era.fm
Apa Nora Danish Buat Dengan Burung Hantu?
Oleh Ina Mohd. Sumber Instagram ND
Apa agaknya pelakon comel ini buat dengan burung hantu? Siap bertudung lagi. Jangan salah faham. Nora Danish telah melancarkan shawl yang diberi nama Owl by Nora Danish. Apa yang menariknya Nora memilih fabrik untuk tudungnya itu di Jakel,Shah Alam yang sememangnya ramai yang tahu kualiti di sana. Nora mengambil inspirasi burung hantu dalam menghasilkan koleksi tersebut itu.
Semalam debaran yang dirasai oleh Nora itu selesai. Ini kerana terlancarlah sudah jenama shawl Nora sendiri yang selama ini dinantikan oleh peminat. Agak-agaknya nanti adakah Nora bertudung juga? Itu anda kena tanya Nora sendiri, ya. Selain daripada shawl, Nora turut menghasilkan jubah untuk diperagakan buat penggemar jubah. Nampak gayanya Nora melangkah lebih jauh dengan terhasil rekaan jenamanya sendiri ini.
Pada majlis pelancaran tersebut, ramai juga kenalan rapat yang hadir bagi memeriahkan majlis. Antaranya bekas kekasih Nora iaitu Nedim Nazri turut kelihatan serta nenek kepada Rayqal turut memberi sokongan. Majlis turut dimeriakan dengan persembahan daripada Alyah dan Fynn Jamal.
Dalam keadaan gementar, sempat lagi Nora merakamkan bersama burung hantu yang diberi gelaran Bobo. Harapan Nora agar koleksi tudungnya ini akan diterima dan disukai ramai. Kalau anda di luar sana penggemar dan pengumpul tudung boleh dapatkan segera tudung jenama Owl by Nora Danish di pasaran.
|