CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Fieza-mira

MISTERI LEBUHRAYA KARAK: Urban Legend -MERGED

  [Copy link]
Post time 21-6-2011 10:06 AM | Show all posts
citer pasal FRU ni - salah sorg mangsa adalah pakcik member aku... member aku citer.. sebelum ekside ...
surfinv Post at 21-6-2011 07:32



    Penunggang motor kepala tengkorak??? ishh..biar betul, yang pasal penunggang kepala tengkorak ni aku xtaula plak.. Tapi klau diikutkan banyak lagi sumber verbal yang boleh dikongsikan untuk tatapan kalian. Klau disingkap balik, memang banyak kejadian2 misteri dan pelik yang terjadi di kawasan tersebut.  Memang misteri...

    Sebenarnya aku jgak pernah kena semasa memandu dari Kelantan nak balik ke KL dan setelah sampai di Genting Sempah dalam pukul 4 pagi betul2 melalui highway depan Petronas aku yang memandu laju time tu nyaris2 terbabas kerana lorong yang dilalui salah..Padahal aku rasa aku memang ikut lorong yang betul..Memang nampak jalan tu lurus. Namun nasib baik aku target masuk terowong, klau tak...hmm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2011 10:54 AM | Show all posts
aku 1st time lalu karak.. last year lalu tgh2mlm.. mate mlilau gak la tgk kiri kanan.. kot2 ler t'nmpak ape2.. tp xde la plak.. huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 11:00 AM | Show all posts
aku budak gombak .. betul2 jln lama nak ke bentong, ikut kg org asli kat batu 12 tu
dulu kalau hiway jem, byk arr kenderaan lalu ikut jalan lama ni

aku dulu2 time ptg2 rajin arr merayap jalan2 naik motor ikut jalan lama tu ramai2
jln tu mmg sempit pas2 gelap .. agak2 dah jauh patah balik
sbb rasa mcm sumthing ajer wpun time tu ptg kul 5-6 huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 11:31 AM | Show all posts
kt tv3 kalau x silap hr rabu lps ada citer psl karak ni,aku x tgk takut,rasanya yg ada tajuk 360 darjah tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 12:08 PM | Show all posts
aku belajar memandu kat jalan lama karak tu..so far takde apa2...alhamdulillah walau tpt tu cam seram sket....dan sunyi sgt....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 12:22 PM | Show all posts
Nak tambah untuk post No.1 Tajuk "Jalan Lama Karak" (point bagi no.6)

Mengikut sumber cerita diatas diceritakan oleh isteri tersebut semasa soal siasat oleh pihak polis sebelum dikatakan si isteri tersebut menjadi tidak siuman. Apakah benda yg menyerang suami tersebut???

Menurut cerita yg diceritakan pula oleh polis.....ketika mereka menjlnkan rutin seperti biasa iaitu meronda mereka ternampak dr jauh sebuah kereta tersadai di tepi hway tersebut. namun apabila semakin dekat mereka nampak suatu lembaga menyerupai mawas yg besar sedang bertenggek dibahagian belakang kereta tersebut sambil mencarik2 sesuatu. ketika mereka semakin hampir mahluk tersebut menoleh kebelakang lalu terus melompat kearah hutan bersebelahan. ketika itulah mereka terus menuju ke bahagian dpn kereta tersebut utk memeriksa situasi..... Namun, sehingga kini ia menjadi persoalan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2011 12:48 PM | Show all posts
Misteri laluan berliku Karak Comments (0) By Kosmo Online - Rencana Utama, June 12, 2011 4:15 am

Misteri laluan berliku Karak
Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
afzan.kasiman@kosmo.com.my


ADA pihak yang didakwa cuba melakukan pemujaan untuk mendapatkan nombor ekor apabila ada kemalangan maut di Lebuh Raya Karak.

SEKIRANYA ingin memandu ke Pantai Timur, Lebuh Raya Karak ialah laluan utama yang menjadi pilihan kebanyakan pengguna jalan raya.

Sejak pembukaannya pada tahun 1977, laluan sepanjang 60 kilometer (km) yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan bandar Karak di Pahang ini memiliki koleksi kisah misteri.

Sungguhpun penulis belum pernah berdepan dengan kejadian aneh ketika menggunakan laluan berbukit itu, namun daripada cerita yang disampaikan oleh beberapa kenalan dan pengguna, Lebuh Raya Karak sudah cukup untuk meremangkan bulu tengkuk.

Seorang kenalan, Mohd. Saifullah Adli Hamzah, 32, mendakwa, dia pernah berada dalam situasi menyeramkan ketika melalui laluan berkenaan.

“Kejadian ini berlaku lima tahun lepas. Ketika itu saya dan tiga rakan dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan di Tanah Merah, Kelantan.

“Perjalanan dimulakan sekitar pukul 1.30 pagi dari Shah Alam. Kami bergerak lewat kerana ada rakan-rakan yang bekerja syif petang.” katanya yang juga merupakan pegawai pasukan beruniform.

Hempap

Menyambung bicaranya, sebaik sahaja melepasi tol Gombak, dua rakannya, Azizi dan Malik minta izin untuk tidur kerana mereka akan bergilir memandu sementara dia dan seorang lagi rakan bernama Hadi, asyik bersembang.

“Selepas melalui Bentong, jalan mulai sunyi. Ketika kereta menaiki bukit, saya terdengar seperti ada benda terjatuh menghempap bahagian belakang kereta.

“Hadi turut mendengar bunyi yang sama. Bila saya lihat cermin pandang belakang, saya tidak nampak apa-apa.

“Memandangkan keadaan ketika itu sunyi dan gelap, saya teruskan juga pemanduan,” ujarnya yang membuka tingkap sepanjang perjalanan kerana mahu merokok selain menikmati udara sejuk hutan.

Laluan berliku dan berbukit memaksa Saifullah berhati-hati ketika meningkatkan kelajuan untuk memintas beberapa lori besar.

Ketika itu, dia mula merasakan keretanya berat namun dia tidak fikir yang bukan-bukan. Mungkin juga tekanan berat itu disebabkan kereta transmisi automatik yang dipandunya.

Namun, sebaik dia melepasi sebuah lori balak, pemandu tersebut menyalakan lampu besar berulang kali.

“Hadi menyuruh saya memecut supaya tidak terus terganggu dengan nyalaan lampu tinggi lori terbabit.

“Peliknya selepas itu ada dua tiga kenderaan yang memintas saya turut menyalakan lampu tinggi, malah ada yang membunyikan hon. Kata saya kepada Hadi, mungkin mereka hendak beritahu sesuatu,” katanya yang terus mengejutkan dua lagi rakannya yang sedang tidur.

Memikirkan kemungkinan sesuatu berlaku terhadap keretanya, Saifullah ambil keputusan berhenti di bahu jalan untuk melihat-lihat jika ada yang tidak kena.

“Sebaik saja saya dan Hadi buka pintu untuk keluar, Malik yang kebetulan memalingkan muka ke cermin belakang menjerit meminta saya meneruskan perjalanan.

“Allahuakhbar! Pul, kau jangan keluar! Kita blah... kita blah!” jerit Malik dengan muka panik sambil menepuk-nepuk belakang kerusi supaya kami segera beredar dari kawasan tersebut.

Puntianak

Tanpa fikir panjang, pintu kereta ditutup dan Saifullah menekan pedal minyak semahunya. Malik menekup muka, Azizi pula menenangkannya.

Tingkap yang sebelum itu dibiarkan terbuka pantas ditutup.

Hadi bertanya, apa yang mereka nampak dan kenapa ketakutan sampai begitu sekali.

“Aku rasa aku nampak puntianak. Dia tengah baring terlentang atas but kereta kau tapi muka dia menghadap kita.

“Masa aku toleh ke belakang tadi, mata aku betul-betul nampak matanya,” kata Saifullah ketika menceritakan detik cemas dia dan rakan-rakannya disapa makhluk halus di Lebuh Raya Karak.

Selepas mendengar pengakuan rakannya, Saifullah cuba memberanikan diri untuk melihat ke cermin pandang belakang namun tiada apa yang kelihatan. Hadi pula cuba pandang ke belakang menerusi cermin sisi.

“Pul, betullah. Aku nampak ada ‘benda’ dekat belakang,” kata Hadi. Mendengarkan katanya, kami semua tidak putus membaca kalimah al-Quran. Hadi pula beberapa kali mengalunkan azan dalam tempoh 15 minit,” ujar Saifullah.

Apabila keadaan menjadi tenang, baru empat sekawan ini faham mengapa lori dan kereta yang memintas mereka menyalakan lampu besar.

“Mungkin mereka nak beritahu kita pasal lembaga tersebut, tetapi kita yang tak faham. Mujur juga mereka masih boleh mengawal kenderaan kerana panik dan takut melampau juga boleh mengundang kemalangan,” jelasnya yang sehingga kini mengelak untuk melalui Lebuh Raya Karak pada waktu malam.

Tidak menolak kewujudan entiti di laluan berkenaan, ramai yang berpendapat kawasan di sepanjang lebuh raya tersebut memang keras.

Menerusi carian di beberapa blog yang memaparkan cerita seram, sudah ramai yang disakat oleh makhluk halus terutamanya jika menggunakannya pada waktu malam.

Ada yang mengaitkan gangguan-gangguan tersebut terjadi ekoran kejadian kemalangan maut yang kerap berlaku di situ. Ada juga yang berpendapat, kawasan tersebut memang ‘keras’ kerana ia adalah tapak asal perkuburan lama.

Minta nombor

Seorang pengguna laluan berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Lim berkata, gangguan-gangguan tersebut adalah tanda marah roh-roh yang meninggal dunia di situ.

“Kemungkinan besar roh-roh itu marah dengan pengendali trak penunda. Saya sudah beberapa kali melihat kemalangan ngeri di lebuh raya ini.

“Bila ada kemalangan saja, trak penunda akan datang. Kalau mereka angkut kereta rosak saja tak mengapa, tapi kebanyakan buat bisnes di situ.

“Mereka perah limau dan tabur garam pada kawasan berdarah sebab mahu puja roh untuk dapatkan nombor ekor.

“Dalam kepercayaan orang Cina, perbuatan itu hanya akan menambah sakit pada si mati.

“Mungkin bukan semua buat begitu, tapi saya percaya, ada yang buat sebab itu roh tak tenteram dan kacau orang lain,” katanya yang berulang alik ke Pasir Puteh, Kelantan, sebulan sekali melalui lebuh raya berkenaan.

Biarpun ada berpuluh versi kisah seram di sepanjang Lebuh Raya Karak, laluan yang merentas negeri Pahang itu masih tetap menjadi pilihan terutamanya kepada anak-anak Pantai Timur yang mencari rezeki di ibu kota.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 12:55 PM | Show all posts
ishh seram..mul dah lah hari hari berulang alik bentong-kl..kl- bentong..selalu kalau time closing memang balik malam..naik pulak bas union kaler merah tu..mul ni suka duduk belakang2 (takde lah belakang sgt..dua tiga kerusi dari belakang lah)..pastu tido..bila sedar je dah kiri kanan hutan pastu tengok belakang mul takde orang..maknanya mul orang yg terakhir lah dlm bas tu..mul pindah dok depan sikit..kiranya betul2 sebelah pintu belakang..sekali pemandu bas tu buka pulak pintu tu..siot je..seriau ingatkan krg ada yg menerjah kat mul kang..sudahnya duduk belakang driver..nak cover takot punya pasal..berborak lah ngan pemandu bas tu..dan disebabkan benda ni lah mul pindah balik dok kl..tak sanggup den..tak sampai 6 bulan lagi mul pindah dok kl ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2011 01:04 PM | Show all posts
selalui gak lalu situ...paling lewat pon mahgrib la sbb nk elak jam...alhamdulillah tak penah kena apa2 w/pon ada anak kecil bersama...selalu jumpe org asli jalan kaki atau mgkn memburu kot...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 01:08 PM | Show all posts
Bukanker kess tanah runtuh yg timbus banyak2 kereta kat area terowong.....sebelum terowong tue di buka.....kalu tak silaplah....kalu salah mintak maap
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 01:11 PM | Show all posts
aku rasa yg wat takut lalu karak ni sbb driver2 yg xpeduli driver lain... dia bayar tol lebih kot.. tu rasa tol tu dia punya or sbb bayar cukai jalan mahal dr org lain... aku lebih berwaspada ngan diaorang dari dok pandang2 kot jumpa hantu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 01:19 PM | Show all posts
Reply 18# surfinv

just nak betulkan sikit...Janda Baik dgn Kg New Zealand tersangat jauh yer...Kg New Zealand dkt Maran sana...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 01:23 PM | Show all posts
3 Jun 1995 a
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 01:30 PM | Show all posts
Reply 32# sofiera
bukan 200km kot....200meter jer...sbb aku ingat time ni jln ke terowong tu tutup...aku naik bas dari Perak kena ikut jalan lama...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 01:41 PM | Show all posts
Reply  sofiera
bukan 200km kot....200meter jer...sbb aku ingat time ni jln ke terowong tu tutup... ...
azzira Post at 21-6-2011 13:30


aka main paste jer...hehehe tapi mmg area genting tue lah ke karak
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 02:57 PM | Show all posts
Reply 24# iniaroonz


belajar kat SKEM ekk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2011 03:50 PM | Show all posts
dulu masa tgh dilamun shinta...selalu antar awek ke uitm jengka..
then balik KL tgh2 mlm...kadang2 lalu karak sekitar 2-4 pagi...
pernah sekali tgh sedap layan turun bukit selepas terowong genting, tiba2 ada kain putih panjang (mcm selendang) melekat kat cermin blakang.... yg peliknya kain tu betul2 menutup cermin blakang...dh mcm langsir dah.... perasaan takut tu aku tukarkan jadi perasaan marah... aku ketepikan kereta...berenti, pastu turun.... pegi kat blakang.... takde pula kain tu... aku cari ranting kayu sambil melibas ke kiri kanan...sambil menjerit " kalau ko berani , keluar la setan pengecut....!!" .... lepas tu aku tak pernah diganggu lagi....
dari kecik lg aku memang tak takut dgn benda2 halus camni.... aku lebih takut penjenayah dari takutkan benda2 ni....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 04:23 PM | Show all posts
dulu.. masa belum penah pegi pantai timur..
selalu sgt dengaor org cerita mcm2 kesah seram kat karak..
kiranya ni le highway paling serem kat malaysia..
aku bayangkan highway ni mesti selalu berkabus & kelam gitu..

tapi bila dah lalu.. takde le nampak scary sgt.. sbb banyak je kereta..
or maybe sbb tak penah lalu time takde kereta kot..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 04:28 PM | Show all posts
dulu.. masa belum penah pegi pantai timur..
selalu sgt dengaor org cerita mcm2 kesah seram kat kara ...
archilless Post at 21-6-2011 16:23



    takde papela bro... biasa je, sy lagi suke lalu jln ni sebab boleh layan korner...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 05:02 PM | Show all posts
Reply 36# zulka


caya lah bro!!  gua suspek la sama lu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.082264 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list