Diambil juga karipap itu untuk tidak mengecewakan hati ibunya yang beria-ia sangat mahukannya merasa karipap pusing itu. Sedap sangat ke karipap yang minah kalut ni buat? Adli menyuapkan karipap itu ke dalam mulutnya dan kemudian dia menguyah. Hasilnya…………..SEDAP!!
“Macam mana Adli, sedap tak karipap tu?”
Sabariah tidak sabar untuk mendengar reaksi anaknya itu.
“Kamu ni Sabariah, bagilah Adli tu telan dulu makanan dia. Alah, nak nafikan apa lagi, memang sedap pun karipap yang Lily buat ni.”
Hamka bersuara akhirnya. Dia menggelengkan kepalanya melihat telatah isterinya itu.Tercekik pula nanti anak bujangnya itu.
“Boleh tahanlah rasanya. Kenapa ibu ni, dah segah perut Adli ni bu. Kenapalah beria-ia sangat ibu suruh Adli makan hari ni? Adli tahulah ibu, anak kesayangan ibu tu yang masak. Apalah yang istimewa sangat dengan masakan dia ibu?” soal Adli.
Rimas pula dia dengan kerenah ibunya. Tapi, memang dia tidak nafikan yang karipap dan masakan anak angkat ibunya itu memang sedap. Minah kalut tu memang pandai masak.
“Eh, kamu ni Adli. Salah ke kalau ibu tanya pendapat kamu? Bukan apa, ibu cuma nak Adli tahu, kalau nak cari calon isteri kenalah cari yang pandai macam Lily tu hah. Semua kerja rumah dia boleh buat. Memasak, menjahit. Kira apa saja kerja untuk orang perempuan semua dia tahu. Untung tau siapa yang kahwin dengan dia.”
Sabariah mula mempromosikan kebolehan anak angkatnya itu.
“Amboi ibu, Adli baru saja sampai. Belum fikir soal jodoh lagilah ibu. Bagilah Adli rehat dulu. Enjoy pun tak puas lagi ni. Sabarlah ibu. Nanti, Adli bawa pulanglah calon menantu ibu tu. Adli janji ibu. Sekarang belum masanya lagi.”
Adli lantas bangun dari kerusi lalu mendekati ibunya. Dia mengucup pipi wanita yang amat dirinduinya selama tiga tahun ini. Tiga tahun selama di Sabah, dia tidak pulang kerana terlalu sibuk dengan aktiviti di kampusnya. Padat dengan pelbagai aktiviti termasuklah mendaki gunung Kinabalu bila setiap kali tibanya cuti semester. Gunung yang menjadi kebanggaan rakyat negara ini kerana tertinggi di asia tenggara.
Sebenarnya, Adli resah bila memikirkan apakah reaksi ibunya nanti jka dia mendapat tahu apa yang telah berlaku pada dirinya semasa di sana? Sungguh tidak dapat dibayangkan oleh Adli.
“Tak usahlah cari calon di luar sana. Dalam rumah ni pun ada sorang. Ibu kamu ni, berkenan sangat dengan Lily tu. Ayah pun suka juga kalau kamu juga setuju Adli. Sekurang-kurangnya ada juga orang yang akan jaga makan minum kamu nanti. Kamu fikirkanlah dengan baik cadangan kami ni ya.”
Hamka yang diam sejenak tadi bersuara. Menyuarakan hasrat hati isterinya kepada anak tunggal mereka itu. Sabariah, Sabariah…kan senang kalau berterus terang sahaja dengan anak bertuah ni.
Last edited by wipers81 on 29-8-2013 03:15 PM
|