuali sorang ni, kawan halimunan yang tinggal dalam almari besar antik kat rumah tu.  Masa tu aku namakan dia Peter atau Patrick, aku pun tak ingat dah lama sangat dah cerita ni.  



Aku memang rapat dengan ayah, jadi bila ayah aku ada kat rumah, aku pun kongsilah cerita dengan ayah tentang 'kawan' aku ni.  Ayah pun layan jelah imaginasi budak kecil macam aku ni, 'Oh ye ke sapa nama kawan awak tu?'.  Bila aku sebut nama dia Peter/Patrick je, muka ayah aku terus berubah.  Ayah kasi aku kertas dan pen, pastu ayah suruh aku lakarkan macam mana rupa Peter/Patrick. Seingat aku, Peter/Patrick ni berwajah orang tua, tapi badannya kecik macam sama saiz dengan aku je.  Tangannya besar dan jarinya panjang runcing.  Pastu baunya agak kepam sikit sebab lama sangat duduk dalam almari antik tu.

Petang tu jugak, ayah aku panggil adik lelaki dia yang duduk berdekatan kitorang jugak. Diorang berdua angkut almari antik tu ke belakang rumah dan bakar almari tu.  Sejak dari hari tu, Peter/Patrick tak pernah muncul lagi dah dalam hidup aku.

Beberapa tahun kemudian, masa ni aku dah remaja, entah macam mana masa sembang-sembang dengan ayah, muncullah pulak topik pasal almari antik tu.  "Kenapa ayah bakar almari antik tu? Sayangla almari antik tu kan warisan keluarga kita jugak".  Barulah ayah bukak cerita sebenarnya.  Ayah aku ada ramai adik-beradik, salah sorangnya adik ayah aku lagi sorang yang sekarang ni dah duduk luar negara.  Dulu, pakcik aku tu pun penah ada kawan halimunan jugak, nama dan perawakan kawan tu sebijik macam kawan halimunan aku tu.  Tapi, dalam ramai adik beradik tu, pakcik aku sorang je yang boleh nampak Peter/Patrick. Dan sama jugakla macam aku, Peter/Patrick tu tinggal dalam almari antik tu.

Lama-kelamaan, pakcik aku tu selalu mengigau malam-malam.  Tidur sambil berjalan, kadang-kadang sampai ke luar rumah.  Kalau tak berjalan, tengah-tengah malam pakcik aku tu menjerit sebab mimpi ngeri. Kencing atas tilam tu dah memang selalu lah.  Pakcik aku cakap, Peter/Patrick yang kacau dia, tapi datuk dan nenek aku masa tu tak percaya dengan dakwaan pakcik aku tu.  

Akhirnya, pakcik aku keluar dari bilik tu, tumpang bilik adik beradik yang lain.  Bilik tu pulak dijadikan bilik tetamu, dan selalu kosong takde orang duduk, sampailah keluarga aku berpindah masuk dan bilik tu jadi bilik aku.  Sebenarnya ayah aku pun dah lupa dah pasal Peter/Patrick, tapi bila 30 tahun kemudian aku mengalami benda yang sama menimpa adik dia, ayah aku pun ambil keputusan drastik bakar je almari antik tu.

Ayah aku taknak perkara yang sama terjadi pada aku, sepertimana ianya berlaku pada adik dia. Sebab, walaupun dah tak kena kacau, tapi masih lagi meninggalkan kesan pada emosi dan kesihatan mentalnya.  Adik ayah aku dah 14 tahun tak balik kampung sejak bermastautin di luar negara.  Seingat aku pun, pakcik aku ni kaki minum dan jenis lemah semangat.  Dalam ramai-ramai adik beradik dia seorang je yang macam tak berapa menjadik.  Entah apalah yang Peter/Patrick dah buat kat dia sampai dia jadi macam tu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 11:09 AM | Show all posts
yeah ada citer baru... dan semestinya nak lagik... TQ TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2021 11:16 AM | Show all posts
info yang sangat menarik
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 10:36 AM | Show all posts
amaovie materials sangat citer2 antu omputih ni..aku dah addicted nak baca more and more
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2021 12:19 PM | Show all posts
Jalan Misteri di England - Bapakku Drebar Lori

Ayah aku merupakan bekas tentera British, sebagai seorang bekas tentera memang ayah aku ni seorang yang praktikal dan tak takutkan apa-apa.  Lepas dia bersara, masa tu tahun 1975, dia pun memulakan kerjaya baru dia sebagai seorang pemandu lori.

Pada suatu hari, dalam pukul 5pagi di musim panas 1975, ayah aku baru nak memandu keluar dari London dan dia ikut jalan A3. Masa kejadian ni, ayah aku baru je keje sebagai pemandu lori, dan ayah aku memandu sorang-sorang je. Pagi tu agak berkabus sikit tapi keadaan agak terang jugak.



Tengah memandu tu, ayah tu ternampak seorang wanita berbaju biru, ayah aku rasa umurnya dalam 20an macam tu, tengah menunggu di tepi jalan.  Jalan tu masih baru lagi, jadi adalah nampak beberapa penghadang jalan yang belum dialihkan masa pembinaan hari tu.  Ayah aku pun buat tak tau jelah, mungkin perempuan tu tengah tunggu bas nak pegi keje kot. Ayah aku pun memandu je melepasi dia, apabila tiba-tiba perempuan itu melompat ke tengah jalan!  Ayah aku pun brek mengejut sebab terkejut sangat.  Lori yang ayah aku bawak ni agak besar, dia tak dengar bunyi hentaman tapi dia yakin sangat dia dah terlanggar perempuan tu. Tapi bila ayah aku jenguk kat luar, takde pun nampak perempuan tu.  Ayah aku terfikir mungkin perempuan tu dah kene lenyek dengan lori ayah aku.

Ayah aku cakap, itulah pertama kali dia menggeletar seluruh badan. Tak pernah-pernah dalam sepanjang hidup dia, dia terlanggar orang. Ayah aku cuma mampu duduk dalam lori je, sampailah ada 2-3 buah kereta lalu dan diorang tanya ayah aku, kenapa berhenti tengah jalan? Ayah aku pun ceritalah pasal kejadian tadi. Pemandu kereta tu pun tawarkan diri nak pegi tengok bawah lori ayah aku tu.

"Takde mayat pun pakcik. Kosong je bawah lori".  Ayah aku tak percaya, tapi bila ayah aku tengok sendiri, ye memang takde. Tapi ayah aku yakin sangat yang dia terlanggar perempuan tu sebab ayah aku nampak dengan jelas perempuan tu lompat tengah jalan.  Sejak daripada kejadian tu, ayah aku tak lalu dah jalan tu. Sanggup ikut jalan jauh.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2021 12:46 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 10-3-2021 12:48 PM

Jalan Misteri di England - Blue Bell Hill

Kisah ni pun berlaku pada kawan ayah aku.  Blue Bell Hill yang terletak di Kent ni merupakan antara tempat yang cukup angker kat England ni.  Terutamanya jalan dia, dari zaman hitam putih lagi dah berlaku kemalangan ngeri yang melibatkan kematian.  Walaupun tempat ni cantik tapi dah banyak sangat kisah-kisah hantu yang diceritakan oleh penduduk atau pelawat yang datang ke situ. Sampaikan keangkeran Blue Bell ni diabadikan dalam sebuah filem.



Kawan ayah aku ni pun keje pemandu trak jugak. Pada suatu hari, masa tu tengah hujan lebat, kawan ayah aku ni ternampak seorang lelaki memakai kot besar. Atas dasar kasihan, kawan ayah aku ni pun tumpangkanlah lelaki tu. Lelaki tu sebenarnya nak pegi ke sebuah pekan berdekatan, tapi dia nak berhenti kejap kat satu alamat ni, nak amek barang.  Kawan ayah aku pun cakap ok dan dia pun pegilah ke rumah yang dimaksudkan tu.

Kawan ayah aku cakap, lelaki tu memang pendiam. Ajak sembang pun taknak. Dah sampai ke rumah tu, lelaki tu mintak kawan ayah aku ni tunggu dalam 10 minit, so kawan ayah aku ni tunggulah.  10 minit pun berlalu. Lelaki tu tak keluar-keluar pun dari rumah tu.  15 minit tunggu, pun takde.  Akhirnya sampai 20 minit kawan ayah aku pun malas nak tunggu dia pun memandu pegi dari situ.  Kawan ayah aku tu menyumpah-nyumpah lah jugak sebab rasa dia dipermainkan oleh lelaki tu. Habis terbazir masa dia 20 minit.

Dalam 10 kilometer kawan ayah aku tu memandu, tiba-tiba, dia ternampak lelaki yang dia tumpangkan tadi tengah berjalan dalam hujan, tapi kali ni lelaki tu bawak beg. Terkejutlah kawan ayah aku tu.  Tadi rasanya dia tak nampak pun ada orang keluar dari rumah tadi? Pastu apa kehenye lelaki tu berjalan dalam hujan sedangkan kawan ayah aku setuju nak tumpangkan dia? Dan macam mana lelaki tu boleh berjalan dalam hujan lebat macam tu sampai 10km dalam masa 20 minit?

Kali ni kawan ayah aku taknak dah tumpangkan lelaki tu, jadi dia pun memandu dengan selamba. Bila dia nak melepasi lelaki tu je, lelaki tu pulak tiba-tiba lompat ke tengah jalan. Memang brek mengejutlah kawan ayah aku tu.  Tapi kawan ayah aku ni berani sikit, dia turun dari trak nak tengok keadaan lelaki tu, tapi lelaki tu ghaib begitu sahaja.

Kawan ayah aku pun pegi balai nak buat laporan polis, tapi polis enggan terima laporan dia.  Alasan polis, kat jalan tu memang ramai sangat dah orang buat laporan macam kawan ayah aku tu.  Lelaki yang kawan ayah aku tumpangkan tu memang dah tak wujud pun...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Setiap hari masuk thread ni check kalau ada cerita baru. Rajin TT good job
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2021 02:45 PM | Show all posts
Jalan Misteri Di England - Jalan Merentasi Hutan Ashwood

Beberapa tahun yang lalu, aku, teman lelaki aku dan abang aku dalam perjalanan balik kampung, tapi kami kena ikut jalan yang merentasi Hutan Ashdown.  Hutan Ashdown ni memang terkenal sebagai tempat bersejarah, hutan ni dah wujud dari zaman midieval lagi di mana hutan ni jadi kawasan berburu untuk raja-raja England dulu.  Selain tu, Hutan Ashdown ni jugak merupakan lokasi bagi cerita Winnie The Pooh, penulis citer tu selalu bawak anak dia jalan-jalan kat situ sehinggakan dia terinspirasi nak tulis citer Winnie The Pooh. Gambar-gambar lukisan dalam buku asal Winnie The Pooh tu pun dilakar dari hutan tu.



Keadaan pada ketika itu memang sudah terlalu lewat. Cuma kereta kami je yang menyelusuri jalan itu.  Sambil dipayungi pokok kiri kanan.  Cuaca pada ketika itu sangat sejuk walaupun tak bersalji, dan kereta kami terpaksa memasuki satu kawasan yang berkabus. Kabus tu agak pelik bagi aku sebab ianya agak kemerah-merahan.  Tapi aku husnozon mungkin kabus tu jadi macam tu sebab terkena limpahan cahaya lampu kereta kami.  Bila lintas masuk je dalam kabus tu, radio kereta pulak tiba-tiba tidak berfungsi. Kami pun terpaksalah memandu dalam keadaan senyap sunyi. Tapi tak lama, bila kami keluar je dari kabus tu, kereta kami yang tengah berjalan tu tiba-tiba bergoncang macam ada orang tolak.  Serentak itu jugak, radio pun berbunyi semula.  

Pada waktu yang lain pula, kali ni kami balik menuju ke London ikut jalan yang sama jugak. Pun waktu tengah malam jugak.  Kami bertiga terjumpa dengan seorang lelaki sedang berdiri di tepi jalan dalam malam-malam buta tu. Aku ingat lagi, lelaki tu pakai seluar jeans biru dan jaket kulit hitam.  Tiba-tiba dia melompat ke tengah jalan dan aku yakin yang kami dah terlanggar dia. Tapi bila kami turun dari kereta, jangankan mayat, kesan darah pun takde. Jadi apa yang kami dah langgar tu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 05:05 PM | Show all posts
ngeri jugak ya....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 15-12-2020 02:38 PM
Budak Misteri Berwajah Sedih

6 bulan kemudian, lepas perbualan aku dengan kawan aku yang tengah m ...

Best cter ni...y penyelam tu mcm dh xde update last time sy jenguk..ada y ni,boleh park baca dulu..cter kt reddit mmg best2 jgk..

Psl hutan ni, rasanya dorg percaya je ada makhluk ghaib tu,mcm hantu bagai,roh2 y tak tenang etc..sbb tu ada citer mcm wrong turn,texas chainsaw tu,friday the 13th, etc,berlaku dlm hutan, pstu hilang,or kena bunuh.. depiction of the reality kot,cuma dorg xsure actual makhluk y buat benda2 tu..nk bg amaran y dlm hutan pn bahaya,jgn duk buat main2 gitu..hehehe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2021 02:30 PM | Show all posts
Bapak Saudaraku Seorang Askar

Beberapa minggu yang lalu, di tahun 2020, waktu ni Covid19 tengah menggila.  Aku dan beberapa orang ahli keluargaku tengah video call antara satu sama lain, memandangkan kami semua ni dah lama tak buat perjumpaan keluarga sebab Covid19.  Turut ada sekali, pakcik aku, seorang askar pencen yang berkhidmat untuk Peru.  Pakcik aku tetiba je bukak pengalaman dia, sebab alasan pakcik aku ni, dia kan dah warga emas kalau dia meninggal sebab Covid, sekurang-kurangnya dia dapat kongsi pengalaman yang bertahun-tahun dia pendam ni.

Peristiwa ini terjadi di lewat 1980an, pakcik aku mengetuai 18 orang askar bersenjata berat untuk menentang pengganas yang menyorok dalam hutan Amazon pada waktu itu.  Misi pasukan pakcik aku masa tu adalah untuk ke sebuah pekan kecil di daerah Pucallpa, tapi nak pegi situ diorang kena rentas hutan dulu. Pekan itu sedang dikuasai oleh kartel dadah kecil, jadi pasukan pakcik aku ni akan buat serangan hendap ke atas kartel tu.  Pasukan pakcik aku memulakan misi mereka pada lewat malam, mereka kena berjalan kira-kira 12 km dan dijangkakan akan sampai ke pekan itu pada waktu subuh.



Pakcik aku ingat lagi, walaupun malam, tapi keadaan masa tu agak terang sebab bulan tengah mengambang.  Di pertengahan perjalanan, dalam 6km, pakcik aku pun mengarahkan semua ahli kumpulan dia berhenti untuk buat headcount dalam gelap. 1,2,3.........Kira punya kira, tiba-tiba jadi 19.  Tersenyaplah semua orang.  Tak puas hati punya pasal, pakcik aku pun panggillah pasukan dia berbaris, pastu pakcik aku pun suluhlah muka sorang-sorang.  Memang sah, ada 19 orang.  

Cuma, yang peliknya, orang ke 19 tu sebijik sebijan macam orang ke 18.  Termasuklah dengan kelengkapan, pakaian, celoreng kat muka.  Yang no 18 pandang no 19, dua-dua buat reaksi terkejut.  Dua-dua pulak saling mengaku, sayalah askar yang sebenar.  Pakcik aku pun terkejut jugak sebenarnya, tapi akhirnya pakcik aku dapat satu idea.

"Baik kalau macam tu, cuba beritahu aku apa nama samaran ko yang ko guna selama ni".  No 18 menjawab dengan pantas dan jawapannya tepat sekali.  Tapi, no 19 hanya berdiri membisu dengan riak wajah yang tidak mencerminkan sebarang emosi.  Kesemua 18 tentera yang berbaris panjang tadi terus bergerak membentuk formasi menghadap no 19 tu, masing-masing bersedia dengan senapang masing-masing.

"Kau ni siapa hah? Siapa hantar kau ke sini?". Pakcik aku bertanya pada 'dia', tapi tiada jawapan. "Kalau kau taknak jawab, aku tembak".  Dan serentak itu juga, lelaki itu terus berpaling dan berlari meninggalkan pasukan pakcik aku macam tu je. Pakcik aku terfikir macam nak kejar, tapi buang masa je. Jadi untuk keselamatan, pakcik aku kasi arahan untuk berjalan jauh sikit dari laluan sekarang tu untuk elakkan mereka diburu.

Mereka pun memulakan perjalanan mereka, kali ni tentera no 18 tadi tu kena berjalan kat tengah.  Masuk km ke 7, pakcik aku dah rasa tak sedap hati. Dia pun arahkan pasukan dia berhenti sekali lagi. Pastu dia suluh satu-satu muka ahli pasukan dia, sambil mengira dengan kuat, 1, 2, 3.  Dan kali ni, muncul lagi orang ke-19.  Dan sama seperti tadi, orang ke-19 ni saling tak tumpah macam orang yang sebelumnya.  Belum sempat apa-apa, ahli terakhir tadi terus menjerit, "Tuan, nama panggilan saya XXX tuan!".  Semua orang pun serentak menghalakan senjata ke orang no 19 tadi.  Dan seperti tadi juga, orang tu berpaling dan terus berlari dengan lajunya masuk ke dalam hutan yang gelap gelita tu.

Nak tak nak, pakcik aku dan ahli pasukannya terpaksa berkumpul sebentar dan berbincang, samada nak kejar balik lelaki misteri itu atau teruskan perjalanan.  Mereka kena sampai tepat pada waktunya di pekan itu.  Pakcik aku syak, mungkin musuh yang hantar perisik untuk menyiasat mereka.

"Maaf tuan. Tapi cuba tuan fikir logik.  Macam mana musuh boleh hantar perisik yang betul-betul seiras macam kita tuan? Dua orang yang berlainan tapi sebijik macam kita. Mustahil tu tuan".
"Habis tu, kau rasa tadi tu apa?"

Mereka semua terdiam, tapi saling berpandangan. Dari perilaku mereka, pakcik aku faham apa yang berlaku pada mereka sekarang ni bukannya gangguan manusia.  "Tuan, saya nak kasi cadangan". Ahli paling muda di situ mengangkat tangan mohon diberi kebenaran bercakap. "Apa kata kita buat bodo je tuan. Kita teruskan jelah perjalanan. Saya tak rasa orang tu nak kacau kita".  Semua orang pun bersetuju dengan cadangan pemuda tu.

Kali ni, memang pecah formasi.  Sepatutnya kena jalan berserakan, tapi kali ni pakcik aku arahkan untuk semua orang bergerak dalam barisan. Tu pun berebut-rebut taknak duduk belakang, akhirnya orang kanan pakcik aku la yang sukarela nak pegi belakang.  

Perjalanan mereka berjalan dengan lancar, cuma sekali sekala, pakcik aku terdengar macam ada bunyi tapak kaki di tepi mereka, kadang-kadang di kiri, di kanan, kadang-kadang bunyi macam jauh, adakalanya macam dekat sangat  pulak. Ada sekali tu, macam ada orang kat depan.  Pakcik aku percaya yang pasukan dia pun dengar jugak. Tapi masing-masing buat tak dengar je. Lain pulak dengan orang kanan pakcik aku, adakalanya dia ternampak, ada terlebih sorang dalam barisan tu. Yang ni dia perasan, sebab akan ada 2 orang yang pergerakan dan ketinggian sama je. Kalau yang depan tu toleh ke tepi, yang belakang pun ikut.  Tapi pastu sekelip mata je, 'orang' tu hilang. Kadang-kadang dia sendiri pun dengar bunyi tapak kaki belakang dia. Tapi macam cadangan teammate dia, kita buat bodo je.

Akhirnya, mereka pun sampailah ke lokasi yang ditetapkan. Tanpa disedari, waktu dah menunjukkan jam 5 pagi, tapi bulan masih penuh di langit. Tapi, bila pakcik aku pandang je ke arah bulan tu, tiba-tiba 'bulan' tu melayang terbang ke arah lain. Kalau tadi gelap, ni lagi gelap sebab dah takde sumber cahaya.  Semua orang dalam pasukan pakcik aku terpinga-pinga.  Habis selama ni yang tu bukan bulan ke???

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Seramnye..aku klu cmping2 dlm hutan ke..or aktiviti mlm2 cmni..bab headcount plg tkt..penah dlu ada team building kat Pahang...mlm tu de aktiviti jenjalan dlm htn reakeasi...ble hjg2 nk keluar hutan lipur tu..abg fasi yg dpn tu bt la headcount...pttnya ada 34..jd 35...abg fasi blkg pun suruh headcount balik mula dri blkg plak..msh 35...last2 ketua suh jln je smpai ke resort...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 05:54 PM | Show all posts
i dalam bas pas balik camping, masa pergi cukup 40 pastu nak balik tak cukup seat sebab lebih sorang... tapi tak tau la siapa...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua cite best..Nak lagi nak lagi..Tak sabar tggu sambungan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.812195 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list