CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] Inkues Kematian Adib, UPDATED #506, Dakwa segera pembunuh Adib

   Close [Copy link]
Post time 26-4-2019 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga ada keadilan utk arwah Adib
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 7-5-2019 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahkamah tolak permohonan peguam tangguh prosiding
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN | 07 May 2019

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Mahkamah Koroner menolak permohonan peguam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menangguhkan prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.
Koroner Rofiah Mohamad membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan pihak-pihak berkepentingan hari ini.

Dalam keputusannya, Rofiah berkata, mahkamah tidak berhasrat untuk memanjangkan inkues ini sehinggalah rayuan berhubung bantahan mengenai saksi ke-24 dipanggil semula diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

"Justeru, saya akan meneruskan inkues ini pada Jumaat ini dengan memanggil semula saksi ke-24," katanya.

Pada 30 April lalu, Mahkamah Tinggi mengenepikan keputusan Mahkamah Koroner pada 23 April yang menolak permohonan pasukan pengendali inkues untuk memanggil semula saksi ke-24 iaitu Pakar Bedah Forensik, Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Hafizam Hasmi bagi memberi keterangan.

Terdahulu, peguam KPKT, Syazlin Mansor berhujah, pihaknya tidak berniat untuk menangguhkan prosiding kerana mengambil kira faktor pasukan pengendali yang terlebih dahulu membuat penangguhan kerana membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

"Sehubungan itu, saya memohon agar membenarkan prosiding di Mahkamah Rayuan didengari terlebih dahulu," ujarnya.

Pegawai Pengendali, Faten Hadni Khairuddin bagaimanapun membantah permohonan itu atas alasan permohonan penangguhan lanjutan perlu dipohon di mahkamah tinggi.

"Permohonan itu tidak dibuat oleh pihak peguam malahan mahkamah tinggi juga mengarahkan kes didengar pada 10 Mei," jelasnya.

Sementara itu, Syazlin memberitahu Sinar Harian bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan rayuan di Mahkamah Rayuan pada Jumaat lepas.

"Bagaimanapun belum ada sebarang tarikh pendengaran ditetapkan," katanya.

Prosiding perbicaraan inkuiri itu memasuki hari ke-31 dengan 29 saksi tampil memberi keterangan.

Muhammad Adib, 24, cedera parah dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu dan meninggal dunia pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara selepas 21 hari dirawat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2019 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Saksi tetap pertahan teori Adib keluar sendiri dari van

SELASA, 14 MEI 2019 @ 4:37 PM

DR Ahmad Hafizam Hasmi ketika hadir pada Prosiding Inkues Menentukan Punca Kematian Anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim di Mahkamah Shah Alam. - Foto Roslin Mat Tahir
SHAH ALAM: Pakar Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi, hari ini menolak semua teori yang dikemukakan saksi ke-29 prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Dalam rumusannya, Dr Ahmad Hafizam berkata, teori pakar Forensik Patologi United Kingdom (UK), Profesor Dr Shahrom Abd Wahid tidak berpadanan dengan corak dan kecederaan dialami mangsa.

Katanya, teori bekas pakar Perunding Kanan Forensik dan Patalogi Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (dahulu dikenali Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia) yang dikemukakan di mahkamah itu tidak bersesuaian dengan situasi dan keadaan pada malam kejadian.

“Teori Dr Shahrom hanya memilih kecederaan tertentu pada lengan atas dan kanan.

“Teori Dr Shahrom tidak berpadanan dengan tempoh masa cepat dan bagaimana mangsa mendapat kecederaan,” katanya.

Pada prosiding hari ke -33 ini, Dr Ahmad Hafizam tetap dengan pendirian Muhammad Adib tidak ditarik sebaliknya keluar sendiri dari van Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan itu.

“Kebarangkalian yang paling mungkin adalah mangsa keluar sendiri dari EMRS. Mangsa tidak ditarik oleh orang lain,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, berdasarkan kepatahan tulang rusuk hadapan dan belakang, kebarangkalian untuk mangsa tersepit ada.

“Tetapi daripada maklumat lain, ia tidak menyokong bahawa si mati tidak tersepit antara dua permukaan yang berat.

“Bagaimanapun sekiranya terhimpit antara dua kenderaan iaitu van EMRS dan Fire Tender Rescue (FRT), sepatutnya akan ada lebih banyak kecederaan,” katanya.

Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad ditangguhkan dan bersambung esok.

Sebuah Van EMRS akan dibawa ke mahkamah esok bagi tujuan uji kaji dan penerangan oleh pihak berkepentingan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2019 08:56 AM | Show all posts
Penyerang Adib mungkin boleh mati - Saksi

MyMetroUtama

Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my

PAKAR Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi memaklumkan perusuh yang didakwa menarik keluar anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dari van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) berkemungkinan mengalami nasib sama dengan mangsa.

Saksi ke-24 itu berkata, ini berikutan si pelaku dan mangsa berada di bahagian kiri van EMRS atau dikategorikan sebagai zon bahaya dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Saksi yang dipanggil semula memberikan keterangan di Mahkamah Koroner Shah Alam itu tidak bersetuju teori dikemukakan saksi ke-29, Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid iaitu Muhammad Adib ditarik oleh perusuh.

“Kalau dicadangkan Prof Shahrom, (pelaku menarik mangsa), mungkin akan ada dua post mortem (bedah siasat).

“Ini kerana, si pelaku dan mangsa (Muhammad Adib) terdedah kepada bahaya yang boleh mendatangkan kecederaan serta boleh menyebabkan kematian,” katanya katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Faten Hadni Khairuddin pada prosiding inkues menentukan punca kematian Muhammad Adib yang memasuki hari ke-33 di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.

Mengulas lanjut, saksi itu berkata, pelaku dan Muhammad Adib terdedah dengan kecederaan besar hingga boleh mengakibatkan kematian.

“Jika perkara ini berlaku, penarik atau penyerang (si pelaku) Muhammad Adib dalam bahaya dan boleh mendapat kecederaan.

“Pegawai penyiasat polis memaklumkan tiada orang lain mengalami kecederaan itu pada hari kejadian itu,” katanya.

Menurut individu yang bertanggungjawab melakukan bedah siasat terhadap Muhammad Adib itu, teori Prof Shahrom tidak berpadanan dengan cedera dan corak kecederaan ditemui dalam pemeriksaan klinikal forensik dan bedah siasat.

Muhammad Adib yang juga anggota van EMRS BBP Subang Jaya parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember tahun lalu di IJN.

Prosiding inkues bersambung esok.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 02:20 PM | Show all posts
Buat keputusan yang bakal  jaid penyebab cina dna hindu dihalau diusir terus dari Malaysia?

Buatlah
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 02:29 PM | Show all posts
Syd replied at 15-5-2019 08:56 AM
Penyerang Adib mungkin boleh mati - Saksi

MyMetroUtama

Kenyataan Dr Ahmad Hafizam nih betol2 nak lari dari kenyataan adib dipukul
memula cakap adib keluar sendiri
pastu cakapnya kalo ada org tarik..mesti org tu pon mati
what theeeE???????? punya statement
ko xder pon malam tu...ko based on bukti forensik jaahhhhhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2019 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Semlm kat luar mahkamah coroner tu meols nmpk saksi ke 24 dan juga yg pakar dr IJN
Hrp kebenaran akan dpt dibuktikan
Kesian pd arwah serta keluarga
X blh nk bygkan klu terjd kat family sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 03:39 PM | Show all posts
Syd replied at 14-5-2019 06:11 PM
Saksi tetap pertahan teori Adib keluar sendiri dari van

SELASA, 14 MEI 2019 @ 4:37 PM

tapi teori doc tak selari dengan teori saksi yang ada kat tempat kejadian..... kalau dia keluar sendiri, takkan saksi ni tak tau? takkan dia gamak nak kata mangsa kena tarik?

SHAH ALAM - Seorang pegawai perubatan dan pemandu van Ban-tuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), mendedahkan rakannya, Muhammad Adib Mohd. Kassim ditarik dan dipukul sekumpulan perusuh semasa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Seafield, Subang Jaya pada malam 27 November lalu.

Pendedahan tersebut dilakukan dalam prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib pada hari kedua oleh saksi ketiga, Ahmad Shahril Othman berdasarkan dakwaannya sendiri terhadap kejadian rusuhan tersebut yang diumpamakan seperti berdepan dengan maut.

Menurut Ahmad Shahril, perilaku perusuh itu berkemungkinan terjadi susulan mereka turut cuba membuka pintu EMRS yang dipandunya dengan tujuan untuk menyerang dan mencederakannya.

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 15-5-2019 04:13 PM | Show all posts
Teori dengan saksi yang nampak apa yg berlau, sepatutnya lebih berat untuk mempercayai cakap saksi yakni rakan2 sekerja ahli bomba. Dr berkenaan tidak berada ditempat kejadian dan hanya memberikan teori sahaja. Harap ada keadilan dalam kes ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Farkkkk weiii hukummmmm pesalahhh dgn segera farkkk youuuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2019 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
'Adib bukan terhimpit pintu van EMRS'
Sarah Zulkifli

DR Ahmad Hafizam (kiri) memberi keterangan untuk inkues menentukan punca kematian Muhammad Adib di tepi van EMRS di Kompleks Mahkamah Shah Alam, hari ini. FOTO Saddam Yusoff.

PAKAR Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi memberitahu Mahkamah Koroner Shah Alam, hari ini, kecederaan dialami anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim bukanlah berpunca daripada terhimpit di pintu van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), meskipun tanpa menjalankan eksperimen.

Saksi inkues ke-24 itu berkata, malah, bedah siasat dan pemeriksaan klinikal dijalankannya bersama Ketua Jabatan Forensik HKL, Datuk Dr Mohd Shah Mahmood sudah memberikan bukti jelas mengenai punca kecederaan pada dada kanan mangsa.

“Namun, saya tetap jalankan eksperimen selepas saksi ke-29, Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom,Prof Dr Shahrom Abd Wahid, meminta saya berbuat demikian,” katanya ketika menjawab soalan peguam, Kamaruzaman Wahab dalam prosiding inkues kematian Muhammad Adib yang memasuki hari ke-34 di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.

Dalam keterangan di mahkamah sebelum ini, saksi itu melakukan eksperimen berhubung punca kecederaan Muhammad Adib untuk menyangkal teori dibentangkan Prof Shahrom pada 12 April lalu di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya.

Dr Ahmad Hafizam berkata, bukti sangat jelas bagaimana si mati mendapat kecederaan berdasarkan pemeriksaan klinikal dan bedah siasat.

“Kecederaan dada kanan mangsa boleh disebabkan oleh satu benda tumpul, keras, lebar dan sedikit kasar.

“Objek itu boleh jadi bahu jalan, kenderaan atau objek hadangan yang ada di situ,” katanya.

Ketika disoal Kamaruzaman sama ada dia tahu objek mengenai mangsa, beliau menjawab ‘setakat itu sahaja, objek spesifik saya tidak dapat bantu mahkamah’.

Mengulas lanjut, saksi itu berkata , beliau perlu berada di sisi Muhammad Adib atau berada di tempat kejadian untuk mengetahui apakah objek berkenaan.

Mengulas isu berlainan, Dr Ahmad Hafizam berkata, beliau melakukan bedah siasat terhadap mayat Muhammad Adib termasuk menyiat kulit mangsa bagi melihat kesan lebam pada tubuhnya.

“Hirisan dilakukan secara keratan rentas itu sebagai cara melihat kecederaan pada lapisan kulit dan tisu perantara.

“Namun, saya tidak dapat memisahkan lapisan kulit dan tisu perantara kerana mayat nanti tidak sempurna memandangkan tulang rusuk pun terpisah,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dalam melakukan bedah siasat, pihaknya perlu mengambil kira untuk mengelak berlaku kecacatan mayat.

“Saya terangkan kepada mahkamah bahawa saya membuat bedah siasat pada 1 pagi bagi kepentingan negara dan mengebumikan jenazah dengan cepat,” katanya.

Beliau turut menegaskan walaupun tidak menyiat setiap lapisan kulit si mati untuk mengesan kesan lebam, itu tidak bermakna pihaknya tidak melakukan pemeriksaan bedah siasat dengan teliti.

“Jika mahu melihat lebam, perlu melihat luar dahulu dan jika si mati tersepit di jenang pintu EMRS, pasti ada kesan lebam pada luaran.

“Namun, ketika diperiksa empat hari selepas mangsa cedera, saya dapati tiada kesan lebam pada luaran si mati,” katanya.

Terdahulu, ketika ditanya Kamaruzaman sama ada dia mengenali Prof Shahrom, beliau mengakui pakar forensik itu adalah penyelia dan pensyarah ketika beliau melanjutkan Doktor Patalogi Forensik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Saya setuju dia (Prof Shahrom) mempunyai pengalaman luas,” katanya.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van EMRS BBP Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

 Author| Post time 15-5-2019 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Inkues Adib: Inkues dipertontonkan demonstrasi van mengundur

TAUFIK SALIMIN
15 Mei 2019 11:56 AM

Demonstrasi itu bertujuan mengukuhkan dapatan saksi berkenaan.

Demonstrasi itu bertujuan mengukuhkan dapatan saksi berkenaan.

SHAH ALAM - Prosiding inkues hari ini ditunjukkan dengan demonstrasi van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) membuat pengunduran hingga melanggar Muhammad Adib Mohd. Kassim untuk memadankan teori yang dibentangkan saksi ke-24, Dr. Ahmad Hafizam Hasmi.

Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu membuat penerangan kepada Koroner Rofiah Mohamad dan juga pihak-pihak berkepentingan melibatkan pegawai pengendali dan peguam-peguam mewakili Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan keluarga mangsa.

Demonstrasi itu bertujuan mengukuhkan dapatan saksi berkenaan mengenai teorinya yang menjelaskan mengenai anggota bomba itu dilanggar van tersebut sehingga menyebabkan Muhammad Adib mengalami kepatahan tulang rusuk.

Difahamkan, van EMRS berkenaan yang dipandu anggota bomba turut dibawa mengundur dengan kelajuan 17 kilometer sejam seperti dapatan saksi terbabit.

Demonstrasi itu bermula kira-kira pukul 10.30 pagi tadi dan berakhir satu jam setengah kemudian di pekarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam.

Bagaimanapun, demonstrasi itu tidak menggunakan van yang sama ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ25, Seafield di Subang Jaya pada malam 27 November lalu. - K! ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
xtahumenahu replied at 15-5-2019 02:29 PM
Kenyataan Dr Ahmad Hafizam nih betol2 nak lari dari kenyataan adib dipukul
memula cakap adib kelu ...

Based on bukti forensik tu lah dia buat teori. Terpulang kpd hakim nak tentukan macam mana. Bukannya keputusan dh dibuat pon.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2019 08:32 AM | Show all posts
Inkues Adib: Teori kecederaan pakar forensik kelirukan mahkamah - Peguam

Hilmi Malik, Astro Awani |  Diterbitkan pada Mei 16, 2019 18:02 MYT

Syazlin Mansor, peguam yang mewakili Kementerian Perumahanan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat. - Gambar Astro AWANI

SHAH ALAM: Peguam Syazlin Mansor yang mewakili Kementerian Perumahanan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat menyifatkan keterangan saksi ke-24, Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi sebagai mengelirukan mahkamah pada sesi prosiding petang Khamis.

Kekeliruan itu merujuk pada gambar bahu jalan sebagai bahan bukti yang diletakkan pada fail paling berkemungkinan boleh menyebabkan kecederaan pada dada kanan anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Menurut hujahan Syazlin, tindakan itu tidak wajar dilakukan kerana sehinggga kini pakar forensik itu sendiri masih belum yakin objek bahu jalan itu menjadi punca kecederaan patah tulang rusuk pada bahagian dada kanan depan dan belakang.

“Koleksi gambar ‘kebarangkalian paling mugkin berlaku menerusi corak kecederaan turut meletakkan gambar bahu jalan'.

"Kenapa letak kalau tidak dapat pastikan ia bukan punca sebenar? Kan ia mengelirukan mahkamah,” katanya di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.

Hafizam turut ditunjukkan lakonan semula dijalankan pihak bomba berkaitan pergerakan seseeorang itu jika terjatuh mengenai pada bahagian bahu jalan.

Namun hasil lakonan semula tidak menunjukkan hasil corak kecederaan yang berpadanan malah Hafizam menganggap eksperimen itu boleh dicabar semula sesuatu yang membuang masa.

“Ada 1,001 kemungkinan bagaimana kejatuhan itu berlaku. Eksperimen itu boleh dicabar dan perbuatan itu membuang masa,” katanya.

Sesi prosiding bersambung esok di hadapan Koroner Rofiah Mohammad.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2019 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Inkues Adib: Jangan malukan saya - Pakar forensik

Hilmi Malik, Astro Awani |  Published Mei 17, 2019 17:53 MYT

Ahmad Hafizam berkata niatnya hanya ingin membantu mahkamah berdasarkan dapatan dari pihaknya dan tiada sebarang niat untuk mengelirukan mahkamah. - Gambar fail

Ahmad Hafizam berkata niatnya hanya ingin membantu mahkamah berdasarkan dapatan dari pihaknya dan tiada sebarang niat untuk mengelirukan mahkamah. - Gambar fail

SHAH ALAM: : Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Hafizam Hasmi pada sesi prosiding inkues hari ini meluahkan rasa kecewa apabila formula pelanggaran yang dikemukakannya menjadi pertikaian.

Pada sesi prosiding, isu teori yang dikemukakannya sering menjadi perdebatan dan menimbulkan persoalan di kalangan peguam mewakili keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Bercakap pada prosiding ke-36 inkues di Mahkamah Koroner di sini, hari ini, saksi ke-24 ini menganggap dirinya telah dimalukan.

"Saya bukan pakar fizik dan saya tidak sepatutnya dimalukan mahkamah. Saya juga penjawat awam. Niat saya cuma nak bantu mahkamah," katanya, menzahirkan rasa kesalnya.

Jelas Ahmad Hafizam lagi, tujuannya hanya ingin membantu mahkamah berdasarkan dapatan dari pihaknya dan tiada sebarang niat untuk mengelirukan mahkamah.

"Kita dalam inkues untuk perbincangan, kita bukan dalam perbicaraan, sepatutnya saya boleh balik rehat tapi saya balik buat sesuatu yang membantu mahkamah," katanya ketika disoal peguam Syazlin Mansor.

Kenyataan Ahmad Hafizam itu menerima respon daripada peguam itu yang menyifatkan pakar itu terlalu emosi.

"Soalan saya bukan untuk memalukan. Jangan terlalu ambil serius. Saya cuma nyatakan kenyataan (Ahmad Hafizam) mengelirukan mahkamah dan bukan minta Doktor betulkan semula formula," kata Syazlin.

BACA: Inkues Adib: Teori kecederaan pakar forensik kelirukan mahkamah - Peguam

Ahmad Hafizam pada sesi keterangan hari ini turut mengucapkan terima kasih kepada Mahkamah Koroner kerana memberi peluang kepada pihaknya untuk membantu kes ini.

Untuk rekod, Pakar Forensik HKL yang bertanggungjawab melakukan proses bedah siasat terhadap Muhammad Adib itu telah memberi keterangan sebanyak 9 kali sepanjang prosiding inkues.

Sesi prosiding akan bersambung semula dengan keterangan Bekas Pakar Forensik HUKM, Profesor Dr Shahrom Abdul Wahid pada 27 Mei di hadapan Koroner Rofiah Mohammad.

Difahamkan Mahkamah Koroner bercadang untuk memanggil lagi beberapa saksi pakar, bagaimanapun ia  masih lagi berada di peringkat perbincangan.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 17-5-2019 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 17-5-2019 09:22 PM
Inkues Adib: Jangan malukan saya - Pakar forensik

Pakar my ass..jd dok blum te tu cerdik jgk kekdahnya

Kau saksi y xde kt tempat kejadian. Kau tgk kecederaan pastu buat hipotesis sndiri. Husnuzon bnyk sgt kah?

Saksi y tmpt kejadia..kenderaan y pecah remuk kemek menunjukkan perusuh ganas dan ade niat mencederakan org slm kenderaan. So adakah dia tidak dipukul malah dijamu capati kat bahu jalan?

Tgk kecederaan bole ckp bkn dipukul sbb teruk sgt. Kalau orang 30 - 50 org rumble kau sorang dgn helmet, batang paip mgkin konsisten mcm cedera tersepit agaknya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2019 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Inkues Adib: Peguam tarik diri

TAUFIK SALIMIN

27 Mei 2019 11:12 AM

SHAH ALAM - Episod inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim memasuki cerita baharu selepas peguam yang mewakili Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan ahli keluarga mangsa, Syazlin Mansor menarik diri daripada inkues tersebut.

Perkara itu dimaklumkan Syazlin dihadapan Koroner Rofiah Mohamad sebentar tadi.

Pihak peguam kemudiannya menyerahkan perkembangan selanjutnya kepada mahkamah. - K ONLINE!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 12:37 PM | Show all posts
india yg nak dijatuhkan hukuman kat Singapore.. bole plak Menteri PH nak tolong bagai.. tapi kes arwah adib ni knpa tak nak tolong sungguh2?? adib kan org Melayu.. orang Islam.. knpa PH perangai mcm ni..knpa taknak tolong sungguh2 bela kematian arwah adib?? mana Menteri PH?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 27-5-2019 11:40 AM
Inkues Adib: Peguam tarik diri

TAUFIK SALIMIN

So..lps ni cemane eh?ni soklan blur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

Forum Hot Topic

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.075050 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list