|
Reply 401# minahsaudi
I meant dasyat juz like in books ...my sons won't eat that kind of food...how I wish they would...I tgk kat sini mcm2 lunchbox you all buat...I wish I could do that-actually byk idea nak buat for lunch box other than mee, bihun, sandwich n fried rice,...but I don't hv the luxury of time,...dulu before Ada baby sesekali I made sushi for my sons' lunch boxes but now tak buat lg ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 129# maizana
Once in awhile deep-fried boleh.....don't overdo...asyik steam n bake je bosan juga... |
|
|
|
|
|
|
|
pagi nie lunch box - beef bacon sandwich, slices of water melon n banana chips. 1 flask water. sem ...
minahsaudi Post at 1-2-2011 08:27
bruschetta sandwich tu apa.. ada resipi dia tak? akak nyer anak punya bekal best2 jer.. untung ladia.. kulit dia mesti cantik kan.. makan sayur jer... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau anak putri lak boy 7yrs...tiap2 ari bekal kene letak dlm 3 tupperware..
1 bekas tu wajib isi roti sapu nutella @jam...1 bekas lagi cucumber @ carrot potong kecik2 dan 1 bekas lagi buah tak kira la blueberries ker, strawberry ker, epal ker....tapi wajib buah la.....kalau carrot or cucumber habis, tak sempat nak beli ker...baru la nak bawak sosej @ nugget....mmg cerewet gak...kene tanya sehari sebelum sekolah apa dia nak bawak esok....everyday kene tanya...breakkfast pon kene tanya gak...kalau tak, penat2 kita masak...dia tak mo makan...leceh tul |
|
|
|
|
|
|
|
Reply minahsaudi
I meant dasyat juz like in books ...my sons won't eat that kind of food. ...
mistyQue Post at 8-3-2011 23:07
lorr akak lak kadang2 jeles tengok anak2 yg lain makan noodle, mee, nugget, sausages bla2. senang ler benda2 tu sumer boleh beli kat supermarket n rebus jer especially sausages.
akak rajin buat bruschetta sendiri, beli tomatoes banyak2, rebus air smpi nyidih, switch off fire. then masukkan whole tomatoes yg dah dibersihkan for abt a mins pastu kuor n buang air yg panas tu ganti air sejuk. remove the skin, seeds n centre of tomatoes n the juices as well. chopped finely. pastu chopped up garlic, fresh basil n add in the chopped tomatoes. add balsamic vinegar, olive oils, salts n pepper. then akak bottled it up n letak dlm fridge. senang ler nak guna. bila abis akak buat lagi cos mmg senang.
actually akak memang selalu masak western foods cos my perut ni teramat lah sensitive. daging, ayam n some seafoods tak bleh makan so m more vegetarians lah. so anak pun terikut. kalo beli sayur tak boleh beli seikat, kena beli 2 ikat. sekali makan jer dia ngap sumer sayur so me n daddy dia kang melopong takder veg. kdg2 dia boleh makan sawi or bayam mentah2 jer. kawan2 pun suka tengok my daughter suka makan sayur.
kalo goreng ayam n sayur kangkong with garlic, abis ler 3 pinggan dia makan nasi. but jarang lah akak buat mcm tu cos akak pun bukan boleh makan nasi sangat.
susah nyer hidup kalo mengidap sakit dlm perut nie. i guess sbb dari kecik lagi mmg dah latih kot. ialah we all dulu dok negara barat, bukan senang nak cari halal foods, our resort is to go vegetarians n eat more fruits. tu yg lekat pangai mcm tu! |
|
|
|
|
|
|
|
bruschetta sandwich tu apa.. ada resipi dia tak? akak nyer anak punya bekal best2 jer.. un ...
want2bhappy Post at 10-3-2011 12:24
ok akak dah posting kat atas tu mcm mana buat bruschetta. senang jer actually but kena banyak pakai tomatoes ler. fresh basil pun kena banyak gerk. sedap nyer dah lior nie |
|
|
|
|
|
|
|
ok akak dah posting kat atas tu mcm mana buat bruschetta. senang jer actually but kena banyak p ...
minahsaudi Post at 13-3-2011 21:29
bruschetta ni mcm apa rasanya... and sedap makn dgn apa? kalau dried basil boleh? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by minahsaudi at 14-3-2011 11:30
bruschetta ni mcm apa rasanya... and sedap makn dgn apa? kalau dried basil boleh?
want2bhappy Post at 14-3-2011 10:42
rasa dia mcm2 masam2 cket lah, with olive oil n garlic tu n ada pedas2 cos of the black pepper. alahai mcm mana nak describe nie? italian food actually. aritu akak buat baked potatoes, bila dah masak akak splat the bruschetta kat atas potatoes tu n then letak mozarella n masukkan dlm hot oven kejap. then serve piping hot.
selera nya anak dara makan. kdg2 akak chopped olives n campurkan jugak dlm bruschetta nie esp black olive. dried basil boleh pakai kot but jgn banyak ler.
bruschetta ni is actually french loaf yg disapukan garlic with the fillings akak dah kasik recipe kat atas |
|
|
|
|
|
|
|
saya yg membaca ni pun cam nak terliur... sbb saya suka makanan western yg simple... boleh try buat.. tapi sbb kat rumah tu bila sy sorang je makan kadang biul fikir nak combine dgn apa.. akak kalau ada resipi western yg simple kongsi la eh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Gigih search thread ni nk dptkan idea. Everyday buat sandwich with diff filling. Ms rajin kdg2 macaroni, nasi goreng. Burger/ sausage just once in a while tuk elakkan masalah brt bdn. Sekolah x de kantin & cikgu sekolah chk lunchpack anak2 hmm... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 411# yaszz
selain roti..guna kulit tortila atau roti pita untuk sandwich pun cantik juga
guna penkek sebagi wrap pun boleh..tp jgn buat manis lah |
|
|
|
|
|
|
|
Resepi
Bahan-bahan:
500 gm biskut marie - patah 4
250 gm butter
4 biji telor gred A - pukul sikit
3/4 tin kecil susu pekat manis**(bole juga 1/2 cwn susu + 1/4 cwn gula)
(boleh rasa dan agak2 ikut tekak masing-masing bila campur sume)
1/4 cawan serbuk koko
1/4 cawan air
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil nescafe
Cara Membuat:-
Campurkan sume bahan kecuali biskut ke dalam kuali. Masak atas api perlahan hingga sikit pekat dan berkilat. Tutup api.
Cepat-cepat masukkan biskut. Gaul rata-rata.
Tekan dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit butter terlebih dahulu.
Masukkan dalam fridge. Bila nak makan keluarkan lebihkurang 1/2 jam, baru dipotong. |
|
|
|
|
|
|
|
Resepi dari blog Cik Mat Gebu Tiffin Biru. Saya salin sebiji sebiji apa dia tulis.......
maaf Cik Mat...
BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g tepung roti
100 g tepung Hong Kong (mat guna tepung gandum je)
250 ml air
50 g susu tepung
3/4 camca teh bread improver (yg ni resipi asal tak letak)
180 g gula perang (brown sugar) Mat guna 120 g gula halus
100 g mentega
11 g yeast segera
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning (tak letak sebab habis stok)
CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap.
Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bergedil Kentang
Bahan-bahan :
4 biji kentang saiz sederhana
Minyak untuk menggoreng
1 biji telur
Hirisan daun sup/bawang
Garam secukup rasa
Bahan tumbuk :
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang merah
1 sudu besar ketumbar
Cara-cara :
1. Kentang di buang kulit, dibersihkan dan dipotong dadu sedang2. Kmudian di goreng hingga masak.
2. Setelah di angkat, di lenyek semasa ia masih panas.
3. Setelah itu campurkan bahan-bahan yang di tumbuk tadi dan hirisan daun sup/bawang ke dalamnya. Gaul sebati. Masukkan sedikit garam, gaul rata.
4. Kemudian, bolehlah dibulatkan dan leperkan sedikit kentang tadi mengikut saiz yang di sukai. Buat hingga habis.
5. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dan pukul sebentar. Tapiskan telur agar buih2 telur tidak terikut bila dicelup bergedil nanti. Masukkan begedil yang sudah di kepal kedalamnya. Dan kemudian bolehlah di goreng bergedil tadi satu persatu.
6. Goreng hingga keperangan dan angkat toskan minyaknya. Setelah siap semua bolehlah dihidang bersama mee hoon soto. |
|
|
|
|
|
|
|
Bread Raisin + Chocolate Banana
Resipi Che CT
Bahan-bahan:
Beberapa keping roti Kismis / roti putih - Yang 4 segi tu ya
2 biji pisang montel - hiris serong dan nipis
Jem Nutella (atau sebarang jem coklat kegemaran masing2)
Sedikit butter - untuk panggang roti
Cara-cara :
1. Sapu jem nutella pada kedua2 keping roti.
2. Lapiskan pisang hiris diatas roti dan lapikkan roti yg sekeping lagi.
3. Panaskan non-stick pan dengan sedikit butter dan panggang roti tadi. Tekan sedikit roti dengan jari semasa memanggang. Lebih-kurang 10 saat, terbalikkan sebelah pula. Panggang lagi 10 saat dan bolehlah diangkat.
4. Potong dua dan hidangkan untuk sarapan atau minum petang. Mudah dan cepat, senang kan |
|
|
|
|
|
|
|
Pocket Bread Sandwich
Sumber dari Che CT
Bahan-bahan :
Roti gardenia
Sardin tin kecil - ambil isi ikannya saja
5 biji cili padi - dihiris halus (kepedasan ikut kesesuaian masing2)
3 biji bawang merah - dipotong dadu
2 biji limau kasturi - ambil jus nya
2 biji telur *
1 sudu besar susu segar * (* Dikacau rata dan letak secubit garam)
Garam
Bread crumb - secukupnya
Minyak untuk mengoreng
Timun - hiris nipis
Cara-cara :
1. Roti di gelek hingga leper, dan terap dengan acuan bulat atau apa saje yang bulat. CT guna penutup mug stainless steel, contohnya boleh tengok kat sini.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bawang merah dan cili padi yang dihiris. kacau rata sampai naik bau dan kekuningan sedikit.
3. Masukkan sardin dan kacau2 hingga sardin sedikit hancur. Masukkan jus limau kasturi dan letak sedikit garam. Gaul lagi sampai agak2 kering sedikit. Perasakan dan tutup api. Sejukkan.
4. Asingkan sedikit bancuhan telur yg dipukul tadi untuk disapu pada tepi roti. Letak inti sardin ditengah2 roti dan letak hirisan timun diatasnya. Sapu tepi roti dengan bancuhan telur tersebut dan lapiskan dengan sekeping roti lagi. Tekan sedikit tepi roti tersebut agar melekat. Buat hingga habis.
5. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Minyak jangan terlalu panas supaya bread crumb tidak nampak terlalu hangus nanti. Celup roti dalam telur dan celup pula dalam bread crumb dan goreng. Bila sudah kuning kememasan balikkan dan buat begitu seterusnya. Angkat dan toskan atas paper tower.
6. Sebelum dihidang, roti dibelah dua (jika tidak, taklah namanya Pocket Bread kan). Hidangkan bersama sos cili atau mayonis. Selamat mencuba |
|
|
|
|
|
|
|
Roti Jala @ Roti Kirai
Resepi dari MatGebu
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
4 camca besar santan
1/3 camca teh garam
2 1/2 cawan air
2 camca besar minyak masak
sedikit pewarna kuning (CT ganti dgn 1 sudu teh kunyit serbuk)
Minyak
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan dalam mangkuk, kacau guna wisk hingga sebati. Boleh juga masukkan dalam blender dan putar sekejap. Tapis kan dan rehatkan selama 20 minit.
2. Dalam kuali leper (frying fan), lenser kan sedikit minyak dan biarkan panas. Ceduk adunan tadi ke dengan acuan roti jala dan kirai secara pusingan ke dalam kuali. Dan pastikan jaluran terbentuk bersambung antara satu sama lain.
3. Bila roti jala kelihatan pucat. lipat dua mengunakan sudip dan alihkan ke dalam pinggan. Lipat ikut kreativiti masing2. Ulangi proses yang sama untuk yg selanjutnya. Buat hingga habis. Dan hidangkan dengan kuah kari atau apa-apa kuah kesukaan anda. |
|
|
|
|
|
|
|
Resepi Original CT
Bahan-bahan:
5 biji kentang
1 1/2 sudu besar minyak sapi
1 sudu kecil serbuk lada sulah
3 biji bawang merah (dihiris)
2 biji telur
sedikit daun sup
sedikit garam
Cara-cara:
1. Kentang dikupas kulit, dibersihkan dan direbus hingga empuk. Bila sudah empuk toskan dan dipotong dadu.
2. Panaskan minyak sapi dalam kuali hingga cair, masukkan bawang merah dan digoreng hingga layu. Kemudian masukkan serbuk lada sulah tadi dan sedikit garam dan gaul rata.
3. Masukkan kentang dan gaul lagi hingga kentang sebati dengan bawang tadi.
4. Ketepikan kentang sedikit, pecahkan telur dalam kuali dan gaul telur supaya hancur sedikit sebelum digaul lagi bersama dengan kentang tadi.
5. Setelah mesra , masukkan hirisan daun sup. Gaul lagi sampai sebati kemudian bolehlah ditutup api dan hidangkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Muffin Pandan Kukus
Sumber : Maklang Azie
Bahan A:
2 cawan susu cair (CT guna susu segar)
1 cawan minyak masak atau 250 gm butter cair (CT guna minyak jagung daisy).
1 3/4 cawan gula castor
1 biji telur
Bahan B: (di ayak)
250 gm tepung superfine (boleh ganti dengan tepung gandum jika tak ada)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar pandan emulco
Cara-cara:
1. Didihkan dahulu air dalam periuk kukusan.
2. Satukan bahan A dan kacau sebati, guna whisker saje.
3. Masukkan bahan B dan gaul rata. Bahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagian diletak sedikit warna hijau + pandan emulco. Dan satu lagi dibiarkan plain saja.
4. Masukkan dalam piping beg yang bersih. Gunting sedikit kedua2 hujung piping beg dan paipkan serentak dalam muffin cup.
5. Letak 3/4 atau hampir penuh dalam muffin cup. Dan kukus selama 7 - 10 minit dengan api yang besar.
Tips :
Untuk dapatkan muffin pecah 4 , air kukusan hendaklah dipanaskan hingga mendidih dengan api besar dan jarakkan ruang muffin antara satu sama lain supaya kesemua muffin masak dengan elok. |
|
|
|
|
|
|
| |
|