CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farahanafarah

TAK SEINDAH SYURGA

[Copy link]
Post time 9-12-2012 09:24 PM | Show all posts
Maria ni tak abih2 lg ke nak dgki ngan Lisa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2012 09:25 PM | Show all posts
TT arini takde n3 ke, manalah tahu leh tapau dinner ngan supper skaligus....
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 08:30 AM | Show all posts
suefai posted on 8-12-2012 02:37 PM
Mungkin.......mungkin mulut maria mcm ni...

Hallamak...mak ndak tersalah log in..hehehehehe...
TT mana sambungan???banyak hari tunggu ni...macam bertahun dah...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2012 02:53 PM | Show all posts
BAB 24
       

         Sejak dari semalam lisa menjaga tengku dennis dan sejak dari semalam juga lelaki itu masih belum sedarkan diri. Menurut doctor yang merawat, tengku dennis kehilangan banyak darah dan dia masih dalam keadaan lemah selepas pembedahan kecil yang dilakukan ke atasnya untuk menjahit luka tersebut. Menurut kata doctor lagi, lukanya memang panjang dan luas tapi tidak dalam. Berkemungkinan objek yang digunakan tidak ditekan habis sewaktu menikam tengku dennis.

        Lisa mengeluh, keadaan cemas semalam seakan-akan terlayar diruang matanya menyebabkan dia sukar untuk melelapkan mata. Mujurlah selepas 10 minit lisa menelefon adam dan bob, mereka berdua sampai siap dengan doctor yang langsung tak ada rupa doctor. Lelaki itu berjeans lusuh dan bert-shirt sambil membawa beg bimbit berwarna hitam di tangan kanannya. Wajah lelaki itu sekeruh wajah adam dan bob. Pantas sekali mereka berdua mengangkat tubuh tengku dennis dan dibawa ke dalam bilik diikuti ‘doktor’ tadi. Lisa hanya memerhati.

        Dia masih buntu dan terkejut dengan apa yang dilalui sebentar tadi. Kesan darah tengku dennis masih ada ditangan dan sebahagian bajunya. Selepas lebih satu jam barulah adam, bob dan doctor tadi keluar dari bilik tengku dennis. Lisa hanya memerhati tanpa perasaan.

        “macamana boleh jadi macam ni?” soal doctor selekeh tadi dengan serius. Lisa terkulat-kulat memandang wajah doctor tersebut.

        “errr…saya…saya tak..” belum sempat lisa menghabiskan ayatnya, doctor tadi sudah memotong dengan pantas.
        “saya apa!” tengking lelaki itu lagi. Bob yang turut terkejut dengan tengkingan itu segera meletakkan tangan di atas bahu tengku darius. Lelaki itu mengeluh kuat sebelum menghempaskan tubuh di atas sofa yang di jadikan pembaringan tengku dennis sebentar tadi.

        Lisa hanya menunduk takut. Sumpah dia takut. Rasa terkejutnya dengan kejadian yang menimpa tengku dennis pun masih belum hilang, ditambah pula dengan tengkingan doctor yang tidak diketahui namanya itu.

        “cik lisa tak tau apa-apa darius. Dia masih baru.” Bob bersuara setelah lama mendiamkan diri.

        “aku tak nak tau dia siapa. Baru atau lama, tapi aku nak kau cari siapa punya kerja yang buat abang aku macam tu.” Suruh tengku darius garang. Bengang sungguh apabila mendapat berita abangnya ditikam. Nasib baik lukanya tidak parah, kalau tidak? Gadis cantik yang masih menunduk di hadapannya dijeling sekilas.

        “kau lisa?” soal tengku darius tanpa perasaan. Lisa hanya mengangguk. Langsung tidak dipandang wajah yang bertanya.

        “macamana kau hentikan pendarahan tadi?” soal tengku darius lagi. Lisa mengangkat muka.

        “kenapa?” tanya gadis itu, pendek.

        Tengku darius mendengus. “bila aku tanya, jawab! Bukan tanya aku balik!” tengking tengku darius.
        Cakap elok-elok kan boleh. Kalau dah satu keturunan tu, sepaternlah jawabnya. Cebik lisa dalam hati.

        “guna sudu panas.” Balas lisa tanpa memandang wajah lelaki itu. adam dan bob ternganga, hanya tengku darius yang diam tanpa reaksi.

        “mana kau belajar hentikan pendarahan guna sudu panas?” soal tengku darius lagi. Kagum dengan ilmu gadis itu. tindakannya itu tepat sekali dalam keadaan darurat. Menghentikan pendarahan menggunakan besi yang dipanaskan dengan suhu yang tinggi memang boleh diterima pakai dalam keadaan darurat bahkan lebih bagus jika dibandingkan luka tersebut ditekap dengan kain yang hanya akan membuatkan darah menyerap pada kain.

        Cuma untuk luka sepanjang hampir sejengkal itu, kaedah itu agak tidak praktikal. Kalau luka tembakan, ianya sangat-sangat praktikal tapi tidak mengapa. Sekurang-kurangnya tindakan gadis ini sudah menyelamatkan tengku dennis.

        “kenapa diam?” tengku darius kembali bersuara.

        “saya tengok kat tv, dalam movie orang putih.” Jawab lisa. Lelaki itu kelihatan menganggukkan kepala. Adam dan bob hanya mendiamkan diri.

        “macamana dengan keadaan tengku dennis, encik?” lisa memberanikan diri dan bertanya. Lelaki itu dilihatnya menarik nafas dalam kemudia menghembunya perlahan.

        “dia ok, stabil…Cuma dia hilang banyak darah tapi masih dalam keadaan terkawal.” Bob hanya menganggukkan kepala mengiakan kata-kata lelaki itu.

        “aku harap kau boleh simpan kejadian ni sebagai satu rahsia. Jangan pandai-pandai nak cerita pada kawan, family atau sesiapa saja. Kalau aku tahu perkara ni tersebar, nahas kau aku kerjakan.” Ugut tengku darius lantas bangun dari duduknya. Adam yang turut duduk dari tadi segera berdiri dan mengekori langkah tengku darius ke pintu utama.

        Lisa hanya senyap. Pada siapalah dia nak bercerita, dia sebatang kara. Hanya menumpang dirumah tengku dennis yang entah bila akan menghalaunya keluar. Dia dengan tengku dennis bukan ada hubungan istimewa yang membolehkan dia untuk terus tinggal di situ.

        “aku balik dulu, kalau ada apa-apa call terus, jangan lembab.” Pesan tengku darius pada adam yang berdiri di muka pintu. Bob ditinggalkan bersama lisa diruang tamu.

        Lamunan lisa terhenti apabila suara bob kedengaran memanggil namanya. Terbang semua yang berada di mindanya. Pantas dia berlari menuju ke dalam bilik tengku dennis. Pasti bob ada di situ. Tekaannya betul, bob sedang membantu tengku dennis bersandar dikepala katil.

        “eh, awak dah sedar? Awak nak makan apa-apa ke? Saya boleh masakkan.” Lisa menyoal seraya duduk di birai katil bersebelahan tengku dennis. Tidak dihiraukan bob yang tercegat berdiri di sisi katil tengku dennis.

        Tengku dennis dilihatnya hanya menggelengkan kepala.
        “aku belum lapar, bob…ambilkan aku air.” Suruh tengku dennis. Tanpa banyak bicara bob mahu melangkah keluar sebelum lisa menahan.

        “tak pe lah abang bob, biar saya ambilkan,” tutur lisa sambil bangun dari duduknya. Dia bukanlah rajin sangat mahu mengambil air untuk tengku dennis tapi sengaja mahu melarikan diri. Terasa tidak tentu arah dengan renungan tajam tengku dennis terhadapnya. Jantungnya terasa lain macam. Kalau boleh tanggal dah lama dia tanggalkan jantungnya letak kat rak kasut ke, dalam peti ais ke. Berdebar tak tentu hala pulak dia.

        Tengku dennis merengus kasar, lain orang yang aku suruh lain pulak yang nak buat bakti.
        “nama kau bob ke?” soal tengku dennis pada lisa. Tajam matanya menikam sepasang mata yang bersinar jernih itu. lisa tergamam.

        “errr…bukan…” jawabnya lambat-lambat.

        “kalau dah bukan, yang kau rajin sangat nak buat benda yang aku tak suruh kenapa?” soal tengku dennis lagi. Bob yang sejak tadi menjadi penonton bertindak bijak dengan menyusup keluar dari situasi tegang itu. malas nak campur kisah dua hati yang nak bercantum ni. Hehe…

        Lisa hanya tunduk, tidak berani menentang pandangan tengku dennis. Dalam hati berbakul umpat kejinya. tak padan dengan sakit, ada hati nak marah-marah orang.

        “terima kasih sebab selamatkan aku…” hampir tidak kedengaran suara itu pada pendengaran lisa. Macam tak ikhlas je! Lisa mencebik sebelum bersuara. Tiba-tiba timbul rasa nak menyakat.

        “apaaa??? Tak dengarlah, awak cakap apa? Mancis?” soal lisa sambil mendekatkan telinganya ke arah tengku dennis. Dalam hati dah terbahak-bahak ketawa. Bukan dia tak Nampak muka bengang tengku dennis.

        Lelaki itu mengeluh keras, dia tahu lisa mendengar setiap tutur bicaranya dengan jelas.

        “aku tak ada masa nak main-main, sekali lagi aku cakap, terima kasih sebab tolong aku.” Balas tengku dennis dalam suara yang agak tegang. Lisa senyum mengejek.

        “kalau nak saya terima ucapan terima kasih tu, awak kena jawab beberapa soalan saya dulu,” lisa mula main tawar menawar dengan tengku dennis.

        “soalan apa?” balas lelaki itu, ringkas.

        “pertama, kenapa awak boleh kena tikam…kedua, siapa tikam awak…ketiga, kenapa saya tak dibenarkan call doctor…dan keempat, soalan terakhir untuk saat ini dan jam ini, siapa lelaki semalam tu? Yang datang dengan bodyguard awak,” soal lisa panjang lebar. Sejak dari semalam solan-soalan itu berlegar dalam kepalanya. Alang-alang ada peluang baik tanya.

        “perlu ke aku jawab semua tu? Aku rasa kau tak layak untuk tahu apa-apa.” Sombong sekali jawapan itu pada pendengaran lisa.

        “perlu sebab kalau tak saya tak nak terima ucapan terima kasih awak tadi.” Lisa tunjuk keras kepalanya pula.

        “betul kau nak tau?”

        “betul la…” lisa buat muka. Ingat aku main-main ke.

        “kiss dulu!” tengku dennis senyum gatal.

        “terima kasih je lah kalau macam tu!” merah padam muka lisa menahan marah dan malu. Kalau dah dasar lelaki, ada aje cara nak ambil kesempatan.

        Lisa bangun dari duduknya dan mahu keluar dari bilik tengku dennis. Malas mahu layan lelaki itu. tidak padan dengan sakit, gatal tak hilang! Belum pun selangkah tengku dennis sudah menahan.

        “rileks lah…belum apa-apa dah mengalah. Macamana nak hidup dengan aku kalau kau lembik macam ni.” Ujar tengku dennis. Lisa pandang wajah tengku dennis dengan pandangan yang pelik.

        “saya tak kata pun nak hidup dengan awak,” balas lisa kembali. Tengku dennis hanya diam.

        “duduk kalau kau rasa nak aku jawab semua soalan kau tadi,” arah tengku dennis. Lisa lemparkan pandangan curiga pada lelaki itu.

        “kalau saya duduk, awak tak mintak kiss kan?” tanya lisa ragu-ragu. Bukan boleh buat main dengan lelaki itu.
        Tengku dennis ketawa lepas namun seketika Cuma, berkerut dahinya menahan ngilu luka diperut yang sudah dijahit kemas. Perlahan-lahan lisa melabuhkan duduknya kembali.

        “okay…untuk soalan pertama, aku dirompak. Soalan kedua, perompaklah yang tikam. Soalan ketiga, aku kan famous, so aku tak nak masuk paper. Keempat, itu adik aku, doctor darius. Ada klinik sendiri. Aku rasa semua soalan kau dah dijawab dan aku harap kau puas hati.”

        Lisa hanya diam tidak berkutik. Dia tangkas mencerna semua jawapan tengku dennis. Jawapan itu seolah-olah tidak jujur tapi dia tidak ada bukti dan dia malas mahu menyangkal atau menyoal dengan lebih terperinci. Malas nak bebankan otak, yang penting tengku dennis selamat.

        “kenapa kau beria-ia menangis semalam?” soal tengku dennis tiba-tiba. Lisa terkebil-kebil, tak tahu apa yang perlu dijawab.

        “nangislah sebab takut tengok darah banyak sangat. saya ni mabuk darah sebenarnya,” bohong gadis itu. sebenarnya dia sendiri pun tidak tahu apa yang sebenar-benarnya dia rasa. Yang dia tahu dia takut kalau tengku dennis mati.

        “takut ke, sebab kau sayangkan aku,” selamba tengku dennis menyoal. Saja mahu mengusik.

        “gila ke nak suka kat awak! Perangai dah lah tak semenggah. Garang pulak tu. Siapalah gadis malang yang buta sayangkan awak agaknya,” ejek lisa. Tidak semena-mena ada rasa debar yang menghuni hatinya. Dia tidak tahu apa makna rasa itu.

        “mulut kau boleh tahan biadap jugak ye?” soal tengku dennis.

        “saya biadap dengan orang yang biadap dengan saya je macam awak.” Tutur kata lisa itu agak memanaskan hati tengku dennis yang agak panas baran orangnya.

        “apa kau kata?” tengku dennis meluruskan tangannya mahu mencapai tangan lisa yang tidak jauh darinya tapi gadis itu lebih cepat melarikan diri. Dek kerana pergerakan yang agak kasar, tengku dennis terasa kesakitan diperutnya makin ketara lantas mengaduh.

        Kelam kabut lisa mendekat dan menyentuh perut tengku dennis yang berbalut. Tindakan spontannya itu membuatkan tengku dennis leka merenung wajah lisa yang berkerut cemas. Mulanya lisa tidak perasan akan renungan itu tapi apabila dia mendongak, matanya bersabung pandang dengan renungan tengku dennis.

        Perlahan-lahan tangan yang berada diperut tengku dennis diletakkan ke dada sendiri. Bagai mahu melompat keluar segala organ dalamannya. Ketukan di pintu bilik tengku dennis menyentakkan kedua-duanya. Lisa pantas bangun dan berlalu ke arah pintu bilik. Dia bertembung dengan bob namun langsung tidak ditegur dek kerana satu perasaan asing yang menggangu dirinya pada waktu itu.





p/s : kalau ada salah ejaan ke apa kira halal eh...bz la noks....kalah pm dah ni..hehe

rindu tengku dennis yeeee???? cian semua...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2012 03:46 PM | Show all posts
anak-anak semua sambungan sudah ada ni...mari mari  
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 10:07 PM | Show all posts
farahanafarah posted on 11-12-2012 03:46 PM
anak-anak semua sambungan sudah ada ni...mari mari

Tak cukup, tak cukup nak lagiiiii....................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2012 12:10 AM | Show all posts
Wahhhhh best best da ada smbungan... Thks farah...
Tp awat ciput sgt farah, mana cukup byk ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2012 12:48 AM | Show all posts
hamboi...nak bebanyak....kena buat buku lagu nih aihhhh...hahahhahahha...sabar, kasi berdebor sakan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2012 10:28 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 12-12-2012 12:48 AM
hamboi...nak bebanyak....kena buat buku lagu nih aihhhh...hahahhahahha...sabar, kasi berdebor sakan. ...

wat buku pun xpe farah...akn ku beli gak....huhu...aku ni hantu novel...tp bila bajet kering nih...mmg menggaru aku takde buku lg nak dibaca...igt kat bod nih lepas gian nak baca ...tp ko lambt benor nk hapdetnya....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 10:50 AM | Show all posts
Yang penting jangan update separuh jalan je....

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 11:22 AM | Show all posts
walaupun tau tuan tanah bizi tp diri ini mmg tak boleh sabar menunggu sambungan .
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 11:29 AM | Show all posts
x cukup ler....nak lagi huhuhhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 12:12 PM | Show all posts
FaraHhhhhhhhhhhhhh cepat sambung
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 12:25 PM | Show all posts
fatehana posted on 12-12-2012 12:12 PM
FaraHhhhhhhhhhhhhh cepat sambung


setujukkkkk . tak sabar nk ikuti episod cinta dan suka duka  tengkujuh Last edited by wardah75 on 12-12-2012 12:26 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 01:32 PM | Show all posts
wardah75 posted on 12-12-2012 12:25 PM
setujukkkkk . tak sabar nk ikuti episod cinta dan suka duka  tengkujuh

setuju gak...best sgt2

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2012 01:36 PM | Show all posts
tak cukup laaaaa... nak lagi.. yg penting babak romentik lisa dgn TD kene bykkkkkkk gilerrrrrrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-12-2012 02:29 PM | Show all posts
BAB 25

        Maria terjengket-jengket perlahan melangkah menuju ke biliknya. Jam sudah menunjukkan ke angka 3.15 pagi. Seronok berkaraoke dan melepak bersama rakan-rakan membuatkan dia tidak sedar waktu sudah hampir merangkak ke subuh. Baru dia ingin menolak pintu bilik, ketukan kasar pada pintu utama rumah mengejutkan maria. Dia mengeluh kasar. tau sangat siapa yang buat onar. Cepat-cepat maria menuju ke arah pintu dan selak ditarik cepat, bimbang ketukan itu mengejutkan Mak Nab. Bocorlah rahsia nanti!
        Ternyata tekaannya betul, ayahnya tersengih-sengih di ambang pintu. Wajah tua yang berkedut itu dipandangnya jijik.
        “kau ni kan menyusahkan aku betullah. Nasib baik mak tak bangun tau! Kalau tak mati aku!” marah maria. Pak mat hanya tersengih-sengih. Maria kelihatan sangat cantik pada pandangannya. Tubuhnya kelihatan menggiurkan. Lenggok maria yang menuju ke biliknya diekori. Saat pintu bilik itu mahu ditutup pak mat segera menolak sedikit kuat. Dek kerana tidak menjangka tindakan ayahnya itu, maria tidak bersedia dan turut terjatuh ke atas katil akibat tertolak.

        Dia cepat-cepat bangun dan membetulkan skirt yang sedikit terselak.

        “apa ni! Kau gila ke…keluar sekarang, aku nak tidur! Aku penat ni!” maria cuba mengawal suaranya agar tidak kedengaran terlalu kuat. Ayahnya masih tersengih-sengih sambil merapatkan pintu bilik lantas dikuncinya. Maria mula cuak.

        “kau jangan nak buat kerja gila! Aku jerit nanti.” Maria mula mengugut. Dia takut sebenarnya. Pak mat semakin rapat, nalurinya tidak mampu dikawal lagi.

        “sini sayang…aku rindukan kau. Ke sini sayangggg…” bau busuk yang keluar dari rongga mulut pak mat menambahkan ketakutan dalam diri maria. Ayahnya mabuk, sudah tidak kenal halal haram. Ah! Macamlah selama ni kau tau apa halal apa haram.

        Bila pak mat makin mendekat maria menolak tubuh ayahnya sekuat tenaga. Pak mat yang mabuk terhoyong-hayang dibuatnya namun lelaki itu tetap tidak mengalah. Dia kembali merapati maria dan cuba memeluknya. Maria meronta-ronta dan mula menjerit. Dapat dirasakan tangan ayahnya menjalar keseluruh tubuhnya. Dengan sisa tenaga yang ada maria cuba melawan namun apalah kudrat yang dia ada jika nak dibandingkan dengan syaitan bertopengkan manusia itu.

        Maria mula menjerit sekuat-kuat hatinya. Pak mat yang sudah dikawal nafsu menampar pipi anaknya itu tanpa belas kasihan. Tubuh kurus itu dihumban ke katil. Pandangan maria mula berpinar. Dia Nampak ayahnya menanggalkan satu persatu pakaian yang ada tubuh gempalnya sebelum lelaki itu merapatinya tanpa Seurat benang. Sekali lagi maria mencuba nasib, dia meraung sekuat hatinya sebelum tamparan pak mat bertubi-tubi singgah ke mukanya.

        Dirinya yang sememangnya sudah tidak bertenaga terus tidak sedarkan diri. Pak mat tersenyum puas. Baru senang dia mahu melangsaikan kerjanya. Tubuh itu diratahnya sesuka hati tanpa mengira siapa yang dikerjakannya. Bila manusia bertuankan nafsu, jangan kata halal haram. Anak sendiri pun diterkamya. Bunyi suara orang menjerit mengujutkan mak nab tapi dek kerana kantuk yang melampau dia mengabaikannya dan menyambung tidur tanpa menyedari maruah anaknya diragut suaminya.


Rasa sejuk yang mencucuk sehingga ke tulang hitam mengejutkan maria dari lena yang panjang. Tanpa mengingati kejadian semalam dia cuba bangun untuk mencari selimut setelah selimut itu gagal dikesan dengan hanya meraba-raba tilam. Rasa sakit di bahagian ari-arinya membuatkan maria mula memproses kembali apa yang telah berlaku pada dirinya. Tubuhnya diraba dan dia mendapati tiada satu pun pakaian melekat pada tubuhnya.

        “celaka!!!” jerit lisa kuat. Dia menyembamkan wajah ke bantal dan menangis teresak-esak. Kini satu-satunya maruah yang dia ada telah diragut oleh bapa kandungnya sendiri. Dendam mula menguasai hatinya. Dia akan balas setiap perlakuan ayahnya. Akan dipastikan lelaki itu merana seumur hidup.

        Maria segera bangun dan mencapai tuala. Dia mahu mandi dan ke tempat kerja. Walau apa pun yang terjadi dia tetap perlu teruskan hidup. Tapi dia takkan lupa peristiwa itu walau sesaat pun. dia bersumpah, dendamnya akan terbalas satu hari nanti.

        Tatkala maria mahu ke bilik mandi, dia melewati meja makan yang dihuni mak nab dan pak mat. Maria menjeling lelaki itu tajam sekali. Pak mat tidak berani menentang pandangan mata itu. sebenarnya dia agak bimbang, takut maria melaporkan kepada pihak polis. Dia belum mahu merasa tinggal di lokap.

        “baru bangun maria? Kau kerja hari ni? Tadi kau jerit celaka tu kenapa?” selamba mak nab bertanya sambil meneguk air the o yang berada dalam cawan. Maria hanya membatu tidak jauh dari meja makan.

        Tanpa pamit maria berlalu dari situ tanpa menjawab soalan ibunya dan menuju ke bilik air. Berdentum bunyi pintu itu dihempas.

        “hoi! Kau ingat aku ni jutawan ke, sesedap rasa kau je hempas-hempas pintu?! Kalau rosak pintu tu, kau tak ganti siap kau aku kerjakan! Tak guna! Ada anak sorang pun menyusahkan! Patutnya kecik-kecik dulu aku cekik-cekik bagi mampus!” berang sekali mak nab dengan tingkah maria. Suka sangat hempas-hempas pintu kalau tak puas hati.

        Apa ajalah yang tak puas hatinya tu. Bangun-bangun tidur nak mengamuk.

        “hah..kau pulak bila nak kerja bang? Kau ingat aku larat nak tanggung kau? Kau tu suami, dari muda sampai ke tua tak habis-habis aku yang bagi makan. Apa kau nak jadi hah?” pak mat pula menjadi mangsa amarahnya. Lelaki itu mendengus kasar.

        Ini puncanya yang dia malas nak balik rumah. Kalau balik ada aja yang tak kena pada mata isterinya itu. 24 jam membebel, tak rasa penat ke.

        “agaknyalah kan, kalau kau tak membebel sekali sehari boleh mati kan? Bingit telinga aku tau tak?! Pot pet pot pet….bukan ada faedah pun!” pak mat bangun dari kerusi. Baik keluar lagi bagus, getus hatinya.

        Makin berang mak nab dibuatnya. Berani nak melawan kata orang tua tak sedar diri ni.

        “heh mat! Reti pulak kau cakap pasal faedah tak faedah ni? Sejak bila? Buang tebiat nak mampus agaknya kau ni kan?” sindir mak nab, geram dengan suaminya yang berani menjawab.

        “kau tu bini aku, sedar diri sikit nab…jangan nak biadap sangat! aku ni laki kau!” marah pak mat lagi.

        “oooo…sedar diri jugak yang kau ni laki orang rupanya. Kalau dah tau kau tu laki orang, tak reti-reti nak bagi nafkah. Kau tu hidup atas belas ehsan aku je. Jangan kata beras, gula sekilo pun aku tak pernah merasa kau beli!”

        “cakap jangan sebarang cakap nab! Selama ni yang kau duk makan mewah-mewah tu bukan duit aku bagi?!”

        “alah bang…takat setahun sekali makan mewah hasil judi kau tu tak kenyang sampai tujuh keturunan! Duit aku yang kau mintak tu pun lebih dari yang kau menang judi. Menangnya sekali, kalahnya berjuta kali!” berombak-ombak dada mak nab setelah menghamburkan amarahnya. Rasa nak dibaling saja cawan ditangannya.

        Pak mat apa lagi, berasap telinga dengan bebelan mak nab. Makin kurang ajar bininya itu. kalau tak mengenangkan perempuan gemuk itu sumber kewangan dan makan minumnya, sudah lama dia ceraikan. Badan dah lari shape, gemuk, dengan mulut kurang ajar, siapa nak tahan.

        “malas aku nak cakap dengan kau ni! Nak menang aje kerjanya!” pak mat terus berlalu pergi.

        “dasar jantan tak guna…menyesal aku kahwin dengan kau!” cebik mak nab. Dia meneruskan suapan bihun goreng yang tertangguh sewaktu perang mulut dengan pak mat tadi. Ada anak tak guna, laki pun tak guna!

        Maria yang selesai mandi laju melangkah ke biliknya. Mak nab yang tercongok dimeja makan hanya dijeling sekilas. malas nak tegur, bukan dapat manfaat apa pun.

        Berapi lagi lah mak nab dibuatnya. Maria yang lalu dihadapannya langsung tidak menegur. Jangan kata nak beramah mesra, cakap hai pun tak. Biadap! Sama macam bapak dia!

        “huh! Elok sangat lah tu buat perangai depan aku. Nanti kau, sesen pun aku tak nak bagi duit kalau kau mintak.”

        Pintu almari baju disepak kuat. Membebel mak nab dibuatnya dengan bunyi bising yang sengaja dicipta maria. Dia langsung tidak menghiraukan bebelan ibunya, yang dia tahu rasa sakit hatinya pada ayahnya begitu membara. Dia bersumpah, segala perbuatan ayahnya akan dibalas.

        “dasar bapak sial! Aku akan bunuh kau! Aku akan pastikan kau menyesal! Kurang ajar…” bicara maria sendirian.

        Dia lantas mencapai baju kilang dan disarung kebadan. Pipi yang sedikit lebam ditepek dengan foundation setebal mungkin. Malas nak menjawab apabila ada yang bertanya. Bukan dia tidak tahu, satu kilang suka menyibuk hal orang.

        Handphone yang berada di atas meja solek dicapainya. Permukaan telefon itu diusap-usap, wallpaper wajah Amran yang diambil secara sembunyi dikucup bertalu-talu.

        “amran..aku akan pastikan kau jadi hak aku.. aku cintakan kau amran….cinta sangat.” maria senyum lebar. Sayang sungguh dia pada amran. Dia akan pastikan amran akan jadi hak miliknya yang kekal. Akan dihapuskan sesiapa saja yang menjadi penghalang cintanya.




p/s : nah untuk semua yang sabar menunggu...malam ni ada lagi satu...sabauuuu....n maaf banyak2...bz sesangat..




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2012 02:31 PM | Show all posts
Ermaliza posted on 12-12-2012 01:32 PM
setuju gak...best sgt2

tq sebab sudi baca...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2012 02:32 PM | Show all posts
sellie003 posted on 12-12-2012 10:28 AM
wat buku pun xpe farah...akn ku beli gak....huhu...aku ni hantu novel...tp bila bajet kering nih.. ...

baca novel best kan..rasa macam kat dunia lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2012 02:32 PM | Show all posts
Cik_Andak posted on 12-12-2012 10:50 AM
Yang penting jangan update separuh jalan je....

doa2 la banyak2 supaya saya rajin giles...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.080526 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list