|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
nicky,pls pst n3 cpt2 na
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum.....masuk menanti n3 baru arini.....
gegeh le sangattttt |
|
|
|
|
|
|
|
rafflesia76 posted on 26-7-2012 10:01 AM
Assalamualaikum.....masuk menanti n3 baru arini.....
gegeh le sangattttt
Salam Raff... Salam semua...
Sambung episode lagi untuk hari ini...
Tapikan, Cheq tunggu jemputan kahwin Iqbal dengan Rara ni.... Lambat pulak kad jemputan nak sampai...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 26-7-2012 10:07 AM
Salam Raff... Salam semua...
Sambung episode lagi untuk hari ini...
cpt le nicky.....meow...meow... |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 25
Dia tercungap-cungap, tidak di sangka lelaki itu menyedari kehadirannya. Sejak dari awal lagi bila dia ternampak lelaki itu, dia terus mengekorinya ke mana sahaja. Walaupun sudah mendengar berita dari sumber yang di percayai, dia masih memerlukan kepastian. Dan kini kebenaran terserlah.
Dia menarik nafas dalam-dalam, nafasnya sudah mula teratur. Dia terhendap-hendap di luar pintu, memastikan lelaki itu sudah tiada.
‘‘Ya Ampuuunnn…. kamu ini kenapa?” Hampir luruh jantungnya di tegur begitu. Dia lantas berpusing ke belakang. Seorang pekerja indonesia sedang memegang mop memandang ke arahnya dengan muka tanda tanya.
“Sorry kak… sorry” Dia tersengih-sengih, lalu segera berlalu. Dia yakin, lelaki itu pasti sudah pergi. Dia berjalan perlahan-lahan keluar dari pintu tandas wanita tingkat dua itu.
“Lajunya jalan…” Kali ini, jantungnya benar-benar luruh. Sangkanya, lelaki itu sudah pergi tetapi tidak. Dia tertegun dan terdiam. Tiba-tiba terbit satu rasa rindu bila mereka berhadapan. Pandangan lelaki itu tajam, menusuk terus ke dalam hatinya. Wajah lelaki yang pernah berkongsi satu rasa cinta dan kasih suatu ketika dulu. Beberapa saat kemudian, dia kembali ke alam nyata. Dia terus berpaling dan segera melangkah.
“Tunggu” Dia tidak peduli, langkahnya tetap di atur.
“Tunggu” Suara itu berada di belakangnya.
“Yaya!”
Dia menarik nafas, lantas melihat jam di dashboard kereta. Wajah lelaki itu hilang dari fikiran. Dia masih di tempat parkir, berkira-kira sama ada perlu atau tidak meneruskan niatnya. Beberapa minit kemudian, enjin kereta di hidupkan berlalu pergi meninggalkan kawasan itu.
***************************************************************
|
|
|
|
|
|
|
|
Fandi mempercepatkan langkah, sementara orang yang di kejar juga semakin laju apabila menyedari kehadirannya di situ telah di sedari. Namun, orang ramai yang mengambil masa berjalan dan berlenggang menghalang niatnya. Secara tiba-tiba,orang yang di kejar hilang dari pandangan. Fandi mengetap bibir.
Aku tahu kau lari ke mana…
***************************************************************
|
|
|
|
|
|
|
|
“Lepaih tu?” Azwan bertanya, keningnya berkerut mendengar cerita Fandi. Tekun. Mereka berbual-bual di atas motor setelah habis waktu bekerja.
“Aku tunggu dia sampai keluar dari toilet”
‘‘Jadi, betullah dia?’’ Fandi mengangguk.
“Buat apa dia pi ikut hang dengan bini hang ke hulur ke hiliq?’’
“Dia nak tahu, betul ke aku dah kahwin”
‘‘Oh…’’ Azwan terangguk-angguk
“Lepaih tu, apa jadi?” Fandi mengangkat kening
******************************************** |
|
|
|
|
|
|
|
ex gf c fandi ker yg follow tu....
|
|
|
|
|
|
|
|
cokolat posted on 26-7-2012 10:46 AM
ex gf c fandi ker yg follow tu....
Iyepppp...
|
|
|
|
|
|
|
|
“Yaya!” Akhirnya langkah terhenti bila Fandi sudah berdiri di hadapan Alya. Masing-masing berpandangan, tiada senyuman.
“An...” Alya berkata perlahan. Satu keluhan di lepaskan. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Mereka terdiam beberapa ketka.
“Yaya nak balik” Alya mula berkata.
“Nanti dulu”
“Apa?”
“Kenapa Yaya ikut An senyap-senyap?”
“Mana ada?”
“Kalau tak ada, kenapa lari?” Alya terdiam. Fandi di depannya masih tidak tersenyum.
‘‘Okay..okay fine. Yaya tak ada niat pun nak ikut An. Yaya ternampak An masa keluar dari Uniqlo tadi jadi Yaya ikut. Yaya cuma nak tahu. Betul ke…” Kata-katanya terhenti.
“Betul ke apa?’’
“Betul ke Mak Chah cakap An dah kahwin?” Fandi menarik nafas lalu mengangguk.
“Oh...jadi betullah An mengandungkan anak dara orang?” Alya menghamburkan tuduhan. Tiba-tiba hatinya sakit.
“Siapa yang cakap?” Kening Fandi berkerut. Tidak mungkin ibunya akan berkata begitu.
“Adalah. Lagipun Yaya nampak tadi. Kahwin baru dua bulan tapi perut dah besar” Sinis kedengarannya. Fandi memandang Alya lalu menggelengkan kepala.
"Tak sangka. Yaya betul-betul tak sangka"
“Yaya tak tahu apa-apa, jadi Yaya tak ada hak nak marah An. Yaya sendiri dah bertunang dengan orang lain, langsung tak berterus-terang apa-apa. Kenapa sekarang nak marah-marah?” Fandi membalas. Ada nada kecewa terluah bersama ayat itu. Alya terdiam lagi. Fandi mula melangkah. Jika lebih lama dia berada di situ, hatinya akan semakin sakit.
“An…” Langkah Fandi terhenti lalu berpaling semula.
“Yaya minta maaf” Fandi mendiamkan diri.
“An...please. Yaya betul-betul mintak maaf”
“Okay…” Alya mengeluh mendengar jawapan pendek Fandi.
‘‘An…’’
‘‘Apa dia ?’’
‘‘Boleh tak kita kawan, macam dulu ?’’
*******************************************************
|
|
|
|
|
|
|
|
Cipannya tenet hari ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
‘‘Dia cakap macam tu?’’ Fandi mengangguk.
‘‘Hang cakap apa kat dia?’’
‘‘Cakap okay ajelah’’
‘‘Okay ja? Eeii hang ni jangan cari pasai. Alya tu dah tunang. Di buatnya tunang dia datang cari hang, baru hang tau’’ Azwan membalas.
‘‘Aku tahulah. Tak adanya aku nak buat kerja gila’’ Fandi menjawab.
‘‘Ya ke ? Tah-tah, hang ada hati lagi kat dia tapi takmoh ngaku’’
‘‘Eh, tak adalah. Aku kan dah kahwin” Secara tiba-tiba, wajah Sofea Raihana menghadirkan diri.
“Yang hang senyum-senyum macam kambing ni pasai apa? Ha…, aku tahu. Mesti hang dah jatuh cinta sayang rindu kat bini hang kan?’’
Jatuh cinta? Fandi menggaru-garu keningnya.
“Ya kot?” Azwan hanya tersengih melihat reaksi Fandi.
‘‘Bini hang tau pasai Alya ?’’
‘‘Tak’’
‘‘Hang takmoh ceghita?”
“Tak perlu kot. Lagipun, buat masa ni pasal aku tak penting. Yang penting Sofea. Baru sekarang ni aku tengok dia nak senyum, nak berbual. Kalau tak dulu, menangis, termenung, menangis, termenung”
“Baguih la no. Hang bimbing dia baik-baik, pelan-pelan. Umuq dia pun muda lagi, boleh di lentur lagi tu. Hal masa silam bini hang tu, hang lupakan. Hang pun dah pilih jalan ni, hang teghuihkan ajelah” Fandi terangguk-angguk
‘‘Adik hang macam mana ? Ada news ka… news?” Fandi tersengih melihat Azwan.
“Pak mertua aku cakap, last orang nampak adik aku kat JB”
“JB? Adik hang buat apa kat JB?” Fandi mengangkat bahu.
“Eh..Di”
“Apa?”
“Aku macam kenai ja kereta tu. Tu buka kereta Alya ka?’’ Fandi menoleh ke arah yang di tunjuk oleh Azwan.
“Dia nak apa datang sini?” Fandi berkata sendiri. Keningnya berkerut. Kereta itu semakin mendekat. |
|
|
|
|
|
|
|
nape ngan si alya ni? menggatal nk cari fandi blk.....benci le camni...fandi baru nk jatuh centa ngan fifi.... |
|
|
|
|
|
|
|
next please.. payah tul format baru ni. tak leh check last post.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|