CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sakurakuri

Taufiq buat Hidayah

  [Copy link]
 Author| Post time 15-5-2012 09:05 PM | Show all posts
Ada sesuatu yang ganggu hati Dayah. Cemburu, geram dan marah. Dan rasanya makcik som sengaja nak laga-lagakan dia dengan Taufiq. Apa dia fikir kepala kami berdua ni kepala lembu ka nak dilaga-lagakan?
       
Entah kenapa, sejak dari mula dia bertemu dengan Mak Cik Som, dia tidak senang betul dengan orang tua itu. Bukanlah Dayah mahu berkurang hajar, tetapi bila Mak Cik Som tu pandai-pandai kata yang Taufiq tu dulu nak dijodohkan dengan anak dia si Ustazah Ayu yang ayu sangat tu, Dayah rasa tergugat juga sikit. Amboi, tergugat sikit ka, tergugat banyak ni!? Sampai simpan demdam segala pada orang tua tu Dayah...
       
“Hurmm...”Dayah tarik nafas panjang. Sejak tadi dia termenung sahaja ditingkap bilik itu. Merenung malam yang gelap dan menikmati sejuknya udara malam yang nyaman. Moga-moga hatinya turut jadi sejuk.
       
“Jauhnya mengelamun isteri abang ni...sampai berkeluh kesah tidak sedar suami kat belakang ya.” Pinggang ramping Dayah Taufiq peluk erat dari belakang. Tengkuk Dayah Taufiq cium perlahan.
       
Dayah tersentak dari lamunan. Taufiq dipandangnya dan dia cuma senyum segaris. “Hey, kenapa tiba-tiba muncung ni timbul balik ni?”Taufiq tarik bibir Dayah yang sengaja dicebikkan di hadapan Taufiq. “Nakal sangat mulut tu!” Sekarang ni, tangan Taufiq dah bebas nak merayap ke mana pun, siap boleh dicubit-cubit lagi sesuka hati. Dayah tak marah pun!
       
“Ala, Mak Cik Som yang celopar tu la. Tadi kat pasar tadi sengaja je nak sakitkan hati saya. Geram nak cilikan saja mulut dia tu!”Dayah berkata geram. Tapi Taufiq diam dan senyum saja bila isterinya sedang geram begitu.
       
Peristiwa di pasar tadi terimbau....
       
Kalau boleh semasa di pasar tadi mahu sahaja dia tarik Taufiq ikut jalan lain, tetapi apalah malangnya Taufiq yang baik hati sangat ni nampak sahaja kelibat orang tua kesayangan dia itu! Teruslah bercerita sampai tak reti diam mulut Mak Cik Som tu.
       
Yang Dayah paling geram, boleh pula dia tanya, “Hai, dah lama kawin tak kan tak ada apa-apa lagi kot? Orang lain sekejap aje kawin dan melekat, kamu berdua ni tak kan berdua je terus sampai bila-bila?”
       
“Yalah mak Cik Som, belum ada rezeki kami lagi. Lagi pun berdua pun seronok saja.”Dayah lancar  saja balas begitu tadi.
       
“Yalah, berdua seronok. Umur  makin meningkat, tak kan nak berbulan madu saja. Orang kawin ni nak anak saja, bukan nak suka-suka Dayah oi!” Wah, Mak Cik Som ni suka-suka kata gitu padanya.
       
Bila masa pulak dia suka-suka kawin sebab nak hidup berdua saja. Lagi pun kalau ikut sejarahnya dulu dia tak suka pun kawin dengan Taufiq, mana boleh mak cik som kata dia suka-suka kawin! Kalau ada anak, ada lah. Dia baru saja kawin , bukan dah 18 tahun kawin pun!
       
Amboi! Pandai sangat dia cakap, yang anak dia tu belum berjodoh tu, nak biar sampai bila-bila juga ke mak cik som daun kesum oi! Nak saja Dayah balas begitu. Tapi mengenangkan Taufiq ni kategori lelaki baik-baik dan sopan santun, bininya pun mestilah lebih-lebih bersopan!
       
Dayah simpan saja dalam hati, esok-esok kalau Mak cik Som kata lagi macam itu, dia akan pastikan ayat power itu terkena sedebik kat dahi mak cik som.
       
Bersambung.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2012 11:13 PM | Show all posts
Reply 400# sakurakuri

Bagus - Adiwarna bahasa standard....
Suka juga novel2 dari Adiwarna skrg tgh baca "Saya bukan minah perasan Nashmin"
dlm versi cetak

   




Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 11:27 PM | Show all posts
mesti best DAYAH keluarkan ayat power nanti...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2012 09:18 AM | Show all posts
Reply  sakurakuri

Bagus - Adiwarna bahasa standard....
Suka juga novel2 dari Adiwarna skrg tgh  ...
qimi08 Post at 15-5-2012 23:13



Ya, thanks kaka ...masih dlm peringkat cuba2 menulis. Harap yg ini permulaan yang bagus.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2012 09:19 AM | Show all posts
Reply 403# shahrinas


hehe...nak habiskan sgt cerita ni..tp endingnya masih xnampak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 09:34 AM | Show all posts
Reply 402# qimi08


    eH.sama la kita.sayapun tengah habiskan buku tu.JS memang terbaik.heheh.tiba-tiba jadi promoter JS.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2012 09:36 AM | Show all posts
Reply 405# sakurakuri


    sakura kalau tak nampak kena pakai lampu suluh.heheheheh.


Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 11:11 AM | Show all posts
Dayah pun dah jadi Bersopan mcm taufiq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2012 11:37 AM | Show all posts
Reply 404# sakurakuri


Insha-Allah jika kita rajin berusaha pasti ada imbuhan nanti.....
so akak follow juga enovel kat situ ada juga yg sudah dijadikan novel.
kalau ada peluang jika JS buat bengkel penulisan (lagi) rebut peluang ni.....
sbb kakak dah baca setakat ini 3 novel umum (JS) dari peserta2 bengkel yg JS anjurkan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 11:39 AM | Show all posts
Reply 406# freddianza


Yup ...sekali sekala membaca novel BM standard ni menarik juga..
ada kelainan dari novel2 umum yg kita biasa baca...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 12:50 PM | Show all posts
Assalamualaikum;)
Novel pertamaku dgn JS adiwarna...Tajuknya Min, kopi dan zzz...sudi-sudilah tengo ...
sakurakuri Post at 15-5-2012 19:12


TAHNIAH!!!  
Cerita ni ada keluar kat Cari tak sebelum ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2012 12:58 PM | Show all posts
Reply 409# qimi08


    thanks kaka qimi...terharunye. belum pernah lg sy ke bengkel penulisan gitu. segan dgn karya2 dr penulis lain yg hebat2 kat situ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2012 01:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by sakurakuri at 16-5-2012 13:03
TAHNIAH!!!  
Cerita ni ada keluar kat Cari tak sebelum ni?
ladyFinger12 Post at 16-5-2012 12:50



    tq ya...tak pernah keluar sini...boleh review kt laman web js adiwarna. insyaallah, akan keluar dlm bentuk buku.

lady plak bukukanlah perempuan lindungan kaabah tu. cerita tu best
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 04:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by qimi08 at 16-5-2012 16:21

Reply 412# sakurakuri

Jgn malu nanti sesat jalan
setiap org ada kelebihan dan kekurangan... yg penting ada usaha untuk memajukan diri....
JS - editor mereka bagus x kedekut ilmu malah mereka sentiasa membantu penulis untuk
membaiki menambah rencah perasa untuk menjadikan jln cerita menarik...

ha ha ha ha ya ampun editor js jgn marah ye..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 04:24 PM | Show all posts
Reply 411# ladyFinger12


sokong sakura - lady dah blh hantar pada mana publisher untuk dinilaikan.......
rezeki tu ada dimana-mana yg penting usaha......
Atau dah ada mana2 publisher yg dok skodeng or merisik perempuan lindungkan kaabah ini ahaks
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 05:17 PM | Show all posts
Reply  ladyFinger12


sokong sakura - lady dah blh hantar pada mana publisher untuk dinilaikan.. ...
qimi08 Post at 16-5-2012 16:24


Terima kasih. Lady tak berkesempatan nak edit dari bab 1. MALAS pun ye. Asyik berkuntum kat CARI.
Mungkin bila PLK tamat sepenuhnya baru lady edit dan submit ke mana2 publisher


Buat masa ni belum ada la yg mengaku skodeng
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2012 01:52 PM | Show all posts
Reply 416# ladyFinger12


Student ke?......
Blh juga post hasil karya untuk menarik pembaca  kat web js /kn/ ks (khas untuk enovel2)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2012 03:52 PM | Show all posts
“Apa yang marah sangatnya, dah mak cik som tu memang jenis macam tu. Senyum je la dengar apa dia cakap tu.”Taufiq eratkan pelukan di pinggang Dayah. Sengaja dia letakkan dagunya di bahu isterinya itu. Biar reda sikit marahnya buah hati dia itu.
       
“Abang cakap senang la, bukan abang yang kena. Kita ni yang dia tujukan.” Dayah tarik muncung lagi panjang. Malas dia pandang Taufiq. Biar Taufiq tahu yang dia sedang geramkan jiran mak mertuanya itu.
       
Taufiq tahu sangat, mak cik som itu memang dari dulu lagi mahu dia dan Ayu di jodohkan, cuma dia lebih berkenankan Dayah. Lama dah dia simpan hati pada Dayah, dan kini baru dia dapat. Pada Ayu, tidak pernah terlintas pun untuk suka, jatuh hati jauh sekali.

Dayah tu adik arwah kawan baiknya dulu. Sejak berkawan-kawan dengan arwah abangnyalah dia sudah terjatuh suka pada Dayah yang selalu berlagak garang seperti anak singa itu. Cuma itu cerita dia masih kecil.

Bila Umar meninggal, dia sudah jarang ke rumah Dayah lagi. Malah dengan Dayah pun dia sudah jarang nampak selepas itu. Sekali sekala adalah juga bertembung di pasar malam, tapi Dayah tu....sombongnya bukan main, macam anak2 raja saja.
       
“Nanti habis cuti kita balik rumah kita, tak adelah mak cik som tu tunjuk muka lagi. Puas hati sayang?”Taufiq gigit telinga Dayah. Menderu nafasnya yang hangat. Dayah berpaling ke arah suaminya. Wajahnya sengaja dia masamkan. Ada lagi yang dia belum puas hati.
       
“Abang, betul ke  Si Ayu tu tunang abang?”

“EH, bila masa pulak abang bertunang dengan Ayu? Dengan bini abang pun abang terus ajak nikah je tak ade tunang-tunang.”Taufiq senyum. Dia tahu, isterinya cemburu. Kalau diikutkan dia lebih cemburu lagi dengan kisah lalu Dayah...

bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 05:03 PM | Show all posts
Salam.

Best... Esok sambung lagi ya sakurakuri.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 06:06 PM | Show all posts
esok jgn lupa sambung tau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.061552 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list