CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 42

[Copy link]
Post time 15-4-2022 11:04 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 15-4-2022 10:05 AM

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
15 APRIL 2022
PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 14 April 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Tiada negeri menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual1);
  • Katil Bukan ICU: Tiada negeri menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
  • Katil PKRC: Satu (1) negeri iaitu Perak (71%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1); dan
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) menurun kepada 89 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 10%.
Jadual 1:  Penggunaan katil COVID-19 bagi ICU dan bukan ICU di hospital dan PKRC pada 14 April 2022
Jadual 2: Penggunaan keseluruhan katil termasuk kes COVID-19 dan bukan COVID-19 di hospital awam pada 14 April 2022
Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2  di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.
Jadual 3: Bilangan kemasukan pesakit harian COVID-19 ke hospital awam mengikut kategori dan negeri pada 14 April 2022
KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 14 April 2022, sebanyak 374 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1):
  • 154 kes (41.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 220 kes (58.8 peratus) adalah kategori 1 dan 2.
Rajah 1: Bilangan kemasukan pesakit harian COVID-19 berdasarkan kategori ke hospital
Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 14 April 2022:
  • Kes sembuh: 13,202 kes [4,209,858 kes kumulatif (96.5%)];
  • Kes baharu: 10,413 kes (4,363,024 kes kumulatif);
  • Kes import: 27 kes [24 warganegara (88.9%); 3 bukan warganegara (11.1%)];
  • Kes tempatan: 10,386 kes [9,811 warganegara (94.5%); 575 bukan warganegara (5.5%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 154 kes (69 kes disahkan COVID-19; 85 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 89 kes (45 kes disahkan COVID-19; 44 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 10,413 kes harian yang dilaporkan pada 14 April 2022:
  • Kategori 1: 5,926 kes (56.91%);
  • Kategori 2: 4,435 kes (42.59%);
  • Kategori 3: 24 kes (0.23%);
  • Kategori 4: 11 kes (0.11%); dan
  • Kategori 5: 17 kes (0.16%).
Daripada 52 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 14 April 2022:
  • 16 kes (30.77%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 11 kes (21.15%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 25 kes (48.08%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 24 kes (46.15%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • 22 kes (42.31%) mempunyai komorbid.
KLUSTER COVID-19
  • Jumlah kluster: 6,966 kluster;
  • Jumlah kluster baharu: 8;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,854 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 112 kluster.
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
NEGERINILAI R[size=12.375px]T
Selangor0.91
Negeri Sembilan0.82
Perak0.81
WP Kuala Lumpur0.81
Terengganu0.80
Melaka0.80
Johor0.77
WP Putrajaya0.76
Sabah0.75
Pulau Pinang0.73
Perlis0.72
Pahang0.71
Sarawak0.71
Kedah0.68
Kelantan0.63
WP Labuan7 kes
MALAYSIA0.86
Jadual 4: Nilai R[size=10.2094px]T
mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 14 April 2022
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
15 April 2022 @ 10.00 pagi
Lampiran 1
Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam
Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 15-4-2022 08:39 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Post time 15-4-2022 08:40 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2022 09:26 PM | Show all posts
seribulan replied at 14-4-2022 02:02 PM
Dok rumah baik2 ni...ujung tahun bff ajak pi Europe

hati-hati masa travel
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-4-2022 09:27 PM | Show all posts
seribulan replied at 14-4-2022 02:02 PM
Yang tinggal sotong...nak buat sambal...ada bahan lontong...isi udang...telur asin & telur puyuh : ...

dah jadi lauk nya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2022 09:28 PM | Show all posts
seribulan replied at 14-4-2022 01:59 PM
oh...ada gambo? semalam xde lagi

kat mana2 berita online ada tunjuk. nak muntah tengok
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 16-4-2022 04:20 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 15-4-2022 08:26 PM
hati-hati masa travel

Masih memikir...dia dah beri tarikh
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 04:21 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 15-4-2022 08:27 PM
dah jadi lauk nya?

Belum...ni tukar nak masuk ulam petai kerdas @ jering
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 04:22 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 15-4-2022 08:28 PM
kat mana2 berita online ada tunjuk. nak muntah tengok

Mujur x tengok...kata unsur mistik @ sabotaj kot yg kes ulat mi tonggek lak...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Terkini....
.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 08:27 AM | Show all posts

Post time 16-4-2022 02:05 PM | Show all posts
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
16 APRIL 2022
PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 15 April 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Tiada negeri menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual1);
  • Katil Bukan ICU: Hanya satu (1) negeri iaitu WP Putrajaya (51%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
  • Katil PKRC: Hanya satu (1) negeri iaitu Perak (87%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1); dan
Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) menurun kepada 87 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 10%.
Jadual 1:  Penggunaan katil COVID-19 bagi ICU dan bukan ICU di hospital dan PKRC pada 15 April 2022
Jadual 2: Penggunaan keseluruhan katil termasuk kes COVID-19 dan bukan COVID-19 di hospital awam pada 15 April 2022
Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2  di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.
Jadual 3: Bilangan kemasukan pesakit harian COVID-19 ke hospital awam mengikut kategori dan negeri pada 15 April 2022
KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 15 April 2022, sebanyak 370 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1):
  • 146 kes (39.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 224 kes (60.5 peratus) adalah kategori 1 dan 2.
Rajah 1: Bilangan kemasukan pesakit harian COVID-19 berdasarkan kategori ke hospital
Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 15 April sebanyak 370 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1):
  • 146 kes (39.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 224 kes (60.5 peratus) adalah kategori 1 dan 2.
Rajah 1: Bilangan kemasukan pesakit harian COVID-19 berdasarkan kategori ke hospital
Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 15 April 2022:
  • Kes sembuh: 14,267 kes [4,224,125 kes kumulatif  (96.6%)];
  • Kes baharu: 9,673 kes (4,372,697 kes kumulatif);
  • Kes import: 25 kes [24 warganegara (96.0%); 1 bukan warganegara (4.0%)];
  • Kes tempatan: 9,648 kes [9,337 warganegara (96.8%); 311 bukan warganegara (3.2%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 152 kes (69 kes disahkan COVID-19; 83 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 87 kes (40 kes disahkan COVID-19; 47 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 9,673 kes harian yang dilaporkan pada 15 April 2022:
  • Kategori 1: 5,394 kes (55.76%);
  • Kategori 2: 4,231 kes (43.74%);
  • Kategori 3: 21 kes (0.22%);
  • Kategori 4: 17 kes (0.18%); dan
  • Kategori 5: 10 kes (0.10%).
Daripada 48 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 15 April 2022:
  • 17 kes (35.42%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 17 kes (35.42%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 14 kes (29.17%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 27 kes (56.25%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • 26 kes (54.17%) mempunyai komorbid.
KLUSTER COVID-19
  • Jumlah kluster: 6,974 kluster;
  • Jumlah kluster baharu: 8;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,858 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 116 kluster.
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
NEGERINILAI R[size=12.375px]T
Selangor0.89
Negeri Sembilan0.85
Perak0.82
Terengganu0.82
WP Putrajaya0.81
WP Kuala Lumpur0.81
Melaka0.79
Johor0.78
Pulau Pinang0.73
Sabah0.73
Pahang0.69
Sarawak0.69
Kedah0.68
Kelantan0.65
Perlis14 kes
WP Labuan10 kes
MALAYSIA0.82
Jadual 4: Nilai R[size=10.2094px]T mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 15 April 2022 *Kiraan nilai RT bagi kes kurang daripada 20 tidak dapat dikira dengan tepat
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
16 April 2022 @ 10.00 pagi
Lampiran 1
Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)
Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Perak
.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 16-4-2022 05:50 PM | Show all posts
seribulan replied at 16-4-2022 04:20 AM
Masih memikir...dia dah beri tarikh

pegi travel yang tak bestnya bila start packing. sehari sebelum pegi set alarm siap2 takut terlepas flight.hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2022 05:51 PM | Show all posts
seribulan replied at 16-4-2022 04:21 AM
Belum...ni tukar nak masuk ulam petai kerdas @ jering

pandai awak makan kerdas. saya pandai makan petai je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2022 05:53 PM | Show all posts
seribulan replied at 16-4-2022 04:22 AM
Mujur x tengok...kata unsur mistik @ sabotaj kot yg kes ulat mi tonggek lak...

ya mee tonggek tu kat bazar putrajaya kan. sampai kena notis tutup.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 16-4-2022 04:50 PM
pegi travel yang tak bestnya bila start packing. sehari sebelum pegi set alarm siap2 takut terlepa ...

Salu berbulan standby luggage...ni raya dah standby luggage
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

Category: Kesihatan

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:39 PM GMT+8 , Processed in 7.700365 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list