CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata II

 Close [Copy link]
 Author| Post time 19-2-2012 10:06 PM | Show all posts


Andai tiada cahaya

sehebat mana kata puja
sehebat mana kata setia
dalam memeram cinta
andai tiada cukup cahaya
untuk menghangat suasana
nescaya cinta tak ke mana
tak akan berbuah bahagia
cari dan rasa
sumber cahaya cinta.

CNM, 19/2/12, 22.05pm
BBB
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2012 07:12 PM | Show all posts
Katakan...

Nikmat Tuhan yang mana ingin engkau dustakan
kucontohi nikmat panas dan dingin
panas dan dingin
membentuk awan
panas dan dingin
mewujudkan angin
panas dan dingin
mengumpulkan awan mega
panas dan dingin
menurunkan hujan
panas dan dingin
mencambahkan benih
panas dan dingin
melatakan pepohon
pepohon jadi sumber makanan
keperluan asasi hidupan.

bersyukurlah kepada Tuhan.

CNM, 20/2/12, 19.10pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2012 08:40 PM | Show all posts
hentikan

hentikan
walau dari zaman datuk nenek moyang
telah dipraktikan
andai bersalahan dengan norma kehidupan
andai bertentangan dengan syariat tuhan
itu harus ditentang
tegakkan kebenaran
walau perlu menghancurkan
sistem yang kononnya warisan.

CNM, 21/2/12, 20.35pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2012 03:26 PM | Show all posts
tak tahu

ambil tahu
cari ilmu
baca buku
tanya guru
perhatikan apa yang berlaku
dengar apa yang diperlagu
selidik hingga hujung kuku
tentu kamu akan tahu.

boleh buat begitu?

CNM, 22/2/12, 15.25pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2012 03:55 PM | Show all posts
kecewa

ubatnya redha
kerana kita punyai dan dipunyai Yang Esa
siapa kita nak menolak takdir-Nya
sedang itu semua
ujian keimanan kalau mahu dimengertikan.

hentilah membazirkan air mata.

CNM, 22/2/12, 15.54pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2012 06:05 PM | Show all posts
Jika

jika mentari adalah bahang amarahmu
jika hujan adalah air mata dukamu
jika pelangi adalah percikan ketawamu
jika awan mendung adalah kekecewaanmu
maka
usah susah hati
seisi alam akan mengerti.

CNM, 22/2/12, 18.04pm
BBB
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-2-2012 10:03 PM | Show all posts
Balang

Balang kosong
kutiup
bunyinya bergaung.

Balang penuh
kutiup
tiada bunyi.

kenapa ya?

CNM, 22/2/12, 22.02pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2012 10:43 PM | Show all posts
Niat

niat mesti betul
baru tak tersasul
kalau niat tak betul
lambat laun langgar batang tunggul
kepala benjol
digelak si tolol.

CNM, 22.42pm, 22/2/12
BBB
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2012 09:43 PM | Show all posts


alam itu guru

aku berjalan
berhenti perhatikan
aku berlari
berhenti meneliti
aku duduk
melihat alam segenap pelusuk
padanya ada pengajaran yang muluk
medium tuhan beri petunjuk.

CNM, 23/2/12, 21.38pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2012 11:20 PM | Show all posts
Cinta Muka Buku

cinta muka buku
cinta bagai di hujung kuku
ada duit penuh saku
dapat cewek gebu
poket kosong tanpa helaian kelabu
awek kata bye bye sayangku.

aduhhsss..cinta tanpa kebendaan cinta tak laku!!

teman-temanku
berpada-pada meraih cinta muka buku
kerana banyak yang palsu dari yang suci setulus kalbu
kelak jiwa haru biru
termenung sana termenung sini fikiran bercelaru
otak membeku
kecewa membelenggu
menyesal berminggu-minggu
kerja terganggu
boss naik berbulu
sendiri malu.

CNM, 24/2/12, 23.20pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2012 11:52 PM | Show all posts
Kunci Cinta

Kucari di pasar malam
mungkin ada kunci cinta
dari satu gerai ke satu gerai
aku bertanya
"bang! ada jual kunci cinta?"
berkerut dahi mereka
saling menjeling sesama
agaknya apa mereka perkata
entah-entah mengata aku gila.

Ha...ha...ha!!!
aku melawak saja.

CNM, 24/2/12, 23.50pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2012 08:26 AM | Show all posts
Bila kali terakhir

Bila kali terakhir
kalian mengucup tangan
ayahbonda tercinta
pada saat bersalaman
untuk meninggal mereka membilang usia
membiarkan mereka menunggu di teratak usang
ditemani air mata rindu
dalam nada sendu
berbisik meraka pada awan yang lalu
pulanglah anakku.

pulanglah sebelum mereka pergi untuk selamanya.

CNM, 25/2/12, 00.10am
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2012 10:00 AM | Show all posts
Sebelum mengucap selamat malam

di ranjang yang berahi
wangian tubuh sang isteri merangsang rasa
melonjak keinginan hati sang suami
membisikan bicara terhangat
sebagai kata azimat
balasan untuk makan malam yang lazat
enak dan berzat.

dan kini
suatu hidangan makanan batin
menjadi rutin
sebelum sang suami lena dalam kekenyangan batin
sang isteri tanpa pernah lalai
berkhidmat untuk suami yang dicintai
sejenak malam pertama dinikahi.

CNM, 25/2/12, 9.59am
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2012 02:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 25-2-2012 14:14

Wilayah yang suci

sudah seminggu
dia menghidu bau kota
yang di dalamnya penuh racun
sedikit demi sedikit kerongkongnya melecur
menjadi payah menikmati rezeki tuhan
bagai menelan buah berduri jadinya.

lalu dia berkata
"nak! ayah terlalu rindu akan bau laut
hantar saja ayah pulang
tempat ini bukan untuk ayah
biar laut yang menemani
ayah ingin pergi dalam tenang dan damai di wilayah yang suci"

CNM, 25/2/12,14.12pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2012 05:30 PM | Show all posts
Apa nak buat!!!

"Apa nak buat
aku dapat suami tua
orang ke taman
suami tuaku ke taman
orang bawakan kuntuman bunga
suamiku bawakan kera.

Apa nak buat
aku dapat suami tua
orang lain berkerja
suami tuaku pun berkerja
malam oranag lain layan isteri berasmara
suamiku lena membuta.

Apa nak buat
aku dapat suami tua
orang rambut hitam bergaya
suami tuaku putih rambut macam atuknya
berkecai sudah gelora cinta
terkubur sebelum masa.

Apa nak buat
aku dapat suami tua".

bicara, dara jelita.

CNM, 25/2/12, 17.28pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2012 06:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 25-2-2012 18:56

Atuk Tua Nak Kahwin Muda

Fikir dulu atuk ya,

i.
jumpa rakan sebaya
nanti kena tanya
ini cucu yang mana?

ii.
malam-malam anak terjaga
atuk kena bangun bancuh susunya
itu syarat bini muda.

iii.
siang penat kerja
malam pula akan dikerja
nafkah batin tak boleh ditunda.

iv.
cemburu harus tiada
jantan hidung belang pasti mengoda
takkan isteri nak dipenjara.

v.
poket kena sendat sentiasa
makeup kena penuh meja
kalau tak alamak kembali menduda.

vi.
atuk kena pandai bergaya
pakaian kena yang berjenama
pasar malam punya 'low class' katanya.

vii
lebih baik ke surau belajar agama
tambah amalan bekalan di sana
bini muda belum tentu boleh menjaga.

CNM, 25/2/12, 18.40pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2012 06:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 25-2-2012 19:07

Tebal

dia segalanya tebal
poket tebal
cermin mata tebal
baca buku kulit tebal
telinga tebal
bibir tebal
muka tebal
tapak kaki tebal.

harap iman pun tebal.

CNM, 25/2/12, 18.51pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2012 08:48 PM | Show all posts
Air Kelantan

tak selesai lagi rupanya
kesian rakyat kena gali telaga
bangun tengah malam tadah air dalam belanga
menitik-nitik buat air minum hilang dahaga
nak cuci kain baju kena cari sungai yang keruh airnya.

siapapun memerintah ambillah tindakan yang cakna
air itu keperluan asas yang amat berguna
tiada letrik boleh tahan juga
tiada air susah segala
ketepikan hal politik demi rakyat tercinta.

pusat dan negeri duduklah semeja
air bawah pengurusan negeri ikut perlembagaan kita
buang fahaman politik atasi masalah rakyat jelata
lebih mulia
dari saling tuduh menuduh sesama.

harap tok guru selesaikan segera.

CNM, 25/2/12, 20.46pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2012 09:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 25-2-2012 21:23

kenapa?

kenapa dipanggil kutu rayau
sengajakah mereka sedemikian rupa?
atau telah habis daya
mencari kerja dari tangga ke tangga
di perut kota
buat menyara diri dan keluarga
namun nasib tak menyebelahi mereka
berbaring di mana saja
asalkan dapat memulihkan tenaga
buat mengatur langkah mengemis di kotaraya.

kerajaan harus peka
bantulah mereka
berikan bantuan yang sepatutnya
ajar mereka kemahiran untuk pasaran kerja
di mana khidmat sosial firma ternama
terima mereka berkerja dengan bayaran minima
tidaklah mereka merayau tak tentu hala
ada pekerjaan yang harus dilaksana
diripun terbela
gelandangan jadi penyumbang pembagunan negara.

pak menteri banyakkan agenda
bantu rakyat jelata
usah duduk di kerusi empuk saja
fikirkan program memajukan bangsa
jangan kantung sendiri saja dijaga
anda dipilih untuk berjasa
membantu rakyat yang tak berdaya
memperjuangkan kepentingan yang teraniaya
wakil kepada rakyat mendapat haknya
lima tahun tak lama.

CNM, 25/2/12, 21.20pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2012 11:41 PM | Show all posts
titis hitam

sepasang mata
yang tertitis pandangan hitam
dari rasukan hati yang dendam
selamanya akan melihat imej contengan arang
walau kelirnya putih semulus kapas.

sepasang mata
yang tak mampu mengarah bicara
menyata yang sewajarnya
terpenjara memeluk nista
terpasung dalam buta.

CNM, 28/2/12, 23.40pm
BBB
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.219704 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list