|
SAH ACIK FORUM! Fazura saman 5 individu memfitnah
[Copy link]
|
|
Tgk ni..
Jam 6.39pagi ye dh gila petik nama aku siap fitnah aku mcm2..
Eh acik renbow kertu oii...
mmg hidup ko dkt dlm forum ni je ke celik mata terus cari pasal???
Ko tak de laki nk peluk ke..kesian..
patutla meroyan meratib nama aku non stop
Aku ajak jumpa kat court tanak plak..penakut punya rainbowrainz
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
sukanyanyi replied at 27-9-2024 07:42 AM
Ai pun fikir mcmni. Yg bamtah kena pitenah curang, sape nak bela atau tolong samankan ye?
Fattah sendiri la, sape lg. Takkan nak harap org lain yg defend dia. Lol |
|
|
|
|
|
|
|
By Lawyer Nor Zabetha
https://www.facebook.com/share/p ... hF/?mibextid=oFDknk
Sikit-sikit nak saman..
Saya rasa ramai kurang jelas tentang isu saman-menyaman fitnah ini.
Beberapa kali saya dirujuk menjawab soalan kena gertak saman fitnah. Bukan hanya isu-isu yang berlaku kebelakangan ini tetapi bab ugut saman ini, selalu terjadi. Boleh jadi kalian pun pernah kena.
7 tahun saya mula aktif menulis di media sosial. Dalam tempoh ini, saya banyak berkongsi pandangan tentang isu semasa dan isu-isu masyarakat sama bila terjadinya sesuatu isu yang masyarakat cakna.
Dalam perkongsian ada ketika saya menyentuh isu, individu dan saya menegaskan pendirian saya yang tidak menyokong atau menyelar. Saya kongsikan tentang hak dan undang-undang dengan masyarakat.
Ada yang suka dan tak suka. Ada yang setuju dan tak setuju. Ada yang puji dan ada yang kecam. Ada ketika saya diperli-perli. Ada ketika saya ditegur, bila ditegur dan saya salah, saya minta maaf. Kita manusia.
Dikecam atau diperli itu adat hendak berkongsi pada umum di media sosial. Pandangan kita berbeza. Bagaimana kita melihat sesuatu perkara juga tidak sama. Pendirian masing-masing.
Tetapi saya tidak suka bazirkan masa untuk berdebat berjela-jela di ruang komen atau di Facebook saya untuk menunjukkan bahawa siapa betul dan siapa salah dengan pengguan media sosial yang menyerang.
Perang siapa betul, siapa salah ini letih. Makan tenaga, masa dan emosi. Bab begini, saya fokuskan di mahkamah bila mewakili anak guam.
Di media sosial, saya jaga 'energy' dan 'emosi'. Saya block pengguna yang bentuk menyerang dan memperlekehkan. Kalau jenis menegur dan memberi pandangan berbeza, saya raikan.
Sepanjang tempoh 7 tahun ini, belum pernah sekali pun saya disaman fitnah atau menjatuhkan reputasi oleh sesiapa kerana penulisan saya atau mana-mana perkongsian saya di TV, Radio atau mana-mana ceramah yang saya dijemput yang menyentuh individu atau isu semasa.
Kenapa? Kerana negara kita ada kebebasan bersuara seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Bukanlah sikit-sikit pun nak saman.
Bersuaralah selagi mana menjaga segala peruntukan undang-undang, jangan sampai menghasut. Jangan memfitnah. Jangan muatnaik kandungan jelik, sumbang, palsu atau lucah di media sosial.
Kita bebas bersuara tetapi jangan sampai membuat cerita atau mungkin menularkan orang dengan niat jahat untuk menjatuhkan reputasinya.
Kalau tidak boleh bersuara langsung tak mungkin media atau akhbar melaporkan segala jenis berita tentang jenayah yang dilakukan, siapa pelaku, dakwaan di mahkamah sehingga kita tahu bahawa si polan ini melakukan jenayah dan dibawa ke mahkamah.
Kenyataan berita begini adalah justifikasi dan ulasan saksama. Benar berlaku. Ulasan kes yang tidak meletakkan pandangan berat sebelah tetapi hanya melaporkan berita.
Bawah undang-undang fitnah, jika kita disaman dan kita membuat kenyataan atau tulisan atas alasan justifikasi. Perkara yang sebenar dan wujud. Maka, itu adalah pembelaan untuk kita kemukakan di mahkamah tetapi perlu ada bukti. Ulasan saksama juga adalah pembelaan bagi tindakan fitnah.
Ada perkara kita ulas atas dasar kepentingan masyarakat. Kita ambil isu semasa ini dan kita ulas tanpa membuat tuduhan sehingga mengherdik dan menghina dengan niat jahat.
Maka, kenyataan meningkatkan kesedaran untuk kepentingan awam juga adalah pembelaan. Tak perlu risau bila digertak sikit-sikit nak disaman.
Ada jenis manusia, kerana dia ada duit, kedudukan atau kelebihan untuk melantik peguam menyaman itu dan ini. Jadi mereka suka menggunakan undang-undang untuk menunjukkan kuasa dan mengawal orang untuk terus diam.
Saya ada satu kes saman fitnah yang sedang berjalan, mewakili Defendan (orang yang dituntut) yang menulis tentang scam.
Plaintif telah ditahan reman, dituduh di mahkamah kerana kesalahan pengubahan wang haram, pengambilan deposit secara haram dan beberapa kesalahan melibatkan kewangan yang lain.
Jumlah yang dibekukan beratus juta dan kes jenayah terhadapa Plaintif masih dibicarakan di mahkamah. Plaintif kini bebas atas jaminan. Anak guam saya dan beberapa yang lain menulis tentang duit yang mereka laburkan jadi lebur dan makluman tangkapan Plaintif kepada mangsa-mangsa yang lain.
Plaintif menyaman kesemua 9 orang yang menulis tentangnya. 5 orang Defendan takut dan rasa tertekan. Waktu sesi mediasi 5 orang ini setuju membuat permohonan maaf, mereka janji takkan menulis lagi. Mereka akan diam. Objektif Plaintif berjaya.
Ada antara Defendan setuju membayar RM5,000. Sudahlah duit pelaburan lebur, terpaksa bayar pula jumlah ini.
Ada yang hanya setuju permohonan maaf. Sebenarnya yang Plaintif mahu permohonan maaf dan diam, jangan bersuara. Duit itu, tiada masalah baginya.
Berbaki 4 lagi yang masih mempertahankan kes mereka. Melawan bahawa kenyataan mereka bukan fitnah dan benar.
Salah seorang anak guam saya. Kenyataannya benar. Memang duit pelaburannya lesap sehingga ke hari ini. Memang Plaintif ditangkap dan dituduh di mahkamah seperti penulisan anak guam saya. Jadi di mana fitnahnya? Kita lawan.
Sudahlah salah. Mengugut dan menakutkan-nakutkan orang kerana ada kelebihan untuk melantik peguam.
Ada kes, lain yang saya wakili anak guam disaman dan jelas Plaintif menyaman untuk menggunakan kuasa mahkamah untuk kepentingannya sendiri. Plaintif kalah kes dan mahkamah memberikan kos sangat tinggi yang dibayar oleh Plaintif kepada Defendan.
Mahkamah pun tidak suka ada pihak yang ambil kesempatan untuk menyalahgunakan kuasa dan undang-undang untuk kepentingan sendiri dan mengawal orang.
Jadi jangan takut. Undang-undang tujuannya untuk melindungi dan bukan disalahgunakan.
Oleh Nor Zabetha |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
seripahzeripah replied at 27-9-2024 08:05 AM
jahhh je steady..hati batu walaupun acik porum bukan main benci dgn jah n family..
Kita tak fitnah dia ...kita hanya komen tang baju dia...kasut tongkol dia. Sebab tu bg mat selalu upload gambor.
Tapi bila ada yg konon tahu cerita dalam, org media. tang kaki dadah kaki private party...ini boleh jadi case. Loyer pun rasa berbaloi for him turun naik court.
Kalau sekadar kata kasut tongkol buruks...nak bawak naik court? Haizzz
|
|
|
|
|
|
|
|
kannn...yg budak pedo bas tu pun sama
|
|
|
|
|
|
|
|
brainbiru replied at 27-9-2024 08:24 AM
By Lawyer Nor Zabetha
https://www.facebook.com/share/p/CSv2d8YMC6J847hF/?mibextid=oFDknk
Sebab itu bila nak tuduh atau nak sibar mesti ada bukti kukuh...kalau sekadar dengar dari so and so...lebih baik diam.
Yg terus berani lawan...kerana dia ada bukti. Bukan kerana dia dgr dari so and so.
Kena dapat pakar untuk buat forensic work bila tuduh org buat money laudering.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
IK paling steady. Siap ada yang upload dia punya klinik diagnosis. Tu lagi la breach of patient confidentiality |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 27-9-2024 08:15 AM
Apsal korang rasa takde poremer penah kene angkut ke balai? Setau aku ade je. Sbb tu poremer tu teru ...
I x tau. Sape tu yg kena berangkut. Hannahmintanah ke? Dia salah satu yg berkubur tak muncul2 kan? |
|
|
|
|
|
|
|
loyar2 skrg pun promote service kat socmed. mcm loyar2 syariah hari2 tulis cerita serai berai, org awam asal ada isu sikit laki bini pun approach loyar, mcm la loyar takde masalah rumahtgga
semua citer fuluss
|
|
|
|
|
|
|
|
Orenn1 replied at 27-9-2024 08:01 AM
Acik missfake nampak plan segalanya, dr time file ceraiii, time dtg court dgn entourage yg ramai, lp ...
Very the theatrical and curated dr karat terus xminat |
|
|
|
|
|
|
|
dlm kisah ni plaintif dah la jahat menyusahkan hidup org, dia berani sbb ada duit nk menyaman org aje. saje nk gertak2 bg org takut. hujung2 ke dalam...mmg padan. lawan je balik. pengajaran utk manusia2 yg suka sikit2 nk saman walhal mmg diri sndiri buat salah. elok2 salah tu org nampak sikit, akibat menyaman, kena lawan balik habis busuk2 semua keluar...
saman org sbb nk org tutup mulut, nak org diam2 je sementara dia masih menjahanamkan hidup org gitu
|
|
|
|
|
|
|
|
nape macam complicated sangat ni |
|
|
|
|
|
|
|
BoongaKertas replied at 27-9-2024 08:05 AM
jujurnya, kalau meols pun meols saman. tp cuma nak tahu, which statement yg membawa kepada tindakan ...
yang cakap dia dadah2 tu and minta cerai sebab ada orang istana dah menunggu. rasanya memang sebelum fb PW fake tu up, forumer sorang dah tulis and claimed dia dapat dari sumber dia, itu yang bahaya tu sebab dia cakap dari sumber dia. Kalau dia cakap dari fb ke ig tiktok lain citer lah. pastu dia kena serang beramai2 and dia delete. Ini yang setau iols okey, kalau ada salah tolong betulkn, sebab time tu iols skip2 je baca and memang dah deleted dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Seenia replied at 26-9-2024 01:13 PM
gatainya la nk ss segala bawak ke luar.bergosip jela diam diam dlm forum ni. org berforum dia pun ...
Porumer bru nk up haha |
|
|
|
|
|
|
|
rainbowrainz replied at 27-9-2024 08:25 AM
Dia yang pitenah kaka Faz macam2 kat benang sebelah dia plak lupa apa dia tulis kat benang sebelah ...
YEKE KOSER NAK MELAYAN?
HABIS TU NI JAM 6.39PAGI NI KO CARI PASAL DGN AKU KENAPA???
KO TU YANG PROBLEMATIC..
AKU XDE CARI PASAL DGN KO TP KO SENDIRI SEBUK MENYEMAK KAT KOMEN AKU..LEPAS TU NON STOP PERSONAL ATTACK
KLU XDE POINT NK REPLY,SILA DIAM..JGN MEMEKAK!
ASYIKLAAA FITNAH ITU LA INI LAA
PDHL AKU KESAH PUN XTENTANG KO YANG SEWEL TU!!!
CKP JELA KO TU BACUL PENGECUT TAK DE OTAK..HAHAHAHA..XNAK MELAYAN KONON.. harktuihhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Orenn1 replied at 27-9-2024 04:20 AM
Thank you for the LOD. See you in court
Kakaoren dpt LOD ke? Dpt bila? Ada tulis ke dlm LOD tu statement mana yg berunsur fitnah yg kakaoren tulis? Rasanya mcm takde? Ke mata iols tertutup hijab? Rasanya kaka cuma cerca perangai2 missF yg mmg dah diperkatakan dan sejarah2 missF je. Mcm usaha Kelopak yg nak berdamai dgn dia, dibolayankan... tak kan cercaan bende betul pun nak kena saman?
Apapun kaka dah decide ke nak pakai baju apa g court nanti. Kaka bawak team x? Kaka tak nak pakai baju putih ke? Team pakai hitam. Baru lah vibes pwincess dan dayang2. Kerlass sgt tau. Kaka jgn lupa rayban tau jgn pakai yg mcm IraKazar nanti mata melilau pulak terkeluar frame spec. |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 27-9-2024 08:15 AM
Apsal korang rasa takde poremer penah kene angkut ke balai? Setau aku ade je. Sbb tu poremer tu teru ...
Poremer tu salin kulit sekalipun takde sapa tau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nilopa tu forumer tulis mcm.mana pun ttg dia x de forumer sangkak peghakk yg pi SS bg artis tersebut..semua dlm tu bergossip aman je...maknanya penyokong lopa x seteruk penyokong fazura |
|
|
|
|
|
|
| |
|