CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: genot

Melayu Utara Cakap Siam

[Copy link]
 Author| Post time 31-1-2012 01:03 PM | Show all posts
tak tahunya nak dengki apa. bukan orang kacau mereka pun. kapir ka tak kapir ka sama sahaja ajaran agama tak berkesan dalam jiwa pun, hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2012 01:05 PM | Show all posts
Reply 381# genot
ye.
stakat yg sy tahu, kedah tak kacau ligor pun.

tp ligor gune taktik kotor takluk kedah, kan?
dorg mule2 dtg ramai2, kate nak amik bahan makanan.
then, last2, dorg kene kepung n kene serang.
time tu, angkatan kedah tak prepare ape pun.

kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2012 01:08 PM | Show all posts
Yang mula sekali bekerjasama dengan Sukhothai Buddha Kapir tu negeri Ligor lah pada abad ke-12 M, tu pon lepas Ramkhamhaeng turun dari Lembah Daeng. Raja Ligor Thammarath Chandrabhanu Padmawong mangkat kena bunuh dalam perang dengan Tamil Pandiyan di Sri Lanka abad ke-12 M. Sultan Melayu ni beragama Buddha
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 01:16 PM | Show all posts
Reply 383# genot

owh.mcm tu.
hehehe...
kan segenting kra kebanyakkanya adalah org melayu.
kan?


tp, mmg, ligor ni mmg sgt baik ngan siam.
then, klu boleh, ligor nk jd pentadbir utk siam di negeri2 melayu.
sbb tu, ligor jd chao phraya sejak zaman sukatai kalu tak silap.
then meneruskan kesinambungan plak dlm zaman ayutia.
kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2012 01:18 PM | Show all posts
mom - tengku
phra chao - raja negeri

Tak pakai pangkat phra chao kira raja tu tak boleh kawal negerinya lah. Kedah memang dah ada raja sejak daripada awal sejak Siam tak wujud lagi pun. Kenapa tak boleh kawal negeri sendiri macam Ligor juga? Phraya buleh jadi orang biasa tapi pegang pangkat ketenteraan. Sistem raja dalam ajaran Buddha/tradisi orang Selatan Thai tak kira agama biasanya Raja tu Bapak kepada rakyat bukan tuan rakyat sebab raja tu orang biasa saja (asas dari Phra Janak n Phra Orasa).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2012 01:21 PM | Show all posts
Reply 384# manuskrip_lama

Yah...
Mereka suka perintah orang tp x suka orang perintah mereka...
Tuhan (Buddha) mereka kata kalau x suka orang layan kita begitu jangan layan orang begitu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2012 01:28 PM | Show all posts
Reply 385# genot
yer.
mmg kedah dh ada lame.
stat zaman islam, sultan mudzafar, sultan islam kedah pertama. (1136-1179).
mmg start dr zaman adanye kerajaan kedah n siam.
dorg mengadakan hubungan politik.
tp siam salah anggap.

kedah, mule2 hantar bunga emas n perak kat siam sbb ape ntah.
tak ingat.
kelahiran anak raja kedah or anak raja siam ek genot?
lupe.
dari situ la stat nye hantar bunga emas.

bg kedah, bunga emas n perak ni adalah tanda persahabatan.
tp siam, gunekan benda ni sbg kedah di bawah tributari siam.

tu yg kedah marah.
begitu juge, ngan terenganu n kelantan.
sultan2 ni anggap bunga emas n perak ni adalah tanda persahabatan.
tp siam, gunekan bunga emas ni sbg kedah, kelatan, terenganu sbg negeri dalam pentadbiran siam di ayutia (kalu zaman ayutia).

tp, kite kene ingat, time tu, kedah ada macam2 cabaran. terutamanya abad ke-17-19.
ade cabaran dari burma la, selangor la, perak la, inggeris la.
then time ni, ligor adalah pengerak kerajaan siam di negeri2 melayu semenanjung tanah melayu.

kan?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 01:31 PM | Show all posts
Reply 386# genot
tu la.
kerajaan siam ni nak kate, jahat, mmg jahat la kot.
sbb dorg nak konker satu semenanjung tanah melayu.

disebabkan keadaan time tu ada british.
british pandai pujuk siam sbb british nak jage kepentingan kat semenanjung tanah melayu.

kalu tak, sy rasa, sultan ibrahim, sultan selangor ke-2, mmg dh serang siam ni.
tp, mmg sultan ibrahim nak serang pun tp tak dapat sbb british dh campur tgn.

sbb siam amik tanah selangor yg mana selangor time tu sempadannya sampai ke sungai perak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2012 02:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 31-1-2012 14:36
stat zaman islam, sultan mudzafar, sultan islam kedah pertama. (1136-1179).
mmg start dr zaman adanye kerajaan kedah n siam.
dorg mengadakan hubungan politik.
tp siam salah anggap.


Abad ke-11 M mana ada Siam lagi. Siam baru mula pada abad ke-13 M. Siam mula bangun atas tapak Phra Nakorn Dvaravadi n kerajaan Lawapura. Dvaravadi punya pemerintah dalam kalangan orang Mon (orang Bukit). Orang Lawapura ada juga jenis Melayu (kulit hitam berkilat, hitam manis mcm orang Ligor). Dinasti pemerintah Ayutthaya yang pegang kuasa maharaja tu dinasti U Thong. Phra Chao U Thong asal dari Khu Bua. Khu Bua dalam Bangkok ni antara tempat asal orang Mon berpenempatan selain daripada Nakhorn Prathom sebelum Kemboja Angkor serang masuk pada abad ke-9 M.

Negeri Kedah dah berusaha jalinkan hubungan diplomatik n jalankan siasah (politik) diplomasi untuk jaga kedaulatan negara semasa abad ke-18 M. Abad ke-17 M, dinasti yang menjaga pusat di Khrungthep tu dinasti Ban Phlu Luang. Sekarang ni dinasti Chakri. Chakri tu merujuk kepada chakra di tangan dewa Vishnu, Tuhan orang Melayu sebelum masuk Islam.

Zaman Kedah kena serang dengan Acheh abad ke-16 dahulu, Siam bawah dinasti Prasath Thong.

kedah, mule2 hantar bunga emas n perak kat siam sbb ape ntah.
tak ingat.


Yang ni dah berlaku lama dah sebelum empayar Siam (abad ke-13) lagi, lama lagi sebelum nabi Muhammad s.a.w bangkit. Raja2 dalam negeri2 empayar Langkasuka-Funan memang saling hantar barangan sebab hubungan sanak-saudara. Ada dalam Merong Mahawangsa sebut mengenai adik-beradik anak raja dihantar perintah negeri yang bapak buka. Yang bongsu kekal jaga di sebelah Barat (Kedah). Yang ni sejak abad 1000 M lagi.

british pandai pujuk siam sbb british nak jage kepentingan kat semenanjung tanah melayu.


Hubungan dengan Siam lagi penting bagi British sebab kuasa Perancis di sebelah Timur Laut bersaingan dengannya. British cuba dapatkan konsesi tanah di Bangkok (Tengah Siam) untuk penempatan pedagang British n kedutaannya. Walaupun Kedah kena tekan dengan empayar Burma dan Siam tapi Burma kemudiannya pun jadi jajahan British. Siam terselamat sebab diapit di tengah2 dengan penapis2 (Kemboja, Vietnam, Laos, Utara Tanah Melayu, Myanmar). Hal yang lain, Burma pernah juga jajah Bangkok n Siam. Orang Melayu Kedah sebelah Thalang (Phuket) pun pernah perang bagi pihak Siam halau askar Burma. Yang jadi ketua halau Burma sebelah selatan Thai antaranya, anak2 kerabat diraja Kedah yang menikah dengan raja kecil Phuket. Agama mereka agama Islam.     

Sebab apa British n Perancis berebut tanah jajahan, konsesi semua mak nenek? Sebab kepentingan perindustrian di Eropah. Eropah tak ada sumber banyak sangat macam kawasan bumi lain. Mereka ada arang batu dan bijih besi. Keadaan mereka di sana susah jadi mereka jadi agresif n tamak haloba. Maka muncul Serikat2 Perdagangan Hindia Timur (Asia Tenggara) n Hindia Barat (India).

Majawapahit takda kena mengena dalam Siam abad ke-13 M melainkan ceritera2 panji Jawa ada terlepas ke istana Siam melalui perantaraan orang Patani sebab orang Patani pun ada setengah boleh bahasa Thai sebab pengaruh Sukhothai-Ligor. Ligor dah tak pakai bahasa Melayu Purba menjelang abad ke-13 M sebab benci dengan Srivijaya. Mereka sanggup cakap bahasa askar etnik Tai. Ada rakyat dah bernikah dengan orang Tai sejak abad ke-12 M n sebelum lagi. Jadi x hairan pun kalau ada keturunan orang tempatan di Utara boleh bahasa Thai/Tai loghat Selatan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 02:53 PM | Show all posts
Reply 389# genot

yer.sy stuju.
sbb tu org barat dtg kat asia tenggara.
lg2, time tu berlakunye revolusi kt eropah, tu yg kebanyakan org barat g menjelajah dunia.






kerajaan siam stat:
1. sukatoi (dinasti Phra Ruang)-diasaskan oleh pho khun  sri indryita
2. ayutia-diasaskan oleh uthong.
3. tonburi-diasaskan oleh taksin.
4. cakri-diasaskan oleh kshatriyaseuk atau dikenali sbg rama I.


kan?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 03:06 PM | Show all posts
1.2 Lopburi  - diasaskan ?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 03:27 PM | Show all posts
Reply 391# HangPC2

ntah.
time dvaravati ke?
abd ke-6-13?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2012 03:41 PM | Show all posts
1. sukatoi (dinasti Phra Ruang)-diasaskan oleh pho khun sri indryita


Sukhothai: Po Khun Ramkhamhaeng n Po Khun Si Inthirathit (abad ke-12)
Chakri: Buddha Yotfa Chulalok (Chao Phaya Chakri), orang Mon Utara keturunan campur Cina

1.2 Lopburi  - diasaskan?


Lopburi asal dr penempatan dua bijik kampung. Kampung Tha Kaek ngan kampung Khok Charuen. Tak diketahui pembangun sebab asal dari kampung2. Abad ke-6 M, empayar Funan dari Kemboja sebelah timur mula nak jatuh. Orang tempatan di tengah Siam mula bangkit bentuk empayar mereka dengan buat persekutuan yang longgar. Orang tempatan tu ikut jumpaan sejarah dikenali sebagai orang Raman/Mon saja. Mula dari Muang Fah dekat Timur Laut, Khu Bua n Srithep (Srideva) dekat tengah Thailand sampai Haripunchai di Utara.

Bandar utama empayar orang tempatan ni ada tiga dekat Nakhorn Prathom, Lopburi, n U Thong. Mula muncul kerajaan awal di Srithep. Abad ke-9 M, zaman Klasik Kemboja orang Kemboja masuk menjajah balik orang tempatan. Semua bangunan orang tempatan senibina hancur rata dengan tanah. Mereka buat kuil2 mereka pula atas kuil orang tempatan. Lamanya Kemboja menjajah kawasan Lopburi 300 tahun lepas serangan abad ke-9 M.

Kurun ke-11, raja Hindu Kemboja dikenali sebagai Suryavarman II pernah membesar di Lopburi. Bapaknya Ksitindradit anak kepada Hiranyawarman.

Kurun ke-10, raja Kemboja Suryavarman I/Naruwanapala yang perintah empayar Angkor ikut babad orang Thai Utara sebut yang asalnya dari negeri Melayu sama ada sebelah Segenting Kra atau Tanah Melayu Semenanjung.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 03:51 PM | Show all posts
Reply 393# genot
genot,
macam siam, kerajaan dorg bersilih ganti kan?
last2 baru yg rama I kan?

sukatai, dikalahkan oleh ayutia, then ayutia jd pemerintah, pastu ayutia kalah ngan burma, then taksin tubuh tonburi plak dan jd pemerintah, pastu tonburi dijatuhkan plak oleh rama I, jadi dinasti chakri kan?sampai la skrg ek?

yerp.
sy ada baca juge menyatakan darah raja siam chkri (kalu tak silap) ada keturunan cina.
kan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 02:20 AM | Show all posts
Belah Bukit Tangga, sik, sg tiang, bukit tembaga, pokok sena pun ckp siam.. Mama sy pun ckp siam.. Tp sy x faham sbb arwah tok bela dari kecik..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2019 03:08 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 23-6-2019 06:20 PM
Belah Bukit Tangga, sik, sg tiang, bukit tembaga, pokok sena pun ckp siam.. Mama sy pun ckp siam.. T ...

Well sarah, genot adalah antara forumer yang pakcik kagum dalam bod sejarah. Thread tarikh arab yg dia pernah buka, pakcik sngt impress dan admire. Pengetahun dia sngt "menjangkau". Hehehe. And today, you sarah. A growing shining star in here. HML board. You deserve it.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2019 03:39 AM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 25-6-2019 03:08 AM
Well sarah, genot adalah antara forumer yang pakcik kagum dalam bod sejarah. Thread tarikh arab yg ...

Pengetahuan sejarah dia tentang kedah dasyat.. Sam baru sy tau wujudnya perkataan tu utk melayu yg campur siam dan cina..

Kebetulan.. Sy la.. Hahaha.. Sy biasa ja.. Gaduh byk dgn doom
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2019 03:47 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 24-6-2019 07:39 PM
Pengetahuan sejarah dia tentang kedah dasyat.. Sam baru sy tau wujudnya perkataan tu utk melayu yg ...

Pakcik folo dari dulu lagi... zmaan pakai id lain. Hehehe. Lupa password.  Dah tua la katakan. Keh keh keh.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2019 03:50 AM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 25-6-2019 03:47 AM
Pakcik folo dari dulu lagi... zmaan pakai id lain. Hehehe. Lupa password.  Dah tua la katakan. Keh ...

Ya ka pakcik tua? Tu yg depa dok kata pakcik otto seorg forumer otai tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2019 04:01 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 24-6-2019 07:50 PM
Ya ka pakcik tua? Tu yg depa dok kata pakcik otto seorg forumer otai tu..

Hahahaha.... entah . Do im not sound like an old man to you ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.043416 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list