CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[Games] BINA AYAT BERDASARKAN KEYWORD. New Keyword PG4

[Copy link]
Post time 14-1-2022 10:57 AM | Show all posts
Edited by Orangelily at 14-1-2022 03:02 AM

1. Banjir  besar yang melanda Malaysia baru-baru ini memberi impak besar kepada rakyat dan negara yang mana bencana ini merupakan terburuk selepas tahun 2014.

2. Menteri wanita ini membersihkan tahi cicak di sebuah sekolah menggunakan jet air sehingga menjadi tular dan mendapat kecaman rakyat yang pada masa itu bertungkus-lumus membersihkan kawasan terkesan banjir.

3. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin membayangkan rakyat Malaysia diwajibkan mengambil suntikan booster walaupun telah lengkap suntikan 2 dos vaksin sebelum ini seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

4. Dalam fasa endemik ini, kita mesti terus mematuhi SOP Covid-19 terutama dari segi pemakaian pelitup muka dan juga mengamalkan penjarakan sosial semasa berada di tempat awam.

5. Segelintir mangsa banjir di Pahang tidak menerima Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang diberikan oleh kerajaan walaupun mangsa telah mengisi borang dan memberikan maklumat lengkap berkenaan kerosakan yang dialami akibat banjir besar baru-baru ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2022 08:34 PM | Show all posts
1.  Banjir di Melaka pulih sepenuhnya selepas semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka sejak awal bulan lalu ditutup

2.   Ratusan sukarelawan muda bersihkan rumah terjejas banjir termasuk dengan ketua menteri wanita iaitu Datuk Seri Rina Mohd Harun

3. Menteri Kesihatan hari ini iaitu Khairy Jamaluddinmenerima suntikan vaksin COVID-19 di sebuah pusat kesihatan

4.  ktiviti perhimpunan yang dianjurkan tanpa mematuhi SOP dapat meningkatkan risiko penularan COVID-19 kepada orang ramai

5.  Tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuka selama sebulan mulai hari ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2022 10:42 AM | Show all posts
holaaaa.....



Buat ayat berdasarkan gambar  (1 gambar +15)

1)

2)

3)

4)

5)


Tarikh tutup 17 January 2022


Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 11:26 AM | Show all posts
1- Keluarga Malaysia ialah gagasan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-9, Ismail Sabri Yaakob pada 22 Ogos 2021. Konsep ini antara lain menyeru rakyat Malaysia mengetepikan perbezaan dalam memulihkan semula negara bagi menggembeleng tenaga dalam cabaran mendepani pandemik COVID-19 dan merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

2- Gambar ini diambil semasa Aina beriadah bersama keluarganya di taman.

3- Abang menyarungkan cincin di jari manis isterinya setelah akad nikah.

4- Pihak lelaki membalas tujuh dulang hantaran manakala pihak wanita lima hantaran.

5- Tahun ini Nazri telah merancang untuk menyambut ulangtahun perkahwinannya dengan makan malam romantik di tepi pantai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 12:52 PM | Show all posts
1- Konsep keluarga Malaysia telah dilancarkan pada october tahun lepas.

2- Saat keluar bersama keluarga adalah saat yang paling menggembirakan.

3- Maria mendapat seutas gelang dan sebentuk cincin dihari pernikahannya.

4- Sue mengambil upah menggubah hantaran pertunangan atau perkahwinan di kalangan kawan-kawannya.

5- Adnan merasa sangat teruja dan gembira kerana hotel penginapannya ada menawarkan pakej makan malam di tepi pantai untuk mereka suami isteri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 04:54 PM | Show all posts
1) Keluarga Malaysia dilancarkan oleh Perdana Menteri untuk membantu golongan rentan yang terkesan akibat penularan jangkitan Covid 19 di Malaysia.

2) Apabila PKP di kebanyakan negeri telah beralih ke Fasa ke 4, di mana mana rakyat sudah dibenarkan untuk beriadah beramai ramai dalam satu keluarga di kawasan padang atau tempat terbuka.

3) Sudah menjadi adat atau kebiasaan di dalam majlis pernikahan orang Melayu, selepas akad NIKAH, pengantin lelaki akan menyarungkan cincin untuk acara membatalkan wuduk.

4) Kebiasaannya dalam majlis pernikahan, pihak pengantin perempuan akan menyediakan lebih banyak hantaran berbanding pihak lelaki.

5) Semasa Menyambut Ulangtahun perkahwinan yang ke 26, suami saya telah menyediakan makan malam yang romantik di tepi pantai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2022 10:40 PM | Show all posts
Keluarga Malaysia diperkenalkan PM Ismail Sabri.

Keluarga bahagia bergambar selepas beriadah.

Upacara membatalkan wuduk selepas akad nikah dengan menyarungkan cincin.

Hantaran disediakan oleh Sue Bridal House.

Makan malam romantik sempena percutian bulan madu disediakan di tepi pantai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 09:54 AM | Show all posts
1. Lagu Keluarga Malaysia yang dihasilkan daripada ilham Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

2. Satu keluarga kelihatan gembira beriadah di taman dan bergambar bersama untuk kenangan

3. Pengantin lelaki menyarungkan cincin ke jari pengantin perempuan bagi melengkapkan upacara nikah pasangan pengantin tersebut.

4. 7 dulang hantaran daripada pihak lelaki ke pihak perempuan telah disediakan oleh saudara mara pihak lelaki.

5. Kami sangat teruja kerana makan malam romantik di tepi pantai telah ditaja oleh pihak hotel.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2022 10:18 AM | Show all posts
holaaaaa.....

kita mula balik dengan keyword hari ni

1) Angan-angan

2) Andaian

3) Angau

4) Anjuran

5) Andalusia


** 1 keyword 1 ayat

** keyword valid sehingga ada keyword baru
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Angan - angan nk cantik hanya menjadi kalau ada duit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Pertandingan memasak anjuran kelab ibu tunggal terpaksa dibatalkan kerana penganjur melarikan diri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan suka buat andaian sendiri, nanti makan hati.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Perasaan angau Anuar terhadap Nora sangat jelas kelihatan apabila Anuar kerap tersasul memanggil nama Nora dalam mesyuarat tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Melah terpaksa membatalkan percutiannya ke Andalusia kerana cutinya tidak diluluskan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 10:54 AM | Show all posts
Edited by sfhzuraz at 17-1-2022 12:00 PM

1) Angan-angan
Raja Ema pernah popular dengan lagu bertajuk angan-angan pada tahun 80an.

2) Andaian
Azman membuat andaian kawan baiknya Faiz tidak dapat ikut serta perkhemahan ke Ulu Yam kerana menghadapi masalah keluarga.

3) Angau
Azlin yakin abangnya sudah pun angau dengan anak gadis imam kampung.

4) Anjuran
Majlis perasmian dewan serbaguna anjuran parti politik itu dihadiri ramai pemimpin utama.

5) Andalusia
Andalusia mempunyai beberapa tempat menarik untuk dilawati.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 11:09 AM | Show all posts
1) Angan-angan
Azmi memasang angan-angan untuk memiliki sebuah kereta mewah suatu hari nanti sekiranya syarikat perniagaannya bertambah maju.

2) Andaian
Jangan membuat andaian hanya berdasarkan cakap-cakap orang sahaja.


3) Angau
Rupa paras yang tampan dan penampilan yang menarik Pengarah Urusan Syarikat Penerbitan itu menyebabkan ramai kakitangan wanita angau dengan beliau.

4) Anjuran
Pemenang pertandingan menulis cerpen anjuran DBP telah diumumkan melalui laman web rasmi yang telah dimaklumkan.

5) Andalusia
Sejarah mengenai Andalusia boleh didapati melalui pautan laman web yang telah diberikan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2022 11:32 AM | Show all posts
1.  Aku dah bosan melayani angan-angan mu
2.  Saintis muda itu mencabar andaian awal mengenai fungsi hormon
3.  Angau ini adalah satu penyakit yang sukar nak diubati
4.  4 Sekolah dinobat anugerah Sekolah Patriotik anjuran Jawi
5.  Ciri seni bina islam di Andalus ialah mempunyai Menara tinggi





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 04:44 PM | Show all posts
1) Angan-angan
ANGAN-ANGAN yang disertakan dengan usaha dan doa yang tidak berputus asa, InsyaAllah akan menjadi kenyataan.

2) Andaian
Jangan suka membuat ANDAIAN hanya bersandarkan kepada cakap cakap orang yang tidak berasas.

3) Angau
Azlan memang sudah ANGAU teruk sejak bercinta dengan gadis genit satu pejabat dengannya.

4) Anjuran
Kak Kiah telah memenangi hadiah tempat pertama dalam pertandingan menghias kek ANJURAN AJK kampungnya.

5) Andalusia
Ramai pesara kerajaan yang pergi mengerjakan Umrah yang telah ditaja oleh Syarikat Andalusia Sdn Bhd.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 11:29 PM | Show all posts
ANGAN ANGAN
masa kecil dia berangan angan menjadi seorg model

ANDAIAN
jgn suka membuat andaian jkika tidak tahu perkara sebenar

ANGAU
kerana angau bercinta,lupa segala janji pada ibunya

ANJURAN
jualan murah anjuran pihak swasta telah menarik minat rakyat malaysia

ANDALUSIA
salah satu agen perlancungan terbaik ada lah syarikat andalusia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 10:44 PM | Show all posts
Di zaman serba maju masih ada lagi yang angan-angan Mat Jenin

Andaianku benar belaka

Penyakit angau hanya merosakkan diri

Majlis khatam Al-Quran anjuran Maahad Tahfiz Cahaya

Andalusia terkenal kerana menjadi pusat kerajaan Islam Bani Umaiyyah pada abad ke-8

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.494663 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list