|
Sherasi posted on 16-12-2012 11:41 AM
Mana nak hilang rindu farah oooiiiii .. Dahlah ari2 masuk thread farah sbb nak cek n3 bru, iols ...
ayyooo...jangan gitu...kang makan tak kenyang mandi tak basah, kekeke
|
|
|
|
|
|
|
|
TT bila mau sambung lg??? |
|
|
|
|
|
|
|
farahanafarah posted on 16-12-2012 01:15 AM
momod tolong naikkan reading access buleh? biar forumer cari je buleh baca..
boleh aje...kita pun dah tarf chalen...
|
|
|
|
|
|
|
|
mane sambungan..nak lagi
best cite ni..me pun ade tulis jgk citer time bosan2 kat opis tp segan la pulok nak tayang kat org |
|
|
|
|
|
|
|
next............................. |
|
|
|
|
|
|
|
kikuri posted on 17-12-2012 03:48 PM
mane sambungan..nak lagi
Tayang je...pasti Cik akan membaca karya u....
|
|
|
|
|
|
|
|
farahanafarah posted on 16-12-2012 12:47 PM
dah pm momod ct redzuan...thanks ana..
Mohtippppp x gheti2 nk sambung, i miss my TD |
|
|
|
|
|
|
|
i miss cik lissa... iskkk pesal aku sukeeeeee sgt watak lissa.... lesbo kah daku |
|
|
|
|
|
|
|
yamapi posted on 18-12-2012 02:54 PM
i miss cik lissa... iskkk pesal aku sukeeeeee sgt watak lissa.... lesbo kah daku
cait...awat kata gitu...saya pun suka gak watk lisa tuh...dia x lembik sgt..tak mengada sgt...suka jek...manja2 garang gitu...
|
|
|
|
|
|
|
|
gigit jari sambil menunggu.. haishhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Takde sambungan lagi ke harini??? |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 28
Lisa hanya diam disebelah tengku dennis yang rancak bercerita dengan rakan-rakannya. Seperti kera sumbang dirasakannya. Kalau dia tau macam nil ah keadaanya awal-awal lagi dia sudah duduk dimeja adam dan bob yang terletak hanya selang sebuah meja dari tempat mereka duduk.
Menyesal dia mengikut, kalau tak time macam ni dah boleh tidur dengan aman. Tapi kalau tak pergi buatnya Nampak pocong ke Pontianak ke macamana? Eeeiiii…semua ni tengkujuh punya pasal!
“nama dia lisa,” lisa yang mendengar namanya disebut segera angkat kepala. Berpasang-pasang mata sedang memandangnya. Ada yang memandang sinis, ada yang memandang tanpa perasaan dan tidak kurang juga yang melemparkan pandangan gatal. Eeeiii, seram!
“Emilia tanya nama sayang apa tadi, I tolong jawabkan bila tengok sayang diam je..” terang tengku dennis. Terkejut dinasor lisa dibuatnya. ‘sayang’? buang tebiat ke apa tengkujuh ni.
Tangan tengku dennis yang sebelumnya diletakkan diatas kepala kerusi dibelakangnya mula beralih tempat. Dengan selamba tengku dennis memaut bahu lisa dengan mesra. Pautan itu dirasakan makin kuat sehinggakan dia berasa sedikit sakit.
“err…ya, nama saya lisa,” jawab lisa pula. Dia yakin pautan yang makin kejap dibahunya menandakan tengku dennis mahu dia bersuara.
“cantik nama secantik orangnya,” gurau salah seorang lelaki yang berada dalam kelompok mereka dan disambut dengan ketawa galak yang lain. Tengku dennis hanya tersenyum sekilas. gadis yang dikatakan bernama Emilia memandangnya tajam sambil tersenyum dan lisa tau senyuman itu bukanlah senyuman ikhlas tapi senyuman penuh sindiran. Lantaklah! Bukan aku kacau kau pun.
“tengoklah siapa punya taste.” Tengku dennis pula membalas. Mereka ketawa besar.
“untunglah badan, dahlah handsome, kaya dapat pulak awek cun melecunnnn….” Puji salah seorang dari mereka. Tengku dennis hanya ketawa sambil tangannya yang masih berada dibahu lisa menggosok mesra lengan dan bahu gadis itu.
Lisa rasa nak terajang saja tengku dennis tapi mengenangkan mereka ditempat awam, dia cuba menyabarkan hatinya. Nak ambil kesempatan la tu, rasa bengang tadi pun belum hilang ada hati nak tambah lagi. Sudahla pukul 1 pagi masih tersadai di starbuck genting highlands. Ingatkan nak pergi mana, rupanya pergi genting untuk melepak dengan geng-geng motosikalnya.
Dengan kedinginan di puncak genting dan ditambah dengan jam yang sudah menginjak pagi menyebabkan lisa menguap beberapa kali. Nak ajak tengku dennis pulang, apalah kuasa yang dia ada.
“bro..tu..awek dah ajak tidur tu, sejuk-sejuk ni best tidur berteman.” Salah seorang teman tengku dennis bergurau. Disambut dengan gelak yang lainnya. Lisa yang mendengar rasa nak tonyoh aje mulut celupar tu dengan tapak bootnya. Tak ada insurans punya mulut! Nak kata tak ada duit nak beli insurans mulut, pakai motor besar. Orang macam ni nak aje dia sound suruh pergi amik kelas pendidikan moral!
Muka dahlah rupa pinggan retak, mulut pulak puaka. Kalau tengku dennis tu oklah jugak, handsome! Ewah! Puji musuh tradisi Nampak! Musuh tak musuh, tak ada tengku dennis entah ceruk mana dia tersadai sekarang agaknya.
“are you sleepy honey?” soal tengku dennis. Mesra sekali bunyinya pada pendengaran lisa. Agak terbuai dibuatnya, hish! Boleh jatuh cinta ni!
Dia hanya mengangguk, sesungguhnya memang rasa mengantuknya sudah tidak dapat ditahan lagi. Dapat sofa pun cukuplah kalau tak dapat katil. Confirm lena selenanya.
“come….sandar kat sini, kejap lagi nak balik I kejut,” suruh tengku dennis. Kepala lisa ditarik supaya rapat ke dadanya. Keras kejung lisa dibuatnya, lagi kuat tengku dennis tarik kepalanya, lagi teguh dia mematungkan diri.
“alah…tak payah malu-malu dengan kitorang la kalau nak mesra-mesra. Kitorang semua ni open minded. Kissing depan kitorang pun tak pe!” lelaki mulut puaka itu bersuara lagi. Panas hati lisa dibuatnya. Sekali lagi mangkuk ni cakap, aku backhand punya kali ni.
“hahaha…lisa ni sopan and pemalu sikit rizal, tapi it’s okay, tu yang buat aku makin geram,” ooo, rizal nama si puaka ni rupanya! tengku dennis ni pun satu, nak berkawan carilah yang senonoh sikit. Dari tadi sebenarnya lisa kurang berkenan dengan rizal, bukan dia buta, bukan dia tak Nampak mata helang rizal asyik memandang dan menjeling sambil tersengih-sengih ke arahnya. Gatal!
Lisa merapatkan sedikit bibirnya ke arah tengku dennis.
“jom balik, saya mengantuklah.” Lisa berbisik perlahan, tidak mahu yang lain mendengar terutama sekali rizal. Tengku dennis buat-buat senyum manis sewaktu lisa berbisik kepadanya, seolah-olah apa yang lisa ucapkan adalah sebaris kata cinta.
“kejap lagi kita balik, kau jangan buat perangai…lagipun awal lagi,” balas tengku dennis. Dia sengaja merapatkan pipinya ke pipi lisa sewaktu berbisik. Dari jauh Nampak seperti tengku dennis sedang mengucup pipi lisa, sedangkan hakikatnya pipinya dan pipi tengku dennis langsung tidak bersentuhan.
Hish! Saja nak ambil kesempatan. Kesempatan apanya lisa oit kalau sentuh pun tidak…iya tak iya jugak. Hai hati…makin petah kau berbicara sekarang, tak dengar cakap tuan dah. Patutnya tuan kau yang kau bela.
“berbulunyaaaaa mata aku tengok pasangan romantika de amor depan aku ni. Kalau gersang sangat, tu ha…banyak bilik kosong kat genting ni. Nak kasi bergegar hotel pun tak pe.” Gurauan rizal disambut gelak ketawa maha hebat dari rakan-rakannya termasuk tengku dennis namun hanya lisa yang terbakar dengan gurauan manusia tak bertamadun macam tu. Nak buat lawak tak bertamadun dengan aku ye…kau tunggu!
“memanglah bergegar, tengku dennis ni hebat orangnya…tak macam kawan dia tu, tau cakap je. kalau sewa hotel, jangan kata bangunan….cadar hotel pun tak sempat bergegar!” lisa geram, merapu-rapu ayat keluar dari bibirnya. kau ingat kau je boleh buat lawak budak terencat, aku pun bolehla….
Terkedu rizal dengan sindiran gadis itu, malahan tengku dennis turut terkedu sama. Boleh tahan dia ni…rakan-rakan mereka yang lain sakan bergelak sehinggakan ada yang menepuk-nepuk meja sambil bergelak ketawa. Jelingan tidak puas hati dari pelanggan meja sebelah menyebelah langsung tidak diambil peduli. Bagi mereka itu satu gurauan tapi bagi rizal itu satu penghinaan.
“ai…u mana tau tak bergegar, nak test ke?” rizal menyoal geram. Sedaya upaya dia menahan geram. Kalau tidak difikirkan tengku dennis, memang kaw-kaw dibambunya perempuan dihadapannya itu.
Lisa lempar senyum sinis pada rizal. Oh! Ada orang terbakarlah…
“tak payah test, tengok badan pun dah tau.” Padat dan ringkas jawapan lisa tapi sudah cukup membuatkan hati rizal menggelegak. Yang lain bukan main rancak ketawa seolah-olah mereka sedang buat lawak. Emilia yang pada mulanya tidak menyukai lisa pun turut ketawa lepas. Berani betul dia menyindir rizal dalam diam.
Rizal seorang lelaki yang agak pendek dan berisi tapi perasan kacak, itu yang membuatkan Emilia sedikit meluat. Kalau tidak dikenangkan tengku dennis turut serta malam ini, jangan harap dia mahu membonceng dengan lelaki itu. sudah lama dia beranganmahu membonceng dengan tengku dennis tapi nampaknya tidak kesampaian sampai bila-bila la. Lelaki itu sudah berpunya nampaknya.
Merah padam wajah rizal dibuatnya. Malu! Sebelum ini mana pernah ada yang mengejeknya terutama perempuan. Semuanya melutut didepannya kerana kekayaan yang dimilikinya. Rizal hilang suara, tidak mampu menyerang balas kata-kata gadis itu manakala lisa hanya menayang muka tak ada perasaan. Sejak akhir-akhir ini dia sudah pandai tayang muka stone. Belajar dari siapa? Dari tengku dennis la…
Sebenarnya tengku dennis sedar, kata-kata rizal tadi agak melampau dan lisa tidak suka. Buktinya tanpa rasa bersalah, selamba saja gadis itu membalas kembali kata-kata rakannya itu. sebelum melarat baik dia berambus dulu. Lisa lain sikit orangnya, bukan senang nak dipijak-pijak. Sebelum merebak baik dia balik.
“well…dah lewat ni. Aku balik dulu lah geng…lain kali lepak lagi. Next week jangan lupa pergi pulau. Penat razman organize camping tu.” Tengku dennis meminta diri. Dia bangun dan diikuti dengan lisa. Adam dan bob turut menghampiri bos mereka.
“rileks lah bro….awal lagi kot, tak kan nak turun dah…check in sini lah, aku pun overnight sini. Penat nak turun…” seorang lelaki bermata sepet menahan tengku dennis. Lelaki itu hanya menggelengkan kepala.
“sorry geng, my baby ni tak biasa tidur lambat…jaga muka, nanti cepat tua,” balas tengku dennis sambil mengerling ke arah lisa. Dapat dilihat muka gadis itu berkerut yang mulutnya pula terkumat-kamit, benganglah tu!
“we all baru ingat nak spent time lebih sikit dengan u malam ni…tak best la macam ni,” Emilia pula mencuba nasib. Rizal disebelahnya hanya diam.
“next time okay…see ya!” tengku dennis meminta diri, dia berjabat tangan dengan semua yang ada, lisa juga. Tiba pada giliran rizal, acuh tak acuh saja dia bersalam.
Tengku dennis membawa helmet miliknya dan juga lisa dengan menyangkutnya pada tangan kiri manakala tangan kanannya memegang tangan kiri lisa lalu mengheret gadis itu menuju ke tempat motor mereka diparkir. Adam dan bob hanya menurut patuh. Bila sudah agak jauh dari café starbucks lisa merentap tangannya dari pegangan tengku dennis.
“yang awak pandai-pandai panggil saya baby la, sayangla, honey la depan kawan-kawan awak kenapa?” berombak-ombak dada lisa menuturnya. Tengku dennis buat tak layan, helmet segera disarung ke kepala dan satu lagi helmet dihulur kepada lisa.
“naik cepat atau aku tinggal kau kat sini.” Ugut tegku dennis. Terkocoh-kocoh lisa memanjat belakang motor. Sekali lagi tengku dennis dapat pelukan free. Berapi hati lisa dibuatnya, kalau tak peluk dia yang tergoleh nanti.
Belum pun sampai separuh perjalanan turun dari puncak genting highlands, tengku dennis membelok superbikenya memasuki perkarangan hotel awana genting. Itupun dia terbaca signboard.
Selamba tengku dennis parkir motornya depan pintu masuk lobi, mentang-mentang superbikes guard pun tak halau, kalau kapcai dah lama kena sound. Pilih kasih sungguh! Tengku dennis turun dari motor dan helmet dikepit celah ketiak dan melangkah penuh bergaya ke ruang lobi hotel itu. sarung tangan ditanggalkan sambil berjalan. Lisa hanya berdiri di sisi motor ditemani adam, bob sudah mengekor tengku dennis, bodyguard la katakan.
“kita buat apa kat sini?” tanya lisa pada adam. Lelaki itu seperti biasa tersengih seperti kerang busuk.
“tengku selalu tidur sini kalau datang genting,” jawab adam ramah. Lisa terperanjat. Bukan jauh sangat pun genting dengan penthouse tengku dennis, tak perlu lah rasanya nak bermalam di hotel segala.
Dari jauh kelihatan tengku dennis dan bob menghampiri mereka.
“nah, ni kunci bilik kau dengan bob.” Tengku dennis menyerahkan sekeping kad kepada adam. Dia menyambutnya cepat, tak sabar nak berguling atas katil. Penat menunggang motor tidak sama dengan penat memandu kereta.
Dengan selamba lisa turut menadah tangannya. Menunggu kad biliknya diberi oleh tengku dennis. Lelaki itu buat muka seolah-olah bertanya kenapa tadah-tadah tangan pulak, lisa jugak membalas dengan membuat mimic muka mana kunci saya? Tengku dennis yang memahami hanya geleng kepala.
“kau ikut aku…” tengku dennis segera berlalu ke bilik yang ditempahnya. Mulanya dia merancang untuk balik sahaja tapi tiba-tiba rasa malas pula ditambah pula dengan kabus tebal dan jalan yang agak licin kerana baru lepas hujan. Jadi, dia mengambil keputusan untuk bermalam di hotel awana genting.
Lisa berlari anak mengejar tengku dennis. Terbuai-buai rambutnya yang ditocang apabila dia berlari-lari.
“mana bilik saya?” soal lisa apabila keluar dari pintu lif. Tengku dennis tetap diam sambil melangkah. Seketika kemudian dia berhenti didepan salah satu pintu bilik yang ada di situ. Kad dimasukkan di tempat yang telah disediakan, pintu ditolak setelah bunyik ‘klik’ kedengaran.
“ni bilik kau…dan aku.” Tengku dennis bersuara perlahan sambil menuju ke katil dan merebahkan badannya. Lega rasa dapat meluruskan tulang belakangnya. Mata dipejam sambil lengan kanannya diletakkan ke dahi.
“kenapa tak ambik bilik asing…tak kan nak duduk sama bilik.” Lisa menyoal tidak puas hati. Perlu ke nak berkongsi bilik, lelaki itu mampu menyewa bilik yang cukup untuk mereka malahan hotel ini pun lelaki itu mampu beli. Apa masalahnya….
“bilik tak cukup, ni kan hujung minggu.” Tengku dennis membalas namun matanya masih belum dibuka. Mengantuk sangat rasanya.
“habis tu saya nak tidur kat mana?” soal lisa lagi.
“sini…” jawab tengku dennis sambil menepuk ruang kosong disebelahnya. Lisa hanya mengeluh. Dia buat perangai dah…
“kenapa?” soal tengku dennis apabila mendengar keluhan dari bibir lisa. Dia sudah duduk tegak dibirai katil.
“kenapa awak tanya? Tak eloklah perempuan sebilik dengan lelaki…” lisa menjawab geram. Tu pun nak ajar ke! Tengku dennis bingkas bangun, jaket kulit yang sejak tadi tersarung ditubuhnya dibuka dan dicampak ke arah lisa. Kelam kabut gadis itu menyambut. Suka sangat campak barang!
“berlagak suci pulak…” perlahan sungguh kata-kata itu meletus dari bibir tengku dennis tapi lisa masih mampu mendengarnya. Hei! Aku memang suci pun! namun semua itu hanya bergema dalam hatinya, tidak berani melawan.
Jaket tengku dennis disangkut dalam almari yang sudah disediakan. Terdapat beberapa helai tshirt dan seluar tidur kain kapas corak petak-petak turut tergantung dalam almari itu. lisa pelik, siapa punya pulak ni…tak kan orang tertinggal kot, hatinya bersoal jawab sendiri.
“aku punya baju-baju tu semua,” terkejut lisa dibuatnya. Tak ada salam tak ada apa terus menyampuk. Tau-tau aje apa dalam kepala otak aku ni.
“saya tak ada Nampak pun awak bawak beg pakaian tadi,” ujar lisa lebih kepada ayat penyata.
“kan aku dah cakap, aku ni berkuasa.” Riak sungguh bunyinya pada pendengaran lisa. Berkuasalah sangat! orang cakap benda lain tiba-tiba cakap pasal kuasa pulak.
“kalau tak selesa kau boleh guna baju aku. Pilih je mana yang kau nak pakai.” Tengku dennis member arahan. Dia sendiri sudah siap berpakaian. Lisa sudah tidak hairan kalau lihat tengku dennis bertuala. Dah kebal matanya, Cuma dia tidak akan pandang lama-lama, dari ekor mata saja dikerlingnya.
Sehelai t-shirt putih dan seluar tidur kotak-kotak berwarna biru hitam diambilnya dan dibawa bersama ke dalam bilik air. Sebenarnya tak perlu dengan arahan tengku dennis pun dia memang sudah berniat mahu pinjam baju tersebut. Lagipun, takkan lah nak tidur dengan jaket kulit ni, tentu saja tidak selesa.
p/s : sorry lambat sikit...busy...nak buat cemano, writer belajo lagi...hehe.....buat masa sekarang cerita ni bosan ke tak? cuba try test komen..hehe...apa yang patut dikurangkan, diperbetulkan (ejaan tu confirm adooo..hehe) jalan cerita ke, apa2 cadangan yang bernas lagi menarik...cubalah bawak2 kongsi ye...
|
|
|
|
|
|
|
|
dah nak maghrib nie baca ajelah |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar nak tahu siapa TD sebenornye.. apa penyudahnye dorg berdua neh.. adehhh... |
|
|
|
|
|
|
|
TD ni macam taiko besar je kan.. hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
alahai....next TT... |
|
|
|
|
|
|
|
norza79 posted on 20-12-2012 12:12 AM
TD ni macam taiko besar je kan.. hehehe
jeng jeng jeng....
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|