|
ermm..mebi sebab dia ni kot juliana tak jadik hos bintang rtm 2009?
tgk gossep zubet..
SEKEMBALINYA Zubir dari Jakarta minggu lalu, Zubir terus cuti seminggu, sengaja nak merehatkan minda. Hari ini Zubir baru mula bertugas, sekali gus berharap perjalanan majlis berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 di Arena of Stars, Genting Highlands bermula jam 9 malam ini secara langsung di TV3 dan HotFM, berlangsung secara gilang gemilang dan mencapai matlamatnya sehingga dinobat sekali lagi sebagai program hiburan paling tinggi rating di TV3!
Bercakap mengenai ABPBH 2008, Zubir teringat kepada seorang finalisnya, Juliana Evans yang tercalon menerusi kategori Pengacara TV Wanita Popular. Adakah Juliana akan dinobatkan sebagai yang paling popular dalam kategorinya, kita nantikan keputusan penuhnya malam ini. Yang membuatkan Zubir teringat kepada Juliana apabila dia pernah memberitahu Zubir, dia bakal bergelar pengacara Bintang RTM 2009, sedikit masa lagi. Pun begitu, ketika Zubir berpeluang menonton Bintang RTM 2009 yang bermula Ahad lalu, Zubir terkejut kerana yang menjadi pengacaranya bukan Juliana, sebaliknya Ana Alisha Mohd Marzani, 22! Zubir dengar cerita, Alisha yang juga teman wanita Danny X-Factor, menggantikan tempat Juliana pada saat akhir apabila pengurusan kanan RTM mengubah keputusan mereka secara tiba-tiba.
Namun, sebelum Zubir bercerita secara terperinci, termasuk sikap krew penerbitan Bintang RTM 2009 yang lembab buat kerja, Zubir ingin bercerita mengenai pengalaman pertama menghadiri Konsert Akademi Fantasia 7 (AF7) minggu keempat di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sabtu lalu apabila sudah tiga minggu berturut-turut hanya berpeluang menontonnya di kaca TV saja.
Zubir rasa bertuah kerana kebetulan pengkritik jemputan malam itu ialah penyanyi kegemaran Zubir - Datuk Siti Nurhaliza dan Amy Search. Bagi Zubir, menyaksikan perjalanan konsert pada malam itu, memang tidak ada transformasi seperti yang dipukul canang, setakat biasa-biasa saja. Namun, yang membuatkan Zubir tersentak apabila buat pertama kalinya dalam sejarah AF, dua tenaga pengajar panas punggung apabila tidak boleh menerima komen pengkritik sehingga bertindak menyelar komen mereka menerusi rancangan yang disiarkan secara langsung itu!
Secara peribadi, ini tidak profesional dan bertindak seolah-olah mengikut perasaan. Agak lucu apabila seorang daripada tenaga pengajar menganggap AF bukan satu pertandingan nyanyian, sebaliknya lebih kepada pertandingan mencari penghibur. Kalau dah macam tu, tak payah beriya-iya mengasah vokal, cukuplah sekadar pelajar AF7 miming saja dalam persembahan mereka, janji muka jambu!
Sewajarnya tenaga pengajar bersikap cool. Kalau tenaga pengajar tak boleh terima komen pengkritik, bagaimana pula dengan pelajar sendiri? Sepatutnya tenaga pengajar menjadi role model, bukannya bersikap lebih sudu daripada kuah! Sebaik-baiknya tenaga pengajar boleh menyuarakan pendapat atau nasihat mereka menerusi Diari AF sebagai pembakar semangat pelajar, bukannya meraih publisiti murahan seumpama itu!
Baiklah, kita berbalik kepada cerita Juliana yang khabarnya digugurkan sebagai pengacara Bintang RTM 2009. Sebaik menonton program berkenaan di Bilik VIP RTM kerana Zubir terbabit sebagai panel Fenomena Seni pada malam itu, Zubir terus meminta gambar Alisha dan sedikit info mengenainya daripada kakitangan RTM yang berada di bilik berkenaan dan mereka berjanji akan mengirimkan e-mel kepada Zubir secepat mungkin.
Pun begitu, tunggu punya tunggu yang 慳do |
|