CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

CINTA TERINDAH....-[U] TAMAT DAH

[Copy link]
Post time 26-10-2012 01:32 PM | Show all posts
rafflesia76 posted on 25-10-2012 10:52 AM
kt NZ kn byk lembu....sembelih jek sekor buat lauk raya bsok

Hahaha ye la tu...tak sempat nak sembelih dah kena kejo dulu hehe
Salam aidiladha buat semua warga forum...dengan ucapan kepada tuan umah takde entry ke raya2 ni hehehe
Almaklum la kan...kitaorg raya esok... Lambat sehari dr msia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2012 01:42 PM | Show all posts
alahai, sambungla lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2012 06:03 PM | Show all posts
selamat hari raya aidiladha semua
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2012 06:05 PM | Show all posts
sambung sikit di hari raya yg mulia ini.....

“Nadrisa...ada orang nak jumpa.” Tegur Nina yang bertugas sebagai pembantu kedai buku. Nadrisa mengerutkan dahinya. Kerja memasukkan data ke dalam komputer terhenti seketika.

“siapa Nina?” soal Nadrisa pelik. Siapa pulak nak jumpa aku. Takkan Dahlia. Tapi siapa lagi kenalan yang dia ada. Mustahil ahli keluarganya.

“entah...tak kenal. Cepatlah keluar. Dia tunggu kat luar kedai.” Terang Nina.

“kejap Nina... lelaki ke perempuan?” halang Nadrisa apabila melihat Nina mahu meninggalkannya. Nina memusingkan sekejap badannya lalu memberi jawapan kepada Nadrisa.  Nadrisa meninggalkan kerjanya lalu bergerak menuju keluar dari kedai buku tersebut. Entah siapa pulak yang nak jumpa aku ni. Lelaki pulak tu!

“Risa...” panggilan satu suara dari belakangnya membuat hati Nadrisa menggelegak. Tahu siapa yang memanggilnya. Siapa lagi yang memanggilnya Risa kalau bukan Ilham. Ilham sorang sahaja menggelarnya begitu. Nadrisa memusingkan badannya demi menatap wajah Ilham. Dia perlu membuat perhitungan terakhir dengan Ilham.

“thank sebab sudi jumpa saya.” ucap Ilham dengan senyuman manis. Nak termuntah Nadrisa memandangnya.

“tak payah nak perasan sangat... ada apa nak jumpa saya?” soal Nadrisa acuh tak acuh. Dia tahu tiada gunanya mengelak dari bertemu Ilham, lelaki itu bukannya manusia yang mudah mengalah.

“jom kita ke kedai berdekatan... boleh sembang lama-lama.” Ajak Ilham.

“encik Ilham... ni waktu kerja saya. tolong jangan ajar saya memonteng semasa bekerja.” Sela Nadrisa selamba. Ilham masih tersenyum dengan bicara kasar dari Nadrisa.

“hmm kalau macam tu kita jumpa lunch nanti.... saya datang ambil awak kat sini.” Aju Ilham. Nadrisa mengeluh kasar mendengar jawapan dari Ilham.

“awak nak cakap apa? Cakap sekarang! Saya tak ada masa lah nak melayan awak.” Bentak Nadrisa. mahu Ilham sedar yang dia tidak ingin berlama-lama menemui jejaka itu.

“apa yang saya nak cakap ni terlalu panjang Risa...”

“kalau macam tu pendekkan...” keras suara Nadrisa memotong kata-kata Ilham... Ilham mengeluh kecil melihat kedegilan Nadrisa. marah betul Nadrisa dengannya.

“saya cintakan awak”. Luah Ilham tiba-tiba. Satu kerutan halus terbit pada dahi Nadrisa. terdiam dia sekejap.

“apa awak merepek ni? Kalau tak ada benda yang penting saya masuk dulu...” balas Nadrisa malas.

“dah awak suruh saya pendekkan sangat... isi pentingnya saya cintakan awak.” Ilham membalas selamba. Nadrisa buat-buat tidak dengar luahan dari Ilham. Dia bergegas meninggalkan Ilham. Tak ingin dia mahu meneruskan perbualan dengan lelaki itu. Takut hatinya rapuh kembali.

Last edited by misssakura on 26-10-2012 06:09 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2012 08:11 PM | Show all posts
“jom kita pergi lunch sama-sama.........” ajak Ilham yang setia menanti Nadrisa diluar kedai buku Utama. Nadrisa yang baru menjejak kaki diluar kedai buku terkejut. Siapa yang tak terkejut mendapat sapaan yang tak semena-mena macam tu. Salam pon tak diberikan!

“awak lagi!” tinggi suara Nadrisa.

“yer saya... jom kita pergi lunch sama-sama.” Ajak Ilham sekali lagi.

“maaf saya tak free...” tolak Nadrisa tegas.

“tak payah jual mahal la cik Risa...... jom la. Saya belanja.”

“saya tak sengkek lagi...... saya ada duit saya sendiri. tak takut ke saya kikis duit awak nanti?” sinis Nadrisa berkata. mula mengungkit kisah silam mereka. Hatinya mula pedih mengingatkan penghinaan Ilham terhadapnya. Mentang-mentanglah aku orang miskin.

“saya minta maaf pasal tu....... saya tahu saya salah faham terhadap awak. Kini saya sedar awak bukan macam tu.”

“dah habis cakapkan...... okey.. bye.” Ucap Nadrisa lalu cuba meninggalkan Ilham. Namun langkahnya terhenti tatkala terasa beg tangan yang digalas dipegang seseorang.

“saya tak habis cakap lagi.... tolong beri saya peluang untuk menjelaskan segalanya.”Minta Ilham lembut namun tegas. Nadrisa mengeluh kasar.

“tak ada apa-apa yang kita nak cakap lagi... saya tak perlukan apa-apa penjelasan dari awak..”

“Risa...tolong beri saya peluang.. saya nak baiki hubungan kita. Saya sayangkan awak.Saya masih cintakan awak. Beri saya peluang kedua Risa.”pujuk Ilham bersungguh-sungguh. Dia tidak peduli dimana mereka berada kini asalkan Nadrisa mesti tahu perasaanya yang sebenar.

“ada saya kisah awak cintakan saya ke tak? Kisah kita tak pernah wujud Ilham.. kisah kita tu semua pembohongan. Saya tipu awak, awak tipu saya. kita tak perlu sambung hubungan yang mengarut macam ni.”

“tapi kita sebenarnya saling cinta mencintai....”

“berhenti cakap pasal cinta....... saya tak nak dengar! Perkara ni dah berlalu. Sekarang kita ada hidup masing-masing.” Keras Nadrisa membalas. Dia mahu Ilham berhenti bercakap tentang hati dan perasaan. Dia tidak mahu tunduk lagi terhadap perasaannya yang sememangnya sayang terhadap Ilham.

“perkara ini memang dah berlalu tetapi masih belum selesai. Saya akui saya salah sebab saya dah hina awak, saya tak beri awak kesempatan untuk menjelaskan perkara sebenar tapi tolonglah beri saya peluang ke dua untuk menebus kesilapan ini. saya sayangkan awak dan tahu awak pon masih sayangkan saya.”

“awak memang kuat perasankan? Kita dah tak jumpa lebih setahun dan bila jumpa balik boleh awak cakap saya masih sayangkan awak? Awak ingat susah sangat ke saya nak lupakan orang macam awak ni?” marah Nadrisa selepas mendengar kata-kata Ilham. Kata-kata Ilham yang sememangnya benar itu merisaukannya. Dia tidak mahu ada kaitan dengan Ilham lagi. Ilham tak pernah sayang padanya selama ini. Ilham hanya mencarinya untuk mengubat kesunyian.

“saya orang macam mana Risa?” duga Ilham. Nadrisa terdiam seketika.

“saya tak ada apa-apa nak cakap dengan awak..... jadi saya pergi dulu. Assalamualaikum.”Dalih Nadrisa untuk melarikan diri.

“jawab dulu soalan saya Risa... saya orang yang macam mana? Kenapa awak dengan mudah boleh lupakan saya?”

“berhenti cakap perkara lepas boleh?” tinggi suara Nadrisa namun terserlah getaran halus dalam nada marahnya. Matanya mula terasa pedih. Dadanya berombak kencang cuba menahan diri dari menumpahkan air dari kolam matanya. Kenapa Ilham tak habis-habis mahu mengungkit kisah lalu. kisah itu hanya menyakitkan hatinya sahaja. Ilham pasti tidak terkesan dengan kisah itu kerana bagi Ilham dia tidak penting! Ilham sedar Nadrisa sedang berperang dengan perasaannya sendiri. Hatinya kuat mengatakan Nadrisa masih sayang padanya. Sama sepertinya!

“saya cintakan awak Risa... saya nak kita sambung kembali hubungan kita.” Luah Ilham untuk kesekian kalinya. Dia berharap sangat Nadrisa memahami niatnya yang tulus suci lagi murni ini. Nadrisa sekadar mendiamkan diri. Tiada balasan dari mulutnya. Dia bergegas meninggalkan Ilham. Dia tidak mahu mendengar sebarang kata dari mulut bekas kekasihnya.

Last edited by misssakura on 26-10-2012 08:17 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2012 08:18 PM | Show all posts
norza79 posted on 26-10-2012 01:42 PM
alahai, sambungla lagi.

dh smbung tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2012 08:03 AM | Show all posts
Sakura sambing la lagiiii...dah addicted ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2012 01:51 PM | Show all posts
misssakura posted on 26-10-2012 06:03 PM
selamat hari raya aidiladha semua

Selamat hari raya miss...bestnyer balik je beraya ada entry baru....tq2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2012 02:13 PM | Show all posts
misssakura posted on 26-10-2012 06:05 PM
sambung sikit di hari raya yg mulia ini.....

“Nadrisa...ada orang nak jumpa.” Tegur Nina yang b ...

“dah awak suruh saya pendekkan sangat... isi pentingnya saya cintakan awak.”

Kita suka ayat ni hahahaha gelak guling2 baca part ni...best sgt2 hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2012 02:20 PM | Show all posts
misssakura posted on 26-10-2012 08:11 PM
“jom kita pergi lunch sama-sama.........” ajak Ilham yang setia menanti Nadrisa diluar kedai buku  ...

Alaaa jangan la gaduh lama2... Raya ni kan...eloklah kita bermaaf- maafkan...tak gitu miss? Hihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2012 10:58 PM | Show all posts
“hmmm untunglah.. dapat boyfriend romantik.” Tegur Siti yang sedang menaip sesuatu pada komputernya. Nadrisa berpura-pura tidak dengar dengan usikan temannya itu.

“kan Siti... akak pon tak pernah dapat bunga dari suami akak...” balas Mira pula. Nadrisa mula rimas dengan situasi kini.

“siapa bagi bunga tu Nad?” soal Siti tatkala melihat tiada reaksi dari Nadrisa tentang usikannya dan Mira.

“hmmm kawan..” jawab Nadrisa pendek. Dia sebenarnya malas mahu melayan kedua-dua teman sekerjanya. Bukan apa, dia rimas dengan topik bunga pemberian Ilham. Marahnya terhadap Ilham menjadi-jadi. Sengaja memalukan aku dengan pekerja-pekerja kat kedai ni. Desis hatinya sambil menjeling penuh meluat kearah bunga mawar pemberian Ilham.

“ooo kawan yang selalu datang cari Nad tu yer?” Mira pula bertanya. Nadrisa mengeluh kecil.

“hmm...” balas Nadrisa pendek. Dia berharap dengan kedinginan yang diutarakan Mira dan Siti akan memahami perasaannya yang tidak berminat untuk mengupas topik bunga pada waktu ini.

“asal kau macam tak happy je Nad....”

“tak ada apa-apalah...” Nadrisa menjawab malas. Mira dan Siti memandang antara satu sama lain sebelum sama-sama diam melihat respon dari Nadrisa. Mula mengerti Nadrisa kurang senang dengan topik yang dibicarakan.


Last edited by misssakura on 27-10-2012 11:01 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2012 11:02 PM | Show all posts
“amacam? Suka tak bunga tu?” tegur Ilham tanpa salam tatkala melihat Nadrisa bersiap-siap untuk pulang. Nadrisa merengus kasar melihat wajah Ilham. Helmet yang ingin disarung pada kepalanya diletakkan semula. Matanya mencerun kearah Ilham sebagai tanda dia benci untuk mengadap wajah Ilham lagi.

“awak ni dah tak ada kerja lain ke? Ke dah jadi pak guard kat sini?” jerit Nadrisa geram. Hampir 4 hari sudah Ilham sibuk menyapanya. Apa yang dia hendak pon Nadrisa tak tahu. Yang lepas tu lepas la... tak payah nak sibuk cakap perkara yang sudah!

“yup...jadi pak guard awak...” usik Ilham. Nadrisa menjeling geram kearah Ilham yang tersengih-sengih merenungnya. Apa yang dia suka pon Nadrisa tidak faham.

“awak ni dah kenapa? Dah tak ada kerja sangat ke? Motel awak tu dah lingkup ke apa?”bebel Nadrisa. Ilham ni macam tak ada kerja pula. Dah berhari-hari dia di Shah Alam. Apa yang dah jadi dengan Motel Sri Cempaka?

“saya ambik cuti.... semata-mata sebab awak. Risa, bagi saya peluang kedua untuk menambat hati awak. Saya serious ni. Tak main-main.” Ujar Ilham dengan nada yang serious. Matanya merenung tepat wajah Nadrisa. kenapa sukar sangat Nadrisa nak menerimanya kembali.

“saya tahu saya silap sebelum ni... saya dah hina awak dan tak mempercayai awak..... tapi tu semua salah faham. Saya sangka awak ada ambil duit dari mama hanya untuk intip saya. malah, awak sendiri tipu perasaan awak terhadap saya hanya nak lindung pasal pengintipan tu.. jadi macam mana saya nak percayakan awak masa tu?”

“sebab tu saya cakap kita tak perlu cakap pasal ni lagi... sebab yang ada dalam perhubungan kita sebelum ni hanyalah pembohongan. Saya tipu awak, awak tipu saya. tu jer. Jadi awak tak perlu nak jelaskan apa-apa...” balas Nadrisa.

“saya tak pernah tipu awak Risa... perasaan saya terhadap awak sepanjang percintaan kita adalah benar. Saya jujur cintakan awak. Dan saya juga tahu awak sebenarnya turut mencintai saya.”

“awak tak payah tipu diri sendiri la Ilham..... awak tak cintakan saya. awak hanya kesunyian.” Bidas Nadrisa.

“kenapa dengan awak ni Risa... susah sangat nak faham perasaan saya? saya sayangkan awak. Saya nak kahwin dengan awak.......” tinggi nada suara Ilham. Penat dia meluahkan perasaannya namun Nadrisa tetap tidak mahu memahami.

“kalau awak sayang saya mesti awak tahu saya macam mana? Awak tak akan hina saya hari tu kalau awak kenal sikap saya yang sebenar.” Ungkit Nadrisa geram.

“sebab saya tahu saya silaplah saya datang cari awak Risa. Saya baru tahu kenyataan yang awak bukan macam tu. Saya tahu awak bukan perempuan mata duitan. Saya tahu awak ikhlas cintakan saya sebelum ini. namun, tempoh percintaan kita yang terlalu singkat untuk kita kenal antara satu sama lain dengan lebih dalam menyebabkan kita saling salah faham antara satu sama lain . Tapi kini saya sedar. Saya banyak silap tentang awak. Mama dah beritahu saya segalanya. awak tipu saya sebab nak lindung nama mama. Dan awak juga sebenarnya sayangkan saya.” jelas Ilham. Nadrisa mendengar kata-kata dari Ilham. hatinya mengakui kata-kata Ilham. Pengenalannya dan Ilham terlalu singkat. Dia dan Ilham tidak cukup kenal antara satu sama lain. Dia tidak sepatutnya menyalahkan Ilham seratus peratus dalam hal ini malah dia yang memulakan semua masalah ini. Wajahnya diangkat untuk menatap wajah Ilham. Mata mereka bersambung untuk seketika. Nadrisa tunduk akhirnya. Beberapa air mata mula menuruni pipinya.

“kita kahwin sayang?” lamar Ilham. Dia tak nak berlengah lagi tentang isu ini. cukup masa setahun mereka berpisah hanya kerana salah faham. Dia tidak mahu membazir lebih banyak masa lagi. Dia tidak sabar untuk meneruskan hubungannya dengan Nadrisa ke peringkat yang seterusnya.
Last edited by misssakura on 27-10-2012 11:11 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2012 11:12 PM | Show all posts
sejuk posted on 27-10-2012 08:03 AM
Sakura sambing la lagiiii...dah addicted ni

dah sambung tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2012 11:14 PM | Show all posts
khaizarina posted on 27-10-2012 02:13 PM
“dah awak suruh saya pendekkan sangat... isi pentingnya saya cintakan awak.”

Kita suka ayat  ...

ni mesti rina bayang diri jadi heroin nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2012 11:16 PM | Show all posts
khaizarina posted on 27-10-2012 02:20 PM
Alaaa jangan la gaduh lama2... Raya ni kan...eloklah kita bermaaf- maafkan...tak gitu miss? Hihihi

x lama dh tu... x lme g sesi bermaaf-maafan la
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 08:38 AM | Show all posts
terima jelah NAD...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2012 08:50 AM | Show all posts
Salam...morning uols...

selamat kembali bekerja...sakura, sila hapdet n3 ye
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 09:59 AM | Show all posts
dpt baca baru senang hati....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2012 10:21 AM | Show all posts

“kenapa awak marah betul bila awak tahu saya jadi pengintip mama awak?” Tanya Nadrisa sambil berehat pada bangku yang terdapat di taman tersebut. Persoalan yang sudah lama ingin ditanya. Hanya kerana pasal pengintipan itu, Ilham pernah menamparnya sebanyak dua kali. Dia yakin pasti ada sesuatu yang disembunyikan Ilham tentang perkara ini.

“dulu saya benci betul orang bergelar pengintip.. tapi sekarang dah tak. Saya dah terima segala yang berlaku ni sebagai qada dan qadar Allah.” Jawapan dari Ilham masih belum cukup memuaskan hati Nadrisa. kenapa dia pernah bencikan pengintip?

“kenapa dulu awak tak suka orang jadi spy ni?” Soal Nadrisa lagi. Perasaan ingin tahu berkocak dalam jiwanya. Hatinya kuat merasakan semuanya ada kaitan dengan Rania... kekasih pertama Ilham yang sudah meninggal dunia.

“hmm panjang ceritanya Risa.. nak dengar ke?” Ilham main tarik talilah pulak. Bebel hati Nadrisa.

“hmm kalau awak tak nak cerita tak apa la.. saya balik dulu.” ujar Nadrisa sambil bingkas bangun kononnya mahu meninggalkan Ilham. Sekadar bukti yang dia serious dengan kata-katanya. Ilham menarik lembut beg yang dipegang Nadrisa bagi menghentikan langkah Nadrisa yang baru berura-ura untuk meninggalkannya lalu berdiri disebelah gadis yang sangat istimewa di hatinya.

“awak ni kan.... tak boleh nak bergurau langsung. Okey saya cerita sekarang. Tapi nanti jangan buat muka bosan pulak!” balas Ilham dengan senyuman manis. Gembira hatinya melihat Nadrisa mula lembut hati dengannya. Mungkin ini petanda yang baik dalam hubungan mereka. Nadrisa tersenyum girang mendengar balasan dari Ilham.Taktiknya berpura-pura merajuk menjadi!

Last edited by misssakura on 29-10-2012 10:24 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2012 10:25 AM | Show all posts
“jadi awak rasa Rania meninggal sebab pengintip mama awak yang sebelum ni la...”Nadrisa membuat konklusi setelah hampir setengah jam mendengar cerita dari Ilham. Patutlah marahnya terhadap sang pengintip berganda-ganda. Rupanya dia ada kenangan buruk dengan golongan ini.

“hmm...iye... tapi tu dululah... sekarang bila fikir balik saya tak patut salahkan sesiapa pon atas kematian Rania. Dah ajal Rania tiada siapa boleh mengawalkan mahupun melambatkan tempoh kematian dia. Cuma yang dikesalkan, Rania pergi dalam keadaan tidak mempercayai saya. dia tidak sempat tahu perkara sebenar yang saya tiada perempuan lain. Saya hanya ada dia dalam hidup saya...” tutur Ilham perlahan. Ada rasa sebak menguasai diri. Rania masih segar di ingatannya dan dia masih sayangkan gadis itu.

Cuma, memang dia dan Rania tiada jodoh. Nadrisa yang melihat reaksi Ilham mula berjauh hati. Tepat telahan hatinya. Ilham masih belum dapat melupakan Rania malah lelaki itu masih mencintai wanita itu. Mungkin dia tidak dapat menandingi tempat Rania dihati Ilham. Mungkin dia juga sekadar persinggahan untuk Ilham menemui gadis lain yang benar-benar mampu membuatkan Ilham melupakan Rania.

“awak cemburu ke?” soal Ilham ringkas. Pelik melihat wajah Nadrisa yang berubah.Tiba-tiba monyok pula.

“takde maknanya nak cemburu...” Nadrisa mencebik mulutnya. matanya berkeliaran kearah lain. Memandang beberapa orang manusia sedang bersenam.

“dia dah jadi kenangan saya la Risa... awak tak payah cemburu yer. Saya sayangkan awak. Malah hanya awak yang berada dihati saya sekarang. Jadi awak tak perlu rasa cemburu dengan arwah...” pujuk Ilham yang dapat merasakan Nadrisa cemburu terhadap Rania walaupun gadis itu tidak mengaku. Mana ada orang nak mengaku yang dia cemburu tapi dia boleh baca dari reaksi Nadrisa.

“saya tak cemburulah.... buang masa je!” marah Nadrisa geram. Mempertahankan egonya.

“tak apa lah kalau awak tak cemburu cuma saya nak awak tahu hanya awak yang saya sayang, hanya awak ada dihati saya malah awak dah berjaya gantikan nama Rania dalam hati saya...” luah Ilham lembut. cuba menanamkan rasa percaya Nadrisa buatnya. Nadrisa diam lagi. Tak tahu dia boleh percaya atau tidak kata-kata Ilham. Namun, firasatnya kuat merasakan kata-kata Ilham adalah benar, tidak menipunya. Adakah dia terlalu cemburu buta.

“saya boleh bagi awak masa untuk fikir tentang perkara ni. Saya tahu awak mesti tak nak kisah kita setahun yang lepas berulang lagi. Saya akan balik Cherating hujung minggu ni.. kalau awak masih sayangkan saya, awak boleh bagi kata putus sebelum saya pulang ke sana. Dan dengan masa yang ada beberapa hari ni, izinkan saya meluangkan masa sebanyak mungkin dengan awak tapi saya janji saya tak akan paksa awak terima cinta saya tapi sekurang-kurangnya bagi saya peluang untuk menambat kembali hati awak.” Minta Ilham. Wajah Nadrisa dipandang penuh harapan. Berharap gadis bertudung litup disebelahnya sudi menerima cadangannya. Nadrisa berfikir sejenak sebelum mengangguk tanda setuju. Satu senyuman dihadiahkan kepada Ilham yang jelas gembira dengan persetujuannya.

Last edited by misssakura on 29-10-2012 10:39 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 192005 Replies : 4429
‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’ – Pengguna Diesel Mitsubishi Triton VGT Luah Rasa Tekejut.Anda tekejut?
YgBenar‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’
Views : 5063 Replies : 23
DELETED
lovelytouchDELETED
Views : 708 Replies : 0
Situs Taruhan Parlay Euro 2024 Winpalace88 Link Alternatif Resmi Dan Terpercaya
Winpalace88LogSitus Taruhan Parlay Euro 2024 Winpalace
Views : 707 Replies : 0
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 4539 Replies : 39
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6550 Replies : 39
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 2750 Replies : 18
Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada subsidi lagi
kanam316Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada
Views : 11700 Replies : 158
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29792 Replies : 219
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40766 Replies : 249

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.070553 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list