CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10445|Reply: 5

Dejavu: Ramadan lalu nikah, puasa tahun ini naik mahkamah syariah

[Copy link]
Post time 5-2-2025 05:52 PM | Show all posts |Read mode
Sudah berhabis ikhtiar, isteri kepada pelawak Along Cham, Afreena Suhaimi terkilan apabila suaminya masih enggan bersemuka bagi membincangkan kemelut rumah tangga, sebaliknya terus menyerahkan afidavit mahkamah syariah.

Katanya, Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, hanya menggunakan pengurusnya dikenali sebagai Farid sebagai ‘perutusan’ untuk menyampaikan kenyataan bertulis itu.



“Sebelum ini memang saya tidak mendapat apa-apa notis dari mahkamah syariah membabitkan kes yang diajukan suami saya.

“Hanya selepas itu pengurusnya, Farid menghubungi saya untuk menyampaikan afidavit. Dia (Along) tidak mahu bersemuka dengan saya walaupun sudah dipujuk.

“Saya cuma mampu berserah. Walaupun masih sayangkan suami, pada ketika ini saya hanya dapat tunggu sebarang perkembangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Terkejut dengan tindakan Along berkongsi hantaran seolah-olah sudah kembali bujang, pengurus bahagian kejuruteraan di sebuah syarikat penerbangan itu menegaskan setakat ini dirinya masih berstatus isteri.

“Sedih, hancur hati, semuanya bercampur baur. Biarlah, apa pun perkongsian dibuat (dalam media sosial), yang saya tahu saya masih isterinya yang sah,” ujarnya.

Ditanya mengenai perincian afidavit tersebut, Afreena, 33, berkata, dia lebih selesa untuk menyimpan butiran penting buat pengetahuan dirinya sendiri.

Namun mengenai tarikh sebutan pengesahan lafaz taklik, katanya dia diminta hadir ke mahkamah ketika pertengahan Ramadan nanti iaitu musim sama mereka bernikah tahun lalu.

“Saya tidak berapa pasti tarikhnya tetapi yang saya tahu pada bulan puasa saya kena naik mahkamah syariah.

“Sebenarnya tarikh ke mahkamah itu bagai mengulang semula memori pernikahan kami. Bagai dejavu, bezanya dulu nikah, sekarang naik mahkamah syariah.

“Moga yang terbaik untuk kami berdua, itu sahaja. Doakan,” katanya.

Semalam pelakon filem Adnan Sempit itu memberi bayangan sudah kembali solo apabila mendakwa urusan di mahkamah syariah dipercayai membabitkan isu rumah tangganya selesai.

Malah pelawak itu turut meninggalkan tanda pagar ‘Arbaie bujang kembali’ iaitu merujuk sebuah drama arahan Allahyarham Mamat Khalid yang disiarkan pada 2000.

Pada 28 Januari lalu Along mengejutkan ramai apabila muncul di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi memfailkan lafaz taklik terhadap Afteena sehari selepas dilepaskan atas jaminan bagi dua kes dadah.

Selepas itu, dalam temu bual dengan Kosmo, bapa mentua memintanya bersemuka dulu dengan Afreena sebelum membawa isu mereka ke mahkamah syariah.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 4 April 2024 dan ini merupakan perkahwinan kedua buat mereka.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2025 05:57 PM | Show all posts
Masuk dalam balik je lah ko Along....mcm makin pelik aku tengok perangai.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 11:35 AM | Show all posts
punye bini dia pertahan dia psl kes dia last2 kene cerai sbb gugur tah papela
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Jantan yg tk layak dijadikan suami elok la menduda sampai mampus keluar lokap terus nampak biol
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tah lah. Kalau ya pun tak nak gentleman lah sikit jumpa ni pakai lawyer je. Pelik pelik lah manusia ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Zila tersenyum sinis.

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.126047 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list