CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Detektif_Hantu

Apa Yg Saya Tidak Tahu Tentang P.Ramlee

  [Copy link]
Post time 12-3-2010 08:37 AM | Show all posts
buat sesiapa yg x tau..CNN telah menyenaraikan P Ramlee as CNN Asia's 25 Greatest Actors of All Time..hanya P Ramlee je yg dari M'sia.

boleh tgk sendiri dkt link ni :

http://www.cnngo.com/explorations/none/asias-25-greatest-actors-all-time-223697
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2010 01:06 PM | Show all posts
yes..he deserved it...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2010 01:16 AM | Show all posts
baru abih bace thread ni..best2..aku sanggup sambung bace dr opis td bw ke umah.heheh..penah gi tgk koleksi p.ramlee kat umah kelahiran beliau kat penang..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 05:26 PM | Show all posts
setau aku p.ramlee ni asalnye org acheh.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2010 11:52 AM | Show all posts
setau aku p.ramlee ni asalnye org acheh.
renjer Post at 15-3-2010 17:26


mak pak dia kot..dia penang mari
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2010 11:53 AM | Show all posts
m.zain tu camna ekk rupa dia...lupa laa nama2 ni....kalau tgk muka sure ingatnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2010 04:00 PM | Show all posts
m.zain nie bawa watak "Labi" dlm cerita "Labu Labi"...  dia juga bawa watak Pak Ali dlm cerita "Ibu Mertuaku"...juga bawa watak lelaki India yg gaduh dgn bini tgh malam dalam cerita Seniman Bujang Lapok..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2010 04:56 PM | Show all posts
sedih gak... cam cerita jimi asmara lak.. pop yeh yeh naik, jimi tenggelam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2010 05:17 PM | Show all posts
Lagi satu info yang mungkin ramai x tau. Aku dapat direct dari Pak Aziz Sattar.. kita memang tau yang ramai artis2 yg P.Ramlee asuh dan perkenalkan jadi top star macam Sarimah dan Rose Yatimah.. lagi  ...
Zaharudeen Post at 4-3-2010 18:30


part arwah M.Zain menggeletar kena teriak dgn haji bakhil tu sangat real...so, now bru aku paham dia mmg jenis pemalu orgnya...tak heran pun act dia dlm cite labu labi menjadi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2010 08:52 AM | Show all posts
m.zain nie bawa watak "Labi" dlm cerita "Labu Labi"...  dia juga bawa watak Pak Ali dlm cerita "Ibu Mertuaku"...juga bawa watak lelaki India yg gaduh dgn bini tgh malam dalam cerita Seniman Bujang Lap ...
yellowfish Post at 17-3-2010 16:00


Minor correction- Watak M. Zain dalam "Labu Labi" adalah sebagai "Labu".. dalam filem "Ibu Mertuaku", watak dia "Abang Ali".. tak lupa jugak dalam "Ali Baba Bujang Lapok" sebagai pelelong hamba yang last2 kena lelong..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2010 08:55 AM | Show all posts
setau aku p.ramlee ni asalnye org acheh.
renjer Post at 15-3-2010 17:26


Bapa beliau Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim memang berasal dari Acheh.. Ibu beliau Che' Mah binti Husin pulak org Penang local.. P.Ramlee dilahirkan di Pulau Pinang.. so x boleh la kata P.Ramlee tu 100% orang Acheh kan.. kira kacukan gitu.. huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2010 09:03 AM | Show all posts
sedih gak... cam cerita jimi asmara lak.. pop yeh yeh naik, jimi tenggelam..
bawanghitam Post at 17-3-2010 16:56


Yup.. tapi P.Ramlee pernah kata, irama Pop Yeh Yeh xkan kekal lama.. and it's true! Tahun 70-an irama Pop Yeh Yeh jadi basi then orang layan disko pulak.. seterusnya rock, metal etc.. tapi lagu2 P.Ramlee still evergreen..

Melalut sket pasal irama Pop Yeh Yeh ni.. in my humble opinion.. memang la lagu Pop Yeh Yeh ni kira layan jugak la tapi lepas dengar 5-6 lagu akan timbul rasa muak.. walaupun diorang alleged irama tu berasal dari The Beatles, style dia agak lain and The Beatles pun dah tukar konsep muzik pada tahun 1967 kepada irama yang lebih melodic dan matang.. bole imagine la camane orang kita ketinggalan dari segi perkembangan muzik pada masa tu.. sebab masa P.Ramlee kena boo kat UM dulu tu rasanya dah awal 70-an.. anyway, peminat pop yeh yeh jangan melenting ek.. aku cite facts.. aku layan gak pop yeh yeh tapi tak sekerap aku layan lagu P.Ramlee.. wassalam..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2010 09:15 AM | Show all posts
Lagi satu info.. direct dari mulut Pak Aziz Sattar, dulu Shaw Brothers ada plan nak buat filem "Bujang Lapok di Hong Kong". means that P.Ramlee, Aziz Sattar dan S.Shamsuddin berpeluang utk buat shooting di Hong Kong.

Walau bagaimanapun ada sorang pelakon ni.. kalau sebut nama semua orang kenal la.. dia memang anak murid P.Ramlee tapi bila dia dah top, dia nak tunjuk hero dalam industri filem masa tu. Dia jadi salah sorang AJK Union Pekerja-pekerja Shaw Brothers. So bila Union dengan Employer dah krisis, macam2 jadi la.. Union demand itu ini contohnya waktu bekerja hanya dihadkan kepada 8 jam sehari, Sabtu half day, Ahad cuti (refer dialog sinis P.Ramlee dalam Ali Baba Bujang Lapok)..

Then pelakon ni pun kecoh2 pasal isu nak shooting di Hong Kong sampai akhirnya Shaw Brothers batalkan plan buat filem Bujang Lapok di Hong Kong. P.Ramlee memang frust tapi dia pendamkan saja sebab dia xnak cari gaduh. Beberapa tahun lepas tu and P.Ramlee pun dah pindah ke Kuala Lumpur, alih2 pelakon ni pulak terbang gi Hong Kong atas tiket Shaw Brothers.. hmmm.. macam2 kan?

Anyway, itu mungkin salah satu rahsia kenapa dalam filem P. Ramlee, pelakon2 yg diambil oleh P.Ramlee biasanya dalam team yang sama.. pendek kata, pelakon tu wajib ada la dalam filem P.Ramlee.. maybe sebab P.Ramlee ambil orang yang betul2 komited dan boleh bekerja di luar waktu bekerja.. hmm.. memang logik la.. kalau shooting waktu bekerja camane nak amik adegan waktu malam kan? huhuhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2010 10:09 AM | Show all posts
Lagi satu info.. direct dari mulut Pak Aziz Sattar, dulu Shaw Brothers ada plan nak buat filem "Bujang Lapok di Hong Kong". means that P.Ramlee, Aziz Sattar dan S.Shamsuddin berpeluang utk buat shooti ...
Zaharudeen Post at 20-3-2010 09:15


pelakon yg sekarang jadi senator tu ke? hmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2010 09:29 PM | Show all posts
396# Zaharudeen macam tahu je rasanya sapa pelakon tuh
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2010 04:55 PM | Show all posts
senator?
jeng jeng jeng
tk patot aa kalo betul dia
kacang lupekan kulit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2010 11:14 AM | Show all posts
P Ramlee pernah janji kahwini Mariani
>>Oleh Hartati Hassan Basri
[email protected]
2010/03/22

(P RAMLEE: 22 Mac 1929 - 29 Mei 1973)
SEMEMANGNYA Biduanita Negara, Puan Sri Saloma wanita bertuah kerana berjaya menambat hati Seniman Agung Tan Sri P Ramlee apabila mereka berkahwin pada 21 November 1961 dan hidup bersama hingga ke akhir hayat.

Namun, ramai tidak tahu, kakaknya, Mariani lebih dulu menyulam kasih dengan P Ramlee yang dipanggil Remy. Demi kasih kepada adik yang dilihatnya meminati P Ramlee, dia rela korbankan perasaan sendiri untuk memberi laluan kepada Saloma.

Sempena ulang tahun kelahiran P Ramlee hari ini, Harian Metro menyingkap rahsia yang cuba ditutup rapat Mariani selama hampir 50 tahun. Ternyata bukan mudah untuknya bercerita sejarah silam. Bagi Mariani, biarlah ia menjadi kenangan yang akan dibawa sampai mati.

Bagaimanapun, menyedari ia bukan rahsia lagi apabila anak sulung P Ramlee, Allahyarham Nasir sendiri membuka cerita itu pada sebuah majalah, tidak lama dulu, Mariani akhirnya sudi berkongsi cerita selanjutnya. "Ya, memang benar saya dan P Ramlee pernah bercinta dari 1951 hingga 1953. P Ramlee juga berjanji mahu berkahwin dengan saya dan tidak benarkan saya berlakon. Dia mahu saya belajar menjahit dan belikan saya mesin jahit.

"Kawan-kawan rapat P Ramlee tahu hal ini dan mereka juga menjadi orang perantaraan menyampaikan hadiah kiriman P Ramlee. Dia memang suka beli barang tapi minta orang lain berikan seperti selendang broked yang saya simpan sampai sekarang.

"Bagaimanapun, apabila dapat tahu Saloma sukakan P Ramlee, saya tidak sampai hati. Rupa-rupanya dia selalu lihat P Ramlee main muzik di belakang rumah. Dia panggil P Ramlee Benjo sempena nama wataknya dalam filem Aloha. Kalau berjumpa P Ramlee, Saloma dah macam orang lupa diri. Akhirnya saya ambil keputusan jauhi P Ramlee.

"Sebenarnya saya tak mahu cerita semua ini kerana malu orang kata yang bukan-bukan nanti. Saya juga marahkan Nasir kerana dedahkan cerita itu tapi katanya, cerita itu memang benar buat apa hendak rahsiakan," katanya ketika ditemui di Istana Budaya, Khamis lalu.

Kata Mariani, dia dan adiknya tidak pernah bercerita mengenai perkara itu, tetapi Saloma tahu P Ramlee sukakan Mariani daripada teman-teman. Dia juga tahu P Ramlee selalu minta Mariani buatkan kopi untuknya.

"Saya juga pernah dengar Saloma marahkan P Ramlee. Katanya, "Apa you ni, asyik-asyik sebut nama kakak I, you suka susahkan dia. Susah-susah sangat, you kahwinlah dengan dia, biar I bermadu dengan kakak I! "Baru-baru ini saya buka TV, ada cerita Seniman Bujang Lapok. Sudah banyak kali saya tengok filem ini, tapi bila tengok P Ramlee dan Saloma menari berdua, saya tiba-tiba sebak dan menangis. Rupa-rupanya beberapa hari lagi ulang tahun kelahiran Saloma pada 22 Januari manakala ulang tahun kematiannya 25 April. Saya sedih kerana tarikh itu macam tidak dihargai orang, tidak seperti kematian P Ramlee setiap tahun diingati," katanya.

Mariani atau nama sebenar, Mariam Ismail, 67, berkata, kali pertama dia bertemu P Ramlee ketika berkunjung ke rumah ayah saudaranya di Pontian, Johor pada 1951. Kebetulan P Ramlee dan AR Tompel sedang membuat persembahan di situ. Bapa saudaranya yang juga guru besar di situ suka meraikan artis yang datang membuat persembahan di rumahnya.

"Dia cakap, 'Mariam, P Ramlee ada, pergilah bawa air'. Di situlah saya bertemu kali pertama dengan P Ramlee. Sudah tentu saya teruja sangat dapat bertemu bintang terkenal yang menjadi kegilaan ramai. "Kami berbual-bual. Ternyata dia seorang yang baik dan ramah. Dia tanya saya tinggal di mana dan buat apa di situ. Saya kata saya tinggal di Singapura dan datang ziarah bapa saudara. Rupa-rupanya P Ramlee selalu main gitar tidak jauh dari rumah saya.

"Apabila saya dipanggil untuk satu uji bakat filem Shaw Brothers, saya tidak mahu pergi, tetapi Saloma memberi galakan supaya saya mencuba. Akhirnya selepas didesak, saya pun pergi. "Di situ, saya berjumpa P Ramlee dan dia buatkan dialog untuk saya. Ketika itu saya diuji bakat dengan Ali Rahman. Saya lulus tapi tidak mahu berlakon," katanya.


Apabila ditanya mengapa tidak terima tawaran itu, Mariani enggan bercerita lanjut, tetapi akhirnya mengakui P Ramlee tidak suka dia jadi pelakon.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 11:45 AM | Show all posts
pelakon yg sekarang jadi senator tu ke? hmmmmm
bedah_kg_pisang Post at 20-3-2010 10:09


Err... errr... TST sudah laa.. nanti jadi defamatory statement pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 11:47 AM | Show all posts
Hari ni kalau P. Ramlee masih hidup, usia beliau 81 tahun.. selamat ulangtahun buat Allahyarham dan aku tumpang berbangga sebagai salah seorang individu yang berkongsi hari lahir dengan beliau. al-Fatihah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 11:51 AM | Show all posts
P Ramlee pernah janji kahwini Mariani
>>Oleh Hartati Hassan Basri
[email protected]
2010/03/22

(P RAMLEE: 22 Mac 1929 - 29 Mei 1973)
SEMEMANGNYA Biduanita Negara, Puan Sri Saloma wanita ber ...
Syd Post at 22-3-2010 11:14


Hubungan P.Ramlee dengan Mariani bukan lagi jadi rahsia sekarang.. Kerana Saloma, Mariani terpaksa membuatkan dirinya dibenci oleh P.Ramlee.. dia berlakon filem sebab P.Ramlee tak izinkan dia jadi pelakon filem. Akibatnya P. Ramlee marah dan putuskan hubungan..

Bukan itu saja, hubungan diorang memang x ngam. P. Ramlee tak bertegur dengan Mariani dalam tempoh agak lama dan tak ambil pun Mariani berlakon dalam filem2 arahannya. Hubungan diorang jadi OK semula bila P. Ramlee kahwin dengan Saloma (dah jadi kakak ipar takkan nak bermusuh lagi kot).. then baru P. Ramlee ambil Mariani berlakon dalam filem Labu Labi.. begitulah adanya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.285019 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list