CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

   Close [Copy link]
Post time 29-10-2010 02:42 PM | Show all posts
Reply 376# sang_arjuna

dua2 bukan..
sila teka lg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2010 02:55 PM | Show all posts
Reply 381# midar
azlin? Azwa?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 03:22 PM | Show all posts
kak juna..
bila cinta nak berputik ni?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 04:32 PM | Show all posts
Reply  cewey2
yg mulakan langkah tak semestinya sampai dulu
mungkin kena kejar lembu sblm sampai  ...
sang_arjuna Post at 29-10-2010 14:26



    woo nmpaknya cikgu amir masih ada peluang......kan juna???
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 04:45 PM | Show all posts
mula2 memang benci tapi mata dah bertentang mata, rasa cili padi pun macam lolipop je
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 07:45 PM | Show all posts
idea yg bernas khairul...
tapi cikgu zul dan dahlia dah suka kt farid buncit...
cepat sikit bertindak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2010 10:05 PM | Show all posts
arini takde ker kak??
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 10:37 PM | Show all posts
menunggu n3 jgk ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2010 11:28 PM | Show all posts
amir tak muncul lagi ari nih.. jgn2 famili farid yg smpi dulu..
amir, amir, amir......
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 11:47 PM | Show all posts
juna dan detox masing dah janji ni....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 12:36 PM | Show all posts
nak LIA ngan CIkGU AMIR leh x?...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 12:59 PM | Show all posts
tinggal jejak dulu la...
xsempat nak melenggang kangkung kat umah smiley...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 03:45 PM | Show all posts
Dah baca hari ni.. wokey..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 07:19 PM | Show all posts
aku suka baca citer yang watak2 dia nama2 melayu yang senang nak ingat, kalau nak beli pun aku tgk nama pelik2 aku malas nak beli
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 07:33 PM | Show all posts
aku suka baca citer yang watak2 dia nama2 melayu yang senang nak ingat, kalau nak beli pun aku tgk n ...
atahanje Post at 30-10-2010 19:19

kdg2 nak sebutpun tergeliat kan???
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 07:51 PM | Show all posts
Reply 394# atahanje


suy pun .....kalo nama belit belit ....kadang watak pun boleh lupa .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2010 07:56 PM | Show all posts
checking2....
salam... kak juna.... owhhh kak juna,.......
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2010 12:07 AM | Show all posts
amir tak muncul lagi ari ni... mane la dia pegi...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2010 09:47 AM | Show all posts
pagi semua...
masih belum ada n3 ker
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2010 01:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 31-10-2010 13:09

Bandar Kuala Kangsar sudah sunyi ketika menara jam di tengah bandar menunjukkan pukul 9 malam. Khairul memandu merentas pusat bandar untuk ke rumah mereka sambil mengomel. Amir tak sporting! Baru saja nak “ warm up” dengan Nurul dan Aishah , dah di ajak balik.

“ Minta maaf lah Khai. Aku tengah tak ada mood nak berborak kosong. Tapi kau dah ada phone number dia orang. Lain kali korang boleh jumpa lagi” Amir cuba menyedapkan hati Khairul.

“ Itu sudah mesti.”

“ Aku tak sangka yang kau berkenan gadis macam Nurul. Dah berubah dah taste kau, ya” Setahunya Khairul cuma suka gadis yang bertudung, lemah lembut , pijak semut pun tak mati.

“ Alah.. setakat kawan apa salahnya. Bukan aku nak buat bini. Nurul pun bukan nak kat aku. Tapi aku tengok si Aishah tu memang tangkap cintan kat kau”

Amir cuma mendengus sebagai respons. Sudah terang tanpa perlu bersuluh Aishah ada hati pada nya sejak hari pertama mereka berjumpa di Sri Kota. Bukan Amir tak tahu menilai bahasa tubuh dan jelingan seorang perempuan. Dalam hidup silam nya dia sudah arif menilai kehendak kaum wanita. Dan dia pasti tidak silap membaca bahasa tubuh Cik Pai Ayam. She hates me!

Kereta mereka melewati pusat bandar. Toko Buku Nilam.yang masih terang walaupun kebanyakan kedai lain sudah tutup. Siapa yang ada di kedai itu lewat malam begini, Amir tertanya.

“ Perlahankan sikit kereta. Aku nampak macam ada orang dalam kedai Dahlia”

Khairul ketawa sinis. “ Amir, kau ni tak serik lagi ke? Nak tangkap perompak lagi ka?”

“ Bukanlah. Itu kereta Cikgu Zul. Apa dia buat malam malam begini?”  Proton Wira kelabu yang menjadi  “bini” Cikgu Zul sekarang terparkir depan kedai.

“ Manalah aku tahu. Mungkin tadi Dahlia tak sempat kemas kedai atau simpan duit”

Sekelip mata Amir mendapat idea “Aku nak turun kejap, tengok apa Cikgi Zul  tengah buat. Mana tahu kalau aku boleh tolong? Kau juga bagi idea untuk aku buat “ damage control” , kan? Inilah masanya.”

Hj Zul sedang mengangkat kotak bila ternampak dua tetamu yang tak di undang terpacak di depan pintu. Dia terus menggamit pada Amir dan Khairul. Bagus juga kalau budak berdua ini tolong aku. Pinggang dan kakinya sudah mula terasa lenguh walaupun dia rajin berkebun untuk mengeluarkan peluh. Kalau dah enjin lama tu, overhaul macam mana pun tetap tak sama enjin baru.

“ Assalamualaikum”

Darah menyerbu ke muka Dahlia sebaik terdengar suara jantan musuh No 1 nya. Dari posisi merangkak sambil membelakangkan pintu, dia langsung tak sedar kedatangan Amir. Pantas dia berdiri sambil membetulkan sweatpants yang agak sendat dan menarik T shirt agar menutup pinggul.

“ Body punya cantik macam tu kau boleh ingat lelaki?” bisik Khairul. Amir menyiku rusuknya. Dahlia sedang membilas lantai dengan air dari baldi plastic. Silap haribulan aku dengan Khairul di simbahnya. Dahlia menjeling tajam dan berlalu pergi ke belakang. Anak panah dari matanya menikam lubuk hati Amir. Air liur terasa berpasir untuk ditelan. I’m dead! Ini bukan damage control tapi damaging my heart.

“ Siapa kawan kamu ni Mir? Kamu berdua dari mana?” Hj Zul tertanya tanya. Kenapa anak aku nampak marah benar dekat lelaki berdua ni?

Lantas Amir memperkenalkan Khairul pada Cikgu Zul. Matanya masih menyoroti ruang belakang kedai tapi kelibat Dahlia sudah hilang. Marah Dahlia belum reda. Benci betul dia kat aku gamaknya. Nak tengok muka aku pun tak sudi.

“ Kami baru lepas makan di Medan Selera , Cikgu. Dah nak balik rumah tapi Amir nampak kedai Cikgu terang. Itu yang kami berhenti jengok kejap.” jawab Khairul yang sejak azali seorang yang peramah. Sesuai dengan kerjanya sebagai eksekutif jualan Naza Motor.

“ Cikgu, boleh kami tolong ? Kerja berat ni sepatutnya Cikgu tak usah buat” pelawa Amir. Cikgu Zul tersenyum lega.

“ Alhamdulillah. Kamu berdua datang tepat pada waktu. Pakcik dengan Dahlia tengah bersihkan kedai. Buku yang baru sampai tak sempat lagi nak atur. Lantai kena cuci pula. Faham faham sajalah , pakcik ni alignment pun dah lari. Tolong Pakcik angkat kotak kotak ini ke bilik stor. Takut basah kena air.” Entah kenapa Hj Zul membahasakan dirinya pakcik. Dia tersentuh melihat keikhlasan Amir. Sejak mengenali Amir, dia senang sekali dengan lelaki yang pintar dan berbudi bahasa itu. Ringan tulang pula tu. Kalau aku ada seorang lagi anak perempuan, pasti Amir akan di pilih menjadi menantu. Biar pun tiada siapa yang tahu asal usulnya tapi Hj Zul pasti Amir dari keluarga yang baik baik dan pastinya dari kalangan berada. Cara pemakaiannya bercitarasa tinggi, tak macam guru sekolah biasa.

Khairul dan Amir tidak membazir waktu. Kotak kotak di angkat dengan berhati hati. Takut ada yang buat “ split’ atas lantai simen yang masih basah. Kesan tompokan darah sudah hilang di cuci oleh Dahlia dan bau Kiwi Kleen Lavender semerbak memenuhi ruang.

“ Cikgu Zul, ada mop? Biar saya mopkan lantai. Bahaya kalau lantai licin.”  Kata Amir

“ Lia! Ambil mop dari bilik stor. Bawa sekali air kotak untuk Cikgu Amir dengan Khairul” laung Cikgu Zul. Bertuah sungguh si Lia, langsung tak nampak batang hidung. Mentang mentang ada orang nak tolong, dia curi tulang.

Lia menipiskan bibir. Dari tadi dia berehat di bilik belakang yang di gunakan sebagai pantry dan juga untuk solat sambil membaca majalah lama. Dua sebab kenapa dia melarikan diri.  Pertama nya sebab dia sudah letih. Biar balaci Babah dua orang tu buat kerja. Keduanya  sebab rasa malu mengulit diri bila teringat cara dia menayang punggung untuk tontonan mereka. Cisss!

“ Mana mopnya?” Laungan kedua Cikgu Zul memaksa Lia keluar. Mukanya masam. Mop di sua pada Khairul walaupun Amir lebih hampir dengannya. Beberapa kotak Milo di letak di atas meja. Di saat bucu matanya menangkap wajah Amir yang sedang bersandar kepenatan pada dinding, degupan jantung Dahlia berubah ritma. Wajahnya yang kemerahan, peluh yang merenik di pelipis dan desahan nafasnya sungguh menggugat naluri. T shirt biru pekat dan jeans yang dipakai menyerlah susuk tubuhnya. Hep!! Ini sudah zina mata.

“ Cik Dahlia!?” tegur Khairul yang memerhati Dahlia sejak tadi. Gotcha! Berita baik untuk Amir. Cik Pai Ayam yang lama dalam freezer sudah kena microwave.

Dahlia  terkejut. Alamak , caught in the act. Cepat buat muka garang “Ada apa, Khairul?”

“ Nak tolong apa apa lagi? Nak ubah posisi meja ke?”

“ Ermm.. tak ada apa lagi. Terimakasih sebab banyak tolong kami.” Tutur Dahlia dengan nada formal. Dia cuba mengelak dari memandang ke arah Amir yang sedang meregang tubuh tapi daya tarikan Amir bagai magnet. Matanya yang tak makan saman sekali lagi meluncur ke tubuh Amir yang ketika itu membongkok untuk mengangkat plastic sampah. Otot Amir kemas dan kekar. Mesti dia rajin bersukan atau ke gym.

“ Pakcik tak tahu macam mana nak balas budi kamu. Kalau Amir dengan Khairul tak datang, tak sempat kami nak kemaskan semua. Silap silap besok kita kena tutup kedai.”

“ Kita tolong sikit saja. Cikgu Zul dah banyak tolong  aktiviti sekolah saya.”

“ Ha.. jangan lupa Amir. Bawa balik buku untuk library sekolah.” Hj Zul menunjuk pada beberapa naskhah garapan Shakespeare dan sasterawan Inggeris lain. Otak Amir pantas  bertindak.

“ Berat juga nak angkat semua ini. Nanti besok saya bawa student saya ke sini, suruh mereka tolong. Saya datang lepas sekolah, dalam pukul 2.  Is that okay, Dahlia?” Senyuman Amir sungguh menggoda iman. Dahlia mengangguk.

“ Okay, no problem” Hatinya yang petang tadi keras macam batu sudah mula lembut. Rendah sungguh tahap pencairan aku.

“ Babah suka Cikgu Amir itu. Rajin menolong dan merendah diri orangnya. Rupa elok, pandai, berbudi bahasa. Untung siapa dapat dia“ kata Hj Zul sebaik Amir dan Khairul pulang.

“ Hissysyy.. babah ni rambang mata lah. Farid pun Babah puji macam tu. Kalau orang tak kenal Babah mesti dia kata Babah sesuatu.” seloroh Dahlia di susuli tawa Hj Zul.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.067816 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list