|
[27 April !]~ Siti Di Finale Hitz 1 (TARIK DIRI ?)
[Copy link]
|
|
mod!
esok kalau ct perfom ko cantas jer tacang si poh bedoh ni...
geram sungguh aku ngan dia ni....
[ Last edited by adie82 at 26-4-2007 11:28 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
JANGAN LA TAK PERFOM!!!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 Siti perform... |
|
|
|
|
|
|
|
sumber utusan
Hits 1 akhir malam ini Mawi dicabar Ina
Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH
APAKAH Diana Naim atau lebih dikenali sebagai Ina berjaya menewaskan bekas tunangnya, Mawi bagi merebut Juara Hits 1? Semuanya bakal terjawab malam ini.
Gara-gara rancangan Hits 1 akhir, Mawi dan Ina dipertemukan lagi buat kali kedua di RTM selepas Ogos tahun lalu.
Namun yang pasti ramai penonton akan melekat di depan kaca TV untuk menyaksikan persaingan yang lebih sengit membabitkan nama-nama besar penyanyi tanah air antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Adibah Noor dan Misha Omar.
Rancangan Hits 1 akhir musim keempat akan berlangsung pukul 8.30 malam ini dari Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.
Musim lalu, Lagu Jiwa Lagu Cinta nyanyian Felix dan Yazer yang menggantikan penyanyi asal M. Nasir dan Mawi membolot semua anugerah utama iaitu Lagu Terbaik, Persembahan Terbaik dan Lagu Paling Popular (SMS).
Adibah Noor menang lagi?
Berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS), penyanyi yang digelar Raja SMS, Mawi dijangka dengan mudah akan membawa pulang hadiah bagi kategori Lagu Paling Popular.
Itulah satu-satunya kategori yang kemenangannya ditentukan oleh undian SMS berbanding kategori lain yang dinilai oleh juri profesional.
Bagi kategori Lagu Terbaik, hanya tiga lagu diramal mampu memberi cabaran sengit sesama sendiri iaitu Bisakah (Siti Nurhaliza), Terlalu Istimewa (Adibah Noor) dan Nafas Cahaya (Misha Omar). Lagu-lagu itu dijangka mengungguli kategori Lagu Terbaik. Namun tuah dijangka berpihak kepada Adibah bagi kategori tersebut berdasarkan kejayaannya meraih Anugerah Juara Lagu Ke-21 menerusi lagu yang sama awal tahun ini .
Bab pengacara pula, tiada lagi wajah pengacara sensasi Azwan Ali. Kali ini penonton bakal dihiburkan oleh dua pasangan muda yang serasi, Beego dan Annahita.
Konsep evolusi muzik berterusan menjadi tema persembahan oleh penyanyi jemputan terkenal antaranya Dayang Nurfaizah, Nora, Jaclyn Victor, Saleem, A. Halim, Hattan dan Ruffedge.
Sementara itu, tiket-tiket masuk percuma diedarkan di Balai Pengawal, Angkasapuri sejak minggu lalu.
Kepada peminat yang gagal mendapatkannya, pastikan memilih RTM1 malam ini untuk menyaksikan acara gilang gemilang yang disiarkan secara langsung itu. Hits 1 akhir diterbitkan oleh Nur Ashidah Abdul Namid. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
insyaAllah ade..
btw..cal..kat website rtm leht engok telly tak |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar + takut malam ni |
|
|
|
|
|
|
|
AKU TAKLEH TGK....
TOLONG UPLOAD YE KENGKAWAN... |
|
|
|
|
|
|
|
KAT MANA NAK TENGOK UNDIAN SMS TERKINI? |
|
|
|
|
|
|
|
InsyaAllah..ct akan menang mlm nti..sama2lah kita berdoa'.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #386 sayang_mulut's post
kat website rtm bleh tgk secara live tp aku x leh tgk sbb tgh keje |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #385 sayang_mulut's post
utk ajl 21 lagu adibah noor tu tak bertembung ngan bisakah, so aku rasa bisakah mampu menang lagu terbaik |
|
|
|
|
|
|
|
lagu terlalu istimewa tu aku rase macam plain..kekeke tak minat pun lagu tu..
aku risau lagu misha tu je..
at least kalau naib juara pun ok ape..
tapi dulu lagu gemilang menang hitz dengan juara lagu kan!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #394 sayang_mulut's post
1 Bisakah
2 Terlalu istimewa
... |
|
|
|
|
|
|
|
Kt kosmo pung ckp ct perform.. aku rase klu btul ct ganti ngan org laen, msti dh ade announcement awl2 kan.. hmm.. papepn, tggu mlm nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
'Tidak timbul soal nyanyian Ina sumbang'
BERBANDING tujuh lagu lain yang terpilih untuk bertanding pada Hits 1 Akhir musim keempat, hari ini, lagu Duhai Hati nyanyian Diana Naim agak kurang popular kerana tidak banyak dimainkan stesen radio.
Namun, apabila lagu itu terpilih dan Diana atau lebih mesra disapa Ina akan berkongsi pentas yang sama dengan nama besar seperti Misha Omar, Adibah Noor dan Datuk Siti Nurhaliza, timbul persoalan lain.
Di mana kredibiliti program Hits 1 yang selama ini mengangkat karya berkualiti atau apakah RTM1 terdesak untuk meningkatkan jumlah penonton hingga sanggup membelakangkan mutu kerana bekas tunang Ina, Mawi turut bertanding malam itu?
Menjelaskan kedudukan itu, Pengarah Penerbitan TV, Rokiah Normah Ramli berkata, setiap lagu yang dimainkan di stesen radio milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan melalui proses penapisan yang dinilai tertentu.
揓usteru, tidak timbul soal nyanyian Ina sumbang atau kualiti penerbitan albumnya tidak memenuhi standard kerana album itu juga terpaksa melalui proses penapisan.
揔ami tidak tahu proses yang diamalkan stesen radio lain. Tetapi, RTM tetap mengutamakan kualiti kerana pertandingan ini tidak hanya mengenai penyanyi, sebaliknya membabitkan komposer dan penulis lirik.
揗empertemukan Mawi dengan Ina semula sebenarnya suatu kebetulan kerana lagu mereka layak ke akhir. Lagu mereka layak berdasarkan permintaan tinggi peminat menerusi stesen Radio Muzik setiap minggu, |
|
|
|
|
|
|
|
yg nie dlm kosmo plakkk
"begitu juga dengan kemunculan semula Siti nurhaliza yang pernah beradu nasib pada musim pertama dan meraih 3 trofi utama iaitu tempat kedua Lagu terbaik hits 1, persembahan terbaik dan lagu paling popular hits 1 musim pertama
sudAH TENTU SEBILANGAN PEMINAT-PEMINAT PENYANYI YANG BINTANGNYA DI GILAP OLEH rtm TIDAH MAHU TERLEPAS MENYAKSIKAN PERSEMBAHAN sITI nURHALIZA"
AKU DH 23 TAHUN IDUP TP XDER PLAK AKU NAPAK PERKATAAN "TARIK DIRI PLAK"
ITU FITNAH SEMATA2 |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar tak tengok..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|