|
[Merge] Konsert Anuar Zain 3 Dekad (pg.10) - kredit tuk fan account
[Copy link]
|
|
Corat-Coret Konsert Anuar Zain – 3 Dekad Muzik, Cinta Dan Sanubari
Banyak perkara yang berlaku sepanjang berlangsungnya konsert solo Anuar Zain yang berlangsung pada 16 Februari lalu di Stadium Malawati Shah Alam.
Hujan lebat mula melanda sekitar Stadium Malawati Shah Alam pada jam 7 malam tetapi tidak menghalang penonton untuk meredahnya bagi memberikan sokongan kepada konsert Anuar Zain.
Konsert 3 Dekad ini berjaya menarik sehingga 6,000 orang penonton walaupun pada mulanya hanya menyasarkan sekitar 4,500 orang penonton sahaja. Apa yang membanggakan konsert ini merupakan konsert berbayar dan ini menunjukkan pengaruh Anuar Zain yang begitu kukuh dalam hati para peminatnya.
Persembahan Anuar Zain dimulakan dengan tayangan montaj ringkas sebelum beliau muncul mendendangkan 3 lagu pertama iaitu I’m The Lucky One, Bila Resah dan Suria Dan Siarra.
Lebih dari 50 kuntum bunga ros disediakan untuk Anuar menghadiahkannya kepada beberapa peminat bertuah. Maka bolehlah kami nampak adegan berebut bunga ros bukan saja dari kalangan wanita, tetapi juga lelaki.
Beberapa kejutan telah dihidangkan kepada penonton termasuklah kemunculan Nora Danish di atas pentas semasa Anuar menyanyikan lagu Ajari Aku. Stadium Malawati semakin meriah dengan sorakan apabila Anuar secara spontan mencium tangan Nora Danish.
Seperti yang dihebahkan sebelum ini, peminat yang menghadiri Konsert 3 Dekad ini merupakan 6,000 orang pertama yang menyaksikan video muzik bagi lagu Sempurnakan Aku secara ekslusif. Video muzik ini merupakan kesinambungan kepada video muzik Ajari Aku. Dan ianya sweet to the max!
Selain dari Malaysia, terdapat juga peminat setia Anuar yang sanggup turun dari Singapura dan Brunei Darussalam. Malah pada satu ketika, seorang peminat dari Brunei mendapat peluang ekslusif apabila poster yang dibuat oleh beliau ditandatangani oleh Anuar di atas pentas.
Stadium Malawati juga menjadi sunyi apabila peminat begitu asyik mendengarkan lagu Ketulusan Hati dengan iringan piano oleh pengarah muzik bagi konsert ini iaitu Mac Chew.
Apa yang lebih menarik dan sebenarnya merupakan momen terbaik buat kami dalam konsert ini adalah apabila Adibah Noor, Dina Nadzir dan Elvira Arul muncul di atas pentas bagi mengiringi Anuar Zain mengalunkan lagu Cinta Harus Memiliki. Two thumbs up!
Anuar Zain turut mendendangkan lagu Kain Pelikat yang mula-mula memperkenalkan beliau sebagai seorang artis rakaman pada umur 12 tahun. Persembahan ini turut ditemani oleh penari-penari cilik dari Swatari.
Rekaan pentas dan pencahayaan yang menarik dari Steve Ho menambahkan lagi impak pada persembahan Anuar termasuklah beberapa video solo Anuar Zain yang menjadi latarbelakang semasa persembahan beliau.
Lagu Lelaki Ini merupakan hadiah terakhir Anuar buat peminatnya. Tetapi para penonton masih tidak berganjak atau meninggalkan stadium dan hasilnya, Anuar Zain kembali semula ke pentas untuk Sedetik Lebih yang menjadikan ia sebagai lagu penutup terbaik untuk Konsert 3 Dekad ini.
Keluarga Anuar Zain turut hadir bagi memberikan sokongan kepada beliau termasuklah ibubapa beliau dan kakaknya, penyanyi Ziana Zain serta suami. Beberapa orang rakan artis juga turut hadir seperti Fara Fauzana, Tam Suhaimi, Hafiz Suip, Mamat Sepah serta Datuk Rahim Razali.
Credits: rentakartis.com |
|
|
|
|
|
|
|
achik2009 posted on 19-2-2013 01:00 AM
tak nampak gambar
|
|
|
|
|
|
|
|
mulutcomel posted on 18-2-2013 08:10 PM
sejujurnya soalan kau tak masuk akai... kau tak bole compare dua artis ni... dua2 bawa konsep yg b ...
saya setuju dgn pandangan ini....
cuma soalan nie masuk akal cume kalu nak dibuat perbandingan mmg tak bolehlah...
bkn stkt ct tetapi sesiapa saje....
setiap penyanyi mempunyai kelebihan tersendiri....
ct konsert dah brapa kali dia bt, penantian tak lah sangat pd konsert beliau...
tetapi AZ setelah berpuluh tahun menceburi diri bidang seni, dr zaman kain pelikat, baru kini beliau mengadakan konsert.....
sbb tu gempak bila beliau bt konsert....
|
|
|
|
|
|
|
|
achik2009 posted on 19-2-2013 01:05 AM
Corat-Coret Konsert Anuar Zain – 3 Dekad Muzik, Cinta Dan Sanubari
Banyak perkara yang berlaku s ...
berapa agaknya kutipan tiket tu .... |
|
|
|
|
|
|
|
eluarga Anuar Zain turut hadir bagi memberikan sokongan kepada beliau termasuklah ibubapa beliau dan kakaknya, penyanyi Ziana Zain serta suami. Beberapa orang rakan artis juga turut hadir seperti Fara Fauzana, Tam Suhaimi, Hafiz Suip, Mamat Sepah serta Datuk Rahim Razali.
mamat sepah..?? |
|
|
|
|
|
|
|
apapun anuar memang superb malam tu... nantikan dvd kuar.. memang puas hati..
lepas ni aku nak cari bila dia perform untuk secretary week plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
i'm the lucky one on that concert!
superb performance by anuar zain! |
|
|
|
|
|
|
| |
|