|
Adiya posted on 10-11-2013 11:21 PM
Alamak geng, gua tak sempat rasanya nak update malam ni.. In sya Allah esok le..
Sakit pale la pu ...
Cehhh main ngelat pulak dia...
esok pun esok lah.
janji dicapati.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-11-2013 11:35 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
6VI6 posted on 10-11-2013 11:29 PM
Cehhh main ngelat pulak dia...
esok pun esok lah.
janji dicapati.
Capati tak pa.. Jangan tosey.. |
|
|
|
|
|
|
|
6VI6 posted on 10-11-2013 11:28 PM
Keh keh keh....
betul kita duk lalui benda mistik...
apa apa hal pun esok kena check kat hospita ...
yang anta asben dia sendiri ni
x caya tunggu lepas 9 bulan
|
|
|
|
|
|
|
|
@yong posted on 10-11-2013 01:07 PM
Iye ke..tak tau la plak..jefrilza org mna..sy pun tak penah tnya salasilah family ni..cuma kadang2 ...
kalau ikut salasilah keluarga saya, arwah toklang saya ni adik tokwan saya... ayah tokwan saya(moyang saya) berasal perlis. kemudian membawa diri ke penang, dan masuk islam, berkahwin dengan anak pak syeikh...
tok rimau tu dikenali sbg tok cepoh sbb tangan dia cepoh mcm cacat... orang belah kedah panggil cengkoi... selain tu ada tok lain yang dia panggil...
tok tino, tok pompuan.. arwah toklang kami akan jadi macam perempuan lembut...
|
|
|
|
|
|
|
|
jefrilza posted on 11-11-2013 09:47 AM
kalau ikut salasilah keluarga saya, arwah toklang saya ni adik tokwan saya... ayah tokwan saya(moy ...
Yg sebelah sy plak yg jd tok cepoh ni arwah tok chik..tok chik ni cma adik ipar arwah tok wan sja..tak tau plak salasilah arwah tok chik..yg jd tok rimau plak arwah tok ngah..yg ni sepupu arwah tok wan...mak ada jga bgtau yg sbelah dia keturunan bidan susu lanjut..tp adik beradik mak tak da plak yg jd bidan.. |
|
|
|
|
|
|
|
@yong posted on 11-11-2013 10:58 AM
Yg sebelah sy plak yg jd tok cepoh ni arwah tok chik..tok chik ni cma adik ipar arwah tok wan sja. ...
oooo... mcm arwah toklang saya... dia la yang jadi tok cepoh(tok rimau), tok tino...
nama sama tapi ilmu lenlain kot... org dulu2 kan kuat kepercayaan depa dengan benda2 macam ni...
arwah tokwan saya dulu ayah saya cerita.. kalau nak nyeberang sungai, panggil je buaya dalam sungai tu, timbul buaya tu, naik atas belakang leh dah seberang sungai...
|
|
|
|
|
|
|
|
jefrilza posted on 11-11-2013 11:43 AM
oooo... mcm arwah toklang saya... dia la yang jadi tok cepoh(tok rimau), tok tino...
nama sama ...
Mgkin jga la kot..sy tau pun sbb mak yg bercerita..yup org dulu2 mmg mcam2 ilmu ada..tp ada yg tak turunkan kat anak cucu pun..depa tak ajar pun kat anak cucu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Setibanya aku sekeluarga di rumah abah pada hari sabtu itu atas dasar melawat orang tua dan bertanya khabar membawa senyuman yang menggembirakan pada abah… Rupa-rupanya ada udang disebalik batu senyuman abah itu..
“Ha’ elok la hang mai..sat lagi ikut abah.kita p rumah kawan abah sat..” bicara abah sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di kerusi luar rumah untuk berehat dan menyedut rokok. Aku kehairanan kenapa pulak aku dijemput turut serta ke rumah sahabat abah tu.. Aku hanya berdiam diri dan berbicara dengan diri sendiri memikirkan asbab pelawaan itu..
“Kawan abah tu sakit…semalam abah dah p rumah dia ngan mama hang..abah buang dah mana yang ada. Lepas je buang terus elok dan petang tu boleh mai masjid jemaah sama-sama.. tau-tau tadi anak dia call bagitau dia sakit balik..lagi terok dari semalam… Ni anak dia on da way kot nak mai sini amik abah..kebetulan hang ada ni, abah p dengan hang je la no..kita p la tengok-tengok sat..kalau tak boleh buat, kita balik laa..” penerangan panjang lebar dari abah.. mungkin abah perasan akan tingkah laku aku tadi yang kehairanan dengan pelawaan dia itu..
“hemm..” pendek saja dari aku sambil mengangguk-anggukkan kepala tanda faham akan bicara abah tu.. “hang tak dak nak p mana-mana kan sat lagi?” soal abah untuk membawa aku berbicara lebih panjang.. “ tak dak p mana la..memang saja nak mai sini tadi..” jawabku untuk memberi bunga harapan pada abah yang menanti jawapan untuk perlawaan dia ke rumah sahabatnyai tu..
“Kalau lagu tu, boleh la kita p sat no’?”
“Emmm tak pa la..kita pa la tngok sat..sakit apa?” jawapan aku itu menunjukkan yang aku bersetuju mengikut abah dan telah pun menjawab persoalannya pada awal bicara tadi..
“ Abah rasa kena sihir..dia tak boleh nak bangun langsung… badan dok ketaq (terketar2) macam sejuk..” jawab abah.. Aku menganggokkan kepala tanda faham akan bual abahi tu..
Beberapa minit berselang, tiba sebuah kenderaan proton wira berwarna kelabu, lalu berhenti ditepi rumah abah…Rumah abah ni end lot, jadi ada rezab jalan sebelah tepinya..Disitulah proton wira itu ditempatkan dan dari perut kereta itu keluar 2 lelaki dalam lingkungan baya aku..
Salam diberi oleh kedua lelaki itu serentak dan kami menjawab salam itu serta dihadiahkan lagi dengan senyuman.. Mereka dipelawa masuk oleh abah ke dalam rumah, manakala aku masih ditempat tadi mengelamun seorang diri..apa yang dibualkan oleh abah dan dua lelaki itu tidak aku endahkan..Cuma beberapa ayat sahaja yang hanya berlalu di telinga tanpa singgah di benakku. Mungkin aku tidak bersedia untuk merawat hari ini.. jiwaku seolah2 kosong tanpa perasaan takut mahupun bersemangat.. Aku hanya berserah diri sahaja kepada apa yang bakal berlalu nanti di rumah sahabat abah tu.. Sebatang rokok lagi aku cucuh untuk mengisi kekosongan perihalku ketika itu yang seakan2 kosong tanpa apa2 aktiviti untuk dilakukan..Anak2 dan isteri di dalam rumah melayan mama ku.. seminggu sekali anak2 dapat jumpa opah, menjadikan anak2 naik tocang bilamana opah manjakan mereka dengan memenuhi apa jua permintaan.
Tiba-tiba aku lihat kedua2 laki tadi bangun dan bersalaman dengan abah.. mereka mohon diri dahulu untuk pulang memandangkan abah akan bersama aku ke rumah mereka. Tujuan asal mereka ke rumah adalah untuk menjemput abah ke rumah untuk merawat ayah mereka. Aku juga turut bersalaman dengan kedua2 lelaki tadi sebaik sahaja mereka keluar dari rumah.. Abah memberi tahu yang kami akan ke sana selesai sahaja bersiap nanti.. Aku masih seperti tadi, tidak bersuara apa dan masih dalam kekosongan jiwa yang terlampau..
Aku ke dalam rumah untuk meneguk air sejuk..ku perhatikan isteri sedang asyik menonton tv bersama anak2 dan mama...”Abang nak ikut abah p rumah kawan dia jap..” sapaku. Mem hanya mengangguk tanda faham.. mungkin mama dah terangkan tujuan kedatangan kedua lelaki tadi memandangkan mama jugak turut serta ketika sesi rawatan semalam di rumah sahabat abah tu..
Aku ke dalam bilik untuk memperkemaskan diri aku..bukan diri zahirku, tapi diri batinku kerana sudah seminggu aku tidak mengamalkan amalan2ku disebabkan kesibukan kerja dan kelalaian aku sendiri.. aku cuma sempat berzikir pendek beberapa minit dan membuat senaman pukulanku sehingga kedengaran suara abah diluar memanggilku tanda dia sudah bersedia untuk bertolak ke rumah pesakitnya…
Kereta ku pandu dengan keadaan yang tenang dan tidak tergesa2 memandangkan aku masih seperti tadi yang tidak punya apa2 perasaan untuk mengubat.. Setibanya di rumah Pak Din, aku meletakkan kereta dibawah pokok mangga berhampiran rumahnya untuk mengelakkan terik matahari dari memanggang keretaku.. setibanya kami di muka pintu rumah pak din, tiba2 jantungku berdebar kencang, aku merasakan sesuatu kekuatan yang jarang2 aku rasai merempuh dadaku.. ‘apa pulak niiiii…’ bisik hatiku. Abah memberi salam dan terus sahaja masuk ke rumah.. Aku terdiam di luar melayan perasaanku yang tiba2 berdebar2 dengan mencucuh sebatang rokok. Rokok ku sedut perlahan2 tanpa sedar api sudah ke puntungnya..
Aku melangkah masuk kerumah dengan salam sejahtera kepada isi rumah.. dari pandangan mataku ini, ruang tamu rumah pak din dipenuhi dengan anak cucunya yang balik dari perantauan setelah mendapat berita kesihan ayah mereka itu..aku bersila di sebelah kiri abah dan dihadapanku terbujur seorang lelaki yang terketar2 seolah2 terkena renjatan elektrik , sedang berbaring di perbaringannya.. Abah dikala ini tengah meneruskan bicaranya sejak dari tadi ketika aku masih diluar.. mungkin dia tengah bersembang dengan anak2 pak din tentang keadaan pak din dikala itu.. aku tidak menghiraukan percakapan mereka itu sebaliknya aku hanya tunduk dan mencari TAKUT ku.. itu adalah keilmuan yang aku dapat dari seseorang yang ku hormati ketinggian ilmunya. Perlahan2 jiwaku menjadi tenang bila mana aku telah berjumpa dengan TAKUT …
Abah menepuk lututku lalu meminta aku memulakan rawatan kali ini.. tanpa aku berlengah-lengah, aku mulakan pembuka imbasan ku untuk mengimbas punca sakit pak din.. baru sahaja selesai berzikir ya hayyu, ya qaiyum, pak din bertempik “ALLAHHHHH”. Aku teruskan imbasan aku itu tanpa menghiraukan pak din di depan ku.. dari imbasan kali ini, aku mendapat alamat yang pak din terkena sihir dari saudaranya sendiri dan ini jugak adalah KIFARAH yang perlu dia tanggung..
KIFARAH????????
Patut la sejak dari tadi jiwaku kosong dan tiba2 berdentum dengan hebatnya..rupa2nya aku perlu berhadapan dengan hukum yang Allah telah tentukan kepada hambanya yang ingkar perintahnya..
Adakah aku mampu menyelesaikan permasalahan ini?
Adakah diizinkan Allah untuk aku membantu meringankan beban yang ditanggung oleh pak din angkara sihir?
NANTIKAN SAMBUNGAN KISAH INI DI PAWAGAM2 BERHAMPIRAN ANDA……
Hehehehe….letih toooooqqqqq…aku rehat dulu..nti senang aku sambung.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
adehh....sambung pulak...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan
Seperti kebiasaanku merawat, aku akan minta sebijik botol kaca untuk aku memasung makhluk2 durjana yang membuat engkar itu ke dalamnya.. Botol telah pun tersedia di hadapanku. Aku bermohon kepada yang Esa keizinanNya untuk menarik bangsa lahanat ini dari terus melakukan onar terhadap pak din.. Tarikan pertama sahaja sudah mengalami kesukaran. Aku teruskan menarik untuk kali ke dua dan dituruti kali ke tiga setelah kedua2 percubaan aku itu gagal.. Tarikan ke tigaku jugak mengalami kegagalan.
Aku mendiamkan diri sebentar dengan berzikir di dalam hati serta memasang pakaianku..Botol jugak ku pasangkan dengan beberapa senjata untuk menarik secara auto. Aku cuba sekali lagi untuk menarik. Kali ini ku kerahkan seluruh kederatku untuk tidak akan mengalah sekiranya tarikan aku itu di tolak.. Jangkaan aku benar. Tarikan kali ke empat ini jugak di tolak dengan sekerasnya.. Aku mengunci pergerakan makhluk itu lalu aku membuat beberapa pukulan.. Tanganku tiba2 menjadi ringan dan tarikan ku sekali ini berjaya menewaskan makhluk itu..
Pada ketika ini tiba2 sahaja pak din bangun dari perbaringannya lalu duduk berjuntai kaki diatas katil sambil berzikir Allah, Allah, Allah dengan keadaan tubuhnya terketar2 yang amat teruk sekali..
Rasa simpati aku pada pak din mula menular..terlihat keadaannya terlalu sukar umpama nyawa dihujung tiap tarikan nafasnya. Aku memutuskan untuk tidak menggunakan kaedah tarik lagi. Keadaan pak din memaksa aku menggunakan kaedah lain iaitu kaedah pukulan, tarik, ikat dan benamkan ke dasar bumi. Aku mula berdiri dan memasang kekuda ku. Pukulan aku hamburkan ke arah pak din dan di makrifatkan kepada makhluk2 durjana itu. Abah mengambil alih menarik menggunakan kaedah botol tadi. Pukulan2ku tidak ku hentikan sehingga aku merasakan pukulan itu sudah bisa melemahkan mereka.. Setelah berpuas hati dengan pukulan2 itu, aku menarik dan benamkan satu persatu makhluk2 ini.. Pak din sudah mula menampakkan perubahan..getaran pada tubuhnya sudah beransur perlahan..aku menyangkakan ianya akan terus beransur pulih setelah aku merawat dengan kaedah pukulan ini..
Peluh sudah pun membasahi dahi dan baju ku..aku umpama seorang pemain bola sepak yang baru sahaja menamatkan separuh masa pertama perlawanan. Tidak terlalu letih tetapi keadaanku menunjukkan kesukaran menyelesaikan permasalahan ini. Secara tidak semena-mena, pak din mula menggeletar semakin kuat. Kali ini getarannya lebih kuat dari tadi. Aku ketika ini dalam keadaan duduk bersila untuk mencari nafas. Tiba2 pak din terus bangun dan berjalan sambil terketar-ketar menuju ke arah ku.. Aku berasa agak gentar memandangkan raut wajah pak din begitu bengis seakan2 terlalu berdendam denganku. Tiba beberapa langkah dari silaanku, pak din menyimpangkan arah tujunya ke sebuah meja makan yang terletak sebelah kanan abah lalu duduk di bangku meja itu dan mengambil sebuah kitab lalu dibacanya sekuat hati.. Aku terkesima dengan perbuatan Pak Din itu kerana dia sendiri bertungkus lumus melawan sihir itu sedaya upayanya walaupun dia mengalami sakit yang teramat sangat dengan keadaan tubuhnya yang terketar-ketar.
Sekali lagi aku cuba mengimbas apakah yang membuat perkara ini terlalu sukar selain kifarah Allah. Setelah bertungkus lumus menembusi kegelapan mata batinku, aku dapat melihat terdapat 3 manusia yang hampir sama rupa parasnya dan juga memakai pakaian yang sama tetapi berada di tiga tempat yang berbeza.. Salah seorang dari mereka kelihatan lebih tua dan memegang tongkat.
Dalam firasatku, mereka ini adalah penyihir yang berasal dari 1 aliran yang sama manakala si tua itu adalah guru kepada 2 orang yang lain.. “ Tiga serangkai “ kataku kepada abah tanpa ada soalan yang menujah ke arahku. “ Tiga serangkaiiiii??? “ abah terkejut lalu duduk berdiam diri memikirkan sesuatu. Aku memohon izin untuk keluar sebentar untuk mencari ilham dan memenuhkan peparuku dengan asap.
Tiada apa yang dapat aku fikirkan ketika diluar rumah untuk menyelesaikan permasalahan ini selain berantap dengan ketiga2 penyihir itu serentak. Tapi bagaimana aku hendak lakukan sedangkan kami hanya berdua dan kes ini jugak ada bersangkutan dengan kifarah..aku buntu memikirkan penyelesaiannya…
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
terbaik la cerita bro... teruskan... |
|
|
|
|
|
|
|
Adiya posted on 11-11-2013 03:39 PM
Sambungan
Seperti kebiasaanku merawat, aku akan minta sebijik botol kaca untuk aku memasung makhl ...
Mksud 3 serangkai tu mcm mna????.....kesian kat pak cik tu....cepat sambung tt.. |
|
|
|
|
|
|
|
@yong posted on 11-11-2013 05:05 PM
Mksud 3 serangkai tu mcm mna????.....kesian kat pak cik tu....cepat sambung tt..
satu sihir yang sama tapi dihantar dan dikendalikan oleh 3 org yang berbeza.. in sya Allah malam kang kita sambung no...
|
|
|
|
|
|
|
|
Adiya posted on 11-11-2013 05:07 PM
satu sihir yang sama tapi dihantar dan dikendalikan oleh 3 org yang berbeza.. in sya Allah malam k ...
Oooo..begitu ye....en tt..terbaik la story. |
|
|
|
|
|
|
|
fuhhh
dah update....
malam nanti menunggu sambungan
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini tidak adil.
Kenapa telenovela ni tersekat sekat?
Sambung pelisss. |
|
|
|
|
|
|
|
6VI6 posted on 11-11-2013 05:34 PM
Ini tidak adil.
Kenapa telenovela ni tersekat sekat?
Sambung pelisss.
reception astro ko teruk kot
aku tgk ok je
siap ada to be continue....
hahahahah
|
|
|
|
|
|
|
|
sambungan
Dalam kebuntuan aku mencari jalan penyelesaian permasalahan ini, aku tiba2 teringatkan pak adu. Mungkin Pak Adu ada jalan untuk menyelesaikan kes seumpama ini. Pernah satu ketika dulu dia seorang diri menghadapi puluhan ahli2 silat yang kerasukan di gelanggang sehinggakan guru gelanggang pun tidak terkawal akan kerasukan itu.
Tanpa berlengah-lengah aku terus menyeluk kocek seluar dan hp ku keluarkan untuk menghubungi Pak Adu. Deringan panggilan dapatku dengar dari speker hp ku.. " hello" suara makcik menjawab panggilan ku. "makcik, pak adu ada? adiya ni.." suaraku ramah "ooo diya..pakcik kamu tak de..dia balik kampung..petang karang baru die ade rumah.." terang makcik. " em kalau macam tu tak pe la makcik, awok tipon petang karang le..saja nak nyembang ngan die.." terangku tanpa memberikan maksud sebenar tujuan panggilanku itu.
Kepala ku masih berlegar2 dengan mencari jalan penyelesaian untuk menghadapi situasi ini.. tiba2 nama pakteh pulak bermain di minda ku.. Tanpa menanti sesaat pun, jari jemariku terus ligat mencari nama pakteh di hp dan terus mendail. Pakteh menjawab panggilanku dan aku menerangkan permasalahan yang aku gendong ketika itu.. Pakteh minta nama pak din untuk dia mengimbas disana..Pada ketika ini, masalah yang timbul adalah pakteh sedang bekerja di sana, mana mungkin dia mampu membantuku dengan sebenar2nya selain hanya boleh memberi arahan sahaja..Pakteh mencuba untuk berperang dengan 3 penyihir yang aku lihat dgn mata batin ku tadi. Beberapa siri pukulan pakteh lancarkan dari kejauhan dan meminta aku meninjau keadaan pak din di dalam rumah..
Keadaan Pak Din tidak banyak berubah..Aku menyampaikan perkhabaran itu pada Pakteh dari masa ke semasa..
"Hang tengok kat kaki sebelah kiri dia, ada kain kuning. hang cabut buang kain tu. Yang tiga ni bagi pakteh yang buat..Pakteh sekat dari sini tapi hang kena buat kat sana untuk buang yang ada pada dia. Boleh?" terang pakteh perlahan2 agar aku mengerti bualnya itu.
"Ok..diya cuba la..apa2 nanti diya call balik" jawabku
Selesai sahaja sebatang rokok ku habiskan, aku pun masuk semula ke dalam rumah dan duduk di sisi abah. Abah sudah kelihatan letih berusaha memulihkan pak din.. Tanpa apa2 isyarat lisan mahupun pegerakan tubuh, aku terus mengambil alih tugas abah dengan satu lagi kaedah perang yang terkenal diamalkan oleh pahlawan tanah jawa iaitu Si Pitong.
Kain kuning yang dikatakan oleh Pakteh tadi aku tarik perlahan-lahan..kain ini rupanya sangat panjang sehinggakan aku terpaksa membuat beberapa gulungan dan memutuskan kain itu lalu dibenamkan ke perut bumi.. Keadaan Pak din semakin pulih..Dia sudah tidak lagi menggigil sekuat tadi.. Cuma masih ada saki baki gegaran pada tubuhnya tetapi tidak begitu kuat..Aku mohon pada abah untuk menarik sekali lagi saki baki gangguan yang ada pada Pak Din manakala aku memasakkan 10 pukulan pada 4 penjuru PakDin supaya menjadi pendidingnya sementara waktu. Segalanya berjalan dengan lancar sesudah itu..Pak Din dipimpan oleh ank2nya untuk dibaringkan semula di perbaringannya sebelom ini..
Kes Pak Din masih tidak selesai lagi. Aku menyarankan anak2 pak din membawa ayah mereka ke rumah pak adu untuk diteruskan rawatan pada malam itu jugak. mereka bersetuju dengan cadangan aku dan bejanji untuk ke rumah pak adu pada malam itu. Abah jugak menyatakan aku dan dia akan turut serta malam itu.. 'aduhhhhh kena buat kerja lagi...' keluhku sendiri di dalam hati.
Setelah melihat pak din tenang kembali, kami bermohon diri untuk pulang..
NANTIKAN SAMBUNGANNYA DI RUMAH PAK ADU PULAK..
Last edited by Adiya on 11-11-2013 11:17 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pasak?
Huhu terserlah kejawaannya disitu. |
|
|
|
|
|
|
|
ya....keilmuannya dari jawa pak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|