|
sudahnya....pergi tak kembali.....nauzubillah... |
|
|
|
|
|
|
|
jin ni pon terer la main umpan2 ni... |
|
|
|
|
|
|
|
apa latest news Balkis ni??? Muga dia dapat bertahan dengan dugaan ini... |
|
|
|
|
|
|
|
so dorg dah gi gunung jerai blum nak carik Balkis ni?
kekadang mcm pelik pun ada. tak nak percaya.... tapi mmg btl2 ilang |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 408# ea208964
hi Ea sowi lmbt reply!outstation,2 3 mlm asyik mimpi antu je,terus xbukak porem dah hahaha..adik gue bilang, si makhluk berbulu tu sendiri la yang berkenan..tapi die bilang lagi,hanya Allah y Maha Mengetahui bende sebenar2nya..diorang2 ni boleh scan aje laaaa..nawaitu sebenar tidaklah diketahui..balqis pun xla lawa sangat.tapi maybe adela sumthin somwhere spesel tuuuu.. |
|
|
|
|
|
|
|
balqia ni kena diattachkan dengan GPS device.... mcm citer CSi tuh.. so di hilang kat mana2 pun, org leh kesan kat mana koordinatnya..... |
|
|
|
|
|
|
|
Uihhhh??
Gunung Jerai??
kan banyak panglima bertapa kat sana?? adik gue pon rajin naik melawat puteri kat sana..nanti aku riki2 adik aku suh dia riki2 ngan puteri2 tersebot ye. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 429# missayeen
jin ni tengok org tu lawa ke tak lawa jugak ke?? hishh bahaya nye.. |
|
|
|
|
|
|
|
balqia ni kena diattachkan dengan GPS device.... mcm citer CSi tuh.. so di hilang kat mana2 pun, org ...
manganini Post at 26-10-2010 21:48
GPS lak.. GIS kan..? aper2 je lah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 432# manganini
oihhhh..ko ingat jin tu xmemilihhh...
tapi maybe balqiis something spesel inside or spesel in the future..tu yang die berkenan tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply manganini
oihhhh..ko ingat jin tu xmemilihhh...
tapi maybe balqiis something spese ...
missayeen Post at 26-10-2010 22:02
spesel in the future? oh apekah itu?? |
|
|
|
|
|
|
|
Wallahualam..
kite xtawuuuuuuuuu..
tapi abang bulu tawuuuuuuuuuuuuuuu.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa kata ustaz sharhan yg dlm Misteri Alam Ghaib tu?
aku dah ckp aritu suruh budak balkis ni kawin je dgn ustaz
senang nak jaga |
|
|
|
|
|
|
|
apa kata ustaz sharhan yg dlm Misteri Alam Ghaib tu?
aku dah ckp aritu suruh budak balkis ni kawin ...
immortallez Post at 26-10-2010 23:01
bley ek camtu? |
|
|
|
|
|
|
|
adessss ..kluar abg buluuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....
tu lah ...bukan nak mengata or menghin ...
ea208964 Post at 26-10-2010 22:31
ye ke kalau buang makanan, jin suke?
alemak, sekali terase da...
pasni kena makan bagi habis la...
huhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
dalam paper tulis budak tue dah kena sorok balik.. hantu apa punya keje nie ek? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 440# nabil_4122
errkkkk ..jgn percaya ...ni spekulasi tah pape shj .... |
|
|
|
|
|
|
|
Keluarga makin resah, Siti Balqis ghaib lagi
BESUT 26 Okt. - Kisah 'gadis ghaib' Siti Balqis Mohd. Nor, 22, berterusan apabila dia hilang semula malam Ahad lalu dan belum ditemui sehingga hari ini.
Ini merupakan kehilangan paling lama dan makin mencemaskan anggota keluarganya dan malam ini satu majlis bacaan yasin dan solat hajat diadakan.
Sebelum ini, fenomena kehilangannya reda setelah 15 hari 'dikawal' dengan pelbagai usaha dan ikhtiar menerusi rawatan perubatan Islam dan dianggap sudah pulih.
Kali ini kehilangannya benar-benar membingungkan ahli keluarganya apabila dikatakan 'dilarikan' bersama kenderaan milik ibunya yang ditemui dalam keadaan berkunci di pekan Jerteh kira-kira tujuh kilometer dari rumahnya kira-kira 1 pagi semalam.
Apa yang menghairankan, satu-satunya kunci Perodua Kembara itu berada di tangan ibunya, Norizan Said dan kenderaan itu berkunci pintu, stereng dan gear ketika Siti Balqis dilihat bergegas menaiki kenderaan tersebut yang memecut laju.
Sebelum itu kata bapa saudaranya, Derawi Said, berkata, kira-kira pukul 7 malam Ahad lalu, Siti Balqis keluar ke bandar Jerteh bersama sepupunya untuk menghantar jadual peperiksaan calon persendirian kepada rakannya.
Katanya, setelah pulang, kenderaan itu diletakkan oleh Siti Balqis yang lebih dikenali dengan panggilan Kak Long di hadapan rumah mereka.
"Kira-kira pukul 8.30 malam, ketika ahli keluarga berkumpul di dapur dan Siti Balqis berada berhampiran, tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi benda jatuh di tengah ruang tamu rumah."
"Guli kaca berwarna hijau sebesar kira-kira syiling 20 sen bergolek di tepi tempat Siti Balqis duduk dan kemudian melalui hadapan ahli keluarga yang sedang berkumpul menyebabkan semuanya terpinga- pinga," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ketika itu, katanya, masing-masing berebut untuk melihat guli kaca hijau itu secara lebih dekat dan dalam keadaan kelam kabut itu tiba-tiba Siti Balqis berlari keluar melalui pintu hadapan.
Selepas itu, menurutnya, ada jiran yang mendakwa melihat Siti Balqis menaiki kenderaan itu dengan pantas walaupun sebelum ini stereng dan gear kenderaan itu berkunci dan ada pada ibunya.
Lebih pelik lagi dakwanya, enjin kenderaan itu sudah tersedia hidup dan Siti Balqis terus memecut menuju ke Jerteh dan gagal dikejar oleh beberapa orang yang mengekorinya kemudian.
Ekoran itu, usaha mencari dilakukan di beberapa lokasi yang dia ditemui sebelum ini iaitu atas bumbung, atas pokok, dalam siling rumah, dan juga tempat yang difikirkan dapat ditemui tetapi gagal menemuinya.
Dalam tempoh itu beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) diterima oleh ibunya daripada Siti Balqis bahawa dia berada di Masjid Tok Dor dan telah meninggalkan kenderaan di stesen bas Jerteh tetapi setelah dicari di sana dan di Pasir Puteh, Kelantan tidak juga ditemui.
Ketika ahli keluarga berbincang untuk melaporkan kejadian kepada polis, ibunya sekali lagi menerima SMS yang mengatakan dia berada di Gunung Jerai, Kedah dan satu lagi SMS mengatakan dia sedang berlawan dengan jin yang melarikan dirinya.
"Ada juga SMS daripada Siti Balqis mengatakan dia sedang dirawat lukanya dan berada bersama puteri bernama Maisarah dan Mastura," katanya.
Bagaimanapun, kira-kira pukul 1 pagi, kenderaan Perodua Kembara itu berjaya ditemui di kawasan stesen teksi Jerteh dengan pintu terkunci sebelum dibuka dengan kunci yang dimiliki oleh ibunya dan dibawa balik ke rumah.
Sejam kemudian ibunya, bersama beberapa ahli keluarganya telah membuat laporan mengenai kehilangan anaknya itu di Balai Polis Jerteh.
Ketika berita ini ditulis, tiada maklumat baru mengenai Siti Balqis diterima dan keluarganya telah mengadakan majlis membaca surah Yasin dan solat hajat bagi memohon petunjuk di mana gadis itu berada.
****rupa rupanye dia ilang naik keta la....... |
|
|
|
|
|
|
|
sekali moden da...
naik keta pulak... |
|
|
|
|
|
|
| |
|