CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] Forum Nothing To Hide DIBATALKAN!Penganjur dakwa salah peg. pm)!#466

[Copy link]
Post time 6-6-2015 09:13 AM | Show all posts
lonely_surina replied at 5-6-2015 07:09 PM
rasanya da smp masa dsai dibebaskan dari penjara dan berganding bahu dgn kj bakal pm malaysia bertra ...

Anwar hahahaha lagi lah hampas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2015 10:17 AM | Show all posts
Don't judge by what they say, judge by what they had done...
see Malaysia decades back? KLCC, Komanwel, Proton, Putrajaya, Le Tour,...
and now? GST, missing airplanes, corruption, ISIS,...

These r what outsider/ foreigners view Malaysia... Now is perception generation with all social media on fingertips..
So if not Che Det reveal all those power abuse then, would we still listen to nobody? - for those who said both Che Det & Najib r not any good. Think those people can manage Malaysia better?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 10:35 AM | Show all posts

syok pulak tengok gambar gambar ni



At least polis mukanya manis masa mintak TDM turun pentas

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 10:37 AM | Show all posts
Dialog Idea Kurang Bijak - Salleh Said
Diterbitkan: Sabtu, 6 Jun 2015 7:35 AM

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, dialog yang dirancang tetapi akhirnya dibatalkan pada Jumaat, antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menampilkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ialah idea yang kurang bijak.

Menulis dalam blognya, bekas ketua mnteri Sabah itu berkata tiada siapapun berminat mengenai apa yang Perdana Menteri hendak katakan.

Sebaliknya, mereka mahukan Najib dan Dr Mahathir terlibat dalam perdebatan. Salleh berkata, beliau sebenarnya lega acara itu dibatalkan.

Dialog sepatutnya bermula pada 10 pagi, di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tetapi dibatalkan atas arahan polis untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam.

Pejabat Perdana Menteri mengumumkan bahawa Najib tidak menghadiri program dialog itu kerana faktor keselamatan atas nasihat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu B
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 10:38 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 6-6-2015 10:35 AM
syok pulak tengok gambar gambar ni






Gaya Superstar pulak I tengok.... superstar umo 90 tahun



Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 10:40 AM | Show all posts
ice_sky92 replied at 5-6-2015 06:10 PM
Najib PM paling bodoh. Shame on you Najib. Satu Malaysia menyumpah harini di media sosial

Siapa pun tak mau kawan dgn Maslan 3.85





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2015 10:43 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 6-6-2015 10:40 AM
Siapa pun tak mau kawan dgn Maslan 3.85




Untuk peminat Siti Nurhaliza...



Semua gambar ni i ambik dari blog   jinggo-photopages.blogspot

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 10:44 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 6-6-2015 10:40 AM
Siapa pun tak mau kawan dgn Maslan 3.85

Hahaha. Kesian dia keseorangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2015 11:02 AM | Show all posts
Awal2x ckp demi ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat.. lepas tuh ckp sbb keselamatan PM and unsur rusuh....boleh pg dah. penipu temberang
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 11:22 AM | Show all posts
Edited by Syd at 6-6-2015 11:25 AM
scorpionkiki replied at 6-6-2015 10:43 AM
Untuk peminat Siti Nurhaliza...




Kelab Che Det with Mat Jamal and 9 others

Setelah Tun menunggu Najib Razak 2 jam.. Ini adalah ucapan yang sempat Tun ucap dalam masa kurang 10 minit:


"....Bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat apa sebenarnya yang telah berlaku dan kenapa saya mengambil keputusan untuk tidak lagi menyokong DS Najib walaupun dia adalah anak Tun Razak yang menjadi idola saya dahulu yang menyebabkan saya dapat jadi PM. Saya amat terhutang budi pada Tun Razak. Sebab itu saya hendak DS Najib meneruskan perjuangan Tun Razak. Sebab itu saya sokong DS Najib.

Tetapi saya dapati banyak dasar-dasarnya tidak membawa kebaikan kepada negara. Dia terlalu tunduk kepada Singapura. Dia terlalu tunduk kepada Amerika. Sehingga nak buat keretapi di negara sendiri pun dia bertanya kepada PM Singapura. Bolehkah saya buat keretapi laju di negara sendiri? Dia bagitahu tak boleh. Jadi DS Najib sendiri pun tak bolehlah... pasal PM Singapura tak setuju.

Jadi apakah negara kita ini sudah merdeka? Atau kita masih dijajah. Ternampak bagi saya seolah-olah negara kita masih dijajah. Banyak sudah rancangan dan polisi lama yang dibatalkan dan digantikan dengan dasar-dasar baru ciptaannya sendiri yang saya tak bersetuju. Namun saya tahan hati. Saya beritahu kepada diri saya, saya bukan PM. Masa saya sudah habis. Ini masa DS Najib dan saya tak patut ganggu. Saya bertahan lama.

Tetapi apabila kehilangan wang berbillion ringgit. Saya dapati ini tak boleh dibenarkan kerana perbuatan ini dibuat secara sulit. Tidak diberitahu kepada rakyat dan tak diberitahu kepada kabinet pun. Saya ingin menceritakan daripada mula, diwaktu mana cadangan dibuat, dimana duit minyak Terengganu mahu digunakan untuk pelaburan. Dan ditubuhlah satu badan pelaburan TIA, Terengganu Investment Authority. Tetapi walaupun ia milik Terengganu tetapi negeri itu sendiri tak berkuasa atas pengurusan wang tersebut.

Segala pengurusnya dilantik oleh DS Najib. Saya bermula pendapat bahawa ini adalah cadangan yang baik. Seperti Kuwait dulu boleh melabur. Dan menjadi lebih kaya. Tetapi saya dapati pengurusannya tidak seperti yang dikehendaki. Yang pertamanya, telaga minyak Terengganu mahu digadai nak dijadi collateral untuk pinjaman wang. Ini telaga minyak Terengganu adalah milik Terengganu dan telaga minyak milik negara. Kita tak boleh gadai semudahnya. Zaman dulu kita biasa gadai tanah untuk nak dapat bantuan daripada British. Bagi Pulau Pinang, bagi Singapura pada orang. Ini nak digadai harta kita kepada orang dan dibuat pula tanpa tanya orang negeri Terengganu.

Saya diberitahu bahawa tiba-tiba cadangan dibuat untuk pinjam sebanyak 5 billion Ringgit dengan cagaran telaga-telaga minyak Terengganu. Pihak Istana tidak setuju dan disuruh supaya pinjaman ini ditangguhkan tetapi DS Najib teruskan juga sebab itu Terengganu asingkan diri daripada perkara ini. Pada masa itu pun sudah ada Jho Low menghasut sana sini supaya diadakan pelaburan........ (Polis memberitahu Tun arahan telah dibuat supaya Tun diberhentikan dari berucap)"






Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 11:25 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 6-6-2015 10:38 AM
Gaya Superstar pulak I tengok.... superstar umo 90 tahun




Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 11:26 AM | Show all posts
Syd replied at 6-6-2015 11:22 AM
Kelab Che Det with Mat Jamal and 9 others
Setelah Tun menunggu Najib Razak 2 jam.. Ini adal ...


Dlm berapa minit tu pun kita tau perkara baru.... kalau lama lagi dia cakap...Tu yg polis takut  kot

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 11:27 AM | Show all posts
tun det kena usaha lebih kuat skit lagi..
dia kena tebus balik dosa2 beliau yang pilih si malaun jibby tu jadik PM

itu lebih diingat orang...
cukup2 laa nanti dalam sejarah malaya yang puluh ratus tahun akan datang
orang dok ckp jibby tu tak bertulur

biar terselit sekali kisah...tun det tebus dosa dia sbb tersalah pilih transgender jadik PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 11:29 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 6-6-2015 11:26 AM
Dlm berapa minit tu pun kita tau perkara baru.... kalau lama lagi dia cakap...Tu yg poli ...

khenz?

alasan polis?

tun det takde permit nak berceramah..., perhimpunan haram

padahal tun det dah selamatkan skit muka transgender sorang tuh

dari majlis tu takde apa2, tun det dah kasik tau benda2 baru...

so takde laa kosong je orang balik

harap maslan 385 amek iktibar jugak
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 6-6-2015 10:43 AM
Untuk peminat Siti Nurhaliza...



Yg kiri sekali tu kembar dato k ke....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 6-6-2015 06:29 AM
And you rasa kalau ada dia still dok simpan lagi?   Come on ... TDM buat musuh dgn semua ex pm dan ...

Aku sependapat ngan ko... punyalah tun ni banyak musuh banyak dosa banyak songlap bsnyak rasuah banyak kroni tapi setakat tu je la yg boleh yg diratibkan... oku ke musuh2 tun?  Takde upaya nak selongkar habis2an bagi bogel org tua tu?  Dulu ye lah dia brrkuasa sekarang dia dsh tskde kuasa... nak bercakap pun dihalang... dia datang majlis org pun dihalau balik.. kat mana masalahnya utk mendedahkan semua salahlaku dia sekarang?   Tak main la stakat berdegung degang degung degang bukti tarak... degung degang degung tindakan tadak...

dakwa je la dia, biar dia mereput sekali ngan aljuburi dlm jail... pastu takkan dia buat taik sorang2 ?  Heret semua masuk penjara... kalau khir tempe boleh dibuktikan salahlaku, apa ke susah sangat nak cari bukti salahlaku tun?   Berpuluh tahun dah aku dengar citer ni sekor pun takleh nak dakwa dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2015 11:56 AM | Show all posts

Harga sebuah kekejaman di PWTC, episod malang Tun Mahathir dihalang berucap dan arah keluar dari bangunan yang diasaskan oleh beliau sendiri..

Tanggal 05 Jun 2015, tercatat satu lagi Sejarah buat negara apabila bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dinafikan hak untuk berucap di hadapan khalayak di PWTC.

Alasan penafian hak beliau yang diberikan oleh Ketua Polis Negara, amat tidak munasabah malah seakan orang “hilang akal”. Beliau mengatakan bahawa PWTC tempat yang selama ini menjadi maruah dan martabat UMNO Barisan Nasional tidak selamat jika dialog Tun Mahathir dengan Perdana Menteri terus diadakan,malah dikhuatiri menggugat keamanan dan ketenteraman rakyat Malaysia.

Ini jelas bercanggah dengan dasar Perlembagaan Malaysia yang tercatat dalam Perkara 10 yang menyokong prinsip demokrasi iaitu, setiap warganegara mempunyai hak bersuara serta bebas mengeluarkan fikiran.

Peristiwa yang melukakan prinsip keadilan telah banyak menimbulkan spekulasi dalam kalangan para pengamal media dan rakyat Malaysia.

Persoalannya kini, mengapa Perdana Menteri takut berhadapan dengan Tun Mahathir? Apakah ini angkara seseorang yang tidak membenarkan atau takut pecah tembelang? Sungguh memalukan apabila seorang Perdana Menteri mendiamkan diri daripada menjawab tentang kontroversi skandal 1MDB yang melanda beliau.

Lebih mengejutkan apabila Ketua Polis Negara yang seharusnya memberi kerjasama dan memastikan supaya sesi dialog tersebut berjalan dengan lancar, tetapi sebaliknya mengarahkan anak-anak buahnya untuk bertindak melampaui batas dengan merampas mikrofon dan mengarahkan Tun Mahathir keluar dari dewan.

Sebagai anak muda yang mengikuti perjalanan politik Malaysia sejak zaman persekolahan lagi, saya merupakan serpihan kezaliman zaman Mahathirisme. Saya mengikuti perkembangan Tun Mahathir, dan adalah amat sukar untuk saya lupakan doa Almarhum Ustaz Fadzil Noor, yang mendoakan agar Tun Mahathir dipanjangkan umur bagi menyaksikan sendiri kerosakkan UMNO dan negara akibat kesan daripada pentadbiran diktatornya selama 22 tahun.

Rakyat tidak sepatutnya lupa akan Sejarah surat Tun Mahathir terhadap Tuanku Abdul Rahman yang jelas memusnahkan seluruh pengorbanan Tuanku terhadap bangsa dan negara sejak 58 tahun yang lalu. Menurut Tuanku, akibat dari penyebaran surat itu telah menyebabkan berlakunya tunjuk perasaan menentang beliau di Universiti Malaya,Kolej Islam dan Institut Teknologi Mara.

Atas dasar inilah yang mendorong Tuanku memberikan kata dua kepada UMNO sama ada untuk memilih beliau ataupun Tun Mahathir. Tuanku juga pernah meluahkan perasaan marah beliau terhadap Tun Mahathir dalam akhbar Mingguan Malaysia 20 Julai 1969 yang berbunyi “…surat Dr Mahathir telah memusnahkan seluruh perjuangan saya terhadap negara dan bangsa selama 17 tahun…”.

Kekejaman dan kezaliman era Mahathirisme, berterusan sehingga menuduh bekas Menteri Kewangan dan kini Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, bahawa beliau terlibat dalam skandal politik wang semasa pemilihan UMNO tahun 1987.

Ketika itu Ku Li menentang Tun Mahathir bagi jawatan Presiden tetapi tewas tipis dan ini memaksa beliau keluar dari UMNO lalu menubuhkan Semangat 46. Ku Li juga turut menjelaskan bahawa tulisan Dr Mahathir dalam “Memoir of Tun Dr Mahathir Mohamad” merupakan “pembohongan politik”. Beliau mengaitkan nasib mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mantan Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim seolah-olah yang baik itu datang dari Mahathir dan yang buruk itu datang dari pihak yang tidak bersependapat dengan beliau.

Tun Mahathir sedar bahawa penganti beliau tidak mampu memperbetulkan keadaan yang telah wujud semasa era Mahathirisme. Maka, beliau dengan bijak meletakan jawatan, tepat pada masa, supaya dapat mengelakkan diri beliau daripada kontroversi kronisme seperti yang dialami oleh Pak Lah dan kini, Dato Seri Najib Razak.

Setiap individu yang menghalang kemaraan Tun Mahathir akan mendapat ganjaran seperti yang dialami oleh Tuanku Abdul Rahman, Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Ghafar Baba, Tun Musa Hitam, Tun Salleh Abbas sehingga Dato Seri Anwar Ibrahim.

Kasus insiden kontroversi Tun Mahathir dalam tragedi pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan tindakan yang paling mengaibkan malah tindakan ini telah memberikan kejutan kepada hampir seluruh rakyat Malaysia. Tun Mahathir telah mengukir Sejarah dunia dengan menjatuhkan musuh politik beliau dengan cara yang teramat keji iaitu kes konspirasi dan fitnah politik – liwat. Didikan dan asuhan Tun Mahathir digunakan sebaik mungkin oleh pewarisnya melalui konspirasi dan fitnah Liwat 2.0.

Semasa era Mahathirisme, Tun Mahathir, telah mengorbankan dan mengadaikan prinsip demokrasi. Beliau telah mewariskan barisan kepimpinan yang korup dan bobrok di mana pentadbiran berasaskan semangat demokrasi telah runtuh dan terkorban. Segala institusi dalam negara menjadi caca merba. Dari institusi Kehakiman, Perundangan, PDRM, SPRM, SPR dan banyak lagi yang telah diranapkan semasa zaman Mahathirisme.

Hari ini, insiden mengaibkan Tun Mahathir, yang dilakukan oleh pewarisnya sendiri, sepatutnya membuatkan beliau sedar dan bertaubat semasa dan selagi beliau masih mempunyai peluang dan ruang untuk berbuat demikian. Ini adalah harga sebuah kekejaman yang sedang dibayar oleh Tun Mahathir.

Taubat ATAU terus membayar harga sebuah kekejaman!!!

Salam Reformasi.
YB Manivanan Gowin
Ahli Parlimen Kapar
MPP Parti Keadilan Rakyat


Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kadiology replied at 6-6-2015 06:52 AM
Kalau TunM ada banyak baggage nak sorok, dia tak akan resign secara sukarela walau pun waktu itu tia ...

Stuju sgt.... sbb tu aku ignore jah bila baca pasal tun gitu tun gini.... semuanya ratib mulut ke mulut.... sapa2 boleh cakap apa saja kalo benda tu tak perlu dibuktikan...apalagi yg bercakap tu pun makluk2 yg pekertinya sendiri pun ke laut... yg dengan mata kasar pun boleh lihat pekerti tun jauh lebih baik, lebih berkredibiliti, lebih layak utk dihormati....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 12:20 PM | Show all posts

rasenya gamba 1st tu bukan tahun 1998 sbb ada chua jui meng?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 6-6-2015 11:56 AM
Harga sebuah kekejaman di PWTC, episod malang Tun Mahathir dihalang berucap dan arah keluar dari b ...

Ini contoh yg aku msksudkan.... prrbandingan pekertii... antara tunku dsn tun?  Sahih2 la aku tak kisah dengan surat tun kat tunku... tengok pekerti pun aku pilih tun... ..tunku complete pakej... dgn judi dgn pompuan dgn lumba kuda... semua ada...

tun dgn musa hitam?  Sama jugak tun jauh lebih baik so wat apa nak caya kat yg kurang baik...musa hitam ni idop pun csra omputeh... bini2 pun lepas omputeh cina... takdenya nak pandang melayu...

tun ngan anwar.. yg ni aku tak citer pun takpe... memsng tak terbanding pun pekerti dia ngan tun...

penulis ni idop zaman kezaliman era tun... tun wat apa kat dia yg zalim sgt tu?  Aku pun hidup zamsn tun... apa yg aku rasa di zaman tun 360 degree berbeza dgn apa yg mamat ni cakap... so apsal nak gunapakai penilaian dia sedang aku ada pengalaman sendiri... mamat ni mungkin kena gigit kote kat tun... itu kes terpencil baik dia gi face to face ngan tun tanya tun apsal gigit kote dia... tak perlu wat karangan pasal kezaliman tun sbb tulis surat ke tunku... kezaliman tun sack sl juburi... tak zalim langsung bagi aku....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.747377 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list