CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aikee04

+ KUIZ ATW V9 + Ujian hari ini (m/s 97)

   Close [Copy link]
Post time 22-10-2011 06:22 AM | Show all posts
[/url]
Moyas : salah kah tindakan lelaki tersebut mengambil bayi itu tanpa usul periksa?
bulanpurple Post at 22-10-2011 01:41


Jawapan : Memamg salah. Sepatutnya lelaki itu tahu membezakan rupa fizikal bayi dan pacat, walaupun sangat berkeinginan memiliki anak kandung sendiri. Dari cerita dongeng ini ada satu pengajaran yang patut kita tauladani, yakni sebelum membuat suatu perkara hendaklah berfikir beribu-ribu kali, jangan sampai tindakan yang kita ambil akan merugikan diri kita dan orang sekeliling kita itu. tak pasal-pasal dengan kejelojohan lelaki itu ingin mengambil pacat sebagai anaknya, lantas meragut nyawa isteri tercintanya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2011 06:33 AM | Show all posts
UJIAN LISAN BAHASA MALAYSIA DARJAH ENAM





SOALAN 1. Apakah cerita dongeng rakyat yang anda  ...
fatehana Post at 21-10-2011 20:59

[size=100%]7. untuk Moyas

[size=100%]Sekiranya Moyas tidak mempunyai anak setelah lama berkahwin, apakah yang akan Moyas lakukan?


Jawapan : Macam-macam cara untuk mengatasi masalah tentang zuriat ini. Yang pertamanya saya mohon kehadrat ALLAH SWT dahulu, mohon diampunkan dosa dan dimurahkan rezeki untuk mendapat zuriat. Kemudian Mungkin saya guna cara moden pula, jika tidak berhasil untuk saya memperolehi anak, saya akan cuba cara traditional pula. Jika ianya masih tidak berhasil, saya akan mengambil anak angat sebagai anak saya sendiri.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2011 07:15 AM | Show all posts
Post Last Edit by zadzamusa at 22-10-2011 07:20


edit.....

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2011 07:32 AM | Show all posts

UJIAN LISAN BAHASA MALAYSIADARJAH ENAM

SOALAN


1. Apakah cerita dongeng rakyat yang anda paling suka?

Pengembara Yang Lapar.

Tersebutlah kisah tiga orang sahabat, Kendi, Buyung dan Awang yang sedang mengembara. Mereka membawa bekalan makanan seperti beras, daging, susu dan buah-buahan. Apabila penat berjalan mereka berhenti dan memasak makanan. Jika bertemu kampung, mereka akan singgah membeli makanan untuk dibuat bekal dalam perjalanan.

Pada suatu hari, mereka tiba di kawasan hutan tebal. Di kawasan itu mereka tidak bertemu dusun atau kampung. Mereka berhenti dan berehat di bawah sebatang pokok ara yang rendang. Bekalan makanan pula telah habis. Ketiga-tiga sahabat ini berasa sangat lapar,

“Hai, kalau ada nasi sekawah, aku akan habiskan seorang,” tiba-tiba Kendi mengeluh. Dia mengurut-ngurut perutnya yang lapar. Badannya disandarkan ke perdu pokok ara.

“Kalau lapar begini, ayam panggang sepuluh ekor pun sanggup aku habiskan,” kata Buyung pula.

“Janganlah kamu berdua tamak sangat dan bercakap besar pula. Aku pun lapar juga. Bagi aku, kalau ada nasi sepinggan sudah cukup,” Awang bersuara.

Kendi dan Buyung tertawa mendengar kata-kata Awang.

“Dengan nasi sepinggan, mana boleh kenyang? Perut kita tersangatlah lapar!” ejek Kendi. Buyung mengangguk tanda bersetuju dengan pendapat Kendi.

Perbualan mereka didengar oleh pokok ara. Pokok itu bersimpati apabila mendengar keluhan ketiga-tiga pengembara tersebut lalu menggugurkan tiga helai daun.

Bubb! Kendi, Buyung dan Awang terdengar bunyi seperti benda terjatuh. Mereka segera mencari benda tersebut dicelah-celah semak. Masing-masing menuju ke arah yang berlainan.

“Eh,ada nasi sekawah!” Kendi menjerit kehairanan. Dia menghadap sekawah nasi yang masih berwap. Tanpa berfikir panjang lalu dia menyuap nasi itu dengan lahapnya.

“Ayam panggang sepuluh ekor! Wah, sedapnya!” tiba-tiba Buyung pula melaung dari arah timur. Serta-merta meleleh air liurnya. Seleranya terbuka. Dengan pantas dia mengambil ayam yang paling besar lalu makan dengan gelojoh.

Melihatkan Kendi dan Buyung telah mendapat makanan, Awang semakin pantas meredah semak. Ketika Awang menyelak daun kelembak, dia ternampak sepinggan nasi berlauk yang terhidang. Awang tersenyum dan mengucapkan syukur kerana mendapat rezeki. Dia makan dengan tenang.

Selepas makan, Awang rasa segar. Dia berehat semula di bawah pokok ara sambil memerhatikan Kendi dan Buyung yang sedang meratah makanannya.

“Urgh!” Kendi sendawa. Perutnya amat kenyang. Nasi di dalam kawah masih banyak. Dia tidak mampu menghabiskan nasi itu. “Kenapa kamu tidak habiskan kami?” tiba-tiba nasi di dalam kawah itu bertanya kepada Kendi.

“Aku sudah kenyang,” jawab Kendi.

“Bukankah kamu telah berjanji akan menghabiskan kami sekawah?” Tanya nasi itu lagi.

“Tapi perut aku sudah kenyang,” jawab Kendi.

Tiba-tiba nasi itu berkumpul dan mengejar Kendi. Kawah itu menyerkup kepala Kendi dan nasi-nasi itu menggigit tubuh Kendi. Kendi menjerit meminta tolong.

Buyung juga kekenyangan. Dia cuma dapat menghabiskan seekor ayam sahaja. Sembilan ekor ayam lagi terbiar di tempat pemanggang. Oleh kerana terlalu banyak makan, tekaknya berasa loya. Melihat baki ayam-ayam panggang itu, dia berasa muak dan hendak muntah. Buyung segera mencampakkan ayam-ayam itu ke dalam semak.

“Kenapa kamu tidak habiskan kami?” tiba-tiba tanya ayam-ayam panggang itu.

“Aku sudah kenyang,” kata Buyung. “Makan sekor pun perut aku sudah muak,” katanya lagi.

Tiba-tiba muncul sembilan ekor ayam jantan dari celah-celah semak di kawasan itu. Mereka meluru ke arah Buyung.

Ayam-ayam itu mematuk dan menggeletek tubuh Buyung. Buyung melompat-lompat sambil meminta tolong.

Awang bagaikan bermimpi melihat gelagat rakan-rakannya. Kendi terpekik dan terlolong. Buyung pula melompat-lompat dan berguling-guling di atas tanah. Awang tidak dapat berbuat apa-apa. Dia seperti terpukau melihat kejadian itu.

Akhirnya Kendi dan Buyung mati. Tinggallah Awang seorang diri. Dia meneruskan semula perjalanannya.

Sebelum berangkat, Awang mengambil pinggan nasi yang telah bersih. Sebutir nasi pun tidak berbaki di dalam pinggan itu.

“Pinggan ini akan mengingatkan aku supaya jangan sombong dan tamak. Makan biarlah berpada-pada dan tidak membazir,” kata Awang lalu beredar meninggalkan tempat itu.




Adaptasi dari dewan pelajar




2. Siapakah yang selalu menceritakan kisah dongeng rakyat kepada anda?

Mak, Arwah Tuk dan pembacaan buku dan majalah... selalunya Dewan Pelajar.



3. Cerita pengalaman anda atau kawan anda tentang pacat

Pengalaman Zad dengan pacat nih.. bila Zad dalam darjah 1... ikut arwah tuk pergi bendang (sawah) masa tu musim menanam.. Mula-mula kena gigit Zad rasa gatal.. gatal.. pastu bila tengok ada benda macam cacing kat kaki.. Zad tarik.. tapi tak mau lepas.. tunjuk kat tuk.. tuk letak garam.. baru pacat tu mati... tapi kesian jugak dekat pacat tu.. pasal mati terseksa..



4. Adakah anda geli dengan pacat? Kenapa?

Tak.. sebab dah tahu pacat kalau kenyang akan jatuh sendiri.



5. Buatkan 10 soalan berdasarkan kisah di atas untuk ditujukan kepada pelajar kelas ini. (Tidak melebihi 2 soalan untuk seorang pelajar boleh ditujukan.)





35 markah

1. Moyas   Apa yang akan moy lakukan sekiranya terjumpa dengan bayi seperti yang diceritakan dalam cerita satu keluarga mencari anak?

2.  Ciksurie   Pandangan surie mengenai pegambilan anak angkat?

3.  Tudung_bawal Apa yang patut diubah dalam cerita satu keluarga mencari anak?

4. Ungu_Merah Ceritakan pengalaman digigit pacat..

5. Chit_ana Setujukah ana dengan perbuatan si isteri yang memberikan susu kepada bayi yang tidak dikenali?

6.  Adalia Petua untuk membuang pacat?

7. Fatehana Apakah pengajaran yang ana dapat dari cerita satu keluarga mencari anak tersebut?

8. Bini_cantik Apa yang bibi_cantik lakukan untuk mengelakkan diri dari digigit pacat?

9. Mrs.dee sanggupkan mrs.dee pergi ke spa yang menawarkan perkhidmatan gigitan pacat atau lintah bagi tujuan kecantikan?

10. ain0345 sekiranya cerita ibu pacat ini dibuatkan pementasan.. watak apa yang ingin dilakonkan oleh ain?


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2011 09:33 AM | Show all posts
** masih lagi seriau bila tengok pacat & lintah
tudung_bawal Post at 21-10-2011 16:53



   

1. Adalia a.k.a angah

Pernah tak terlintas untuk mengambil anak angkat?



jawapan ada


buat masa ni belum  terpikir lagi..taktau la masa depan mcm mana..kalo ditakdirkan lepas angah kahwen nanti pastu takde rezeki dpt anak sendiri,mungkin pengambilan anak angkat akan dipertimbangkan..tapi bergantung pada persetujuan bakal suami jugak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2011 09:37 AM | Show all posts
UJIAN LISAN BAHASA MALAYSIA DARJAH ENAM





SOALAN 1. Apakah cerita dongeng rakyat yang anda  ...
fatehana Post at 21-10-2011 20:59



   

[size=100%]4. untuk Adalia

[size=100%]Apabila Ada mempunyai anak sendiri, adakah Ada akan memberi susu ibu secara total?

[size=100%]


[size=100%]

[size=100%]jawapan ada


[size=100%]

[size=100%]berdasarkan dari pemerhatian,pembacaan dan pengetahuan tentang kebaikan memberi susu ibu,ada 100% bersetuju dan akan memberi anak ada nanti susu ibu sehingga berumur mencecah 2 hingga 3 tahun...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2011 09:39 AM | Show all posts
bulanpurple Post at 22-10-2011 01:41



   


adalia :  pernah tak digigit pacat?




jawapan ada


pernah..oleh sebab kawasan rumah ada ni ada sawah padi,pacat dan lintah tu benda biasa..tp bg ada binatang tersebut adalah luar biasa dan membuatkan ada fobiaaa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2011 09:45 AM | Show all posts
UJIAN LISAN BAHASA MALAYSIADARJAH ENAM

SOALAN
1. Apakah cerita dongeng rakyat yang anda paling s ...
zadzamusa Post at 22-10-2011 07:32



   

6.  Adalia Petua untuk membuang pacat?


jawapan ada

salah 1 cara yang selalu ada tgk org wat,depa guna serbuk pencuci..letak kt tempat pacat tu ..nanti automatik dia akan tertanggal sendiri...ataupun abang ada selalu gunakan lighter jer..cucuh sikit kt pacat tu..matik la dia....kalau guna untuk buang lintah pon berkesan gak..try ler


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2011 11:46 AM | Show all posts
Reply 371# tudung_bawal

10. Bini_Cantik

Antara anak lelaki dan anak perempuan yang mana lebih kuat menyusu?



~ bagi saya, anak lelaki memang kuat menyusu, walaupun baru 1/2 jam di beri susu dia akan minta lagi.... sampai saya luka di sebabkan dia terlalu kerap dan kuat menyusu.... sangat comel bila dia menyusu... moment yang sangat indah antara ibu dan anak, yang hanya akan di rasai oleh para ibu yang menyusukan anaknya sahaja tau macamana rasanya. setiap kali dia menyusu dia kan pandang muka kita dan seolah-olah dia menyatakan Terima Kasih mummy.... bestnya....

   

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2011 12:01 PM | Show all posts

[size=100%]8. untuk Satu Sembilan

[size=100%]Adakah satu sembilan akan mencari isteri lain jikalau isteri 1 9 tidak dapat memberikan zuriat?


entahyatidaktak mengalaminya lagi jadi tak berani nak kata apa2...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2011 12:04 PM | Show all posts

satusembilan : adakah anda juga akan menetak pacat itu jika berada di situasi tersebut?


taksebab di isteri sudah matilainlah kalau tetak pacat tue si isteri boleh hidup semula...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2011 12:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by Hang at 22-10-2011 18:22

Reply 373# fatehana


   5. untuk Bini_Cantik

Bagaimana Bini membuat giliran untuk memberi susu badan kepada anak kembar?


~ bergantung kepada keadaan dan masa mereka nak menyusu, semenjak 2jam selepas lahir dahulu saya kena menyusukan mereka sekali gus kerana waktu lapar mereka sama, saya kena pakai "nursing pillow" dan baringkan kedua-duanya sekali gus. mula-mula tu memang sukar ibu dan suami saya kena tolong, tapi selepas tu sy boleh handle sendiri. best sangat...

---sorry MD... kena edit gambo menyusu tu...--- cegu Hang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2011 12:52 PM | Show all posts
Reply 384# zadzamusa


   

8. Bini_cantik Apa yang bini_cantik lakukan untuk mengelakkan diri dari digigit pacat?



~ saya penah pergi ladang getah arwah tok saya, makcik saya sapukan minyak masuk di seluruh kasut bot yang saya pakai dan semburkan sheltox katanya, untuk mengelakk di pacat naik ke kaki dan nyamuk.... mula2 pakai tu pening juga, sbb bau sheltox tapi pastu ok jer.... heheheh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2011 12:56 PM | Show all posts
Reply 378# bulanpurple


   

Bini_cantik : jikalau bayi tersebut juga tidak mahu menyusu apa anda akan buat?



~ kalau baby ni tak nak menyusu saya bagi dia ribena, mungkin baby ni dh boring minum susu kot... sesekali bagi ribena elok juga... ada vitamin c.... anak saya pun suka.... (jawap ikut teks di atas... hehehe)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2011 02:13 PM | Show all posts

TAJUK: SATU KELUARGA MENCARI ANAK



SOALAN



1. Apakah cerita dongeng rakyat yang anda paling suka?


~ Kisah Dongeng "Tujuh Burung Gagak"

Ceritanya bermula begini, Dahulu, ada seorang lelaki yang memiliki tujuhorang anak lelaki, dan lelaki tersebut belum memiliki anak perempuan yang lamadiidam-idamkannya. Seiring dengan berjalannya waktu, istrinya akhirnyamelahirkan seorang anak perempuan. Lelaki tersebut sangat gembira, tetapi anakperempuan yang baru lahir itu sangat kecil dan sering sakit. Seorang bomohmemberitahu lelaki tersebut agar mengambil air yang ada pada suatu sawah padidan memandikan anak perempuannya yang sakit dengan air dari sawah padi itu agaranak tersebut memperoleh berkah dan kesihatan yang baik. ayah tersebut menyuruhsalah seorang anak lelakinya untuk mengambil air dari sawah padi tersebut. Enamorang anak lelaki lainnya ingin ikut untuk mengambil air dan masing-masing anaklelaki itu sangat ingin untuk mendapatkan air tersebut terlebih dahulu keranarasa sayangnya terhadap adik perempuan satu-satunya. Ketika mereka tiba disawah padi dan semua berusaha untuk mengisi kendi yang diberikan kepada mereka,kendi tersebut jatuh ke dalam sawah padi. Ketujuh anak lelaki tersebut hanyaterdiam dan tidak tahu harus melakukan apa untuk mengambil kendi yang jatuh,dan tak satupun dari mereka berani untuk pulang kerumahnya.

Ayahnya yang menunggu di rumah akhirnya hilangkesabarannya dan berkata, "Mereka pasti lupa kerana bermain-main, anaknakal!" Kerana takut anak perempuannya bertambah sakit, dia lalu berteriakmarah, "Saya berharap anak lelakiku semua berubah menjadi burunggagak." Saat kata itu keluar dari mulutnya, dia mendengar kepakan sayapyang terbang di udara, si Ayah lalu keluar dan melihat tujuh ekor burung gagakhitam terbang menjauh. Si Ayah menjadi sangat menyesal krna mengeluarkankata-kata sedemikan dan tak tahu bagaimana nak memulihakan anak-nya semula.Tetapi walaupun kehilangan tujuh orang anak lelakinya, si Ayah dan Ibu masihmendapatkan penghiburan kerana kesehatan anak perempuannya berangsur-angsurmembaik dan akhirnya anak perempuan tersebut tumbuh menjadi gadis yang cantik.

Gadis itu tidak pernah mengetahui bahwa diamempunyai tujuh orang kakak lelaki kerana orangtuanya tidak pernah memberitahudia, sampai suatu hari secara tidak sengaja gadis tersebut mendengar percakapanbeberapa orang, "Gadis tersebut memang sangat cantik, tetapi gadistersebut harus disalahkan kerana mengakibatkan nasib buruk pada ketujuhsaudaranya." Gadis tersebut menjadi sangat sedih dan bertanya kepadaorangtuanya tentang ketujuh saudaranya. Akhirnya orangtuanya menceritakan semuakejadian yang menimpa ketujuh saudara gadis itu. Si Gadis menjadi sangat sedihdan bertekad untuk mencari ketujuh saudaranya secara diam-diam. Dia tidakmembawa apapun kecuali sebuah cincin kecil milik orangtuanya, sebuah roti untukmenahan lapar dan sedikit air untuk menahan haus.

Gadis tersebut berjalan terus, terus sampai keujung dunia. Dia menemui matahari, tetapi matahari terlalu panas, lalu diakemudian menemui bulan, tetapi bulan terlalu dingin, lalu dia menemuibintang-bintang yang ramah kepadanya. Saat bintang fajar muncul, bintangtersebut memberikan dia sebuah tulang ayam dan berkata, "Kamu harusmenggunakan tulang ini sebagai kunci untuk membuka gunung yang terbuat darigelas, disana kamu akan dapat menemukan saudara-saudaramu.

Gadis tersebut kemudian mengambil tulang tersebut,menyimpannya dengan hati-hati di pakaiannya dan pergi ke arah gunung yang ditunjuk oleh bintang fajar. Ketika dia telah tiba di gunung tersebut, dia barusadar bahwa tulang untuk membuka kunci gerbang gunung telah hilang. Kerana diaberharap untuk menolong ketujuh saudaranya, maka si Gadis lalu mengambilsebilah pisau, memotong jari kelinkingnya dan meletakkannya di depan pintugerbang. Pintu tersebut kemudian terbuka dan si Gadis dapat masuk kedalam,dimana seorang kerdil menemuinya dan bertanya kepadanya, "Anakku, apa yangkamu cari?" "Saya mencari tujuh saudaraku, tujuh burung gagak,"balas si Gadis. Orang kerdil tersebut lalu berkata, "Tuanku belum pulangke rumah, jika kamu ingin menemuinya, silahkan masuk dan kamu boleh menunggunyadi sini." Lalu orang kerdil tersebut menyiapkan makan siang pada tujuhpiring kecil untuk ketujuh saudara lelaki si Gadis yang telah menjadi burunggagak. Kerana lapar, si Gadis mengambil dan memakan sedikit makanan yang adapada tiap-tiap piring dan minum sedikit dari tiap-tiap gelas kecil yang ada.Tetapi pada gelas yang terakhir, dia menjatuhkan cincin milik orangtuanya yangdibawa bersamanya.

Tiba-tiba dia mendengar kepakan sayap burung diudara, dan saat itu orang kerdil itu berkata, "Sekarang tuanku sudahdatang." Saat ketujuh burung gagak akan mulai makan, mereka menyadaribahwa seseorang telah memakan sedikit makanan dari piring mereka. "Siapayang telah memakan makananku, dan meminum minumanku?" kata salah satunya.Saat burung gagak yang terakhir minum dari gelasnya, sebuah cincin masuk kemulutnya dan ketika burung tersebut memperhatikan cincin tersebut, burung gagaktersebut berkata, "Diberkatilah kita, saudara perempuan kita yangtersayang mungkin ada disini, inilah saatnya kita boleh bebas dari sumpahan ini."Si Gadis yang berdiri di belakang pintu mendengar perkataan mereka, akhirnyamaju kedepan dan saat itu pula, ketujuh burung gagak berubah kembali menjadimanusia. Mereka akhirnya berpelukan dan pulang bersama ke rumah mereka denganbahagia.


2. Siapakah yang selalu menceritakan kisah dongeng rakyat kepada anda?


~ biasanya ibu dan atuk serta opah yang selalu menceritakan kisah dongeng kepada saya.... saya juga ada banyak buku cerita, paling banyak cerita dongeng barat iaitu Snow White, Repunzel, Cinderella, Beauty n The Beast dan banyak lagi.



3. Cerita pengalaman anda atau kawan anda tentang pacat

~ pengalaman dengan kawan-kawan di kampung serta cousin saya, sewaktu kecil kami suka cari anak-anak ikan di sekitar parit di kampung kami... punyalah happy menagkap ikan menggunakan tapis kelapa opah rupa-rupa pacat naik di kaki saya dan cousin saya.... memang tak sedar sebab best sangat. bila sampai di rumah opah untuk mandi beramai-ramai di perigi terkejut tengok pacat di peha saya sangat besar dan gemuk sebab dah mengisap darah saya... saya menjerit dan cousin saya berlari naik kerumah, nyaris atok saya ada dia dengan selanbanya ambik pacat tersebut dan tenyeh kat lantai... saya tengok darahnya memercik ke tangan atok.... banyak giler... hishhh... gelir... giler...



4. Adakah anda geli dengan pacat? Kenapa?

~ Sudah semestinya saya geli... dan tak suka... takut.... hish... geli geleman lerr...



5. Buatkan 10 soalan berdasarkan kisah di atas untuk ditujukan kepada pelajar kelas ini. (Tidak melebihi 2 soalan untuk seorang pelajar boleh ditujukan.)



Tudung_Bawal :

~ Pernah kah anda mengadaptasi cerita dongeng rakyat kedalam hidup anda?


fatehana :

~ Apakah cerita dongeng yang anda terlalu suka dan teringin menjadi sepertinya?


cikgu hang :

~ apa pandangan anda tentang cerita ini?


satusembilan :

~ anda penah kena gigit pacat? macamana perasaan anda ketika itu?


ciksurie :

~ Selain pacat apakah lagi benda yang anda geli?


adalia :  

~ Wajarkah tindakan lelaki tersebut membawa anaknya "pacat" tersebut kerumahnya? kenapa?


Mrs Dee :

~ Apakah yang anda akan lakukan sekiranya anda di situasi isteri tersebut? adakah anda akan menyusukan "bayi" yang dibawa oleh lelaki tersebut?


Moyas :

~ apakah sepatutnya di lakukan oleh lelaki tersebut di dalam situasi begitu(apabila nampak "bayi" tersebut)?


ungu_merah :

~ "Mengelak lebih baik dari mengubati" adakah kata-kata ini sesuai dengan situasi yang berlaku? pandangan anda?


anissa :

~ apakah iktibar yang anda dapat dari cerita ini?

35 markah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2011 02:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by Kiesh at 22-10-2011 19:44

nak jawab jugak

   TAJUK: SATU KELUARGA MENCARI ANAK


SOALAN


1. Apakah cerita dongeng rakyat yang anda paling suka?

~ Kisah Cinderella ....angan-angan sejak dulu nak jadi macam cinderella ....kawin dengan anak raja yang kaya raya dan goyang kaki jah

2. Siapakah yang selalu menceritakan kisah dongeng rakyat kepada anda?

bapa saudara dan baca buku

3. Cerita pengalaman anda atau kawan anda tentang pacat

kenapa nak cerita pasal pacat pulak ? isyyyy ....tak ada ka soalah yang lebih menjana minda

4. Adakah anda geli dengan pacat? Kenapa?

geli dan menakutkan

5. Buatkan 10 soalan berdasarkan kisah di atas untuk ditujukan kepada pelajar kelas ini. (Tidak melebihi 2 soalan untuk seorang pelajar boleh ditujukan.)

Tudung_Bawal :

~ karang kisah cinderella yang akhirnya tak jadi kawin dengan putera raja .


fatehana :

~ buat lirik lagu cerita dongeng english yang anda masih ingat sewaktu tadika


cikgu hang :

~ letakkan gambar sejenis kek yang ada cinderella


satusembilan :

~ dimana pacat suka membiak ?


ciksurie :

~ buat satu lirik lagu jenaka berkaitan pacat


adalia :  

~ artis malaysia mana sesuai jadi cinderella jika ia di dramakan ?


Mrs Dee :

~ siapa hero yang sesuai untuk drama melayu sebagai partner cinderella


Moyas :

~ siapa yang sesuai jadi adik beradik cinderella dalam drama melayu yang anda jadi penerbit?


ungu_merah :

~ berikan tajuk baru bagi cinderella jika ia di buat dalam bahasa melayu .


anissa :

~ siapakan paling sesuai memegang watak ibu tiri cinderella  


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2011 04:54 PM | Show all posts
Reply 396# Kiesh
mana bole camtu. kiesh soal la dulu
baru kami leh jawab n dpt pinat
buat balik semula la
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2011 05:04 PM | Show all posts
TAJUK: SATU KELUARGA MENCARI ANAK

Moyas :

~ apakah sepatutnya di lakukan oleh lelaki tersebut di dalam situasi begitu(apabila nampak "bayi" tersebut)?

Jawapan - Lelaki itu patut buat-buat tak tahu sahaja akan bayi tersebut. Kerana dia berkehendakkan zuriat atau anak tapi! itu  hanyalah  binatang (pacat) yang berbeza dari rupa bentuk manusia. Lelaki itu patut meneruskan perjalanan untuk memburu binatang sehingga berhasil, bukan pulang membawa bayi pacat yang berlumut dan lembik-lembik itu. Erk! itu kan cerita dongeng, mana boleh nak ubah kan? kwargh kah kah kah


Bini_Cantik Post at 22-10-2011 14:13



Pacat dan baby = mati-mati pon tak sama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2011 06:20 PM | Show all posts
TAJUK: SATU KELUARGA MENCARI ANAK

cikgu hang :

~ apa pandangan anda tentang cerita ini?



Bini_Cantik Post at 22-10-2011 02:13 PM


1. Pentingnya pandai berenang, nanti boleh ambil kendi dan tak disumpah jadi gagak.
2. Air sawah mana dalam, kenapa saudara 7 beradik tu tak berani turun ambil kendi tu..?
3. No tepon gadis cantik itu pliss..........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2011 07:36 PM | Show all posts
Reply 399# Hang


    motif , pacit hang sombong dgn kiesh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.086492 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list