CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: spy_776

korang percaya dgn ilmu itam@sihir?

[Copy link]
Post time 18-3-2010 12:36 PM | Show all posts
Salam,
Semlm manja tak sihat..cuti dok rumah dgn bby. Hubby dah bertolak ke kmpg dan dah selamat sampai ptgb semlm. Hubby cal mlm tadi beritahu keadaan FIL dah nyanyuk dan solat pun dah duduk. tp dlm nyanyuk tu, FIL masih lagi boleh ingat manja. FIL tanya hubby nape manja tak balik? MIL pun tanya nape manja tak balik? MIL teringin nak pegang bby manja. Manja tahu MIL and FIL pasti tak tahu yg manja tidak diterima oleh anak pempuan mereka tu..manja tak dibenarkan pijak rumah tu lagi. Hubby kata MIL nak dtg kl, nak jumpa manja and bby. Tapikan manja tahu MIL manja tu bukannya kuat sgt..dah uzurlah juga..tak dapat tahan berjalan jauh. Naik kapal terbang dia takut. Ntahlah..smlm  masa borak dgn hubby..manja tak der rasa apa2. Bila hubby kata dia rindukan manja, manja tak jwb apa..sebab manja rasa seolah2 manja mcm berpisah dgn hubby, and manja nak ras bagaimana rasanya jika manja betul2 berpisah dgn hubby.

Betul kata kak wastn, bila keluarga hubby kata manja ada saka, abg manja yg no.2 marah betul. Dia kata jgn jatuhkan iman kita dgn percaya benda2 khurafat. Bukan benda itu yg berkuasa menyebabkan semua gangguan tu. Manja byk berbincang dgn abg manja ni jer, coz takmahu mak manja tahu..sebab mak manja ni mudah risau. Abg manja no2 ni pernah bejar pondok di pasir tumbuh sampai 5 senawi. Abg manja kata..kadang ada org yg dianggap berilmu agama kuat tu ada juga yg tak betul nya. Abg manja cuma  pesan kat manja ..manja mesti kuat, jgn mudah mengalah dgn benda2 yg tak pasti. Allah swt ada. Minta padanya. Manja pun tak naklah asyik mengadu kat abg manja ni. Dia pun ada keluarga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2010 12:45 PM | Show all posts
SAKA

Saka tu apebendanye? Hantu ke? Siapa yang ada saka? Adakah pengamal perubatan tradisional je yang ada saka? Atau engkau orang pun ada saka? Macamana ia boleh ada? Apa bukti zahir ia ada? Duduknya kat mana? Mengacau ke? Inilah soalan yang selalu ditanya jika isu ini ditimbulkan.

Maaf le kalau saya kata dari 100 orang melayu, lebih 96 orang ada saka! Ha terkejut? Atau kata saya bohong? Terserah pada diri engkau orang menilai sendiri. Sebab nak ditunjuk tak nampak! Tapi kalau bersendirian dirumah tu macam rasa ada orang lain je, ada saka le tu. kena lebam dikaki, tangan, betis, peha, badan terutama pada ahli keluarga perempuan? Tu tandanya saka tu hisap darah mereka! Tak caye? lantakle.. Pernah kena tindih ketika tidur dirumah sendiri? Tu pun kerja dia juga le. Ingat saka tu ada kat orang yang jadi bomoh dan nak mati susah je ke? Kalau kamu kata ye, jawabnya salah!

Kalau tuk-tuk kita dulu tak jadi bomoh pun tapi ada simpan keris ke, minyak dagu ke, cincin berbatu tertentu yang diguna sebagai pelaris dll, ada tangkal, azimat, wafak jumpa bomoh pagar rumah dan kebun, ada ilmu seri muka, pakai susuk, ada ilmu silat, ada ilmu penunduk dan sebagainya, semua tu guna makhluk jin le tu, dah tu kalau dia mati jin tu akan terus ikut anak cucu sampai kiamat le. Ingat saka tu sekor je ke? dah kata tadi jin tu membiak banyak dan cepat, jadi kalau kita dah jadi waris atau keturunan ketiga ke atau seterusnya, setiap adik beradik akan ada saka, bagitu juga dengan sepupu sepapat semua ade! Sebab tu banyak pesakit misteri yang tak dapat diobat oleh perobatan moden amat sukar sembuhnya jika yang jadi punca ialah sakanya sendiri sebab banyak sangat! Lagi le kamu tak percaya, lantak le.

Apa ciri-ciri sesaorang tersebut ada saka? Diantaranya ialah kerap mengalami kesakitan dibadan atau bahagian tertentu dan bila dirujuk diperobatan moden semuanya ok. Selalu mendapat kesan lebam dibahagian anggota tertentu ketika tidur terutama ahli keluarga perempuan, kena tindih ketika tidur, ada ahli keluarga mengalami masaalah kemurungan berpanjangan dan tak boleh mengawal emosi, selalu pengsan tanpa sebab, ada ahli keluarga yang melibatkan dadah dll yang secara logiknya dah berubat berkali-kali tapi masih sakit atau kalau penagih tu, dah banyak kali kepusat serenti pun, masih buat lagi. Itu antara tanda nya anda ada saka! Ha ha ha….baru kene beb…..Macamana nak buang saka? Boleh ke?

Kalau penyakit yang disebabkan saka, nak ubatnya sangatlah susah lagi kalau tak tau atau separuh tau. Yang ada Cuma tangkap masuk dalam botol kemudian buang ke laut. Kalau saka tu sekor boleh le tapi kalau dah banyak macam semut tu kenalah hapuskan macam kita bunuh semut, tak leh tangkap satu-satu, kena sekaligus dan semua sekali terutama dirumah ibubapa dan adik beradik. Sepupu sepapat pun kena clearkan juga rumahnya! Jadi sebab tu saka tak habis-habih! Macam penagih tu, mereka tak akan pulih sepenuhnya sekiranya tak dihapuskan sakanya, jadi kalau nak pulihkan mereka, kena cari tukang ubat anti dadah yang boleh buang saka sekali, baru jadi! sebab yang ganggu fikiran mereka supaya sentiasa runsing ialah saka yang dah mastautin dihatinya. Laa gitu agaknya ceritanya….Abih, sapa boleh buang saka? Pakai apa? Tu nantilah….atau kontek aku le leh cerita panjang sikit….kah.kah….kahhhhh.

Ni atas fahaman aku je, pun aku copy je dari blog aku hantukiller.blogspot tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 09:47 PM | Show all posts
382# hantukiller

ye ke..? edy.. xnk komen ke..? halimi ke..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2010 11:47 PM | Show all posts
348# halimi78

oo.. me... mung ore kelate deh...? pttle....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 11:53 PM | Show all posts
percaya ilmu hitam/sihir? YA, saya percaya. percaya pada SAKA? YA, percaya jugak

Ok, ni pengalaman aku pasal sihir/ilmu hitam.

nenek dgn 2 org makcik aku pernah kena ilmu hitam. pasal berebutkan pompuan la ni. The other side x dapat, itu yg dengki hantar benda mcm2. Tapi kisah makcik aku yg sorang ni terjadi depan mata. sebab pasal nenek aku kena tu masa zaman dia anak dara. dah tentulah aku x de lagi hehe.

Ada org hantar hantu raya masuk dalam badan dia. Masa tu lagi sebulan nk kawin. Dia jadi emo semacam. Klimaks cerita bila dia pengsan kat rumah pakcik aku. Suara berubah jadi garau. lepas tu minum sup satu mangkuk besar teguk mcm tu je. makan ayam sekor macam dah setahun x jumpa ayam. Alhamdulillah, panggil ustaz berubat benda tu pun hilang.

Sorang lagi makcik aku ada laki org minat giler kat dia. Setahun dia berubat. Dah mcm2 hospital dia pergi. hospital besar klang, teluk intan, general hospital, segala jenis bomoh, dukun, pawang semua x boleh jugak.

bulan2 terakhir tu dia meracau. Suara dia berubah-ubah. Ada 3 jenis suara (alamak meremang bulu roma aku sekarang ni!!!) suara budak, org tua laki&pompuan. pergh!!! masa dia berubat dgn sorang ustaz tu mengamuk makcik aku. Sampai dia boleh berlari atas angin ala2 pontianak harum sundal malam (dah lah rambut makcik aku panjang mengurai!!!)

dipendekkan cerita ada satu malam tu aku rasa org bangsat tu (mmg sebangsat-bangsatnya!!! kalau aku jumpa dia mmg aku kelar2 telur dia sial!!) tujukan dia teruk sekali. muntah darah menyembur2.

lepas tu innalillah.... sedih sgt aku masa tu. yg romantiknya dia meninggal depan tunang dia. (UNCLE HEZRIN, MANA LA KAU PERGI LEPAS TU, KITAORG SEMUA RINDU KAT UNCLE)

inilah kalau org melayu yg bangsat dan x gentleman. Aku harapkan bini ko ada affair dgn org lombok. baru puas hati aku hahaha

jap,,aku nak sambung pasal saka pulak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2010 12:12 AM | Show all posts
351# ameenaazmi

apa kes siap bfilem2 nih..? nk jd cm yusop haslam ke..? jd jutawan sbb wat filem je..?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-3-2010 12:15 AM | Show all posts
385# 2tigapuluh2

perghh...! dasat gak penangan org dngki khianat ni ek? apsalla manusia ni gamak nk hancurkn idup org lain smata2 nk puaskn skt ati n dndam tu. x tkt ALLAH lgsg ke manusia2 yg jns ati busuk cmni?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 12:48 AM | Show all posts
385# 2tigapuluh2

perghh...! dasat gak penangan org dngki khianat ni ek? apsalla manusia ni gamak nk hancurkn idup org lain smata2 nk puaskn skt ati n dndam tu. x tkt ALLAH lgsg ke manusia2 yg jns ...
spy_776 Post at 19-3-2010 00:15


betul spy. Dah ajal makcik aku dgn cara mcm tu. tapi tragik sgt. sedih betul kami sekeluarga. jantan x sedar diri. anak dah 6. kerja setakat kerani cabuk je kat kilang APM port klang tu. duduk rumah setinggan. ada hati nak tambah bini. bangang punya manusia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2010 01:03 AM | Show all posts
ha ini pasal SAKA pulak.

Dalam 2 bulan lepas nyaris2 nak dapat saka dari atuk aku. dia ada simpan 1 syiling nabi nuh, 1 bilah taring babi hutan, koleksi batu2 suasa, mata kail, raja kayu dan entah apa jenis mak nenek tangkal. Aku mmg betul2 angin dgn benda2 haram jadah ni.

Atuk aku sekarang tgh terlantar sebab strok. then adalah peristiwa2 yg aneh terjadi. (aku malas nk cerita sbb seram sgt ni...dah pukul 12.30mlm)

anak murid ust. harun din yg datang ubat kan atuk aku. Dia cakap benda2 tu semua semua barangan mistik dan ber'........' (seram sial'!!!! aku dh meremang bulu roma nih)

dia cari pewaris. memandangkan atuk aku dah x de anak laki, dan aku je cucu sulung lelaki tunggal dalam keluarga (ala2 paris hilton pewaris hotel hilton, tapi aku ni pewaris barang2 khurafat) dia nk aku ambik benda2 tu.

aku cakap, sori. aku x akan ambik benda tu. lantaklah kalau benda menyusahkan atuk aku. Aku mmg x suka dgn benda2 ni. menyusahkan aku je nnti. so kami sekeluarga buang benda tu kat sungai. so tamatlah kisah saka keluarga aku kat situ.

Ustaz tu kata syiling nabi nuh tu boleh buat pelaris berniaga. Tapi mak aku pun 2x5 jugak mcm aku. senang naik angin. mak aku tinggikan suara kat atuk aku yg tgh terbaring tu, dia ckp

"PAK, KALAU BENDA NI BUAT KITA SENANG, KENAPA AKU DULU KENA KUTIP KELAPA SBB BELI BUKU SEKOLAH!!! KENAPA BINI KAU DULU SUSAH2 JUAL NASI LEMAK MACAM ORG MINTAK SEDEKAH!!!" (bini atuk aku merujuk kepada mak dia, nenek aku)

sedih tau cerita aku ni. x payah la guna semua benda2 khurafat ni. benda tu nk sesatkan kita je. kalau ada org nak bagi, jgn lah gatal tgn nk terima.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 10:36 AM | Show all posts
ha ini pasal SAKA pulak.

Dalam 2 bulan lepas nyaris2 nak dapat saka dari atuk aku. dia ada simpan 1 syiling nabi nuh, 1 bilah taring babi hutan, koleksi batu2 suasa, mata kail, raja kayu dan entah  ...
2tigapuluh2 Post at 19-3-2010 01:03
Ko yakin ke ko dah terlepas dari saka tu walau ko dah buang bende tu kesungai?

Yg aku tau, jin bukan duduk pun kat bebende tu, tetapi sebagai alat tanda je bebende tu, kalau dibuang pun jin jin tu masih ada lagi kat umah tu! tak nya depa bodohkan diri ikut masuk dlm sungai..

Selagi tak dihapuskan jin saka tu, tak abisnya dia....

Fikir fikirkan
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 12:57 PM | Show all posts
390# hantukiller

ye ke killer..? btl ke maklumat psl saka yg killer dpt tu..?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 02:05 PM | Show all posts
titatis dah byk kali sent ni tapi sume x msuk2.. frust tul la.. letih jemari ni..

sekian kalinya, titatis ingin berkongsi pengalaman ilmu hitam ni.. titatis dah rasa betapa sakit dan seksanya disantau angin.. yg antar tu ex-gf hubby, btul2 kena aftr 2 weeks kitaorg nikah, kena di rumah mak mertua titatis.. yg sebnrnye dia nak antr pada hubby dgn niat nak buat kami bercerai berai.. tapi disbbkan hubby ada gak pendinding terkena pada titatis.. kebetulan titatis mmg jenis yg lemah semangat..

apa yg titatis tau, dia gunakan ilmu org asli.. ditaburkan abu mayat manusia, serbuk tulang khinzir, air mandi mayat, miang rebung dan sebgainye (beserta jampi serapah) dihadapan pagar laluan keluar masuk rumah mak mertua titatis.. dan akibatnye, secara tiba2, badan titatis menjadi sakit2 dan lemah2 (mcm kena demam urat tapi lbh teruk dan slalunye berlaku selepas asar menjelang ke subuh dan menjadi normal selps itu hingga msuk ke asar semula)..

masa tu jgn ckp nak tgok muka hubby, nak dngar suara dia pun dia blh naik angin 1 badan, rase benci menyampah, meluat segalanye bercampur hingga blh dikatakan setiap hari titatis akan mintak cerai dan menghalau hubby dari rumah (we all duduk rumah my parents lps kawen).. puas gak la berubat sana sini.. ada satu masa masa berubat ustaz gunakan air yasin sapu pada badan titatis, titatis blh naik hantu, semua yg pegang titatis kena sepak terajang.. termasuk la ustaz tu sekali...

dgn izin ALLAh x lama tu titatis sembuh dan keadaan blk pada asal.. tapi ye la.. sdgkan rambut manusia pun x sama hitam, ini pulak hati didlm.. dlm keadaan aman dan titatis dan hubby  x sangka dia akan mengulangi perbuatannye itu, dia hntar lagi, kali ni dia guna bomoh siam.. lbh dasyat, kali ke2 mmg dia tuju pada titatis dgn niat agar titatis mati dlm keadaan perlahan dan merana..

klau kali pertama dia tuju, titatis slalu ternmpak-nmpak nenek tua berambut putih mengintai ditingkap2 rumah, kali ke2 xde  lagi..cuma rasa sakit2 badan mencucuk dan bisa2.. benci dgn hubby.. (masa ni kitaorg dah ada baby and masa kena tu betul2 lps pantang, bayangkan seksa yg kami alami masa tu).. tiap kali balik berubat msti terasa ada org di tmpat duduk blkg kereta dan terasa perjlnan balik ke rumah terasa jauh sgt.. dan tiap kali keluar dari kereta msti ribut kuat melanda dpn umah titatis (esok hari cuma pokok bunga dihalaman rumah parents titatis je yg tunggang langgang, rumah lain ok jer)..

kali ni dia gunakan ayam hitam yg digantung kepala dibawah ditengah2 panas.. klau lmbat berubat dan ayam tu mati bermakna titatis pun akan alami nasib yg sama seprti ayam hitam tu.. tapi sekian kali ALLAH x mengizinkan niat jahat dia berjaya, titatis sembuhjugak, alhamdulillah.. skrg kami dah nak msuk 12thn kawen dan dikurniakan 4 cahayamata.. sdgkan dia apa yg kami dngar sudah 2 kali kawen, xde anak, penah dibuang keje sbb pkai duit sport club ofis dia dan sbgainye.. tapi titatis pun x berhak nak judge dia.. mgkin kebetulan atau suratan hidup dia mmg mcm tu ditentukan ALLAH..

tapi keblkngan ni titatis rasa mcm x sdap hati jer... dah dkt 1/2 thn titatis kena gatal2 satu badan , rasa mereyam dan miang sgt.. bnda ni dtg tiba2.. mula2 gatal2 miang mereyam, lps tu bila garu akan kluar bintat2 mcm kena kelkata tapi x smpai 15min, bintat2 tu akan hilang sndiri... takde kesan lnsung.. yg tngal cuma parut2 sbb titatis garu kulit tu.. kulit pun dah x lawa sbb byk sgt parut.. dah byk kali pegi nathan klinik kat bangsar tapi smpai skrg msih mcm tu gak..

lps tu tiap kali nak tido msti tersentak sbb tiba2 terdngar org ketuk pintu atau tngkap.. masa tido pun ada gak terkejut mcm tu.. klau tido mlm pulak dulu susah sgt nak terjaga tiba2, tapi skrg ni tiap2 mlm msti titatis akan terjaga x kira masa, slalunye lps pkl 1pagi dan seblm subuh.. dan byk kali gak titatis terbau kapur barus dan kdg2 bau wangi mcm bunga melur.. slalunye bau ni lps pkl 12.. mmg bulu roma dibuatnye sbb skrg ni dah 5 th kitaorg duduk umah sndiri.. bnda2 ni terjadi x lama lps titatis kena gatal2 ni..

dan yg terbaru.. dah dkt 1bln titatis akan mimpi bnda2 yg menakutkan.. mimpi ular tedung yg mengejar ketiga-tiga anak lelaki titatis dan berhenti dihadapan mereka dan tiba2 ular tedung tu menjadi setinggi pokok kelapa dan mengembangkan kepala dia seolah nak membaham anak2 titatis.. tapi bila titatis menjerit pada ular tu secara tiba2 ular tu berhenti dan merenung seolah nak membaham titatis pulak..

ada gak titatis mimpi lipas, byk sgt mengejar titatis.. mmg asyik bermimpikan binatang jer kebelakangan ni... dan yg tebaru titatis bermimpi abg sepupu titatis tido dlm keadaan berbogel dirumah dia sambil org lain lalu lalang dihadapan dia.. dan bila dia bngun dia dgn selamba duduk dihadapan titatis.. titatis lak yg rasa malu masa tu...

ada x sape2 yg blh bg pendapat dgn apa yg titatis alami ni.. sbb salah sorang kakak ipar hubby yg rapat dgn titatis bgtau, bila kita penah kena sihir atau ilmu hitam ni, msti kena berjaga slalu.. slalunye bnda2 ni akan berulang bila kita leka dan ingat keadaan dah back to normal.. dia kata kita kena jugak rajin jmpa ustaz2 yg pndai utk menengok samada benda2 ni berulang kembali atau tak.. x tau la titatis, takut gak kdg2..

sape2 yg blh membantu bgtau titatis ye..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 04:30 PM | Show all posts
Titatis, selalunya jin sihir yg dihantar banyak jumlahnya, dan mungkin perawat yg dulu dulu buang tak abis, so kenelah gi berubat lagi, kalau boleh yg boleh bunuh semua sekali hantu, jin ke hapa yg dihantar tu, termasuk saka maka dan damping pendamping tuh, baru settle
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2010 11:06 PM | Show all posts
392# titatis

a'ah... btl gak kata killer tu.. slalunye bnde ni xkn ilang cmtu je.. akan ada kes ulangan bila kite rsa bnde tu dh ilang btl2.. ko kne trskn brubat.. n yg pntg, ko pn kna sama wat pdinding ko sdiri@slalu wat smyg hajat ke, amalan2 yg leh mjadi pndinding pd kita.. jgn plak ko cr tangkal ke apa ke yg ngarut2 tu.. mlm2 b4 tdo tu, bykkan bca surah2 lazim@surah 4 qul ke..

akak aku prnh cter kt aku, msa di brubat kt darul syifa', ustaz tu srh dia amalkn surah 3 qul dgn kursi, n salawat.. ada kak wasn't me pn ada ajar dlm thread ni cmne nk wat pndinding tu.. ko belekla kt page2 sblm ni..

ko ckp ko slalu bjaga mlm kn..? pekata, bila ko tjga mlm tu, ko trs wat smyg mlm, solat hajat ke, tahajud ke, mntk dijauhkn dgn smer pkara x baik tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2010 03:14 AM | Show all posts
tq atas nasihat dan insyaallah titatis hanya akan berubat dgn ustaz2  saje cuma yg jadi masalahnye skrg, tiap kali titatis rasa nak jumpa dgn ustaz2 atau org alim yg pndai ni.. msti ada je halangannye.. antaranye tiba2 rasa malas nak pegi, bila nak telepon ustaz2 pun asyik tertangguh.. mcm2 la halangannye...

titatis harap jika ada senior2 disini yg tau sedikit psl perubatan islam ni klau blh dpt bagi pandangan dgn apa yg titatis alami keblkangan ni mcm mimpi2 binatang, seprti terdengar org ketuk tingkap atau pntu masa baru jer terlelap dan kdg2 masa tido pun blh terjaga ingat ada org ketuk pntu.. gatal2 badan slalu terjaga tngah mlm.. adakah apa yg titatis alami itu perkara biasa atau ada kena mengena dgn bnda2 yg x baik ni...

utk pengetahuan semua disini, lupa lak nak bgtau.. sejak dari titatis mula sakit dulu hingga dah pulih sehingga la skrg, ingatan titatis pada ex-gf hubby tak penah padam.. mcm org angau.. ada masa smpai satu tahap titatis snggup lalu lalang dpn umah dia wlaupun x dpt tngok dia, dpt lalu dan tngok pagar serta bumbung umah dia pun jadi la... slalu teringatkan dia...

kdg2 titatis fikir dia tngah buat apa dan dia kat mana.. btul2 mcm org bercinta... apa yg hubby titatis bgtau dulu, masa pertama kali dia tuju ilmu hitam tu pada hubby tapi tak kena dan terkena pada titatis tu, mmg dgn niat utk hubby titatis tu sentiasa begaduh dgn titatis dan ceraikan titatis dan buatkan hubby asyik teringat dan syok giler kat dia.. tapi hubby kan ada pendinding tu psl la bnda tu terkena pada titatis..

tapi titatis x tau la samada titatis hanya ikutkan hati dan perasaan titatis saje atau kesan ilmu hitam tu masih kekal hingga kini.. dan titatis pun berharap dan berdoa semoga tiada lagi ilmu2 hitam ni pada titatis samada yg lama atau yg baru sbb seksanye hanya org yg penah kena dan ALLAH saje yg tau.. sian titatis dgn hubby dan anak2 titatis yg 4 org tu klau jadi apa2 pada titatis...

titatis pun xnak la berburuk sangka pada ex-gf hubby ni.. lgpun dia pun dah kawen masuk 2 kali dah.. x kan masih nak dendam lagi... apapun titatis sentiasa memaafkan apa jua perbuatannye yg lalu.. moga2 dia xkan ulang lagi pkai ilmu2 hitam ni..

titatis harap ada yg blh bagi tau samada apa yg titatis alami skrg ni perkara biasa atau ada kena mengena dgn ilmu hitam..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2010 03:34 AM | Show all posts
salam titatis,

dari apa yang titatis ceritakan mengenai mimpi dan gatal2 dibadan.Dan melalui pengalaman saya dgn org org yg pernah kena buatan org. saya agak yakin dan confirm ia adalah sihir yg ditujukan pada titatis.

Biasanya apabila sihir nak dikenakan seseorang, dia tidak terjadi terus begitu saja. Akan ada petanda petanda terlebih dulu, dan salah satunya ialah mimpi binatang berbisa seperti ular, harimau, kala jengking dll.

Kebiasaannya tahap ini adalah petanda ilmu sihir tu nak kena, saya tak ingat, jika bermimpi demikian dalam masa berapa lama kita perlu berubat segera, jika lebih dari 44 hari, maka sihir tu akan menguasai kita keseluruhannya.

Nasihat saya, segeralah berubat. jika rasa malas dan ada halangan, itu adalah kesan sihir, dan kena kuatkan semangat teruskan usaha berjumpa ustaz.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2010 10:14 AM | Show all posts
396# Saat
btul tu...aku dulu pernah sakit selama 2 tahun
mmg ada petunjuk
aku mimpi 2 kali..ular hitam byk sgt di sekeliling aku
ular hitam kan..maksudnya jahat

pastu hint..mcm2 aku dpt
allah swt bg aku byk sgt hint
tapi aku bodoh lembab nak mampus ..tak pk apa maksud
sbb aku dulu2 tak percaya ngan benda2 ni

bg aku..biar allah shj yg balas kejahatan org tu
aku tau..dugaan aku ni..sbg ujian utk aku
supaya bersabar.
sbb aku percaya setiap kesabaran..ada 'hadiah' dari Nya
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2010 05:27 PM | Show all posts
390# hantukiller

insyaAllah dh takde. Ustaz yg dtg tu, lepas dia baca doa2 tertentu, plus dia suruh satu famili amalkan solat berjemaah, baca Al quran, amalkan ayat kursi dgn ibadat2 yg lain, dia kata benda tu boleh pergi.

Lagi satu dia pesan jgn terpikir2/terigt2 pasal benda tu lagi. Rasanya dah x de benda pelik terjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2010 06:08 PM | Show all posts
salam titatis,

dari apa yang titatis ceritakan mengenai mimpi dan gatal2 dibadan.Dan melalui pengalaman saya dgn org org yg pernah kena buatan org. saya agak yakin dan confirm ia adalah sihir yg di ...
Saat Post at 20-3-2010 03:34



eh betul ke? saya baru minggu ni mimpi ular? tapi so far tak ada apa2 yg pelik berlaku.. adakah ini bermakna saya perlu berubat walupun tak tau sakit apa? cukupkah jikalau saya baca doa mendinding diri setiap malam sebelum tidur? 3 qul...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2010 06:10 PM | Show all posts
396# Saat
btul tu...aku dulu pernah sakit selama 2 tahun
mmg ada petunjuk
aku mimpi 2 kali..ular hitam byk sgt di sekeliling aku
ular hitam kan..maksudnya jahat

pastu hint..mcm2 aku dpt
alla ...
hirai_saza Post at 20-3-2010 10:14


saya mimpi sekali je... esoknya mimpi anak kucing kesejukan... lepas tu tak ada mimpi apa2, insyaallah.. harap2 tak ada apa2... saya pun malas nak pikir dah lepas tu..  until terbaca kat thread ni baru bagitau semua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.090892 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list