CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MizzNaza

Cerita Ain [OFF] & Throwback TT Kedaung [UPDATED 6/9/2016 #551]

[Copy link]
 Author| Post time 3-8-2016 06:52 PM | Show all posts
antara replied at 3-8-2016 03:19 PM
aku ada kawan yang macam ni...
tapi dia tak kuat act..jantung berlubang...
kalau dia scan kadang ...

ic.. kesiannya kawan kau tuh. sebab keja2 scan nih memang memenatkan
kadang2 Lin pon dapat tempias jugak dengan sihir orang yang discan
sampai nak muntah pon ada
dah la dia sendiri pon nak membanteras kejadian sihir atas diri sendiri lagi
dengan anaknya lagi
hahaah tapi kes kau dengan mak tu, aku tunggu dengar je esok lusa dia dengan anak dia pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2016 06:55 PM | Show all posts
ainsinchan replied at 3-8-2016 12:28 PM
wa..abis gak marathon citer tt ni. seram kelakar..tp still seram...meremang n terbayang2 gak r.

huuuu yang belah tuan tanah kedaung nih sambil menaip sambil mata jeling ke bilik belakang nih wei
huuuuuuu *lap peluh*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2016 06:57 PM | Show all posts
lyza2474 replied at 3-8-2016 02:02 PM
Baca cerita TT mcm baca novel.....  rasa mcm nampak kat mata ape berlaku... mcm tengok tv.. sape bac ...

ehh iye ke?
ada harapan la nih nak tulis novel percintaang hewheww
untong2 jadi drama kul 7 kan?
hehhe thanks kerana follow cerita tuan tanah kedaung yea
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 09:06 AM | Show all posts
MizzNaza replied at 3-8-2016 06:52 PM
ic.. kesiannya kawan kau tuh. sebab keja2 scan nih memang memenatkan
kadang2 Lin pon dapat tempia ...

tapi mak aku kata...
aku dengan adik lelaki sulung aku ni gerak hati kuat...
macam...ada sikit kebolehan dia la..
dalam membaca orang gitu...
tapi scan2 ni tak pandai lagi...yela..agaknya kadang solat pun rongak
garang pun agak mewarisi mak aku...hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 10:03 AM | Show all posts
MizzNaza replied at 3-8-2016 06:55 PM
huuuu yang belah tuan tanah kedaung nih sambil menaip sambil mata jeling ke bilik belakang nih wei ...

jgn muncul udah...hahaha...rasa boleh tahan lg..kt ofis ni pun mcm2 gak..tp bru rasa..penmpakan belum ada lg, minta dijauhkan

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 12:07 PM | Show all posts
ari ni x der update ke nok? ketagih air ketum dah nih dengan citer seram ko...
hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-8-2016 12:57 PM | Show all posts
ainsinchan replied at 4-8-2016 10:03 AM
jgn muncul udah...hahaha...rasa boleh tahan lg..kt ofis ni pun mcm2 gak..tp bru rasa..penmpakan be ...

eii eii nauzubillah sangat! jangan jangan kau terburu-buru!
dah la kije sorang je minggu nih huhu si Ain cuti konvo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2016 12:58 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 4-8-2016 12:07 PM
ari ni x der update ke nok? ketagih air ketum dah nih dengan citer seram ko...
hahaha

amboiii tahap ketum katakau!
lek lek tengah nak taip le nih
kosser aku nak layan meeting nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2016 01:16 PM | Show all posts
Kaka, jemput mkn. Nk update jugak cerita uols.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 01:24 PM | Show all posts
Ipo replied at 1-8-2016 06:00 PM
oh ya ke?
kiranya ular ni tak berani dekat dgn pokok limau purut ni ya?
pokok limau nipis kirany ...

ya Allahhhh
buntang bijik mate teman membacenyaaa
buleh x perasan ular..
naik naik segala vulu teman membayangkan kejadian ituuu
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 01:26 PM | Show all posts
Ipo replied at 1-8-2016 06:07 PM
ada lagi citer pasal ular ni

rumah aku dengan rumah sepupu aku sebelah menye ...

Allahukabar!!!
x tau nak kesian ke nak gelak nie...
tapi mcm nak gelak jee... hahahah

maaf ye.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2016 01:51 PM | Show all posts
Cerita 5

Kejadian-kejadian dalam cerita nih berlaku time aku form 3. Awal tahun tu abang besar aku sampai jugak jodohnya mendirikan rumahtangga. Jadi kak ipar tu pun ikut berpindah masuklah ke rumah weols. Rasa happy sangat sebab akhirnya aku merasa dapat kakak figure dalam rumah ni, selama nih aku kesunyian sebab kakak2 sendiri semua dah keja di KL dan beranak pinak berkeluarga semuanya. Balik pon time raya jah. Kalau tak, aku mengadap jelah mummy dan kegarangannya itu. Not fun ok

Jadi boleh dikatakan suatu peristiwa besar jugaklah ke atas family weols sebab selama nih rasa entah bila la nak kena menunggu abang aku nih nak kawen. dah lama tak mengasuh budak kecik dalam rumah nih selepas kakak2 aku dah beranak sorang demi sorang, tahun demi tahun. Kegembiraan tu lagi lah bertambah sebab orang baru masuk family dan tinggal bersama-sama weols nih kan. So aku dan abang besar pon bertukar bilik. Dia ambil alih bilik aku sebab ada katil queen size dan aku ambil alih bilik bujang dia yang memang cute2 jah size keluasannya. Bilik bujang abang besar nih jugak ada tingkap jendela dan tak bergrill pun. Aku syak dia mesti biasa panjat ke bumbung nih sambil isap rokok layan termenung tengok langit. Bilik lama aku tuh pulak menghadap ke arah belakang rumah, view pon ke arah pokok2 besar yang dahan berjuntaian tuh. Tapi dua bilik nih berjiran dinding je sebenarnya.

Tiap hari minggu jadual diorang laki bini pengantin baru ni akan balik ke rumah keluarga kakak ipar yang jaraknya cuma 15-20 minit driving. Hari weekdays memang duk rumah kitorang. Pandai2 la kau kak mengadap ibu mertua garang tuh tapi dia pandai.. pandai masak. Jadi mummy pon adalah geng di dapur hari2 dah tak sunyi dah ataupun tunggu aku balik sekolah semata2 nak bergaduh

Mula-mula kakak ipar masuk rumah tu, aku dah terperasan dia ada pakai gelang kaki berloceng. Entah la aku rasa macam berdebar2 jah duk dengar bunyi loceng kaki. Sebab none of us yang beraksesori sebegitu, let alone yang berloceng bunyi berdenting2 nih.

Aku pun ada perasan jugak la yang mummy, kakak2 aku ada la jugak tegur gelang kaki dia tuh. tapi sekadar tegur jelah. aku pun tak follow up pulak dengan diorang tapi pahamlah kot rasa kepelikan tuh sebab memang kitorang tak pernah dan tak minat nak pakai benda2 berloceng pun selama nih.

Abang besar aku nih jenis kejanya pulak kadang kena pegi outstation ke luar daerah. Dia memang tak bawak kak ipar, kadang dia tinggalkan ngan kitorang je ataupun dia hantar balik ke rumah mak bapaknya. Macam tu je pun rutinnya. Jadi ada la sekali tuh abang besar kena outstation ke luar daerah lagi time mummy pun kena turun KL sebab kakak aku mintak tolong monitor maid baru sampai. Jadi dia mintak kak ipar duduk ngan aku jelah kat rumah kitorang nih. Tak silap ada la 2-3 malam jah. Abah pun takde time tuh, balik kampung kat Tranung kot aku pun lupa. Abah aku tu memang selalu MIA.

Aku memang takde masalah pun kena tinggal jaga rumah ke apa, dah memang rumah kita sendiri kan. Membesar dari kecik. Plus memang tak ada apa2 la sangat benda pelik luarbiasa ke apa. kecuali insiden-insiden sebelum ni yang pernah aku alami dalam cerita2 sebelum ni tuh aku kira benda biasa jah. Tak hardcore sangat. Tapi aku perasan la kak ipar tu macam ada masanya nampak macam tak selesa. atau takut2 bila duk bersendirian lama2 kat rumah. maybe dia tak biasa lagi kot?

Macam biasa lepas makan malam, tengok tv berborak semua tuh kitorang pun nak naik tido bilik masing2 lah. Sebabkan bilik kitorang nih kan berjiran jah jadi boleh pulak main ketuk2 dinding, konon nak mengusik la sangat. Tau2 aku dah tertido, lampu pun aku dah siap padamkan dah. Katil aku double decker, aku tido belah atas. Dah la belah atas hobi aku pulak suka menyelit di tepi dinding; tabiat aku yang biasa sangat dibuat sebab aku mengelak kena cuit dek mummy bila nak gerak bangun subuhnya. Mummy tuh tubuhnya petite jadi dia kena menjinjing la sikit sambil cucuk2 jari dia kat belakang aku ke atau punggung aku ke. Aku tak suke so thats why sukalah melarikan diri siap2 tido menyelit di ceruk dinding sana. hehehe perangai keji sangat kan?

Tau-tau aku terdengar bunyi ketukan lagi dari dinding sebelah. tapi sebabkan mamai aku buat taktau jah. lepas tuh bunyi lagi seketul dua ketukan, eh aku pun rasa nak melawan la balik dah kenapa kakak ipar nih. aku pun ketuk je dinding sekali. takde bunyi apa pun dari balik dinding sana so aku yang mamai ni memang la tertido balik dengan senangnya.

Sekali aku rasa silau pulak, celik lah mata nih rupanya lampu bilik aku menyala. Memang la aku bengong jah nak proses dah kenapa pulak lampu bilik aku menyala? Dalam bengong2 tuh baru je aku nak kalih kepala nak berpaling ke belah kanan sambil nak hulur je lengan aku sepanjang boleh nak tutup suis lampu balik tapi alangkah terkejutnya aku nampak kakak ipar aku dah tercegat tepi katil aku tu hah. dah la selevel je mata dia ngan lubang pagar katil aku tuh. oh baru aku sedar rupanya kakak ipar dan mummy sama tinggi

Dia berdiri tercegat je tepi katil aku tuh. Aku pulak jenis terkejut nak arwah sampai terbisu, tak menjerit pun. Tapi aku tanyalah dia kenapa? Baru nak ada reaksi di muka dia tuh cemas sikit tanya aku ada dengar apa2 tak?

"manada" aku jawab pendek je. tapi memang aku takde dengar apa pun.

"bunyi tapak kaki kat bumbung!"

Aku berkerut je dengar. Tapi serious otak aku memang takleh nak hadam sangat time tuh. Aku cakap aku tak dengar sebab aku bebetul dah lelap dan lena tadi. Dia cakap bunyi tuh macam bunyi orang lompat terjun atas bumbung.

"Dummm!" gitu bunyinya. Aku terpisat-pisat lagi.

"...maybe musang kot? ada 2-3 ekor jugak la suka buat perangai lagu tu sebab nak makan buah mangga, pisang tuh semua. diorang memang ada port kat celah bumbung tuh. jangan takut ok? musang..benda biasa kat sini"

Jadi aku suruh dia pegi balik tido. Aku pun tido jugak dengan amannya. Bila aku bangun time subuh nak mengajah waktunya tuh, dengan tangan teraba-raba aku pun petiklah suis lampu. Elok je mata aku dah clear dengan alam sekeliling tu dia aku baru perasan sesuatu.

Tingkap jendela bilik aku ternganga dua-dua pintu.

Sumpah aku tak pasti pun masa bilanya ia terbukak macam tuh ataupun...siapa yang membukaknya?


[bersambung]

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2016 02:47 PM | Show all posts
Cuppy replied at 4-8-2016 01:16 PM
Kaka, jemput mkn. Nk update jugak cerita uols.

hmmm belum dapat sappedek lagi neiii ya aulohhh bila laa meeting nak abis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2016 02:49 PM | Show all posts
antara replied at 4-8-2016 09:06 AM
tapi mak aku kata...
aku dengan adik lelaki sulung aku ni gerak hati kuat...
macam...ada sikit k ...

hmm.. macam husband lin tuh la ada jugak tanya
tanak belajar ke ilmu makrifat nih?
he hehe solat pun sedih je eiii nak menuntut ilmu gini pulak
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 03:08 PM | Show all posts
MizzNaza replied at 4-8-2016 02:47 PM
hmmm belum dapat sappedek lagi neiii ya aulohhh bila laa meeting nak abis

Bertabahlah uolsss....

Ain dgn u juga skrg dlm meeting?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2016 03:17 PM | Show all posts
Cuppy replied at 4-8-2016 03:08 PM
Bertabahlah uolsss....

Ain dgn u juga skrg dlm meeting?

dia cuti konvo minggu nih. tu la yang mereput nih takde geng nak mengaruk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2016 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
best. sabar menanti sambungan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2016 06:03 PM | Show all posts
MissVixen replied at 4-8-2016 03:19 PM
best. sabar menanti sambungan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2016 06:33 PM | Show all posts
Edited by MizzNaza at 4-8-2016 06:47 PM

[sambungan cerita 5]

Lepas kejadian tu kitorang takde pulak nak bercakap balik ke apa. entah pulak kenapa boleh dirilekkan saja kan? Fast forward kemudian kakak ipar mengandung anak sulung, abang besar pun dapat tukar kerja ke Subang Jaya. Jadi sementara nak tunggu keadaan abang besar stabil barulah diorang boleh pindah duduk bersama. buat sementara waktu kakak ipar pun baliklah tinggal bersama parents dia.

Jadi adalah satu petang tu aku ingat2 tak lama lepas kakak ipar dah pindah balik ke rumah parents dia, tengah duk lepak minum teh dengan mummy barulah aku terbukak cerita pelik malam tu dekat dia. Aku baru la nak merasa bertambah pelik sebab macam mana aku boleh tak terdengar bunyi berdentum kat bumbung macam biasa aku dengar sebab musang, ataupun at least aku terdengarlah bunyi loceng kaki kak ipar aku tuh kalo dia bergerak dalam rumah memang satu rumah la boleh dengar bunyi gemerincing benda tuh.

Tetau dia dah berdiri tercegat je tepi katil duk pandang aku tido kan?

Mummy muka rilek je sambil dengar cerita aku. Lepas tu dia respon bunyi loceng nih tak kiralah loceng gelang kaki ke rantai tangan ke orang tua-tua cakap bunyi menarik perhatian syaitan. Aku pun macam biasa jugak la dengar orang cakap benda sama.

So mummy pun bukaklah cerita. Sejak kehadiran kak ipar dalam rumah ni, menjadi sebahagian daripada anggota isi rumah mummy dah start rasa tak berasa sedap sikit.

"...orang luar baru masuk jadi orang rumah nih kan..."

Ada sekali tuh mummy cakap dia dah masuk tido. Lepas tu dia terdengar bunyi loceng kaki kak ipar duk berjalan melintas pintu bilik dia. Memang pun sebab bilik diorang kan paling hujung, memang kena lintas pintu bilik mummy. Dalam kul 3 ke kul 4 pagi macam tu mummy cakap dia terdengar lagi bunyi loceng tuh. tenggelam timbul bunyinya. kejap pelan, kejap kuat. kejap bergema macam kat tepi telinga dia jah. Tapi dia buat dunno je, bangun untuk tahajjud terus jelah.

Ada next time tuh pulak, mummy cakap dia bangun macam biasa untuk tahajjud. time tu dia malas nak turun bawah, so dia guna bilik air atas jelah. pintu bilik air dari bilik mummy dah rosak, jadi dia memang kena guna pintu kat luar jugak. keluar dari bilik mummy tu kira macam setentang pulak kedudukannya dengan tangga.

Mummy masuk bilik air untuk settle apa patut, dan angkat wuduk. Dia cakap time dia amik wuduk tuh macam bergema jah bunyi loceng, dia ingatkan anak menantunya keluar dari bilik nak turun ke dapur kot. Bila melangkah keluar dari bilik air tuh memang dah jadi kebiasaan mummy untuk terus angkat tangan menadah doa baca doa wuduk. time tu matanya terpandang ke arah tangga di depannya sebab dia nampak sesusuk tubuh di situ. duk bertelekung.  dia ingatkan kak ipar aku tuh, tapi boleh pulakla ternampak muka orang tu. Tapi bukan muka kakak ipar aku seperti yang disangka oleh mummy awalnya.

Mummy nampak diri sendiri bertelekung duk berdiri di kepala tangga, sambil pandang je dia.
Boleh pulak mummy buat hati kental buat tak tahu dan terus masuk bilik. Hati kental sebab dah biasa bertembung kejadian macam ni ikut pengalaman dia di hospital dulu kot?

Mummy pun teringat, malam tu mana ada diorang tu kat rumah. Diorang tido kat rumah mertua abang besar.

Ada satu malam lain pulak, mummy cakap tengah tido dia terasa-rasa je hujung kaki dia tu macam dicuit-cuit jah. halus je dia rasa jari yang mencuit tu tapi dia buat dunno lagi. sekali benda tu pergi rentap rambut mummy pulak. yang tak tahannya kepala katil mummy tuh memang tepi tingkap jah. bukannya ada balkoni ke koridor ke apa tepi tingkap tuh. kena macam tuh mummy cakap dia bangun jah la solat tengah malam. huhuhu kental betul hati mak aku tuh

Aku tanyalah mummy kenapa sekarang baru bunyi benda2 macam ni jadi kat rumah nih? Selama ni aku hidup situ takde pun sangat. Jadi mummy berteori selama nih kita anak beranak je yang duduk situ, nih alih-alih ada orang baru masuk jadi ahli keluarga kita dan tinggal bersama jadi ada lah tuh yang nak usik manja2 sikit. Feeling minggu suaikenal kot?

Dah satu hal pulak la aku nak merasa sedikit berhati-hati kemudian. tak lama je lepas tuh abang besar pun dah boleh bawak bini dia pindah duk sama di Subang. Kitorang kat rumah ni aman2 jah dah takde dengar pun bunyi loceng di tengah malam lagi dah. Tapi sesekali aku macam terperasan ttime senja bila aku masuk dapur dan duk kat tangga tu untuk petik suis lampu tingkat atas tuh terasa macam ada jah orang yang menyelit-nyelit antara dinding ke apa kat atas tuh. Bila aku naik atas sesorang time malam pun, aku macam perati-perati je sudut2 ceruk mana dinding tuh. tapi tidaklah meremang pulak bulu roma aku.

Bila aku dah habis spm, duk matriks pun asal balik cuti dan nak naik ke atas ke bilik aku dah macam jadi habit pulak dah aku akan kata "nih anak cucu dah balik nih, jangan kacau"



Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 08:31 AM | Show all posts
Perghhhh..soram bonar ha

Jd yg kejut TT tu belum tentu SIL TT ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.254074 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list