|
ciksurie : pernah tak terfikir untuk mengambil anak angkat? Reply 378# bulanpurple
setakat ari nie takder lagi...tak tahulah untuk masa akan datang![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
UJIAN LISAN BAHASA MALAYSIADARJAH ENAM
SOALAN
1. Apakah cerita dongeng rakyat yang anda paling s ...
zadzamusa Post at 22/10/2011 07:32 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
5. Chit_ana Setujukah ana dengan perbuatan si isteri yang memberikan susu kepada bayi yang tidak dikenali?
jawapan:
setuju.mengikut hukum agama Islam tindakan ini dibenarkan oleh Islam.Nabi Muhammad saw sendiri mempunyai ibu susuan (Thuwayba dan Halimatus-sadia). Ibu-ibu susuan tersebut dipandang tinggi oleh Allah swt sebagai pengasuh Nabi Muhammad saw ketika kecil. Walaubagaimanapun, menyusui anak orang lain akan mewujudkan pertalian saudara susuan antara keluarga ibu susuan dan anak susuan.
hadis ini menyatakan Rasulullah sendiri disusuikanoleh oleh Thuwaybah sebelum menjadi anak susuan Halimah As-Saadiah.
![](http://platform.ak.fbcdn.net/www/app_full_proxy.php?app=4949752878&v=1&size=o&cksum=80afd1d5cfcb90573ac0e90c2d818ac3&src=http%3A%2F%2Fi1218.photobucket.com%2Falbums%2Fdd410%2Fernadia84%2FFAQ%2Fhadiththuwayba.png)
maksudnya:
`Urwah bin al-Zubair menceritakan kepada ku (Az-Zuhriy), Zainab anak perempuan Abu Salamah memberitahunya, Ummu Habibah binti Abu Sufyan memberitahunya, beliau berkata: “Wahai Rasulullah, kahwinilah saudara perempuanku”. Lalu Rasulullah bersabda, “Atau kamu sukakan hal itu?”. Aku berkata, “Ya, tidaklah aku bersendirian. Dan aku suka jika saudara perempuanku berkongsi yang terbaik denganku.” Rasulullah SAW bersabda, “Itu (berkahwin dengan dua adik-beradik) tidak halal bagiku”. Aku berkata, “Kami mendapat tahu bahawa engkau mahu berkahwin dengan anak Abu Salamah”. Rasulullah bersabda, “Anak Abu Salamah?”. Aku berkata, “Ya”. Rasulullah kemudian bersabda, “Sekalipun dia bukan anak kepada isteriku, ia tidak halal bagiku kerana dia anak kepada saudara sesusuanku. Thuwaybah telah menyusukanku dan Abu Salamah. Maka tidak boleh bagiku untuk berkahwin dengan anak-anak kamu dan saudara-saudara perempuan kamu”. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
UJIAN LISAN BAHASA MALAYSIA DARJAH ENAM
SOALAN 1. Apakah cerita dongeng rakyat yang anda ...
fatehana Post at 21/10/2011 20:59 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
2. untuk chit_ana
Pada pandangan ana untuk ibu-ibu yang berkerja adakah perlu mereka memberikan susu ibu kepada anak-anak mereka?
jawapan:
Perlu je bagi susu ibu.sebab susu ibu mempunyai pelbagai kebaikan kepada ibu dan juga bayi.antara kebaikannya adalah:
UNTUK BAYI
Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi.
Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi.
Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru serta masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak.
UNTUK IBU
Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya.
LAIN-LAIN KEBAIKAN
Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.
Mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
Untuk memudahkan bagi ibu bekerja..susu hendaklah dipam sebelum pergi berkerja.susu tersebut boleh disimpan dalam peti sejuk atau tempat beku.susu tersebut perlu disuamkan sebelum diberikan kepada bayi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
2. Ciksurie Pandangan surie mengenai pegambilan anak angkat?
Reply 384# zadzamusa
Pengambilan anak angkat itu sesuatu perbuatan yang mulia...terutama sekali kalau yang diambil itu adalah merupakan anak yatim @ yatim piatu.
Anas bin Malik ra berkata: “Sebaik-baik rumah adalah rumah yang didalamnya ada anak yatim yang diperlakukan secara baik dan sejelek-jelek rumahadalah rumah yang didalamnya ada anak yatim yang disia-siakan.
bagaimanapun, sekiranya mmg mahu mengambil anak angkat, hendaklah bersedia dari segi keprihatian dan nilai-nilai tanggungjawab serta apa-apa kemungkinan yang akan berlaku.
Kita, harus menjalankan tanggungjawab sepenuhnya dalam memberi pendidikan duniawi dan agama, harus ikhlas memberikan kasih2 dan tidak sekali2 membezakan anak angkat dan anak kandung. Sekiranya mampu fizikal dan mental, tidak salah berkongsi rezeki dgn anak angkat nie..besar pahalanya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ciksurie : ~ Selain pacat apakah lagi benda yang anda geli?
Reply 395# Bini_Cantik
huhuhu...cicak, ular, lintah, ulat....![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 417# ungu_merah
nama kiesh tak ada {:4_236:}{:4_226:}![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tengs mod hang ![](static/image/smiley/default/flower.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah ![](static/image/smiley/default/flower.gif)
dah defender |
|
|
|
|
|
|
|
ciksurie : ~ buat satu lirik lagu jenaka berkaitan pacat
Reply 396# Kiesh
Pacat oh Pacat
Pacat oh pacatkau datang selepas ujan
bawah rumput kau sembunyi
merayap kekakiku tanpa bunyi
pacat oh pacat
diam-diam kau kenyang
bila mataku terpandang
menjeritlah bagai pontianak melayang
pacat oh pacat
gatalnya kau melekat
habislah darahku yang likat
baik ku lari sebelum kau dekat
*sila nyanyi ikut lagu bangau oh bangau*![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pacat oh pacat
moyas Post at 22/10/2011 23:17 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
8.chit_ana
Apa yang anda faham tentang pacat? Ceritakan.
jawapan:
PACAT:
Filum : Annelida
Kelas : Hirudinea
Ciri – Ciri :-
- pacat ádalah haiwan ektoparasit iaitu parasit di luar perumah
- Ia ádalah pemangsa yang khusus kerana ia melekat pada perumah nya
untuk tempoh masa yang sebentar sahaja bagi mendapat kan darah
- pacat boleh menghisap darah sebanyak 3 kali ganda berat badan nya
- Selepas mengambil darah, ia akan menanggalkan diri nya dari perumah,
lalu jatuh dan mula mencari pasangan
- Pacat dikelaskan dalam Kelas Hirudinea
- Selepas makan darah dengan secukup nya, ia boleh hidup untuk beberapa bulan malahan 1 tahun
tanpa mendapat kan darah lagi
- pacat adalah haiwan hermaphrodile ataupun kedi. 1 individu boleh mempunyai kedua-dua organ
jantan dan organ betina, dan ia bertelur di dalam air
- Induk membawa anak dari telur di dalam kantung yang terbentuk melalui lipatan permukaan bawah badan nya
- Kadang kala, anak nya melekat dibawah cuaran di bawah badan induk
Pacat di Malaysia terbahagi kepada 2 kumpulan :
1) Rhyncobdella
- mempunyai organ mencucuk atau belalai pada mulut seperti jarum
2) Arhyncobdella
- mempunyai rahang dan gigi
Pacat Haemadipsa sp.
- lebih kecil dari lintah kerbau
- tinggal di kawasan lembap
- menyorok di celah tanah apabila kering
- keluar untuk menghisap darah haiwan berdarah panas
– bergerak secara menjengkal kan badan nya
- menghisap darah mamalia, kadangkala burung dan haiwan berdarah sejuk (reptilia)
4 spesies Haemadipsa sp. di Malaysia
Haemadipsa zeulanica
Haemadipsa subagilis
Haemadipsa sylvestris (berwarna hijau – “pacat siamang“ )
Haemadipsa picta
- adalah perosak haiwan domestik
- menyebabkan kehilangan darah dan jangkitan sekunder
- menjangkitkan penyakit berjangkit |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 417# ungu_merah
j. Fatehana - Pada pendapat anda adakah benar pacat hanya akan menghisao darah kotor sahaja?
jawapan ana: Melalui pembacaan di majalah dan internet pacat akan menghisap darah apa sahaja baik yang berasal dari mamalia mahupun yang dari golongan burung daan tidak dinyatakan bahawa pacat hanya akan menghisap darah kotor sebaliknya dia akan terus menghisap darah mangsanya. Malahan mengikut segi perubatan biasanya pengamal-pengamal perubatan tradisional akan menggunakan lintah untuk menyedut darah yang kotor dan bukannya pacat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
9.ciksurie Apakah anda ada cara untuk mengelak pacat dari menghisap tubuh kita?
Reply 410# moyas
makcik surie ajor....pakailer bot mcm Pua Chu Kang sebelum masuk kebun,
pastu spray kaki dgn baygon ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
![](http://files.coloribus.com/files/adsarchive/part_565/5652455/file/baygon-insecticide-spray-mosquito-screen-small-93283.jpg) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 430# Kiesh
makacih ![](static/image/smiley/default/3laugh.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
SOALAN
f. Moyas - Pada pendapat anda , adakah luka kesan gigitan pacat akan menjadi parut kekal?
Luka kesan gigitan pacat biasanya boleh hilang akan tetapi bergantung pada keadaan luka tersebut, jika lukanya lebar dan dalam ini
mungkin memakan masa yang agak lama untuk hilang. Cara lain untuk cepat menghilangkan parut kesan dari gigitan pacat ini, bolehlah mengosok tempat luka tersebut dengan bio-oil setiap hari.
![](http://www.realbeauty.com/cm/realbeauty/images/CU/rb-bio-oil-4-0809-de-large_new.jpg)
ungu_merah Post at 23-10-2011 15:44 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Nota: bio-iols bole didapati di farmasi yang berdekatan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
UJIAN LISAN BAHASA MALAYSIA
DARJAH ENAM
[url=]
[/url][url=]TAJUK: SATU KELUARGA MENCARI ANAK[/url][url=]
Pada zaman dahulu, kononnya, ada satu keluarga yang sudah lama berumahtangga tetapi masih belum mendapat anak. Mereka berdua sangat ingin mempunyai anak. Pada suatu hari Si Suami pergi berburu dengan anjingnya di hutan. Apabila dia sampai di satu tempat yang berlalang, dia nampak seorang anak. Lelaki itu sangat gembira dan dia berkata, "Wah, saya dapat anak!" Jadi dia memeluk anak itu. Dia tidak pergi berburu lagi tetapi terus pulang pula.
Tergesa-gesa dia berjalan pulang, dan sewaktu hampir sampai ke rumahnya, jauh lagi Si Suami berseru menyuruh isterinya memasak bubur. Sebaik saja dia sampai di rumah, anak itu pun dimandikannya dan diberikannya pakaian. Betapa suka hati mereka berdua. Apabila bubur itu masak, mereka memberinya makan, tetapi anak itu tidak mahu makan. Kata Si Suami, "Cubalah engkau biar dia menyusu, mana tau dia mahu." Jadi Si Isteri itu pun menyusui anak itu. Anak itu kuat menyusu. Kata Si Isteri itu, "Hiduplah anak kita sebab dia kuat menyusu."
Anak itu pun menyusu, hingga perempuan itu tertidur dia masih tidak mabu berhenti. Si Suami curiga sebab sudah lama isterinya tidak sedar diri. Lelaki itu pergi membangunkan isterinya. Aduh, isterinya tidak ada lagi, badannya sudah keras, dia sudah mati, sebab anak itu bukan anak manusia tetapi adalah ibu pacat! Lelaki itu sangat marah sebab isterinya sudah mati. Lalu dia menetak anak itu dengan parangnya. Belum lagi parangnya menembus anak itu, maka darah pun memercik keluar, darah isterinya yang sudah dihisap oleh ibu pacat itu hingga ia kenyang. Si Suami sungguh menyesal, tetapi isterinya sudah mati.
Credit to: cerita Dongeng Kadazan Labuk-Kinabatangan,
Jabatan Muzium Sabah, 1979, m/s 25
[/url]
SOALAN
1. Apakah cerita dongeng rakyat yang anda paling suka?
Puteri Gunung Ledang
![](http://1.bp.blogspot.com/_xLZp8m9bAX4/SbY1ENl4yZI/AAAAAAAAAWQ/HQ-otwa3rS8/s320/gnung+ledang.jpg)
GUNUNG LEDANG.. terletak di kawasan Sagil dalam daerah Tangkak bersempadan dengan daerah Jasin di Melaka.Gunung setinggi 4,187 kaki (dari aras laut) silamnya dipanggil “Mount Ophir” oleh orang-orang Portugis.( sumber sejarah Melaka di Perpustakaan Lisbon, Portugal) yang menguasai negeri Melaka pada tahun 1511.
Di kawasan gunung ini juga pernah diceritakan wujudnya emas dan pernah ditemui di suatu kawasan gunung yang dinamakan Gunung Gemih. Cerita orang dahulu, ketika Gunung Ledang masih baru didaki orang dan belum mendapat jalan mendaki seperti sekarang. Sesiapa yang sedang mendakinya akan merasakan sesuatu yang luarbiasa seolah-olah sedang berada di suatu tempat yang sangat indah.
![](http://2.bp.blogspot.com/_xLZp8m9bAX4/SbY8IjfD2aI/AAAAAAAAAWo/vJ-wxTyB6Jo/s320/08-invictus.jpg) nenek kebaya
PUTERI GUNUNG LEDANG :-
Puteri Gunung Ledang dikatakan amat cantik hingga diingini oleh Sultan Mahmud dari Kesultanan Melaka. Pendekar yang diutuskan meminang ialah Laksamana Hang Tuah, Tun Mamat dan beberapa orang lain.
Semasa kecil, Hang Tuah berguru silat di atas Gunung Ledang dan biasa dengan jalan ke puncak Gunung Ledang. Akan tetapi kala ini, umurnya telah terlalu tua untuk ke puncak Gunung Ledang. Dengan itu, Tun Mamat ditugaskan ke puncak dan menemui seorang nenek tua atau lebih dikenali sebagai nenek kebayan yang sebenarnya,samaran kepada Puteri Gunung Ledang.
Puteri Gunung Ledang dikatakan menolak pinangan Sultan Mahmud dengan mengenakan tujuh syarat yang tak mampu ditunaikan, ialah:
1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang.
1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
7 dulang hati nyamuk.
7 dulang hati kuman.
7 tempayan air mata anak dara.
7 tempayan air pinang muda.
1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan masih kanak-kanak lagi.
Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan Melaka kecuali darah puteranya.
Dalam Hikayat Hang Tuah, Sultan yang meminang dengan Puteri Gunung Ledang bukannya Sultan Mahmud, tetapi Sultan Mansor Shah.
(Dalam karya agungnya Sulalatus al-Salatin (Sejarah Melayu) Tun Sri Lanang mengisahkan tentang Sultan Mahmud yang setelah kematian isteri, berhasrat meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak mahu beristerikan puteri raja biasa kerana ia bererti sama dengan raja-raja lain. Baginda ingin tampil lain dari yang lain. Katanya, “…yang kita kehendaki barang yang tiada pada raja-raja yang lain, itulah yang hendak kita peristeri. Akan sekarang, kita hendak menyuruh meminang Puteri Gunung Ledang;…….” ).
Selain itu dalam Hikayat Hang Tuah, sahabat yang menderhaka ialah Hang Jebat. Akan tetapi dalam Sejarah Melayu, cerita 'Shellabear' ialah Hang Kasturi.
2. Siapakah yang selalu menceritakan kisah dongeng rakyat kepada anda?
ayah saya.pernah ayah saya menceritakan pasal si tanggang anak derhaka bila saya tidak mendengar kata.lepas dengra cerita ayah ,saya terus jadi takut.tak mahu menjadi seorang anak yang derhaka {:4_189:}
3. Cerita pengalaman anda atau kawan anda tentang pacat
pengalaman saya dengan kawan-kawan semasa berkhemah di hutan. di situ kami membuat pelbagai aktiviti termasuklah aktiviti meredah hutan. kami terus berjalan-jalan dan bila balik saya tidak perasan di kaki saya telah berdarah.apabila dibuka stoking ,tengok2 darah dah banyak keluar.,rupanya pacat yang buat.tengok2 pacat tu dah gemuk.tanda pacat ni sudah kenyang makan darah saya
4. Adakah anda geli dengan pacat? Kenapa?
mestilah geli sebab badannya berkilat dan licin.lagipun pacat ni suka menghisap darah manusia.tu jer makanan dia
5. Buatkan 10 soalan berdasarkan kisah di atas untuk ditujukan kepada pelajar kelas ini. (Tidak melebihi 2 soalan untuk seorang pelajar boleh ditujukan.)
a) moyas - dimanakah tempat yang anda pernah digigit oleh pacat?
b) fatehana - sebagai ibu bekerja,bagaimanakah cara anda menyusu bayi?
c) adalia - apakah kebaikan pacat untuk kesihatan manusia?
d) ciksurie- adakah anda setuju susu formula lebih baik daripada susu ibu kepada bayi?jika tidak,mengapa?
e) tudung_bawal – bagaimana cara yang anda guna untuk menggelakkan daripada terkena gigitan pacat?
f) ciksurie – sebagai seorang ibu, tetiba anda mengalami masalah kekurangan susu badan untuk diberi kepada bayi,apakah yang anda akan lakukan untuk member susu kepada bayi anda?
g) syaiful – apakah hukum bagi darah yang mengalir dari kesan gigitan pacat semasa solat?
h) satusembilan – apakah tujuan kempen penyusuan ibu ini dilakukan?\
i) kiesh – apakah yang anda faham mengenai ibu susuan?
J)bini_cantik – dimanakah tempat yang biasa pacat suka hidup?
35 markah
hantar sebelum 9:00 pagi 24/10/11
jawab soalan ditujukan sebelum 11:00 pagi 24/10/11 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
UJIAN LISAN BAHASA MALAYSIA
a) moyas - dimanakah tempat yang anda pernah digigit oleh pacat?
Jawapan : Sebenarnya saya tidak pernah digigit pacat buat masa ini. Kerana saya kurang pergi ketempat-tempat seperti sawah, anak sungai, kebun atau tempat-tempat yang lembab. Tetapi kejadian adik saya digigit pacat pernahlah terjadi didepan mata saya. Tempat kejadian itu adalah di anak sungai dikebun cousin saya di Batang Kali, selangor.
chit_ana Post at 23-10-2011 21:25 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
rupa keadaan kaki yang digigit pacat ![](http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRjxIiIJDTys-N0JFAd54IzSmzPDEu-EoDpi5ARWBSRPpWI3OKF)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ada masuk sini tgk ada pic2 pacat terus ketar lutut![](static/image/smiley/default/funk.gif) ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|