Camilla dilaporkan tidak menyenangi sikap Meghan yang kerap melanggar peraturan diraja. - Youtube
OH tidak, tidak sekali lagi Meghan Markle!
Selain khabar angin mendakwa Meghan bertelagah dengan Kate Middleton, hubungan dingin dengan Putera William dan drama tidak berkesudahan dengan Samantha Markle, nampaknya ada episod baharu dalam kehidupan isteri Putera Harry itu.
Kini, khabar angin mendakwa Duchess of Sussex tersebut tidak disenangi oleh seorang lagi kerabat diraja Britain.
Menurut laporan oleh Woman's Day, sikap 'mengarut' Meghan di Anugerah Pertunjukan Fesyen baru-baru ini mencetuskan kemarahan ibu mertua tirinya, Camilla Parker-Bowles.
Camilla dilaporkan tidak senang hati dengan perbuatan Meghan seperti cuba mencuri perhatian kerana melanggar pantang larang diraja (menggunakan pewarna kuku hitam).
Penampilan Meghan pada majlis anugerah tersebut. - Instagram @mrsmeghanmarkle
Seorang sumber diraja berkata: "Pada saat ini, Camilla bersedia untuk 'berperang' dengan Meghan.
"Dia melihat ia adalah tanggungjawabnya untuk menyedarkan Meghan tentang kedudukan puteri itu, atau menyingkirkannya daripada keluarga diraja."
Tidak cukup dengan itu, Camilla dilaporkan tidak menggemari cara Meghan berinteraksi dengan individu lain di majlis berkenaan.
Meghan berpelukan dengan tetamu di atas pentas dan mengambil swafoto dengan beberapa personaliti popular.
Perbuatan itu dianggap seperti mempersembahkan dirinya lebih kepada seorang selebriti berbanding seorang puteri.