Dalam pada itu (merujuk pelancaran SGN2 di Malaysia semalam), Samsung memperkenalkan pula Samsung Galaxy S3 mini
Sumber: Oh! Geekz
Samsung Memperkenalkan Galaxy SIII Mini
Samsung secara rasminya telah memperkenalkan peranti mampu milikinya bagi siri Galaxy SIII yang diberi nama Samsung Galaxy SIII Mini semalam. Sesuai dengan nama mini tersebut, Samsung Galaxy SIII Mini ini telah dikurangkan saiz bagi skrinnya iaitu sebesar 4 inci paparan Super AMOLED (480 x 800) iaitu dengan ukuran peranti 121.55 x 63 x 9.85 mm dan keberatan 111.5g. Selain itu pengurangan spesifikasi juga berlaku iaitu bagi kamera utama yang hanya 5megapixel, kamera hadapan VGA dan tidak menyokong LTE/4G. Ia juga hanya menggunakan cip pemprosesan dwi teras 1Ghz dan RAM 1GB. Walau bagaimanapun, ia didatangi dengan sistem pengoperasian terbaru Android 4.1 Jelly Bean yang membawa antaramuka Samsung TouchWiz serta menyokong Google Now. Jika ingin dibandingkan dengan model lama seperti Galaxy SII dan Galaxy S Advance, Galaxy SIII Mini yang rekabentuknya seperti Galaxy SIII ini turut mempunyai NFC terbina di dalamnya.
Buat masa ini, tidak diketahui lagi bilakah ia akan sampai ke tangan pengguna. Menurut laporan, harga yang bakal ditawarkan di Britain adalah serendah £298.80 sahaja. Ia sudah pasti menjadi pilihan bagi mereka yang hanya memerlukan telefon pintar spesifikasi sederhana dengan harga yang berpatutan.
Adakah anda berminat dengan peranti ini?
Sumber: Oh! Geekz
|