CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ariellin

~ Harum Subur Di Hati (BPR) ~ T.A.M.A.T ~

 Close [Copy link]
Post time 18-8-2010 12:55 PM | Show all posts
ape dah jadik ngan fazdwan niey...:@:@
sia2 jew dian menunggu si fadzwan yg  mmg zalim tu...
pasni mesti dian sayang bangat ngan naim....entah2 naim plak juai mahai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2010 12:55 PM | Show all posts
hero malaya datang dah...
lepas ni sure juwita jd cair kat naim..
kita yg membaca pun blh cair.... dia selamba deeekkk je...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 01:09 PM | Show all posts
the moral of the story lelaki putih, handsome lemah lembut...sgt ....jahatnya si mangkuk fadzwan..Naim come on bg dia se das!!! desyummmm!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 01:15 PM | Show all posts
ish! x sangka FADZWAN camtue...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 02:13 PM | Show all posts
akan ade scence cam hindustan x niey siap ade adegan tumbuk menumbuk ngan kejar mengejar dah habis lembik si jahat tu br la geng polis sampai heheheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2010 02:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by ariellin at 18-8-2010 14:27

"How dare you...!!!", Naim !! itu suara Naim.  Aku buka mata perlahan.  Samar-samar aku nampak Naim.  Naim..

"Juwita hak aku...!!", suara Fazdwan memekik.  Aku nampak Naim pegang satu objek.  Aku tak pasti itu apa.  Suasana semakin gelap.  Dalam kesakitan aku cuba berengsot.  Aku rasa tubuhku pedih.  Sakit.  Mak....

"Siapa cakap dia hak kau!! Siapa cakap ???", pukulan Naim mengenai perut Fazdwan.  Dia terduduk namun bingkas bangun dan menendang Naim tetapi sempat mengelak.

"Dia sukakan aku !! Kau yang datang rampas hak aku !! Dia milik aku !!", sepantas itu aku nampak Naim ditendang dan dia terperesok jauh di sana.  

Naim...tolong...!! Fazdwan datang ke arah aku..!!

"To..long...ja...", dia tarik rambut aku tanpa belas ihsan bila aku cuba melarikan diri.  Dia tampar lagi muka aku dengan sekuat hati dia.  Dia rentap baju aku.  Dia tak pedulikan aku yang teresak-esak.  Dia tak kisahkan aku yang kesakitan.  

"Dia dah mampus aku kerjakan, sayang...", sambil mencium setiap inci wajah aku dengan rakus.  

"To..to...long...", Ya Allah.......sampainya hati dia.

Naim, tolong aku, Naim...

"Kau kata kau sayang aku kan..Juwita...", Fazdwan semakin mengganas bila hampir setiap inci tubuh aku dicumbuinya.  Aku benci kau !! Aku benci !! Setan !!!!

Bukkk !!! dan tiba-tiba dia terjatuh di atas badan aku ..sakitnya Ya Allah....

Naim Najman yang kelesuan cuba menarik Fazdwan yang kini dalam keadaan separuh sedar.  Dia tolak Fazdwan ke tepi, kemudian datang ke arah aku.

Dia buka kemeja birunya, tutup badan aku yang terdedah.  Kemudian dengan kudrat yang ada, dia mencampung aku, meredah gelap malam.  Biar air mata aku merebeh sekalipun, aku tak peduli.  Aku paut lehernya sekuat hati.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2010 02:38 PM | Show all posts
next  next  next ariel jantung dah nak gugur ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 03:00 PM | Show all posts
ish! cepatlah letak n3 lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2010 03:01 PM | Show all posts
tu dia hero ada selamat heroin..next 2 airell
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2010 03:20 PM | Show all posts
korang suma, sabar menanti ye, byk sgt halangan dan dugaan aku arini   kekdahnya mcm Ju pulok
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 03:48 PM | Show all posts
Ala........... xsabonya nak tunggu.
adegan suspen dah berhenti plak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 04:57 PM | Show all posts
aku bru smpat jenguk rmh ni...
napa macam ada kisah tragis je ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 05:00 PM | Show all posts
kesiannya ju...
naim... u r savior....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 05:00 PM | Show all posts
Reply 410# ariellin

aduh...
x sbar nya nk tggu
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 05:04 PM | Show all posts
"How dare you...!!!", Naim !! itu suara Naim.  Aku buka mata perlahan.  Samar-samar aku nampak Naim. ...
ariellin Post at 18-8-2010 14:31
selalu sampai tepat pada masanya...tp fadwan dah rasa sikit dah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2010 10:27 PM | Show all posts
Aku rasakan langkah kaki Naim semakin laju.  Nafasnya juga begitu.  Air mata jatuh deras.  Sampainya hati kau Fazdwan..

"Dian Juwita, sabar ye sayang...", dalam termengah-mengah, dia kucup dahi aku.  

Dia masukkan aku ke dalam kereta yang memang pintunya dah terbuka.  Dia ekori kami ke tadi?  Ya Allah, syukur padamu..

Segala sendi badanku sakit.  Kebas.  Merengkok badan menahan kesakitan.  Nyilu.  Aku menangis lagi.  

Naim pegang dahi aku.

"Panas..Dian Juwita demam ni....don't worry, i'm here with u..", dia cium kembali dahi aku dengan lembut walaupun aku tahu, dia sendiri mengalami kecederaan.  Tap dia tak peduli pun tentang diri dia.   

Dalam kalut memandu, aku lihat Naim menggenggam handphone.  Mendail kepada seseorang.

"Abang Long, i need your help..", dia pandang aku sambil memegang dahiku.  

"Ya, Man nak kunci kondo Abang Long.  Yup...Abang Long pick up Shila, bawa ke sana.  Sekarang..",  

Aku pusing badan ke kiri.  Cuba pejamkan mata.  Terbayang-bayang wajah buas Fazdwan.  Dia memang setan !!!!  Ingin saja aku menjerit saat ini, ingin saja aku lari kembali dapatkan dia dan tanya apa salah aku pada dia.. sampainya hati dia buat aku macam ni..teganya dia gelarkan aku perempuan sundal !!

"Dian Juwita, pandang saya, awak kan tahu saya suka tengok muka awak....", dan dengan perlahan, aku kembali memusingkan badan mengadap dia.

Aku kotor Naim...hibanya hati aku ni Naim...macam mana aku nak balas jasa kau Naim...tak ternilai pengorbanan kau tu...Namun Naim Najman tetap tenang seperti selalu.

"Sekejab lagi, kita sampai Ampang..., Dian Juwita demam ni, kita pergi jumpa Dr. Pratap dulu..lepas tu buat police repot..sudah..saya mau Dian Juwita yang suka melawan saya...", sambil tangannya membelai lembut rambutku yang kusut masai..

Di Klinik Dr Pratap, selepas pemeriksaan, aku dengar perbualan Dr. Pratap dengan Naim Najman di balik tirai itu.

"Dia mengalami trauma, Tengku.  Saya harap buat masa ni, jangan biarkan dia seorang diri.  Jangan biarkan dia stress.  Oh satu lagi sebelum saya terlupa, Dian Juwita bernasib baik sebab lelaki itu tak sempat merogol dia..",

Aku tutup mulut dengan kedua tangan.  Menangis semahu aku.  Dan aku tak mahu ia didengari Naim Najman.  Walaupun aku bersyukur yang aku masih dara, tapi dia dah sentuh  aku dengan tangan kotornya. Sungguh... !! aku jijik dengan diri aku sendiri !!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-8-2010 11:07 PM | Show all posts
Aku tak tau kenapa agaknya, nasib aku ni malang selalu.  Mula-mula hilang emak ayah serentak, lepas tu, dipinang Naim Najman, lepas tu hampir diperkosa oleh Fazdwan, dan lepas dua bulan kejadian tu, hari ini aku  sah jadi isteri kepada Tengku Naim Najman Naufal bin Tengku Shah Rizman.  

Tapi sejak perkara durjana tu berlaku, aku terus jadi pendiam.  Jadi murung.  Tidur malam pun tak lena. Asal pejam mata je, terbayang-bayang wajah buas Fazdwan.  Sampainya hati dia..

Dia tahu aku sayangkan dia.  Dia tahu aku cintakan dia.  Dia tahu tu tapi aku tak tahu kenapa dia sanggup buat aku macam sampah..puas aku cari jawapan tapi di penghujungnya, aku yang hampa..

Dan saat Marshila memegang bahuku, aku baru tersedar yang aku masih di sini, masih berbalut baju satin putih gading selepas selamat diijabkabulkan sebentar tadi .  Kemudian dia pegang erat tanganku.  Aku pandang dia.  Tapi semuanya kosong.  

"Ju, Naim tu baik orangnya...",

Aku tahu tu, Naim baik orangnya.  Kalau dia tak baik, sure dia buat tak endah dengan aku.  Sure dia dah tinggalkan aku.  Sure lah.. bukan dia je yang baik, famili dia semua baik-baik belaka.

Namun majlis malam ni, cuma ada akad nikah saja.  Itu permintaan aku.  Biarlah kalau dia anak tengku sekalipun waima dia vice president syarikat milik keluarga dia, aku tak peduli.

"Kami balik dulu.  Kau jangan ingat perkara yang dah lepas tu.  Lagipun, aku yakin si setan tu takkan kacau kau lagi", Marshila memberi jaminan.  

Kami berpelukan.  Lama.  Aku menangis lagi.  Dan kemudian, aku keluar dari bilik mendapat Makcik Ros yang sedang menyapu air matanya.

"Anak mama yang cantik, jaga diri kamu baik-baik", aku angguk kepala.  Aku cium kedua pipinya.  

Dan di dalam bilik Naim Najman di tengah malam ni, dengan lampu yang masih terang benderang, mata aku belum mahu terlelap.  Masih menunggu kedatangan Naim Najman.  Aku pandang beg yang telah penuh disumbat dengan pakaian.  

Akhirnya dia menjengah masuk ke bilik.  Aku toleh jam di dinding.  Hampir pukul satu dua puluh lima minit pagi.  Dia datang dan duduk dekat aku.  Dia kucup dahi aku.  Entah kenapa, rentak jantung berdegup laju.

"Aku nak balik kondo malam ni.  Aku nak tidur sana", saat matanya menangkap beg yang telah siap aku letak kemas di tepi pintu, aku bagitahu dia hasrat hati.

Dia mengelus lembut tanganku.  Aku biarkan saja sebab aku tak rasa apa-apa.  Kosong.  Semuanya kosong.  

"Dian Juwita, kita tidur di sini, malam ni ye, lagipun dah lewat sangat ni", perlahan dia mengatur ayat.  

"Apsal kau ni tak faham!! Aku nak balik malam ni!!", bentak aku.  Kenapa aku rasa panas sangat ni !! Dan aku lihat dia terkebil-kebil memandang ke arah aku.

Satu ciuman yang singgah di pipi aku dengan tiba-tiba membuatkan aku terpana ! Dan dengan selamba Naim Najman terus berlalu menuju ke bilik air.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2010 11:32 PM | Show all posts
Ada tangan yang menarik aku dekat dengannya.  Dan semakin lama semakin hampir.  Ya Allah, aku cuba berlari jauh dari tangan itu, namun tangan itu tetap mengejar aku.  Peluh dah membasahi baju.  Mengalir laju.  Semuanya gelap gelita..

"Sayang...", itu suara Naim Najman.  Aku pandang sekeliling.  Mana Naim ni..??

"Sayang, bangun.  Awak mimpi ni", terasa bahuku disentuh orang.  Aku buka mata yang berat perlahan-lahan...ada bayangan..siapa?  Fazdwan ke?  Tidak !! jangan dekat dengan aku !! Jangan sentuh aku !!

"Dian Juwita...", Naim?  Naim ke..?

"Shhhh, kenapa ni? Saya kat sini", aku rasa pelukan dia yang hangat.  Aku rasa lembut tangannya yang membelai rambut ikalku.  Dan aku rasa selamat. Rasa selesa bila berada di sisinya.  Jadi aku biarkan pelukan dia.  Aku biarkan tangan dia yang masih membelai rambutku.  Jadi aku biarkan...

"Dian Juwita...", dia bisik perlahan di telinga.   Lembut..

"Emmm..",

"Jom, saya bawa awak keluar..", dia bisik lagi.  

"Pergi mana?",

~~~~~  

Dan kami disini di waktu dinihari.  Di kondo Naim Najman.  Saat kaki melangkah masuk, kedengaran lagu dari Mariah Carey yang aku tak tahu judulnya.  Romantik.  Lepas tu, aku nampak Blue Bear-Bear yang telah dihias dengan gaun putih sambil memegang sekuntum ros putih, kelihatan tersangatlah cutenyer dia.  Aku berlari ambil Blue Bear-Bear.  Aku peluk, aku cium sepuas hatiku.  

Aku tekup mulutku.  Sungguh aku terharu.  Aku pandang Naim yang menghampiri aku.  Lantas dia tarik aku dekat dengannya.  Dia peluk aku.  Entah kenapa, dia tersenyum malu saat aku masih lagi merenungnya.   

"Jangan tenung saya macam tu..", perlahan dia berbisik.  Kemudian dia letak kepala aku di dadanya yang sasa.  Aku dapat dengar degupan jantungnya yang laju.  

Tangan diletakkan dipinggangku.  Dia pandang ke bawah.  Aku turut sama memandang.

Dengan perlahan, kakinya menyentuh kakiku.  Sejuk.  Aku sorokkan muka.  Perlahan-lahan, aku angkat kaki dan letak di atas kakinya.  Dan langkah kami seiringan mengikut rentak lagu.  Aku dapat rasa, pelukannya yang erat.  Aku dapat cium wangi badannya.  Aku dapat dengar hela nafasnya.

Takkan sekelip mata, perasaan aku dah bertukar..???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2010 11:37 PM | Show all posts
ape dah jadik ngan fazdwan niey...
sia2 jew dian menunggu si fadzwan yg  mmg zalim tu...
pasni ...
arieyana Post at 18-8-2010 11:55



harus fazdwan tu ditembak aje dgn senapang gajah..biar berkecai isi pewutnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2010 11:38 PM | Show all posts
selalu sampai tepat pada masanya...tp fadwan dah rasa sikit dah
cmf_blingblings Post at 18-8-2010 16:04



sikit je...  kekdahnya naim tu sgt menyayangi juwita ..jd not a big deal lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.138598 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list