|
orangbesi posted on 28-12-2012 01:51 AM
Hang mentaati perintah Allah
yg dok riak takabur tu.....apa kebendanya
Nak saya terus terang kepada kamu?
Saya tidak diizinkanNYA untuk menerangkan KEBENARAN kerana itulah TAKDIR kamu atas tiket SOMBONG kamu terhadap keterangan orang-orang yang menerangkan KEBENARAN dan sudah tentulah kamu sedang MENYOMBONG diri terhadap ALLAH. Saya tak mahu masuk campur urusan ALLAH dan kamu. Cuma saya boleh kata mudah sahaja. Bila sahaja saya mahu memberikan keterangan KEBENARAN, internet saya TERPUTUS, bateri HP saya terus DROP secara mendadak. Sudah banyak kali. Sebab itu kalau keterangan agak MENYAKITKAN hati kamu baru boleh ONLINE. Ini bukan SPEKULASI tapi inilah HAKIKAT yang selalu saya hadapi ketika CUBA menerangkan KEBENARAN.
Saya tidak berbohong kerana apa gunanya berbohong kalau keterangan saya TIDAK BOLEH disampaikan atas sebab BANTAHAN KAMU yang disebabkan oleh KESOMBONGAN DAN KEBODOHAN KAMU terhadap ilmu ALLAH. Sudah banyak kali saya cuba untuk menghantar NASIHAT untuk kamu akan tetapi seakan-akan DIBLOCK.
Ini nasihat saya, carilah Orang-orang yang beriman dan bertaqwa yang boleh membawa kamu kepada Allah dalam erti kata sebenar kerana itu sahajalah jalan untuk kamu selamat diakhirat kelak.
Wallah Hualam
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila anjing mula menyalak. Tanda Jin berada berhampiran kediaman saya. Nasihat saya, panggil balik jin kamu sebelum perkara lain yang terjadi. |
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 28-12-2012 01:51 AM
Hang mentaati perintah Allah
yg dok riak takabur tu.....apa kebendanya
Ada bukti saya MALU? Saya tidak menutup aurat? Aurat anak-anak saya tidak ikut syariat atau kamu tidak tahu erti bersyariat dalam beragama? Tidakkah budak-budak belum baligh tidak diwajibkan untuk menutup aurat? Tidakkah diri kamu sebenarnya menyatakan sesuatu yang hanya orang yang TIDAK BERAKAL sahaja yang menyatakan keterangan itu? Kamu tahu ke erti BERSYARIAT dalam Islam? Atau kamu sudah lupa akan HUKUM mereka-mereka yang tidak berilmu dalam menerangkan perkara yang tidak sepatutnya diperkatakan (FITNAH YANG TIDAK BERASAS)?
Sebenarnya diri kamu ini BERMASAALAH. Carilah orang-orang yang beriman dan bertaqwa kerana disitulah KUNCI untuk keselamatan kamu di akhirat kelak.
Wallah Hualam.
|
|
|
|
|
|
|
|
ussopp posted on 28-12-2012 01:40 AM
BISMILLAH.....
tolong elakkan kafir mengkafir.....
Sepatunya tuan menasihati Orang Besi perihal BERTANYAKAN KETERANGAN Al-Quran kerana dirinya kerap BERBANTAH perihal yang ditanya olehnya. Saya menerangkan KEBENARAN yang bersumberkan Al-Quran dan Sunnah. Adalah menjadi kesalahan kepada yang mengaku beriman dan bertaqwa jika tidak menerangkan secara terperinci apa yang bakal terjadi jika BERBANTAH dalam soalan dan jawapan yang dikeluarkan berdasarkan Al-Quran terutamanya. Itulah tanda kasih sayang saya terhadap orang besi. Jika usoppp tidak menasihati perihal ini, tidakkah usoppp sedang menempah tiket untuk ke neraka sedangkan kita sekadar berforum? Tidakkah nasihat yang berkesan dalam beragama itu adalah dengan apa yang dimaksudkan BERIMAN kepada Al-Quran?
Adalah menjadi kesalahan sesiapa yang tidak menerangkan secara jelas dan nyata akibat dari perbuatan BERTANYA TANPA ILMU disebabkan oleh KESOMBONGAN dan KEBODOHAN yang amat JELAS lagi NYATA? Menyatakan Jin itu musuh manusia pun Orang Besi BANTAH dengan dalil yang samar-samar. Tidakkah usoppp memikirkan untuk menasihati Orang Besi daripada menasihati saya? Tidakkah ada sesiapa yang bernama ADMIN sedar perihal akidah yang dibawa oleh Orang Besi boleh menyebabkan orang-orang yang tidak berilmu di dalam forum terjebak dengan dakyah orang besi?
Si Orang Besi cukup suka MEMBANTAH keterangan Al-Quran. Adalah lebih baik menasihati dari menyebabkan diri saya dan orang lain dipersalahkan di dunia dan di akhirat kelak yang menyebabkan orang lain menyangkakan tiada BUKTI dari keterangan saya sebelum ini. Sesungguhnya setiap keterangan Al-Quran jika DIBANTAH secara terang dan nyata akan menyebabkan berlaku perlanggaran ketetapan Allah. Mana-mana umat Islam yang tidak MENASIHATI perihal KAFIR ini antara orang-orang yang rugi dalam amal dan kehidupan seharian ketika berada didunia. Adakah saya SALAH dalam menerangkan maksud penerangan berdasarkan Al-Quran dan Sunnah? Ataupun kata-kata saya menyebabkan diri tuan rugi di akhirat kelak?
Sememangnya sudah banyak kali Orang Besi membantah penerangan Al-Quran yang saya berikan malah dirinya memang menjadikan jin sebagai pendamping. Baru kejap tadi orang besi hantar jin kepada saya. Alhamdulillah, saya masih waras lagi dengan izinNYA. Sebagai orang Islam adalah menjadi kewajipan MENYELAMATKAN mereka-mereka yang BODOH SOMBONG dalam ilmu Allah dari terperangkap tak boleh keluar dari lubang neraka jahanam. Di dalam Al-Quran menjelaskan dengan terang lagi nyata.
Saya tahu saya manusia yang lemah. Sememangnya SEMUA MANUSIA itu sifatnya lemah. Saya banyak belajar dari kesilapan lalu. Allah Jualah yang memberikan PETUNJUK kepada saya dalam menerangkan ilmuNYA sewaktu berada di dalam forum dan sewaktu berada dalam kehidupan sebenar di dunia yang bersifat sementara.
Semoga usoppp memberi pencerahan kenyataan usoppp supaya apa yang usoppp nyatakan boleh menyelamatkan usoppp di akhirat kelak.
Wallah Hualam.
Last edited by Abangcute on 28-12-2012 02:52 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
ussopp posted on 28-12-2012 01:40 AM
BISMILLAH.....
tolong elakkan kafir mengkafir.....
Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah).
(A-li'Imraan 3:112)
Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan demi sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang-orang yang diberi Kitab dahulu daripada kamu, dan juga (perintahkan) kamu, iaitu hendaklah bertaqwa kepada Allah; dan jika kamu kufur ingkar, maka (ketahuilah) sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
(An-Nisaa' 4:131)
Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.
(Ibrahim 14:22)
Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) sama ada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang memimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya). Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Ia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Ia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu). Dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan agamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka.
(Muhammad 47:4)
Tuan fahamkan keterangan ini dan berimankah Tuan dengan keterangan ini dengan pernyataan tuan sebentar tadi. Adakah tuan yakin pernyataan tuan terhadap saya akan menyelamatkan tuan di akhirat kelak? Atau pernyataan saya itu sedang menyelamatkan orang lain dari azab kekal di neraka kelak?
Last edited by Abangcute on 28-12-2012 03:06 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 28-12-2012 01:37 AM
TAK PAYAH CAKAP BANYAK lebai perasan oooiiii
BACAKAN aku AYATNYA
Saya pernah bagi keterangan Hadis Nabi. Kamu DIAM 3 hari. Lepas tu buat cerita entah apa-apa.
Ginilah kamu nak ke saya sampaikan HADIS yang bersanad? Jika saya berikan hadis, BOLEH KAMU ISTIHARKAN PERANG TERHADAP JIN? Kalau kamu tak boleh nak ISTIHARKAN PERANG terhadap jin, lebih baik kamu jangan menyatakan perkara yang saya PERNAH BUAT, SEDANG dan AKAN BUAT. Sedangkan keterangan Al-Quran pun kamu BANTAH kerana KEBODOHAN dan KESOMBONGAN TANPA ILMU terutamanya keterangan ini (ayat ini BERTURUT-TURUT menyatakan JELAS PENGHUNI NERAKA dari kalangan mereka-mereka yang menjadikan JIN sebagai KAWAN/SAHABAT):
Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.
(Al-Kahfi 18:49)
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.
(Al-Kahfi 18:50)
Aku tidak memanggil mereka menyaksi atau membantuKu menciptakan langit dan bumi, dan tidak juga meminta bantuan setengahnya untuk menciptakan setengahnya yang lain; dan tidak sepatutnya Aku mengambil makhluk-makhluk yang menyesatkan itu sebagai pembantu.
(Al-Kahfi 18:51)
Dan (ingatkanlah) masa Allah berfirman: "Panggilah sekutu-sekutuKu yang kamu katakan itu (untuk menolong kamu); lalu mereka memanggilnya, tetapi sia-sia sahaja, kerana makhluk-makhluk itu tidak menyahut seruan mereka: dan kami jadikan untuk mereka bersama sebuah tempat azab yang membinasakan.
(Al-Kahfi 18:52)
Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka, maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya.
(Al-Kahfi 18:53)
Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.
(Al-Kahfi 18:54)
Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al-Quran kepada mereka, dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka dan kerana mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa orang-orang dahulu, atau di datangi azab yang dilihat dan dihadapi.
(Al-Kahfi 18:55)
Dan tidak Kami mengutus Rasul-rasul, melainkan sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran; dan orang-orang yang kafir membantah dengan alasan yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan bantahan itu; dan mereka jadikan ayat-ayatku, dan amaran yang diberikan kepada mereka sebagai ejek-ejekan.
(Al-Kahfi 18:56)
Adakah orang besi sedang MENUNGGU AZAB yang dijanjikan Allah atas KEDEGILA dan KEGILAAN kamu yang BODOH lagi SOMBONG? Sebenarnya keterangan yang saya berikan 100% untuk semua manusia seperti kamu yang ada telinga tapi PEKAK, ada mata tapi BUTA, ada mulut tapi BISU.
Kepada sesiapa yang rasa saya SALAH INTERPRASI KETERANGAN, Al-Quran menjelaskan dengan nyata "orang-orang yang kafir membantah dengan alasan yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan bantahan itu; dan mereka jadikan ayat-ayatku, dan amaran yang diberikan kepada mereka sebagai ejek-ejekan." Barang sesiapa yang MENYATAKAN keterangan saya SALAH dalam page ini, fikirkanlah dimana kamu letakkan AKIDAH dalam BERIMAN kepada Al-Quran. Mohonlah Taubat kepada Allah dan maaf terhadap mereka-mereka yang diberikan PETUNJUK supaya kamu selamat di akhirat kelak. Sesungguhnya KESOMBONGAN itulah kunci untuk KE NERAKA.
(Setelah itu) dikatakan kepada mereka: "Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah neraka Jahannam.
(Az-Zumar 39:72)
Ingatlah ayat ini :
Sesungguhnya orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Tuhanmu dengan tidak berdasarkan sebarang bukti yang sampai kepada mereka (dari pihak yang diakui benarnya), tidak ada dalam dada mereka melainkan perasaan mahukan kebesaran (untuk mengatasimu), kemahuan yang mereka tidak sekali-kali akan dapat mencapainya. Oleh itu mintalah perlindungan kepada Allah (dari angkara mereka); sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
(Ghaafir 40:56)
Demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi (dari tiada kepada ada) lebih besar (dan lebih menakjubkan) daripada menciptakan manusia dan menghidupkannya semula (sesudah matinya); akan tetapi kebanyakan manusia (yang mengingkari hari kiamat) tidak mengetahui.
(Ghaafir 40:57)
Dan sememangnya tidaklah sama orang yang buta dan orang yang melihat, dan juga tidaklah sama orang-orang yang beriman serta beramal soleh dengan orang yang melakukan kejahatan. (Meskipun hakikat ini jelas nyata, tetapi) sedikit sangat kamu beringat dan insaf.
(Ghaafir 40:58)
Sesungguhnya hari kiamat tetap akan datang, tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (akan hakikat itu).
(Ghaafir 40:59)
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
(Ghaafir 40:60)
Allah Jualah Yang Maha Mengetahui
Wallah Hualam
Last edited by Abangcute on 28-12-2012 03:43 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Abangcute posted on 28-12-2012 02:51 AM
Sepatunya tuan menasihati Orang Besi perihal BERTANYAKAN KETERANGAN Al-Quran kerana dirinya kerap ...
saudara abangcute,
dalam islam , nasihat-menasihati itu memang dianjurkan , Alhamdulillah anda teruskan apa yang anda lakukan....
ia sangat2 digalakkan....semoga ia bermanfaat....teruskan...
cuma,
dalam islam, lain pula halnya apabila masuk bab takfir.....
dimana kita disuruh amat berhati2 dlm hal ini.... syarat utk melakukannya ketat....dan kerana ia masuk bab akidah, seharusnya kita mengambil sikap menjauhinya kerana budaya takfir ini sangat tidak disukai.....
pertama ingat syaratnya sgt ketat....banyak detail yg perlu diambil kira seblum dapat buat hukum....contohnya kita kena betul2 pasti tidak terdapat sebarang kekeliruan yg berlaku dan banyak lg syarat.....
kemudian implikasinya besar...
contohnya org yg dihukum kafir, isterinya tidak boleh tinggal bersamanya lagi....dan ada brbagai2 lagi implikasi besar jika hukuman tersebut jatuh...
malah sudikah anda terima jika hukuman tersebut kembali kepada anda jika anda terlalai dlm syarat2 mengkafirkan manusia...?
Tidak boleh seseorang menuduh orang lain dengan kefasikan dan tidak pula dia menuduhnya dengan kekafiran, melainkan hal ini akan kembali kepadanya jika orang yang tertuduh ntidak demikian.[3]
Apabila seseorang mengatakan kepada saudaranya, “Wahai Kafir!”, maka hal ini akan kembali kepada salah seorang daripada kedua-duanya.[4]
[3] Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no.6045. [4] Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no. 6103.
jika anda jadi moderator di mana2, percayalah anda juga tidak akan lari dari memastikan forumner2 saling menasihati dan pada masa yg sama menjauhi budaya takfir(mengkafirkan)....
sebab andai ia semudah itu, tentu caca-merbalah komuniti....
sy yakin, saling menasihati masih boleh berjalan, tanpa takfir......dan itulah yg dituntut....
budayakan memberi nasihat, jauhi budaya takfir....
Last edited by ussopp on 28-12-2012 07:40 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Dakwah beserta tarbiyyah
Nasihat beserta bimbingan
spy x menyondol tembok² yg dh dibina bersama
Jika runtuh sebahagian sedia bina sebahagian
jika kemek hidung sedia balut dan bedung
Semua jln² yg ada menuju kebenaran
ada adja titik silangnya...
Tutup keaiban elak dirakam dan ditayang umum
krn yg buka kn ia tu bak summum bukmum umyun
masih byk perlu difahami dan bkn pula mangkuk hayun
Belajar, kaji, baca, hayati, teliti...teliti...teliti...
Yg mengkritik kadang menguji
yg mengherdik kadang terkhilaf
tiada siapa yg plg cerdik masing² ada kelebihan
Jika hujah x disepakati ada tanda dan perlu teliti
maka, rujuk...rujuk...rujuk...smpi yakin dan pasti
Ma'rifat Allah itu satu Ketinggian
bkn binaan dunia utk dpt kepujian
Tp, Allah mengangkat ke SisiNya akan pengabdiNya
yg makin tunduk sujud memuji²Nya dlm setiap ujian²Nya
mensyukuri nikmatNya setiap masa...
Firman Allah:
Dan sekiranya Kami kehendaki,
tentulah Kami akan memperkenalkan mereka kepadamu,
lalu engkau tetap mengenalinya dengan tanda-tanda mereka;
dan demi sesungguhnya, engkau akan mengenali mereka dari gaya dan tutur katanya.
Dan Allah mengetahui segala yang kamu lakukan.
(Muhammad 47:30)
|
|
|
|
|
|
|
|
Perkara yang wajib dima’rifati (dikenal secara utuh) dari tentang Alloh:
1 . Eksistensi Dzat-Nya.
2. Eksistensi Sifat-Sifat-Nya.
3. Eksistensi Asma-Nya.
4. Eksistensi Af’al-Nya.
5. Eksistensi Rububiyah-Nya.
6. Eksistensi Mulkiyah-Nya, dan
7. Eksistensi Uluhiyah-Nya. |
|
|
|
|
|
|
|
bcard posted on 28-12-2012 11:05 AM
Perkara yang wajib dima’rifati (dikenal secara utuh) dari tentang Alloh:
1 . Eksistensi Dzat-N ...
Maha suci Allah ...
Kerdilnya aku
|
|
|
|
|
|
|
|
ussopp posted on 28-12-2012 07:34 AM
saudara abangcute,
dalam islam , nasihat-menasihati itu memang dianjurkan , Alhamdulillah anda ...
Terima kasih dengan ilmu yang tuan sampaikan. Cuma saya tertarik dengan keterangan ini sahaja.
Tidak boleh seseorang menuduh orang lain dengan kefasikan dan tidak pula dia menuduhnya dengan kekafiran, melainkan hal ini akan kembali kepadanya jika orang yang tertuduh ntidak demikian.[3]
Apabila seseorang mengatakan kepada saudaranya, “Wahai Kafir!”, maka hal ini akan kembali kepada salah seorang daripada kedua-duanya.[4]
[3] Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no.6045. [4] Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no. 6103.
Boleh tuan terangkan adakah ini suatu Sunnah atau suatu keterangan yang datang dari Al-Quran? Saya mahu Tuan PASTIKAN keterangan supaya tidak bercanggah dengan ketetapan Allah terlebih dahulu. Setiap hujah dari mana-mana Imam WAJIB mengikut ketetapan Al-Quran dan Sunnah dengan jelas lagi nyata. Semoga tuan memberikan PENCERAHAN yakni perkara yang dinyatakan itu benar-benar datang dari Allah atau hanya menerusi akal semata-mata. Harap tuan beri tunjuk ajar kerana ramai yang ingin tahu adakah kita benar mengikut Al-Quran dan Sunnah Rasullullah?
Wallah Hualam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Abangcute posted on 28-12-2012 03:21 AM
Saya pernah bagi keterangan Hadis Nabi. Kamu DIAM 3 hari. Lepas tu buat cerita entah apa-apa.
G ...
malam sikit nuuuu
nanti aku basuh cukup2..........tunggu yaaaa
|
|
|
|
|
|
|
| |
|