CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zidane_ziege

[Jenayah] Najib beli jet baru..Syukur..

 Close [Copy link]
Post time 19-3-2015 08:38 AM | Show all posts
Haku bersangka baik.

Najib beli guna duit sendiri.

Keturunan bangsawan yg kaya raya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2015 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
@lantana o8 xbrapa nak lepak sgt la bro..
Kuar pagi balik malam..kan keje keras tu utk pak jib ngn mak mah..klo xkeje keras,apa aku nk jawab dgn macai bila kne tnya "apa sumbangan ko pada negara??"..
Hah..soalan ni yg macai sllu tny..bila dh jwp diputarnya pula jwapan kawan..
Sy sayang jibbbyyyy....mmuaahh skitt...lanjioo
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
benaknya otak mahchai..senyum sinis je adik tengok
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 12:20 PM | Show all posts

Mabuk ketum dah masuk dalam jel
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 12:21 PM | Show all posts
tupaikuning replied at 19-3-2015 11:11 AM
@lantana o8 xbrapa nak lepak sgt la bro..
Kuar pagi balik malam..kan keje keras tu utk pak jib ngn  ...

tak perlu sayang sesiapa kita kerja kerana diri sendiri la.........
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 12:23 PM | Show all posts
nak tumpang naik..











angin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2015 12:58 PM | Show all posts
lantanao8 replied at 19-3-2015 12:20 PM
Mabuk ketum dah masuk dalam jel

Tak habis lagik mabuk ketum?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
@lantanao8 sbb kerja untuk diri la dismping scara xlnsung mnjadi produktiviti utk negara..tp bila mana pmerintah yg mmrintah scara xtelus,rakyat berhak bersuara..sebab rakyat dah jd struggle utk trus hidup..
Mcm2 cukai yg mmbebankan rkyat..klo cukai tu boleh tmbahkan produktif negara,rakyat akur klo pulangannya pd rakyat..
Sbb tu blandas balik pada sistem pmerintahan islam..cukai yg pelik2 ni smua sistem yahudi..jgn plak nnt ko ckp "klo cmt baik ko je jd PM"..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2015 02:41 PM | Show all posts
pasuoreng replied at 18-3-2015 03:22 PM
Erkk....nat kau bergasak dgn matderaman dgn ejalti?cik keputihan tak join?aiyokkk tu geng cemolot  ...

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mierafaziera replied at 19-3-2015 02:41 PM

Lalalalla...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 04:44 PM | Show all posts
EJALTI replied at 19-3-2015 12:58 PM
Tak habis lagik mabuk ketum?

belum....5 tahun lagi baru hilang mabuk
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 04:46 PM | Show all posts
tupaikuning replied at 19-3-2015 01:03 PM
@lantanao8 sbb kerja untuk diri la dismping scara xlnsung mnjadi produktiviti utk negara..tp bila ma ...

cakap memang senang ....... pakai mulut dgn gigi....itupun kalau ada gigi....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 04:47 PM | Show all posts
EJALTI replied at 19-3-2015 12:35 AM
Iols pulak risau pasal generasi akan dtg.....

Generasi skang pun dah susah 'nak bernafas', ba ...

risau kunun...................
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 05:03 PM | Show all posts
lantanao8 replied at 19-3-2015 04:44 PM
belum....5 tahun lagi baru hilang mabuk

Sila tambah lagik dose ketum.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 05:04 PM | Show all posts
lantanao8 replied at 19-3-2015 04:47 PM
risau kunun...................

tak hilang mabuk ketum lagik?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
@lantana08 ckp senang pakai mulut ngn gg tu. .Ayat tu sesuai utk lu bro..kih kih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2015 09:12 PM | Show all posts
Sekadar copy paste dari page-1 posting 50#

DrMAZA.com

CUKAI DAN 'ULAMA CUKAI'.

Pada Jun 2008 semasa saya menjadi Mufti Perlis kali pertama, saya menulis sebuah artikel berjudul AGAMA BUKAN CANDU UNTUK MENGKHAYALKAN ORANG MISKIN. Artikel turut disiarkan oleh Akbar Utusan Malaysia pada masa itu. Artikel ini merujuk kepada isu harga minyak melambung naik pada zaman itu. Pihak kerajaan berkempen agar rakyat berjimat cermat dan ‘mengubah gaya hidup’. Golongan agama juga digunakan untuk berkempen. Kenaikan harga minyak secara mendadak yang dilakukan oleh pihak kerajaan ketika itu amat membebankan lapisan masyarakat yang berpendapatan rendah. Berikut beberapa potongan dari artikel berkenaan;

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi r.h (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad. Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Teladan Saidina ‘Umar

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Alangkah Buruknya..

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini. Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa. Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 09:28 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 19-3-2015 05:12 PM
Sekadar copy paste dari page-1 posting 50#


Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini. Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa. Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.






  Kalau MAZA ni bukan mufti, agaknya dah kena gam by JAKIM..  wallahu'alam.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 10:05 PM | Show all posts
kelana36 replied at 19-3-2015 09:28 PM
Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau ment ...

Sebab dia tau rezeki bukan datang dari umno, tu pasai dia berani.

Ada tak yang berani menyanggah apa yang Maza tulis dlm artikel tu?
Sebab cerita tu betul-betul tepat kena batang hidung.

Berwasatiyyah kehulu wasatiyyah kehilir.... tapi protokol bersifat membazir tetap jalan jugak. Syukurlah mesia masih aman.


Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 10:05 PM | Show all posts
Apasal nak berahsia rahsia kalau nak beli jet negara ?  
Sepatut nya mesti nak maklum pada rakyat melalui parlimen kalau nak keluar duit benda2 cam ni. Jadi boleh bahas sapa middleman, sapa broker, untung rugi beli jet baru.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.268981 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list