CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

CIK YAH & CHE MAMAT

[Copy link]
Post time 14-4-2015 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
So sweet incik zhafran
Semoga dipermudahkan segala urusan majlis nnt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2015 04:22 PM | Show all posts
rasernya Muaz jadi duda balik kut
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 09:03 PM | Show all posts
binggoooooo
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 12:55 AM | Show all posts
tq inc aka arjuna....
nak lagi...
kene baca beberapa bab awal utk get refresh apa yg berlaku..hahahha

nah bunga...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 02:50 PM | Show all posts
Edited by greyiskelabu at 17-4-2015 02:52 PM

or zhafran kawin gak dengan dia..pastu zhafran pegi mana tah mati,
hhuhuhuhu so muaz pun jumpa balik bole kawin dah ...
hahahaha
please hero terakhir adalah muaz

*kita sibuk memandai mandai novel orang kan hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 03:40 PM | Show all posts
sbb title cik yah ngan cik mat, dan gelaran mamat tu dari nenek Muaz maaa... x rasa ni cite Zhafran sebagai lead..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2015 02:47 AM | Show all posts
kaka TT, jahat tak kalau cin suruh kaka dudakan si muaz itu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 09:02 AM | Show all posts
yipun_78 replied at 18-4-2015 03:40 PM
sbb title cik yah ngan cik mat, dan gelaran mamat tu dari nenek Muaz maaa... x rasa ni cite Zhafran  ...

setuju dgn yipun...
sejak azali aku suka Muaz...tetiba
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2015 01:19 PM | Show all posts
cindelira replied at 21-4-2015 02:47 AM
kaka TT, jahat tak kalau cin suruh kaka dudakan si muaz itu...

tak jahat
tapi kaka lagi jahat

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2015 01:20 PM | Show all posts
Ipo replied at 21-4-2015 09:02 AM
setuju dgn yipun...
sejak azali aku suka Muaz...tetiba

why?
apa yg best sgt?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2015 01:41 PM | Show all posts
Bab 29

Bibirnya  mengorak senyum tanpa sedar. Keletah dua anak kecil yang sedang bermain tepi kolam renang menggelikan hati. Alololo….Comel sangat dua beradik berambut kerinting hitam pekat dan berbikini pink main kejar kejar. Tak menang tangan pembantu berbangsa Filipina yang sedang mengawasi mereka. Azalea spontan meraba perutnya yang kempis. Huisshhh… sabar lah nokk. Belajar pun belum habis, dah gatal nak kahwin. Pastu gelojoh nak beranak pula. Dia membetulkan tudung yang di tiup bayu petang. Zhafran berpesan supaya menutup aurat setiap masa biarpun berada di balkoni rumah takut ada mata mata nakal yang mengintip. Zhafran ni memanglah…. Overprotective sangat! Berbanding dengan mak Arab yang berkulit putih mulus dan berbadan montok, siapa lah nak ushar Melayu jati macam aku. Tapi perintah suami mesti di patuhi.

“ Assalamualaikum” Lamunan nya di pangkas. Azalea segera masuk dan menarik tirai pintu gelangsar yang memisahkan balkoni dari bilik.

“ Waalaikumsalam. Awal you balik hari ni. ” Tangan Zhafran di kucup. Semalam pukul 7 baru suaminya pulang ke rumah tapi hari ini belum pukul 5 dah balik.

“ Asyik asyik you.. you…! Ingat suami awak spesis ikan yu?”

“Best apa ikan yu.  Ikan yang di geruni sampai orang buat movie. Sirip di buat sup pun sodap! Mahal pula tu” Azalea mengusik.

“ Nak kena tokak dengan ikan yu? “ acah Zhafran sambil menghampiri Azalea. Bau harum wangian sitrus menjengah hidung. Dari zaman university dulu citarasanya tak berubah.

“Seriously lah,  I kekok nak panggil you abang. We are the same age.” Itulah satu perintah yang Azalea susah turuti sejak mereka berkahwin.

“ Abang tua tujuh bulan okay. Masa Abang lahir Lea baru embryo. So , have some respect sweetheart. “ Pipi isterinya di cubit manja. Zhafran memang suami yang penyayang dan romantik. Azalea di selubungi rasa indah yang tidak pernah menjenguk masa perkahwinan pertama dulu. Entah macam mana nak kata, ada ketenangan tapi ada debar dan getar juga. Never a dull moment, kata orang putih. Dia tak pernah lupa mengucap syukur pada Allah kerana memberinya peluang kedua. Di sini dia melabuhkan sauh cinta dengan harapan inilah pelabuhan terakhir.

“ Nak minum teh atau solat dulu?” tanya Azalea walaupun dia tahu jawapan suaminya.

“ Asar dulu, jom.” Zhafran terus ke bilik air sementara Azalea membentang sejadah dan mengeluarkan kain pelikat dan baju Melayu. Dia sudah arif dengan tabiat dan kesukaan suami. Masa mula berkahwin dulu memanglah kekok. Mana dengan ego dan degil lagi. Tapi Zhafran pandai membentuk dirinya sekaligus mengemudi rumahtangga. Azalea senyum sambil memusing cincin nilam bertatah berlian di jari manisnya. Cincin pemberian Zhafran adalah cincin pusaka dari neneknya untuk cucu menantu pertama. Aww… so shweet! Pernikahannya tidak di hadiri keluarga, tapi  kedua pihak merestui. Kenduri pun di buat secara sederhana bersama rakan rakan pelajar di uruskan oleh Kak Yati dan Abang Azizi. Janji sah di sisi ugama. Cuma Kerina yang sedang bercuti di London jadi wakil dari Malaysia. Komen Kerina “ Kau dah rasa dua kali, aku sekali pun belum. “ Itu semua jodoh, babe.

Selesai Asar, mereka membaca al Quran sebanyak dua muka surat. Sedikit pun tak apa kata Zhafran, janji bacaan betul dan  istiqomah.  Malaikat akan masuk rumah di mana Al Quran di baca.

Untuk minum petang Azalea menghidang teh Earl Grey dan kek cokelat buatan sendiri. Masa yang terluang di gunakan untuk melayari internet dan mencuba resepi baru. Bukan banyak aktiviti yang dia boleh lakukan di Doha pun. Nak keluar tak ada gang. Rakan sekerja Zafran dari Malaysia rata rata bujang dan yang dah berkahwin pun tidak membawa isteri ke mari.

“ Mmm… sedap. Just nice, tak manis sangat. Lea dah boleh buka kafe kat Malaysia nanti” puji Zhafran sambil mengambil hirisan ketiga.

“ Haha… lawak lah ! Takkan boleh buka kafe kalau setakat reti masak chocolate cake saja. Mesti tak laku“

“ Tak apa, abang seorang saja jadi pelanggan eksklusif. Lea pakai pakaian waitress yang singkat warna hitam dengan apron putih. Layan abang sambil duduk atas riba” Zhafran mengenyit mata

“ Encik Ustaz dah mula lah gatal dia tu” Azalea mencemik

“ Gatal itu hukumnya harus bila dah kahwin. Lea buat apa lagi hari ni?”

“ Macam biasa lah. Buat assignment, baca buku, baca tafsir Quran,  kemas rumah, surf internet, tengok drama Korea online…”

“ Tak habis habis dengan drama Korea. Nanti kalau dapat anak mata sepet , siapa nak jawab?”

“ You kan ada Chinese blood belah nenek you. Apa nak risau kalau I terkenan Lee Dong Wook? Lagipun mana ada sepet, semua dah buat plastic surgery. Hensem banget.” balas Azalea sambil mengangkat ibu jari. Piring dan cawan kotor di angkut ke dapur. Zhafran mengemam bibir sambil mengikut langkah isterinya. Nakal ya…Cubitan hinggap di pinggul Azalea.

“ Hey..nasib tak  jatuh semua pinggan mangkuk! Abang ni!” Azalea membetulkan imbangan.

Zhafran tersenyum lebar. “ Nak kena cubit baru pandai panggil abang ya? Sejuknya telinga.”

“ Ooops! Mulut ni nak kena ” Azalea menampar bibir sendiri.

Hari hari bersama Azalea sentiasa ceria dan tak membosankan. Isterinya masih gadis yang dia jatuh cinta  di zaman kampus dulu. Cuma sekarang dia makin matang dan cantik. Rezeki…. rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeah... Akhirnya kawin jugak depa berdua ni... Congrats... Good job TT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2015 01:51 PM | Show all posts
Telefon bimbit Azalea yang di tinggal atas meja mula berdering. “ Pergilah jawab. Biar Abang basuh pinggan.”

Mak telefon? Selalunya ibunya jarang menelefon kecuali ada khabar  penting. Panggilan dari ibu terus di jawab. “ Assalamualaikum, mak”

“ Lea sihat? Lea masih di Doha? Zhafran okay?”

“ Ya Mak. Lea ada sini sampai  habis Spring break minggu depan. Zhafran sihat. Mak dengan Ayah sihat? Abang Ajib apa khabar?”

“ Alhamdulillah kita satu family semua sihat tapi Mak telefon ni nak cerita pasal Muaz.” Suara Datin Azwa tersekat

Muaz? Haish…apa pula cerita pakcik tu? Dapat anak? Kawin lagi sekali? ” Apa dia Mak?”

“ Ada berita sedih, rupanya Muaz mati lemas masa kapal cruise Singapore tenggelam dulu. Datuk dan Datin baru bagi tahu”

“ Innalillahi waina ilahirojiun” Hatinya merudum walaupun dia dengan Muaz sudah lama tak berhubung dan tiada sebarang ikatan. But he was someone I was married to, even though the marriage sucks! Azalea masih ingat berita tentang tragedi kapal di TV pada pagi hari yang sama dia bersetuju menikahi Zhafran. Mana boleh lupa tarikh keramat. Tarikh keramat bagi aku juga tarikh tragis untuk Muaz dan keluarganya. Kasihannya Datuk dan Datin… tak sangka Muaz pergi dalam keadaan begitu mengejutkan.

“ Waktu itu Datuk dengan Datin ada di US. Muaz naik cruise dengan Zahira dan tak bagi tahu sesiapa. Datin Sakinah jatuh sakit bila dapat berita. Dia dan Datuk depressed, lama juga tak nak jumpa orang. Lepas satu satu dugaan menimpa mereka. Itulah, duit banyak dugaan pun banyak. ”

“ Zahira pun lemas?”

“ A’ah. Yang sedihnya banyak mayat tak dapat di jumpa. Datuk dengan Datin terkilan sebab tak dapat tengok mayat Muaz. ”

“ Sedihnya,  sekejap saja perkahwinan Muaz dan Zahira. Tapi itulah yang di panggil cinta agung, hidup mati bersama.”

“ Lea jangan cakap macam tu depan Datin Sakinah. Nanti depress lagi sekali kalau dia dengar. Dia dengan Datuk salahkan Zahira sebab idea Zahira  pergi honeymoon naik cruise. “

“ Ajal Muaz dan Zahira dah tertulis. Tak boleh nak salahkan sesiapa.”

“ Mak tahu lah. Tapi seorang ibu mesti susah nak terima yang anak lelakinya mati begitu saja. Nasib baiklah Qayyum dah sihat dan mula bekerja dengan Datuk. “

“ Kalau mak jumpa Datuk dan Datin kirim salam takziah dari Lea.” Entah apa lagi yang boleh di ucapkan, Muaz dan keluarga dah lama “ jauh” dari hatinya. Memang sedih tapi tidak lah sampai tak lalu makan dan tak boleh tidur. Kering juga hati aku ni.

“ In syaa Allah. Lea jaga diri baik baik, jangan lawan cakap Zhafran. Belajar jadi isteri yang solehah.”

“ Ya lah… ya lah. Mak ni selalu sayang menantu lebih. Kecik hati anak Mak ni tau.  Lea rindu lah kat Mak , Ayah, Abang. Bila Mak dan Ayah nak datang melawat?”

“ Ayah tengah sibuk sekarang sebab tak lama lagi nak pencen. Tengoklah nanti kalau ada rezeki Mak dengan Ayah datang masa Lea graduate. Dah lah , dah lama dah Mak bercakap. Mak pun dah mengantuk. Kirim salam kat Zhafran. Lea jaga hati dia, makan minum dia. Bukan senang nak dapat suami macam tu. “

‘ Ya lah Mak.  Suami ku Encik Perfect 10.” Talian di matikan

Zhafran yang keluar dari dapur mengangkat kening dengan senyuman killer. Muka Azalea memerah.

“ Oh.. I am a perfect 10. Tak sangka Lea sanjung Abang sampai macam tu … “

“ Eleh… jangan nak perasan. Itu title novel yang jadi movie popular di Malaysia.” Cantas Azalea

“ Eleh… Tak payah lah nak malu malu dengan suami sendiri. Siapa call tadi?”  Dia menarik Azalea supaya duduk di sebelahnya. Di sebalik canda dan gurau dia dapat rasa isterinya di landa resah.

“ Mak. Bad news. Dia bagi tahu yang my ex husband and his wife dah meninggal”

“ Innalillahi wa inna ilahirojiun. Bila? “ Zhafran terkejut. Mana tak, dia ingat ingat lupa yang Azalea pernah berkahwin.

“ Dah tiga bulan lebih tapi Mak baru dapat tahu. Arwah berdua dalam cruise ship dari Singapore yang tenggelam bulan December lepas. Sedih kan? Baru lagi mereka kahwin.”

Tangan isterinya di genggam untuk memberi semangat. Zhafran meneka yang berita buruk itu pasti satu kejutan untuk Azalea. Bukan orang lain, bekas suami sendiri. “ Kita doakan moga roh mereka di tempatkan di kalangan para solehin. Ada ulama kata meninggal dalam tragedy di kira mati syahid. Wallahualam. ”

“ Masa kita kahwin dulu you selalu pesan jangan cakap pasal my past. Yang lepas jangan di kenang dan jangan di ungkit. Now my ex  is history.”

“ Jujur cakap, Abang rasa insecure juga walaupun tak pernah kenal siapa dia.Sekarang dia cuma tinggal kenangan. Abang dah tak payah risau kalau Lea jumpa semula dengan dia. ”

“ Itulah… Abang juga yang nak kawin dengan janda” Azalea menyiku Zhafran

“ Janda sangat lah awak tu. Bertuah abang…..” Ubun Azalea di kucup.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2015 01:52 PM | Show all posts

sorry team muaz
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 02:05 PM | Show all posts

Kak Juna...

Ini dah kira tamat ke camna?

Ke ada epilog 730 hari kemudian?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 02:07 PM | Show all posts
Edited by awanjingga at 21-4-2015 02:09 PM

yeahh Lea dgn Zhaf..syg kaka juna..


tapi betul ke Muaz dh arwah..mayatnya jumpa x?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2015 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Hehehe ... Alhamdulillah ... Panjang jodoh depa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2015 02:14 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 21-4-2015 02:05 PM
Kak Juna...

Ini dah kira tamat ke camna?


kalau ikut original story ada lagi sambungan tp sikit je lagi

tapi ni dah masuk Rejab, pastu Syaaban, Ramadhan
priority utk tambah ibadat
kalau ada masa terluang ada lah sambungan

or kalau nak senang... ni kira tamat
kalau rasa nak sambung kaka buat Part II - buka thread baru


Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 02:14 PM | Show all posts
ala...mayat Muaz tak jumpa..
nanti tiba2 Muaz muncul dan hilang ingatan...jeng jeng jeng
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2015 02:15 PM | Show all posts
awanjingga replied at 21-4-2015 02:07 PM
yeahh Lea dgn Zhaf..syg kaka juna..

kihkihkih.... muaz dah kena makan ikan yu kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.369905 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list