CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Momo_Elly

ilmu makrifat

 Close [Copy link]
Post time 17-12-2012 03:56 PM | Show all posts
insanlah yang menguji dirinya sendiri..

makan yang berlebih-lebihan
marah yang berlebih-lebihan
benci yang berlebih-lebihan ...
menunjukkan dia berkuasa..
dengan nafsunya..
tidak menyedari Allah lah yang Maha Berkuasa ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2012 03:59 PM | Show all posts
hantukiller posted on 17-12-2012 02:45 PM
Diduga dengan apa? penyakit? kesempitan hidup? kepayahan dalam mencari rezeki? kepayahan dalam ber ...

yg tu.....
baru setan2 kap cai je laa sedara

bila yg terunggul mai
   maka  TUHAN JELMAAN pun TERBENTANG!!!!!!!!!!!!!

siapa yg mampu pertikaikan?????
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 04:01 PM | Show all posts
orangbesi posted on 17-12-2012 03:59 PM
yg tu.....
baru setan2 kap cai je laa sedara

Syaitan terunggul lagi!

mana ada daa............




Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 04:10 PM | Show all posts
hantukiller posted on 17-12-2012 04:01 PM
Syaitan terunggul lagi!

mana ada daa............

tak ada kee????
eeeemmmpphhhhh
yg mengaku tuhan ni..........ramai kannnn
atau yg terperasan tuhan ni....pun ramai yeee
tapi
yg TUHAN ni - jarang jarang sangat............................
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 05:15 PM | Show all posts
Ada org ckp makrifat utk kenal Allah...

Kenal Allah barulah ada iman...

Apa maksud sebenarnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 09:40 PM | Show all posts
kan perkataan arab=makrifat
perkataan melayu=kenal
jadi makrifatullah tu= mengenal ALLAH

camni lah
cuba orang cerita pasal hantu - dgn taringnya dgn terbeliak bijik matanya
    n rambut gerbangnya tu, hang ada rasa serammmm atau takutttttt tak?????
dan cuba hang dengar cerita ttg ALLAH .......aaahhhhaaaaaaaa amacam
    ada rasa apa ya?????

dalam riwayat:
sesungguhnya kami adalah pemuda yg tangkas
maka kami diajar ttg iman
maka selepas itu kami dibacakan AL QURAN,maka bertambah tambahlah iman kami

ok gak riwayat camni yeeeee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2012 01:42 PM | Show all posts
menduga dan menguji nampak mcm sama..

Allah menduga ... kerana insan semulia-mulia kejadian
diberi akal untuk memikirkan dan berdoa yang baik2.

Allah tidak "menguji" insan kerana insan adalah ciptaan
terbaik-Nya. Masakan Allah tidak kenal insan ciptaan-Nya
kerana Allah itu Maha Pencipta ...

Kefahaman sangat halus, dan yang menguji adalah insan
itu sendiri, berpada-padalah atau bersederhana dalam
segala hal... (lihat pos saya di atas)

Perlu diingat Allah itu Pencipta yang mencipta
segalanya di langit, bumi dan alam semesta ini.
Setiap ciptaan-Nya TIADA YANG SIA-SIA.

Menyatakan Allah itu sia-sia dalam ciptaan-Nya
adalah menghina Allah dan ini kefahaman yang
halus.

BENAR iblis itu musuh insan yang nyata, tetapi sebagai
insan yang dicipta yang benar-benar beriman kepada
kepada Allah insan tidak mampu menentangnya. Insan
hanya berhak memohon doa kebaikan.

Memohon doa kebinasaan kaum yang tidak disukai
walaupun iblis adalah dimurkai Allah. Jadi berwaspada
pasal zassst mengezassst ini. Insan tidak mampu
menentang, hanya berdoa. Iblis boleh jer berlakon
mati dan akan terus menyesatkan insan ...

Mengkafirkan, membenci adalah hak Allah semata-mata,
insan hanya berdoa memohon kebaikan...

Saya tahu ramai sifu yang tidak sefaham dengan
kefahaman saya ini. Saya mohon maaf.

Buatlah apa yang terbaik dan mohonlah petunjuk
daripada Allah azza wajalla, Maha pencipta yang Maha Agung
Yang Merajai Sekalian Alam..


(my seposen)
Last edited by dinsmann on 18-12-2012 01:44 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 08:35 PM | Show all posts
dinsmann posted on 18-12-2012 01:42 PM
menduga dan menguji nampak mcm sama..

Allah menduga ... kerana insan semulia-mulia kejadian

salam

oooo ada beza DUGA dan UJI
mungkin sekadar perkataan dalam bahasa  je kottt
SESUNGGUHNY ADAKAH KAMU MENGAKU BERIMAN SEHINGGA KAMU DIUJI???
mungkin KATA ALLAH yg ni bermaksud duga ataupun sekadar menguji

benar tu - insan semulia-mulia kejadian
diberi akal untuk memikirkan dan berdoa dan bertawakkal
dan diberi KEKUATAN utk berusaha
maklumlah sebagai khalifah atas muka bumi ni kannnn

cuba perhatikan PARA UTUSANNYA...dari dahulu
walaupun manusia memisahkannya dalam agama-agama
bagaimana mreka diDUGA atau DIUJI sehingga
tersebarnya KEESAAN TUHAN
dari kejahilan manusia dgn pengaruh duniawi!!!.

Kefahaman - memang sangat halus, dan
ujian atau dugaan memang jugak cukup halus
sehinggakan mereka yg sudah dekat PADANYA pun
terkebelakang dan menyekutukannya
iye tak???

Memang setiap ciptaan-Nya TIADA YANG SIA-SIA.
walaupun dikirim ribut petir, banjir, panas terik
hanya DIA nak memerhati -apakah reaksi ciptaanya tuuu

iblis??? n anak cucunya
leh lagi diLIHAT dan diRASA
kalau SYAITAN????

memang manusia kan - selalunya tidak sefaham
maklumlah ilmunya luassssssssssssss
moga semuanya baik baik belaka
dengan
kefahaman saya ini. Saya mohon maaf.


SESUNGGUHNYA AKU MEMBERI PETUNJUK KEPADA SESIAPA YANG AKU KEHENDAKI
DAN AKU SESATKAN KEPADA SESIAPA YANG KU KEHENDAKI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2012 01:03 AM | Show all posts
cantikkk pencerahannya... wa caya lu...

kita wat proton.. kena test.. sampai tak piawai yg dirancang
Allah mencipta.. mengetest ciptaan-Nya.. adakah itu Allah unsure..
Maha tinggi Ya Allah dari kelemahan yang ragu2 gitu..

Biasalah kita gunakan Allah menguji kita... bahasa orang biasa
Dalami erti uji dan bezakan dengan duga.. mcm menduga akal..
Kita diberi peluang memperbaiki diri...
Sure qada dan qadar ada di situ, Allah Maha Mengetahui..

Tiada bersalah untuk menerima ujian dari Allah, kena halus
kefahaman, kita tidak layak diuji, tidak setanding dengan
Allah yang Maha Sempurna..

Fikirkan... Allah beri kita jasad dan nyawa, nikmat rezeki dan
isteri yang comel ... siapakah yang serve atau berkhidmat
dengan kita? Allah azza wajalla...!!

So siapa hamba kepada siapa???

(my seposen - tak mau ego jadi tuan.. apalagi tuhan..) Last edited by dinsmann on 19-12-2012 01:05 AM

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 11:49 AM | Show all posts
yeyeye
camtu leee

dan ditakdirkanlah
sedara ada pengikut
camna saudara nak pastikan
mereka dapat berkhidmat bersama sedara
tanpa........ada sikit pun prasangka yg tak baik

nak kena uji jugak kotttt

allaaaa sedara ni
kan DIA MAHARAJA KEPADA SEKALIAN RAJA-RAJA
faham le istilah RAJA kannnnnn
camtu lah selalunya KEHENDAK RAJA-RAJA
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 12:10 AM | Show all posts
hantukiller posted on 17-12-2012 12:23 PM
Benar, Allah dan malaikatnya berselawat atas nabi..... dan ,menyuruh kita juga berselawat atas nab ...

salam

pertama sekali .. hendaklah kita faham bersama erti ..
perkataan selawat الصلوات seperti صلى dan صلوا

d'ambil dari perkataan solat الصلاة
erti doa atau sembahyang
dengan erti kata .. sama aah selawat dengan solat itu ..
http://ms.wikipedia.org/wiki/Selawat

atau hanya dalam solat tu sahaja????
ofcoz .. ini sembahyang yang paling utama ..
sebesar besar selawat dan makrifat hanya ada d'dalam sembahyang ..
selawat pada nabi .. nabi makrifat pada Allah ..

tapi berapakalikah kita beselawat atas nabi setiap hari????
pada saya yang cukup sekadar termampu sebanyak kadar ..
عَدَدِ كُلِّ نَفْسٍ وَلَمْحَةٍ وَبَارِكْ وَسَلِّمْ
bilangan tiap tiap nafas dan kelipan mata dan berkat dan sejahtera ..

http://ms.wikipedia.org/wiki/Selawat#Kepentingan_Selawat
  • Riwayat Ad-Dailami
"Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi s.a.w. "
شفعاعة.شفاعة حصوصى
اِلَى حَضْرَةِ النَّبِيْ مُحَمَّدِ نِ الْمُصْطَفَى رسول الله صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ
شَيْئٌ لِلَّهِ لَهُمُ الْفَاتِحَةُ

dan akhir dari bacaan doa ..
وصَلِّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ اَلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ
سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِ الْعِزَّةِ عَمَّايَصِفُوْنَ
وَسَلاَمٌ عَلىَ الْمُرْسَلِيْنَ
واَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَلَمِيْنَ


tapi ada separoh dari golongan seperti wahabi atau mereka gelarkan sebagai salaf tidak mengunakan seperti ini ..

wassalam







Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 12:28 AM | Show all posts
mjla posted on 17-12-2012 05:15 PM
Ada org ckp makrifat utk kenal Allah...

Kenal Allah barulah ada iman...

salam

Ada org ckp makrifat utk kenal Allah...

Kenal Allah barulah ada iman...

Apa maksud sebenarnya.....
rukun iman 6 perkara
ya .. yang pertama no1 percaya kepada Allah ..

errmm .. maksudnya dengan erti kata ..
Islam yang tidak berkehendakan Iman ..
itu Islam yang jahil ..

Islam yang berkendakan Iman ..
Islam yang berkehendakan Allah ..

maka Iman itu yang dapat menyempurnakan Islam ..
kalau tidak Islam sebagai Ugama nama atau keturunan ..
moga tidak bagi kita .. insyAllah

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 12:48 AM | Show all posts
salam

dugaan .. dalaman
godaan .. luaran

dugaan tuhan ..
godaan syaithan ..

dua dua adalah ujian atau cobaan untok kita ..
dugaan dari tuhan untok menaikan taraf darajat kita
godaan dari syaithan untok menjatohkan taraf darajat kita

so .. identify and recognize between both .. important ..
look alike but lain .. aahh
seperti .. temu dengan kunyit .. lain tapi seakan akan ..

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 10:17 AM | Show all posts
dinsmann posted on 18-12-2012 01:42 PM
menduga dan menguji nampak mcm sama..

Allah menduga ... kerana insan semulia-mulia kejadian
Memohon doa kebinasaan kaum yang tidak disukai
walaupun iblis adalah dimurkai Allah. Jadi berwaspada
pasal zassst mengezassst ini. Insan tidak mampu
menentang, hanya berdoa. Iblis boleh jer berlakon
mati dan akan terus menyesatkan insan ...

Mengkafirkan, membenci adalah hak Allah semata-mata,
insan hanya berdoa memohon kebaikan...
salam.

Nampaknya perkataan ni ditujukan pada aku, sebab aku yg banyak cerita tentang zasst mengezasst...

Insan tidak mampu menentang? adakahmaksudnya kalau virus, bacteria, kulat, atau apapun makhluk yg Allah cipta sebagai musuh manusia dalam menyebabkan penyakit itu harus dibiarkan tanpa usaha, malah kita harus hanya berdoa????

Jin terutama golongan iblis, adalah syaitan, dan telah banyak kali Allah pesan dlm Quran dia adalah musuh yg nyata pada umat manusia, so????? dibiarkan saja untuk terus menyesat, menyakitkan, memporakperandakan keutuhan perpaduan manusia turutama orang islam????

Bertawakal lah dengan sebenar benar tawakal dalam apa jua hal, bukan hanya berserah dan berdoa tanpa usaha....

Jika iblis hanya berlakon mati, mengapa bangkainya bergelimpangan.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 10:24 AM | Show all posts
mjla posted on 17-12-2012 05:15 PM
Ada org ckp makrifat utk kenal Allah...

Kenal Allah barulah ada iman...

ilmu Makrifat adalah ilmu mengenal Allah dengan lebih mendalam.

Bagaimanapun, jika kita hanya mengenal Allah dari apa saja sumber yg kita dah pelajari, melalui penghayatan, ilmu tauhid, nama nama dan sifat sifat Allah, lalu kita yakin dan percaya bahawa Allah itu ada, Allah itu tuhan kita, dan kita juga dah mempercayai kesemua rukun iman yg enam tu, beriman lah tu namanya....


Ilmu makrifat tidak termasuk dalam rukun iman, tetapi mempelajari ilmu makrifat sangat bagus untuk menningkat iman kita yg senipis kulit bawang ni....
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 10:27 AM | Show all posts
mjla posted on 17-12-2012 05:15 PM
Ada org ckp makrifat utk kenal Allah...

Kenal Allah barulah ada iman...

salam..
kenal Allah,kenallah diri..bila dah kenal diri baru kenal iman.bila ada iman kenallah Allah..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2012 10:57 AM | Show all posts
Tajuk menarik tapi majoriti menceritakan ilmu ma'rifat dalam bentuk kehebatan diri manusia semata-mata. Letakkan kehebatan diri sendiri (sangkaan ilmu ma'rifat yang belum sempurna) dalam PETI BESI terlebih dahulu dan ambil ilmu yang SEMPURNA yang dikehendakiNYA berdasarkan kepada SUMBER UTAMA iaitu Al-Quran dan Sunnah. Dibawah ini diterangkan langka mencari ilmu ma'rifat berdasarkan Al-Quran. MUDAH AJE.

Langkah yang pertama untuk memahami ilmu ma'rifat adalah dengan menggunakan PANCAINDERA.
1) Lihatlah Alam Ini dan keterangan yang berkaitan di dalam Al-Quran.
2) Mendengar Suara Alam ini dan keterangan yang berkaitan di dalam Al-Quran.
3) Menceritakan perihal Alam ini dan keterangan yang berkaitan di dalam Al-Quran.

Langkah yang kedua untuk memahami ilmu ma'rifat adalah dengan menggunakan akal yang SIHAT (orang gila yang menentang keterangan Al-Quran tidak akan faham - terutama yang BERNAFSU SYAITAN (dari kalangan manusia dan jin))
1) Fikirkanlah apa yang dilihat
2) Fikirkanlah apa yang didengar
3) Fikirkanlah apa yang hendak diceritakan

Langkah yang ketiga untuk memahami ilmu ma'rifat adalah dengan memiliki hati yang BERSIH (orang gila yang menentang KETERANGAN Al-QURAN tidak akan faham sampai BILA-BILA kerana orang gila dijanjikan kehebatan oleh SYAITAN (manusia/jin) sedangkan itu semua TIPU DAYA syaitan terhadap orang gila semata-mata)
1) Hadirkan Allah di dalam hati dengan apa yang difikirkan sesudah dilihat
2) Hadirkan Allah di dalam hati dengan apa yang difikirkan sesudah didengar
3) Hadirkan Allah di dalam hati dengan apa yang difikirkan sesudah diceritakan

Wallah Hualam
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 02:30 PM | Show all posts
Saudara..

2:208. Wahai orang-orang yang percaya, masuklah ke dalam kesejahteraan kesemua kamu, dan jangan mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.

(jangan memasuki alam mereka tanpa persediaan– perubatan alternatif)

4:60. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang mendakwa bahawa mereka percaya kepada apa yang diturunkan kepada kamu, dan apa yang diturunkan sebelum kamu, menghendaki untuk berhakimkan kepada Thagut dalam perselisihan mereka, dan sungguh, mereka diperintah supaya tidak mempercayainya, tetapi syaitan menghendaki untuk menyesatkan mereka dalam kesesatan yang jauh.
(setan menyesatkan dan lagi menyesatkan)

4:119. Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memenuhi mereka dengan khayalan, dan aku akan menyuruh mereka dan mereka akan memotong telinga binatang ternak; aku akan menyuruh mereka dan mereka akan mengubahi ciptaan Allah." Sesiapa yang mengambil syaitan untuknya sebagai wali (pelindung), menggantikan Allah, dia menderita satu kerugian yang nyata, serugi-ruginya.
4:120. Ia menjanjikan mereka, dan memenuhi mereka dengan khayalan, tetapi tiada yang syaitan menjanjikan mereka melainkan tipuan.
(muslihat iblis dan syaitan sangat hebat dan halus)

5:90. Wahai orang-orang yang percaya, arak, dan judi, dan berhala-berhala, dan ramalan anak-anak panah, adalah kotoran, sebahagian daripada amalan syaitan; maka jauhilah ia agar kamu beruntung.
5:91. Syaitan hanya menghendaki untuk menyebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi, dan untuk menghalangi kamu daripada mengingati Allah, dan daripada solat. Mahukah kamu berhenti?
(iblis membawa manusia untuk berbalah dan ke arah syirik yang halus, malahan tanpa disedari oleh pengamalnya)

34:20. Iblis mengesahkan sangkaannya terhadap mereka, dan mereka mengikutinya, kecuali segolongan daripada orang-orang mukmin.
38:76. Berkata, "Aku lebih baik daripadanya; Engkau cipta aku daripada api, dan dia Engkau cipta daripada tanah liat."
(Iblis dan syaitan mensasarkan orang-orang yang beriman)

41:36. Jika satu provokasi daripada syaitan memprovokasikan kamu, berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
43:36. Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami menentukan syaitan untuk menjadi teman yang dipercayai,
(Perlindungan yang sebenar hanya daripada Allah semata-mata)

43:37. Dan mereka menghalangi mereka daripada jalan, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk,
43:38. Sehingga, apabila dia datang kepada Kami, dia berkata, "Aduhai, sekiranya antara aku dan kamu sejauh dua Timur!" Buruknya teman yang dipercayai!
(Terlalu prasangkanya manusia, tanpa disedarinya merasa ia melakukan yang terbaik dan ikhlas kepada Allah. Sebenar ia sudah jauh terpesong, sejauh dua timur.)

Berawaslah.. bimbang jika itu tidak disedari..
Tiada masalah jika kepercayaan sesungguhnya kepada Allah sahaja
Tugas saudara itu murni dan Maha terima kasih ya Allah
Pohonlah keredhaan-Nya dan spt kata2 saudara IKHLAS....

Jikalah mayat syetan bergelimpangan pun tetap sdr memusnahkan
ciptaan dan kejadian Allah, insan tiada berhak melainkan berdoa
kepada Allah untuk merubah kepada kebaikan...

Saya hanya memaklumkan dan saya tidak akan meneruskan polemik..

Maha Suci Allah

(my seposen) Last edited by dinsmann on 21-12-2012 02:40 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 02:47 PM | Show all posts
Tak perlu masuk alam jin pun tak per, kalau Allah mahu izinkan tengok DIMENSI RUANG dan MASA dunia dalam erti kata paradox dan infinity seperti mana tokoh-tokoh agung ibnu sina, ibnu khladun dan yang seumpama dengannya yang membolehkan dizahirkan KEBIJAKSANAAN.

Wallah Hualam
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2012 04:57 AM | Show all posts
Dh sampai mana 'ilmu makrifat' ni?
Cuba panjat tembok ketinggianNya
juga di pertemuan dua lautan
dgn penuh sabar dan tetap-teguh
mengingatiNya...utk kita pilih - PembezaNya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.350667 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list