CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

CIK YAH & CHE MAMAT

[Copy link]
 Author| Post time 21-4-2015 02:16 PM | Show all posts
Ipo replied at 21-4-2015 02:14 PM
ala...mayat Muaz tak jumpa..
nanti tiba2 Muaz muncul dan hilang ingatan...jeng jeng jeng

hilang ingatan dan hilang sebelah tangan kena makan ikan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2015 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
sang_arjuna replied at 21-4-2015 01:19 PM
tak jahat
tapi kaka lagi jahat

We want muaz.. #teammuaz
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 06:24 AM | Show all posts



Juna jahattttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt#teamMuaz
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 10:18 AM | Show all posts
sang_arjuna replied at 21-4-2015 02:16 PM
hilang ingatan dan hilang sebelah tangan kena makan ikan

kesian muaz hilang tangan
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 02:58 PM | Show all posts

mayat muaz tak jumpa kan...ehemmm...ada la tu...



sambil kenen kaka juna soh sambung ptII  

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kami #teammuaz akan gegar ini rumah sampai muaz muncul
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-4-2015 01:20 PM | Show all posts
fuyooooo..... team muaz dah bersuara
takut den
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2015 01:23 PM | Show all posts
Bab 30 ( Part II)


“ Nah, kau makan cokelat kek terkenal seantero dunia ni. Chocolate is good for lifting up your mood. Aku tengok kau macam dah nak nervous breakdown” Sepotong kek di hulur pada Kerina. Azalea meneguk teh O yang masih berasap tipis.

“ Aku tension lah. Macam macam tak kena. Keluarga Adam tu cerewet bukan main. Nak itu lah, ini lah. Kalau aku tahu macam ni punya seksa, baik aku kahwin lari kat Siam” dengus Kerina. Dari awal pertemuan mereka mukanya keruh dan keningnya hampir bercantum.

“ Majlis kau dua bulan lagi tapi aku takut muka kau kedut seribu sebelum tu. Mak Andam pun tak boleh repair nanti. Relax lah, kau ikut plan asal yang kita dah discuss dengan wedding planner. Keep it simple and sweet. Kalau orang nak bising, buat pekak saja.  Janji nikah kau sah, itu yang penting.  ”

“ Aku tahu. Masaalahnya mak Adam tu. Hiisssyyyy! Dah tua pun tak tahu mana adat mana wajib.Atau sengaja buat tak tahu.  Aku tak nak lah pakai baju Jawa, Korea , India, mandi bersiram, band orang kahwin semua tu. Buruk tau. So yeterday!” Kerina menyuap kek ke mulut. Mukanya bercahaya sejenak.
“ Eh, betullah. Sedap kek ni! The best I have ever tasted. Mmmm”

“ Tengok lah siapa chef dia. Kalau tak sedap, takkan kafe ni order tiga biji sehari. “ Azalea mendabik dada. Masa di Doha, dia rajin membuat kek dan meng”improvisasi” resepi dari internet. Hasilnya boleh tahan sodapp! Zhafran yang beri cadangan supaya kek cokelat nya di jual di Kafe Mahabbah. Alhamdulillah, sambutan dari pelanggan kafe amat menggalakan.

Kerina mencebik bibir. “ Ngada lah! Jangan lupa pula cupcakes untuk door gift nikah aku. Nanti kau tak cukup tangan. Dengan kerja kau lagi”

“ Don’t worry, kawan. In syaa Allah setakat 100 biji tak ada masaalah. Mak mertua aku dah volunteer nak tolong.” Sejak kembali ke Malaysia dan mula bertugas di Universiti Putra, Azalea tinggal bersama ibu mertuanya yang keseorangan. Bapa Zhafran meninggal dunia enam bulan lalu akibat serangan jantung. Adik kedua Zhafran bekerja di Sabah sementara adik bungsunya menuntut di Australia. Lagipun Puan Dalila sempoi dan sporting orangnya, tak jadi masaalah untuk Azalea tinggal bersama. Sekurangnya ada lah tempat bermanja.

“ Jealous aku, kau asyik dapat mertua yang best. Aku dapat mertua puaka. Eh, apa cerita keluarga Muaz? Kau tak jumpa dia orang?” Azalea menggeleng. Parut lama jangan di cungkil.

“  Aku takut bila nampak aku dia orang teringat arwah, terus jadi emo. Qayyum pun satu sebab kenapa aku tak nak pergi rumah derang. Eeeee….. geram aku bila teringat! Dia pun mesti  kekok depan aku, jadi lagi bagus tak payah jumpa. Datin selalu juga telefon. Kadang kadang aku rasa bersalah  tak pergi jumpa dia. ”

“ Pergilah. Mana tahu kot ada harta yang Muaz wasiat untuk kau? Hmm..kaya raya kau nanti” Dasar materialistic punya kawan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2015 01:27 PM | Show all posts
“ Oii! Kau ingat aku ni kemaruk harta ? Tak hingin aku. Masa Muaz meninggal aku dah lama kena cerai. Tak payah nak berangan Cik Keri oii.” Azalea menghabiskan kek cokelat dan menjamah karipap pula. Sekian lama tak jejak kaki di Kafe Mahabbah, rasa macam nak order segala yang ada dalam menu. Masakan Makcik Mun memang terbaik dan sering di rindui ketika jauh di tanah Ratu. Kali terakhir dia datang masa Zhafran jadi hero menyelamatkan dia dari di langgar. Rupa nya watak hero itu patut di lakunkan oleh si Qayyum hampas tapi Zhafran lebih pantas. My Superman!... kih kih kih. Rindunya membara pada sang suami. Tak sabar nak tunggu Zhafran kembali.

“ Kalau kau kaya, aku nak suruh kau sponsor aku kahwin kat Bali. Tak payah layan kerenah keluarga Adam. Buat beach wedding yang santai tapi romantic…. Best kan?”

“ Kau ni dah kenapa? Yang kau nak kahwin di pulau yang penduduk dia rata rata beragama Hindu buat apa? Kalau tetamu datang pakai baju sexy tak berkat tau. Makanan pun entah halal tidak.  ” leter Azalea.

“ Aku gurau jer… mak bapak aku pun pengsan kalau aku buat camtu. Kau tahulah, bila stress aku suka cakap merapu” Hisssyyy, dah tenat kawan aku ni.

“ Keri, apa kata minggu depan kau ikut aku ke Perak? Aku ada projek dengan pelajar aku untuk rangka strategi promosi homestay. Kita kena tinggal di sana selama dua tiga hari sambil buat survey. Kau boleh relaks di sana. “  cadang Azalea.

“ Aku tak suka kampung tapi why not give it a try. I need to get out of KL. Gasaklah kalau mak Adam naik histeria cari aku”

“ Yesss! Macam ni lah kawan! Group aku enam orang, students naik bas tapi aku nak drive sebab nak singgah rumah parents aku on the way back. At least aku ada teman.”

“ Best juga, boleh mandi sungai. Udara bersih, nyaman.  Makanan kampung mesti sedap kan? Aku nak tanya petua orang kampung untuk menambat hati suami. Ulam ulaman apa yang bagus untuk performance in bed. Biar Adam setia sampai hujung nyawa” Kerina tersengih.

“ Hissyyy!” Azalea hampir menekup muka. Astaghfirullah! Mulut si Keri! Tak sedar kah yang dia jadi perhatian di kafe Islamik ini. Adoi…. Malu aku! Pelanggan meja sebelah mula mengerling dan senyum simpul. Gadis pelayan tertunduk malu.

Dua orang wanita bertudung labuh yang duduk selang beberapa meja turut memberi perhatian. Salah seorang menipiskan bibir dan meneleng kepala ke arah mereka.

“ Itulah isteri Abang Zhafran. Kecoh! Tak ada adab langsung.”

“ Yang mana satu?”

“ Yang bertudung lah, takkan yang rambut karat.  Tapi bertudung pun bukan main lagi gaya dia. Macam model tudung. Tak sepadan kan? Abang Zhafran warak orang nya, isteri dia ….. issyy , moden sangat. Buat malu saja Yayasan Mahabbah bila isteri orang kuat kita macam itu.”

“ Tak baik mengumpat orang, Husna. Aku tengok cantik dan sopan saja kakak tu. Tudung tutup dada, baju longgar. Padan benar dengan Abang Zhafran, lagi pun dah jodoh mereka. Yang awak tulis surat luahan perasaan pada Abang Zhafran, lagi memalukan. ”

Muka Husna terasa panas. Tak guna punya Zhafran, mesti dia buka cerita. Malunya!

“Najmah! Macam mana kau tahu? Itu.. aku saja gurau, bukan serius pun.”

“ Tak kisahlah apa niat awak, Allah saja yang tahu. Tapi awak kena ingat , awak tu perempuan dan ustazah di tahfiz. Jaga nama baik Pak Uda. Pak Uda sayang Abang Zhafran macam anak sendiri tapi tak semestinya Abang  Zhafran kena kawin dengan Husna”

“ Abang Zhafran bagi tahu Pak Uda?” Wajah Husna pucat. Pak Uda atau  Ustaz Luthfi menjaga dan mendidik dia dan sepupunya Najmah untuk jadi muslimah yang solehah. Sejak dia remaja, Husna sudah jatuh hati pada Zhafran yang segak dan bijak. Tak salah kalau dia yang mulakan langkah pertama, sedangkan Sayidatina Khadijah pun membuka bicara pada Rasulullah. Cuma hasil kes dia tak sama. Zhafran langsung senyap. Tiba tiba terdengar berita dia sudah berkahwin dengan gadis lain, dan Pak Uda  restu pula tu.

“ Pak Uda terjumpa bila surat tu terjatuh dari kocek seluar Abang Zhafran. Kasihan Pak Uda.  Nasib baiklah Abang Zhafran  tak kuasa nak kecoh pasal hal remeh temeh macam ni.  ”

Perasaan aku hal remeh temeh ya. Matanya tajam memandang Azalea yang sedang berbual santai dengan senyuman tak lekang di bibir. Husna kecewa. Bukan keimanan dan didikan agama, tapi rupa juga yang penting buat Zhafran.  Tak mengapa , peluang masih ada. Kalau di izinkan Allah, berkongsi kasih pun aku rela.


Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Part 2 dah muncul




Mu....azzz
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 10:06 AM | Show all posts

what...!!

gila sanggup nak bermaduan....errkk...zaman sekarang....

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 10:18 AM | Show all posts
why husna why

ramai lagi lelaki diluar sana
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 01:25 PM | Show all posts
Ada konflik baru...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 03:31 PM | Show all posts
Husna plk dahhh....

Muaz mana...

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Eeeee .. Sibuk je husna nih :::
Mudah2an selamat rumahtangga depa
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 07:09 AM | Show all posts
husna...nama ko cantik asal ko bperangai cam tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2015 01:50 PM | Show all posts
Bab 31

Setelah tiga jam memandu tiba lah Azalea ke destinasi. Segala penat lelah hilang bila mata menyapa suasana tenang di desa. Tiba tiba deria penglihatan jadi terang, tiada lagi pencemaran. Langit biru makin biru, rumput hijau lebih hijau, seolah kanta mata rabun jadi celik. Sebaik ternampak papan tanda Homestay Pak Ali, dia memakir kereta di tepi jalan. Alhamdulillah, selamat sampai. Tingkat kereta di jatuhkan dan Azalea mengisi ruang dada dengan udara bersih. Aaahhh! Nyaman!

“ Keri, bangun! Kita dah sampai”  Kepala Kerina masih terlentuk. Lena sungguh. Bahu rakannya di hinggut.

Kerina menenyeh mata seraya membetulkan duduk.  “ OMG! Ini ke tempatnya? Issyyy…. Ulu banat ! Takut aku. Ada tandas pam tak sini?”

“ Tak ada. Kau nak shi shi atau uu-uk, kena masuk belukar.Nak mandi kena guna air telaga. Elektrik pun tak ada , kena pakai pelita. ”balas Azalea dengan selamba. Ketinggalan zaman betul lah si Keri.

“ Biar betul Lea? Kalau aku tahu, sumpah aku tak ikut kau.” Kerina masih membatu dengan mata terbuntang. Azalea mengangkat beg pakaian. Tak lupa stok jajan yang di beli dalam perjalanan.

“ Cepatlah turun. Kalau kau tak suka tempat ni, kau boleh balik. Tu ha, Bentley kau dah tunggu.” Azalea mengarah telunjuk pada tiga ekor lembu sedang memagut rumput di seberang jalan.

" Kau nak kena! " Ekspresi Kerina  seolah ingin menelannya.

Sepasang suami isteri separuh umur bergegas keluar dari rumah kampung separa papan separa konkrit.

“ Mari lah masuk. Ini anak yang telefon pakcik minggu lepas ya? Saya Pak Ali dan ini isteri saya Mak Yan.” Lelaki bertubuh gempal dan berkopiah itu menyapa Azalea.

Azalea memperkenalkan diri mereka. Kerina masih terpinga pinga memandang persekitaran macam rusa masuk kampung.

“ Jalan tengok bawah, nak. Takut terpijak tahi lembu” Amaran Pak Ali membuat Kerina terjingkit jingkit dengan cuak. Dalam hati berbakul bakul dia menyumpah sahabat baiknya. Nasib baik tak bau busuk. Laman rumah Pak Ali banyak pokok bunga melur dan harum nya menenangkan. Ada dua pokok buah mempelam yang lebat berbuah dan sebuah pangkin.

“ Nanti petang kita kait mangga, makan dengan garam belacan” Kecur airliur  Azalea mendengar promosi Pak Ali.

  Mak Yan membawa mereka berdua ke bilik di tingkat bawah. Bilik bersaiz sederhana itu di isi dua katil bujang, sebuah meja tulis kecil dan almari pakaian. Langsir corak bunga matahari dan cadar sedondon menceriakan bilik.

“ Bilik ni ada bilik air sendiri. Kalau bilik kat atas tu kena kongsi bilik air. Pakcik dengan makcik tinggal di atas.Kalau nak tengok TV atau nak makan naik lah ke atas. Mak Yan sediakan makanan untuk sarapan, makan tengahari , minum petang dan makan malam. Kalau nak minum, ambil saja apa yang ada di dapur.”

“ Terima kasih Mak Yan. Pak Ali, ada enam orang lagi nak datang, empat perempuan dan dua lelaki. Pak Ali dah cari bilik untuk mereka?”

“ Yang perempuan  duduk di rumah seberang jalan nun. Homestay tu adik Pak Ali punya. Yang lelaki pula di rumah Haji Wahid, selang lima rumah. Boleh tak?”

Azalea mengangguk. “ Elok lah tu. Kalau dia orang sampai kejap lagi Pak Ali tolong uruskan ya. Saya kena pergi ke Teluk Intan , ada perjumpaan dengan pegawai pelancongan negeri.”

Pak Ali dan Mak Yan menunjukkan arah kiblat sebelum meninggalkan mereka. Azalea terkocoh kocoh menukar pakaian. Kemeja lengan panjang dan seluar jeans di ganti dengan baju kurung biru firus.  Kerina  merebahkan badan di katil. Wajahnya lega  setelah melihat keadaan bilik air. Walaupun kena mandi pakai gayung ceduk dari tempayan dan tak ada heater, tapi yang penting ada tandas moden.

“ Keri, kau nak ikut? Aku pergi dalam dua jam gitu.”

“ Tak payahlah. Aku nak rehat puas puas. Kalau bosan nanti aku  lepak dengan Mak Yan  dan students kau”

“ Okay, kau jaga diri baik baik. Satu benda aku nak pesan kat kau.” Wajah Azalea serius dan nada nya separa berbisik. Matanya melingas sekeliling. Kerina mula saspen.

“ Apa dia? Kau jangan bagi aku takut”

“Jangan pakai baju merah takut nanti kerbau kejar”  Azalea ketawa lalu pantas melarikan diri. Sebiji bantal nyaris kena kepalanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2015 01:52 PM | Show all posts
Sudah menjadi lumrah alam, mesyuarat dengan orang orang atasan tak pernah selesai tepat pada waktu. Selama tiga jam Azalea mendengar hujjah hujjah dari berbagai pihak tentang masa depan industri pelancongan, khususnya homestay. Matanya mula kuyu walaupun sudah dua cawan kopi di teguk waktu coffee break. Bila lah nak habis , pakcik pakcik woii?! Asyik dok bahas poin yang sama berulangkali. Mereka ni nak tunjuk kebolehan berpidato atau nak cari  solusi? Jari jemari Azalea mula gatal nak berbalas WatsApp untuk redakan kebosanan. Dia menekup mulut buat kesekian kali untuk menahan kuap. Matanya bertembung dengan pensyarah dari UITM dan mereka berbalas senyum. Masing masing kebosanan tahap giga.

“ Puan Nur, ada apa apa cadangan untuk mempromosikan inap desa?” Tuan Haji Marzuki dari Jabatan Pelancongan memandang tepat padanya. Azalea lambat pick up kerana jarang sekali orang memanggilnya Nur. Dia menyemak nota sebelum bersuara.

“ Saya cadangkan kita guna media sosial untuk promosi. Selain facebook dan instagram, ramai pembaca blog akan tertarik dengan ulasan dari blogger yang lebih jujur dan tidak berat sebelah. Lagipun golongan yang suka tinggal di homestay kebanyakannya orang muda yang internet savvy. Kalau ada internet portal untuk homestay di Malaysia lagi bagus. Pelanggan boleh bandingkan harga dan kemudahan dan buat tempahan secara online. Cuma masaalahnya bukan semua pemilik homestay pandai guna internet “

“ Idea yang bernas! Puan Nur dah buat soal selidik tentang masaalah yang di alami pemilik homestay?” tanya Datuk Saberi Sapian, pengerusi mesyuarat yang juga orang kuat parti kerajaan. Senyumnya meleret. Jarang ada penyeri macam Puan Nur Azalea dalam mesyuarat sebegini. Matanya tunak memandang gadis yang sebaya anak sulungnya.

“ Saya dan team saya baru sampai. Insyaallah sehari dua ini kita akan jalankan soal selidik, Datuk”

“ Ya , kumpulan saya pun begitu” celah pensyarah dari UITM, Dr Siti Aifaa.

“ Puan Nur tinggal di mana?” tanya Datuk Saberi penuh minat. Mana lah tahu aku “ tersesat” ke sana.

“ Di homestay Pak Ali, Kampung Api Api.”

“ Jaga jaga jangan terbakar” Lawak tak seberapa Datuk Saberi di sambut tawa ahli mesyuarat mengalahkan  Johan Raja Lawak. Azalea terpaksa memaniskan muka  depan  Datuk yang menaja semua kos penginapan dan kos penyelidikan projek ini.

“ Pihak kami sangat berterimakasih pada UPM dan UITM kerana sanggup bekerjasama dengan Persatuan Pemilik Homestay Malaysia dan Kementerian Pelancongan. Kalau ada apa apa masaalah, jangan segan untuk hubungi kami. Okay lah, mesyuarat kita berakhir di sini.” Tuan Haji Marzuki menutup majlis.

Azalea melepaskan nafas lega. Dah naik kematu punggung aku. Dia berbual sebentar dengan Dr Siti sebelum keluar menerusi pintu belakang. Malas nak bertembung dan bertegur sapa dengan orang orang besar tadi, entah berapa lama pula aku kena layan “ small talk”.  Lagi berbaloi pulang ke rumah Pak Ali dan bagi briefing pada pelajar pelajar. Cepat buat kerja, cepat selesai.

Ada tiga missed call dari Kerina yang membuat Azalea agak risau. Apa lah pula yang terjadi kat kawan aku tu? Tiba tiba Azalea rasa bersalah membawa bakal pengantin “ berdarah manis” bercuti di sini walaupun  niatnya baik. Panggilannya pada Kerina tidak berjawab. Aduhhh…. risau aku! Enjin Honda City di hidupkan dan dia memecut pulang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2015 01:57 PM | Show all posts

Sebaik saja Azalea selesai memberi taklimat dan tugasan pada pelajarnya, Kerina mengheret Azalea masuk ke bilik.

“ Kenapa ni? Sakit tangan aku! Nasib baik notebook aku tak jatuh dalam longkang. Apa yang urgent sangat?” Azalea menggosok lengan. Tudung  di tanggalkan dan dia melepaskan rambut dari ikatan ekor kuda.

“ Kau tahu tak? Aku nampak seorang lelaki muka sebiji macam Muaz. Terkejut beruk aku!”

Badan Azalea mengeras. Jantungnya meluncur laju dan tubuhnya terhenyak atas katil. “ Biar betul? “

“Memang serupa dengan Muaz cuma ni versi kampung, kulit gelap , kurus dan rambut serabai. Seriously, kalau dia pergi grooming he can pass off as Muaz. ”

“ Mana kau nampak dia? “ Azalea mengurut pelipis. Kekeliruan melanda. Adakah ini pelanduk dua serupa atau ….? Hissyyy! Bulu romanya berdiri.

“ Aku nampak masa dia tambat kerbau. Patut aku ambil gambar dia tunjuk kat kau tapi aku takut dia ingat aku stalker.” Imej bekas suaminya menambat kerbau membuat Azalea ketawa.  Entah entah di ikatnya  ekor kerbau pada tiang.

“ Aku tanya Mak Yan, Mak Yan kata lelaki itu anak angkat jiran. Mak Yan puji dia ringan tulang, selalu tolong Mak Yan buat kerja.” Sambung Kerina

“ Okay, then it is not Muaz, aku pasti 100 peratus. Muaz yang aku kenal  tak rajin tolong orang langsung. Tak logik pun, macam mana Muaz yang mati lemas dah lebih setahun tiba tiba boleh ada di sini? Pelanduk dua serupa lah”
Azalea mencapai tuala. Badannya rasa melekit setelah memandu ke hulu ke hilir.

“ Cepatlah sikit, aku tak sabar nak makan bubur jagung yang Mak Yan buat. Lepas tu ada mangga lagi. Students kau dah baham berapa kilo entah. Nanti aku dapat biji mangga jer.”

“ Kau pergi lah dulu. Lepas mandi aku nak solat.” Pintu bilik air di tutup rapat.

Setengah jam kemudian dia meletak Quran atas meja tulis dan menanggalkan telekung. Hatinya tiba tiba rasa sayu. Dia ingin berbual dengan Zhafran tapi suaminya berada di tapak projek selama beberapa hari dan susah mendapat liputan internet mahupun talian telefon bimbit. Ya Allah, Kau lindungi lah dia setiap masa dan lindungi lah rumahtangga yang kami bina. Cuma tinggal dua bulan saja sebelum kontrak Zhafran tamat dan mereka boleh hidup bersama seperti pasangan suami isteri sebenar. Dia merapikan diri sebelum naik ke tingkat atas rumah Pak Ali. Kena jaga imej sebagai pensyarah. Kalau dia pakai jeans dan kemeja memang nampak sebaya dengan pelajarnya.

“ Jemput Lea, makan bubur jagung. Mak Yan buat tak manis sangat sebab Pak Ali ada kencing manis” Mak Yan menceduk bubur ke dalam mangkuk kecil untuk Azalea.

“ Mmm… sedap! Saya pun tak suka manis sangat.” Memang sedap bubur yang di buat dengan jagung dan santan segar lebih enak rasanya.

“ Mak Yan, anak angkat jiran yang tambat kerbau tadi tu apa nama dia?” Kerina membuka topik

“ Ada apa apa ke? Kerina suka kat dia? Asyik tanya pasal dia“ Mak Yan tersengih. Kerina segera menggeleng. Buruk lah sangkaan Mak Yan.

“ Eh, tak lah. Saya dah nak kahwin tak lama lagi. Saya saja tanya sebab muka dia seakan akan orang yang kami kenal di KL. Mana lah tahu saudara bau bacang ke?”

“ Nama dia Mat. Nama penuh tak tahu pula. Baik budaknya tapi pelik sikit perangai dia. Kadang kadang dia termenung jauh sampai tak sedar kita panggil. Kadang kadang senyum dan gelak sendiri. “

Azalea mengerutkan dahi. “ Dia asal dari mana Mak Yan?”

“ Tak pernah tanya pula. Budin, jiran kami tu, bawa dia balik tahun lepas. Masa tu muka dan badan Mat penuh luka dan lebam. Badan dia kurus kering. Dia lemah sampai susah nak berjalan, asyik meracau saja. Semua orang pun takut nak dekat. Nasib baik lah dia sembuh lepas makan ubat kampung. Tapi sampai sekarang kita  tak tahu  asal usul dia.  Biarlah dia dengan sejarah silam dia. Janji dia baik dan tak buat kacau “

Azalea dan Kerina bertukar pandang. Kita akan selesaikan misteri Inche Mat secepat mungkin. Caiyokk!


Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2015 05:02 PM | Show all posts
sang_arjuna replied at 3-5-2015 01:57 PM
Sebaik saja Azalea selesai memberi taklimat dan tugasan pada pelajarnya, Kerina mengheret Azalea m ...

wah kak juna...kan ipo dah agak...
Muaz masih hidup!
Yeay...come on Lea..Caiyok!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.073087 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list