CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: reeny

Pantun Apa Saja - 4 Rangkap

[Copy link]
Post time 15-6-2016 10:04 AM | Show all posts
terbang tinggi si burung helang
lalu hinggap di pohon turi
sudah lama @intan_smsb menghilang
marilah segera munculkan diri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2016 10:33 AM | Show all posts
Ipo replied at 14-6-2016 02:50 PM
Anak Pak Ali sakit disebat
Disebat kerana mencuri angsa
Kalau sukar mencari nekbat

menonton pertandingan tarik tali
acara yang sihat jadikan hobi
kelihatan sira Ipo lazat sekali
pernah tak membuat sira ubi?

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 10:37 AM | Show all posts
ipes2 replied at 14-6-2016 11:36 PM
anak gembala anak tani
walau berbeza namun sejiwa
gemar saya pada nekbat ni

Dari KB ke Tumpat
Singgah di Pasir Mas menjamu selera
Memang sedaplah nekbat
Tapi apa itu jelira?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 10:38 AM | Show all posts
reeny replied at 13-6-2016 09:49 AM
Membeli perabut di gedung Ikea
perabut dibeli sempena raya
awal berpantun memang kurang idea

cuba memahami masalah rakan
sebagai cara eratkan persahabatan
terima kasih mod beri galakan
harap idea sentiasa bercurahan
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 10:40 AM | Show all posts
reeny replied at 15-6-2016 07:56 AM
anak itik terkedik-kedik
anak ayam makan dedak
ipo banyak tau makanan pelik



Daun mengkuang dilayur-layur
Nenek Ton sibuk menyulam
Buah beko tu sejenis sayur
Boleh dibuat kerabu dan juga ulam

ni linknya utk kisah beko

http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 10:40 AM | Show all posts
anniez08 replied at 12-6-2016 11:37 PM
memancing ikan guna joran
joran tersangkut dalam sawah
walaupun kata buk ...

bulan puasa banyakkan berzikir
jangan asyik ternampak bantal
nak buat pantun lama memikir
kadang menggaru kepala tak gatal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2016 10:41 AM | Show all posts
bianglala replied at 15-6-2016 09:33 AM
menonton pertandingan tarik tali
acara yang sihat jadikan hobi
kelihatan sira Ipo lazat sekali


Ubi keledak dan ubi keladi
Sedap dimasak enak dimakan
Pernah juga buat sira ubi
rasanya pun sedap sakan
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 10:44 AM | Show all posts
Ipo replied at 14-6-2016 11:03 AM
Pak Abu gelak sakan
tengok kartun upin ipin bermain guli
Kalau tak pernah makan

Pergi membeli di Pasaraya Sakan
MEmbeli baju dan juga seluar
Memanglah tak sanggup nak makan
Kalau makan mesti muntah keluar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2016 10:45 AM | Show all posts
awanjingga replied at 12-6-2016 12:17 PM
Jalan sehala sebelah kiri
Peluh merenik haluan salah
Bianglala hanya merendah diri

bulan ramadan bulan berniaga
berniaga ikan rebus di dalam raga
apa kurangnya cik awanjingga
pandai berpantun bermadah pujangga



Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 11:11 AM | Show all posts
NaylaArisha replied at 15-6-2016 09:44 AM
Pergi membeli di Pasaraya Sakan
MEmbeli baju dan juga seluar
Memanglah tak sanggup nak makan



Baca pantun Nay ni kan
teringat kat sedara yang tanya
Bukan apa, saja tipu kata itu ikan
sekali dia ratah habis, sedap katanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2016 11:15 AM | Show all posts
anniez08 replied at 15-6-2016 09:51 AM
pakai baju fesyen bertali
corak pula kotak-kotak
kak reen pagi ni sejuk sekali

budak-budak bermain kotak
kotak disimpian di dalam peti
kat sini hujan, tidak mendung pun tidak
langit cerah seceria hati

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2016 11:18 AM | Show all posts
anniez08 replied at 15-6-2016 10:04 AM
terbang tinggi si burung helang
lalu hinggap di pohon turi
sudah lama @intan_smsb menghilang

musim hujan pakai stoking
stoking dibeli di Kota Raya
@intan_smsb mungkin sibuk membaking
atau pun sedang membakar biskut raya

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 11:22 AM | Show all posts
reeny replied at 14-6-2016 01:49 PM
duduk bersimpuh penuh santun
rambut dihias bunga melati
Silakan Nay berjual pantun

Rambut bersanggul selendang merah
memakai pulak baju kebaya
Ada masa Nay mencelah
menambah rakan di alam maya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2016 11:25 AM | Show all posts
bianglala replied at 15-6-2016 10:38 AM
cuba memahami masalah rakan
sebagai cara eratkan persahabatan
terima kasih mod beri galakan

pergi ke kedai membeli buah pala
dalam bakul seikat petai
terima kasih kembali wahai bianglala
pastinya lebih ramai lebih meriah, aramaitai

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2016 11:31 AM | Show all posts
Ipo replied at 15-6-2016 10:40 AM
Daun mengkuang dilayur-layur
Nenek Ton sibuk menyulam
Buah beko tu sejenis sayur

hentak kaki, lantai bergegar
di beranda ampaian kain
pokok beko tak pernah dengar
dipanggil bonglai di tempat lain

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2016 11:33 AM | Show all posts
NaylaArisha replied at 15-6-2016 11:22 AM
Rambut bersanggul selendang merah
memakai pulak baju kebaya
Ada masa Nay mencelah

makan roti disapu kaya
ada yang suka marjerin dan gula
menambah rakan di alam maya
ada masa kita berwasap pula

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2016 11:38 AM | Show all posts
ipes2 replied at 14-6-2016 11:43 PM
ketupat pulut ketupat inti
dibungkus dalam daun palas
berpantun ini menyambung tradisi


Berbaju baru kebaya Nyonya
Untuk dipakai main rebana
Boleh Nay hendak bertanya
Tahun ini raya kat mana
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 12:29 PM | Show all posts
Ipo replied at 15-6-2016 11:11 AM
Baca pantun Nay ni kan
teringat kat sedara yang tanya
Bukan apa, saja tipu kata itu ikan


Meriah rumah kerlipan cahaya
mercun berbunyi Cik Ton melatah
Macam mana boleh percaya

Sampai licin jugak diratah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 12:33 PM | Show all posts
reeny replied at 15-6-2016 11:33 AM
makan roti disapu kaya
ada yang suka marjerin dan gula
menambah rakan di alam maya


Sedap sungguh buah Zaitun
Boleh pulak dibuat minyak
Jenuh memikir nak balas pantun
asyik berfikir bagai nak rak
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 12:34 PM | Show all posts
bianglala replied at 15-6-2016 10:45 AM
bulan ramadan bulan berniaga
berniaga ikan rebus di dalam raga
apa kurangnya cik awanjingga

jalan kaki sambil menyanyi
lagu rakyat layan sahaja
hajat hati jadi sasterawati
sayangnya bakat tiada pula
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.668324 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list