CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 8-4-2005 11:32 AM | Show all posts
Sambungan...

Inilah mazhab yang sah, yang dianggap satu iaitu ahli sunnah wal jamaah. Kemudian ia berpecah kepada 4 Mazhab iaitu:

1.        Mazhab Maliki
2.        Mazhab Hanafi
3.        Mazhab Hambali
4.        Mazhab Syafie


Mazhab pertama yang lahir ialah Mazhab Maliki. Bahkan mazhab ini terkenal dengan mazhab ahlulhadis. Imam Malik tidak mengembara, tidak ke luar negeri, duduk sahaja di Madinah, jadi dia banyak dapat hadis. Sebab itu Mazhab Maliki ini dikatakan Mazhab ahlulhadis.

Mazhab yang 4 ini dianggap satu, yang dikatakan mazhab yang berpegang pada ASWJ. Perbezaannya bab2 furuq (cabang), bukan bab pokok. Bukan soal2 aqidah, bukan soal usuluddin. Hanya bab furuq seperti feqah dan syariat. Ada kelainanan sedikit2. Perbezaan tidak payah Abuya katakan, takut panjang sangat kuliah Abuya. Cuma Abuya hendak cerita mengapa boleh timbul perbezaan. Perlu. Ia ada banyak sebab.

Bersambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 8-4-2005 11:34 AM | Show all posts
Bersambung...

Perbezaan-perbezaan timbul kerana:

1.        IQ Imam Mazhab tidak sama.

Imam2 Mazhab ini tidak sama kecerdikannya. Ada cerdik sangat dan ada yang sederhana. Begitulah. Oleh kerana factor akal tidak sama, maka lahirlah pendapat-pendapat. Maka berbezalah pendapat antara satu sama lain. Sebenarnya Mazhab2 ini ada 11 yang sah. Semuanya ASWJ. Antaranya Mazhab Auza抜, Athauri, Mazhab Hasan Basri dan lain2 lagi tetapi abuya tidak ingat. Tetapi yang selain mazhab2 yang 4 di atas tidak terkenal. Kitab tidak ada, buku sudah hilang. Hendak jadi bahan rujukan sudah tidak boleh. 4 mazhab ini ada kitab dan ada rujukannya. Cukup jelas kerana semua ada kitab. Imam Syafie ada kitab besar iaitu Al Uum.

Kembali memperkatakan mengapa lahir perbezaan. Pertama IQ tidak sama.

2.        Hadis belum dibukukan untuk dijadikan rujukan.

Waktu zaman Imam Mazhab ini, hadis belum dibukukan. Hadis dibukukan selepas 300 tahun. Sedangkan Imam2 Mazhab sudah lahir di kurun pertama lagi. Hadis belum dibukukan. Hanya jumpa orang2 yang hafal hadis. Jadi sebab yang kedua, setengah Imam Mazhab itu ada yang jumpa hadis dan ada yang tidak jumpa. Yang jumpa, dia jadikan hujah, manakala yang tidak jumpa, dia tidak jadikan hujah. Di situ sudah berbeza. Itu sebab yg kedua.

Bersambung....

[ Last edited by Akasyah on 8-4-2005 at 11:35 AM ]
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 8-4-2005 11:38 AM | Show all posts
Sambungan...

3.        Tidak semua Imam Mazhab menerima hadis yang sama.

Sebab ketiga, masing2 jumpa hadis yang sama, tetapi tidak semua menerima hadis itu. Mana yang anggap hadis itu sahih, dia terima. Yang anggap itu bukan hadis, dia tidak terima. Di sini berbeza lagi.

4.        Berbeza penerimaan ayat Mansuh dalam Al Quran.

Sebab yang ke empat, dalam Quran, ada ayat yang mansuh dan ada yang nasikh. Ada setengah mazhab tidak terima mansuhnya ayat Quran. Ada sesetengah mazhab menerima. Orang yang menerima pula tidak sama. Ada yang terima sekian2 ayat sahaja. Jadi mana yang menerima, menerima ayat yang mansuh. Manakala mana2 mazhab yang menerima ayat itu tidak mansuh, dia jadikan hujah. Mana mazhab yang sudah anggap ayat itu sudah mansuh, di situ dibatalkan hukumnya. Nasikh itu dibatalkan. Mana2 Imam mazhab yang menganggap hukum itu sudah dibatalkan, maka ia tidak dijadikan hujah. Sudah berbeza lagi.

5.        Berbeza pendapat dalam menghubungkan ayat Quran dan hadis

Selain itu ayat Quran dan hadis, kadang2 satu sama lain itu nampak berlawanan. Kadang2 nampak untuk khusus tetapi dimaksudkan untuk umum. Kadang nampak untuk umum tetapi maksudnya khusus. Ini susah. Masing2 mengkaji, menilai macam mana hendak menghubunkan. Macam mana hendak gabungkan yang khusus jadi umum, yang umum jadi khusus. Ada juga yang khusus untuk khusus dan ada yang untuk umum. Di sini berbeza lagi. Ada yang tidak mampu diselaraskan. Ada yang tidak mampu. Lahirlah pandangan2 yang berbeza.

Bersambung....
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 8-4-2005 11:40 AM | Show all posts
Sambungan....

Inilah antara sebab2 yang besar, mengapa dalam satu mazhab yang besar, iaitu mazhab ahli sunnah wal jamaah, lahir lagi 4 firkah. Ada sedikit2 kelainan antara satu perkara. Ada mazhab lain yang tidak perlu Abuya ceritakan, yang semuanya ada ilmu, yang ada kaitan dengan Islam.

Kedatangan pakar2 hadis adalah selepas kelahiran Imam Mazhab. Imam mazhab lahir di kurun yang pertama. Pakar2 hadis di kurun yang ke 3. tidak bertemu. Tetapi tiada siapa pun di kalangan hadis itu yang buat mazhab. Kerana itu kebanyakkannya bermazhab Syafie. Mereka itu kebanyakkannya bermazhab Syafie. Padahal hadis di kepala mereka. Bahkan ada di kalangan mereka yang hafal Al Qurang. Ertinya tempat rujuk ada pada m mereka. Sepatutnya mereka boleh dan mampu buat mazhab tetapi mereka tidak buat.

Mengapa mereka bermazhab dengan mazhab Syafie? Mengapa Abuya sebut hal ini? Kerana sekarang ini, orang mudah sangat hendak tolak mazhab. Sedangkan pakar hadis pun bermazhab. Merujuk kepada mazhab Syafie. Jangan mudah terpengaruh. Pakar hadis pun ikut mazhab. Takkan kita pula tidak ikut mazhab sedangkan kita ini, satu ayat pun tidak boleh hendak faham. Inikan pula beribu2 hadis. Abuya rasa cukuplah setakat itu. Cukuplah untuk kita boleh  jawab secara ringkas kalau ada orang bertanya.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Sufism This user has been deleted
Post time 8-4-2005 02:09 PM | Show all posts
sufi nak copy dan simpan dlm file boleh tak abang akasyah? sebab amik masa la nak khatam semua2 ni. tapi bahasa dia simple..best sebab senang nak faham.

tapi eh pelik la...kat sini ada kuliah bagus2 tapi kat board ni ada jugak org tak suka pada ust ashaari ni....donia2...
Reply

Use magic Report

shah This user has been deleted
Post time 9-4-2005 12:56 AM | Show all posts
assalamualaikum..

terima kasih abg hafizi menyampaikan kuliah abuya, a'a..minda abuya mudah nk difahami sbb bahasanya pun simple..teruskan usaha..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2005 12:05 PM | Show all posts
Originally posted by shah at 9-4-2005 12:56 AM:
assalamualaikum..

terima kasih abg hafizi menyampaikan kuliah abuya, a'a..minda abuya mudah nk difahami sbb bahasanya pun simple..teruskan usaha..


ermmm.....

terimakasih pada abg akasyah dan abg hafizi kerana sentiasa memaparkan minda abuya di thread ini...

action speak louder than words....

itulah realiti pada perjuangan abuya...

yg kurang dilaksanakan oleh masyarakat islam hari ini...

::dia:   RUFAQA.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2005 12:12 PM | Show all posts
bila nak sambung ?.....

bz ker akhir-akhir ni ?....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 9-4-2005 09:30 PM | Show all posts
Kehendak dan bisikan nafsu diikut tanpa sedar bahawa menurutkan hawa nafsu ialah menderhaka pada Allah. Sebahagian besar manusia beranggapan bahawa memper-kenankan kehendak nafsu adalah suatu yang baik dan patut. ini terutamanya dalam amalan batin.


Oleh kerana ianya sulit, tidak nampak di mata manusia maka tiada siapa yang dapat menegur sebab ia sembahyang, puasa, berjuang, bercakap tentang kebenaran, berkorban untuk Islam maka orang anggap baik sahaja.



Tetapi hatinya sombong siapa tahu, jahat sangkanya siapa tahu, hasadnya siapa tahu, tiada rasa berdosanya siapa tahu, hati rasa bersih siapa tahu, pemarahnya siapa tahu gila dunianya siapa tahu, tidak takut Allahnya siapa tahu dan serba-serbi amalan hatinya tiada siapa yang tahu. La jadilah manusia itu manusia yang tertipu.


Selalunya orang ini mati dalam dosa (maksiat yang tidak disedari) dan balasannya adalah neraka. Marilah kita ubat hati    kita   dengan    mujahadah   terhadap   nafsu   sendiri  (mujahadatunnatsi)    satu    perjuangan    yang    besar  dan berterusan.


BERSAMBUNG


[ Last edited by hafizi on 9-4-2005 at 09:31 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2005 01:21 PM | Show all posts


:pray:

:pompom:  :pompom:  :pompom:  :pompom:  

Teruskan.... !!!
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 11-4-2005 09:40 PM | Show all posts
BAB 7

TANDA-TANDA ATAU SIFAT-SIFAT ORANG YANG MENDAPAT AMALAN BATIN



Telah kita katakan bahawa kita mesti beribadah pada lahir dan batin. Ibadah lahir disebut syariat. Ibadah batin disebut hakikat. Orang yang sudah melaksanakan syariat akan nampak oleh kita tandanya iaitu mengucap dua kalimah syahadat, sembahyang, puasa, zakat, haji, baca Quran, selawat, zikrullah, menutup aurat, menuntut ilmu, bersilaturrahim dan lain-lain cara hidup yang diperintahkan oleh Allah SWT dengan 'meninggalkan (tidak melakukan) segala yang ditegah oleh Allah.


Begitulah juga bagi orang-orang yang melakukan ibadah batin akan pula ada tanda-tandanya. Tanda-tanda ini tidak dapat dilihat oleh mata lahir kita (sebab ia tersembunyi di dalam hati).



Ia hanya dapat dilihat oleh orang yang empunya diri iaitu dengan merasai gerak dan arah perjalanan hati kita. Hati yang sudah melakukan ibadah berbeza dengan hati yang masih derhaka.



Untuk mengetahui perbezaan ini dan supaya dapat mengenal hati kita, apa sudah taat atau masih derhaka saya perturunkan apakah tanda-tanda atau sifat-sifat hati yang tinggi yang dimiliki oleh orang-orang yang melakukan ibadah batin.

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 13-4-2005 02:49 PM | Show all posts
1.SYARIAT   LEBAT.

Orang yang kuat beribadah batin pasti akan kuat (lebat) pula ibadah lahir (syariat). Tetapi (perlu diingat) orang yang kuat syariat belum tentu kuat ibadah batinnya. Sebabnya begini:



Pada diri kita, hati (jasad batin) kita adalah pengarah manakala anggota-anggota lain (jasad lahir) sebagai pekerja. Kita makan ialah kerana hati kita suruh makan. Kaki dan tangan pun bekerja untuk mencari makanan. Kita hendak ke masjid pun adalah amalan hati kita. Kaki kita hanya menurut sahaja. Tetapi kalau hati tidak mahu pergi walau masjid di sebelah rumah pun kaki tidak akan melangkah pergi.



Begitu besarnya kuasa dan peranan hati dalam menentukan corak hidup kita. Sebab itu kalau hati sudah baik, taat menghambakan diri pada Allah, hati itu akan mengarahkan anggota lahir semuanya tunduk menyembah Allah. Semua suruhan Allah akan ditaati tanpa soal jawab. Semua larangan Allah akan ditinggalkan tanpa ragu-ragu.



Firman Allah:

"Kami dengar dan kami taat. Ampuni kami ya Allah kerana padaMulah kami kembali."

(Al Baqarah: 285)


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 13-4-2005 02:54 PM | Show all posts
Sembahyang fardhu beres, sembahyang sunat hajat dan lain-lain tidak ditinggalkan. Puasa sunat dianggap besar dan sentiasa dilakukan dengan ringan. Baca Quran, selawat, wirid, zikir, tahlil, tasbih dan tahmid dan lain-Iain telah menjadi nyanyian tetap yang mengasyikkan, berjuang menyebarkan agama Allah terasa satu kewajipan yang mesti dan tidak pernah jemu dan letih kerana perjuangan itu.


Kuat berkorban harta, fikiran, masa dan tenaga untuk membantu Islam dan umat Islam. Tidak bermewah-mewah dengan rezeki pemberian Allah sekalipun halal dan diambil untuk keperluan sahaja. Lebihnya diserahkan pada jihad.


Sebab itu rumah sederhana, pakaian, makan minum juga sederhana, kerana hatinya suruh tutup aurat maka ia akan melakukannya tanpa peduli apa orang kata.


Kerana hatinya suruh berderma dan bersedekah maka ia akan melakukannya tanpa takut miskin dan bimbang hari depan.



Kerana hatinya suruh ia berjemaah sesama kaum muslimin maka ia pun turut berjemaah tanpa ragu meninggalkan alam dan kawan yang di luar jemaah. Kerana hatinya suruh hentikan pergaulan bebas maka ia hentikan tanpa takut kehilangan atau keputusan jodoh. Dan akan apa sahaja suruhan hati ia akan taat.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 14-4-2005 04:43 PM | Show all posts
Hati yang taat dan takutkan Allah akan mengarahkan kita mengikut semua suruhan Allah. Tidak pernah terlintas dalam hati orang- orang soleh satu keinginan untuk menderhakai Allah. Hatinya tidak merancang untuk melakukan larangan Allah.


Sebab itu orang yang kuat ibadah batinnya cukup kuat meninggalkan perkara-perkara haram, makruh dan syubahat. Tidak melakukan zina, tidak menipu, tidak minum arak, tidak berjudi, tidak mengambil pinjaman (loan) untuk membeli rumah atau kereta, tidak terlibat dengan rasuah, tidak berkhianat tidak merokok, tidak mengumpat, tidak memfitnah, tidak bergaul bebas ielaki dan perempuan, tidak membazir dan bermewah-mewah, tidak berfoya-foya, tidak terlibat dengan muzik-muzik haram, tidak bercinta-cintaan lelaki perempuan secara haram dan lain-lain.


Hati yang kuat dengan Allah akan melarang keras dari terlibat dengan pekerjaan yang dikutuk Allah. Hati yang sempurna ibadahnya akan menolak segala-gala perkara yang dibenci Allah.

Tegasnya hati kitalah yang boleh membetulkan kita dan hati jugalah yang boleh menjahanamkan kita. Kalau hati baik, baik pulalah tindakan kita. Dan kalau hati jahat, jahat-pulalah tindakan kita.



Konsep "baik hati" ini janganlah pula disalahertikan. Jangan kita kata 揟idak sembahyang pun tidak mengapa asal hati baik. Tidak menutup aurat pun tak apa asal hati baik."

Kalau kita kata begitu, kita telah buat dua kejahatan. Pertama kerana berani menidakkan suruhan Allah (sembahyang dan tutup aurat itu suruhan Allah). Kedua kerana kita menganggap hati kita baik dalam keadaan hati kita masih derhaka pada Allah.


Hati yang tidak mahu sembahyang atau tutup aurat itu ialah hati yang derhaka pada Allah. Hati yang baik ialah hati yang taat dan takut pada Allah. Bila hati taat maka kita akan  mentaati serba-serbi perintah Allah. Bila hati kita baik kita akan kuat bersyariat.
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 15-4-2005 04:31 PM | Show all posts
2. MENDAPAT KEJERNIHAN ATAU KERINGANAN  BATIN.


Apabila seseorang hamba itu sudah mendapat kerohanian yang tinggi, hatinya (batinnya) akan jadi suci dan ringan. Allah SWT berfirman dalam surah Ar Raad:20-24:

"Iaitu orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merosakkan perjanjian. "
(Ayat:20)



"Dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mereka takut pada Tuhannya dan takut pada hisab yang buruk." (Ayat:21)

"Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan pada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan. Orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik. " (Ayat:22)



"(Iaitu) syurga 'Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dari bapa-bapanya, isteri-isterinya dan anak cucunya sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu. " (Ayat:23)

"(Sambil mengucapkan) "Salamun alaikum bima syabartum" maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu. "
(Ayat:24)


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 18-4-2005 02:53 PM | Show all posts
SOAL JAWAB DENGAN ABUYA

Soalan: Saya berumur 26 tahun. Terlibat dalam satu perniagaan dan mengalami persaingan yg tidak sihat dalam masyarakat hingga sebabkan saya dendam. Bagaimana hendak tenangkan perasaan dengan keadaan itu? Saya harapkan masyarakat akan berubah.

Abuya: Abuya sudah katakan tadi, hendak cari kebenaran, jangan bertindak sendiri. Perlu ada pemimpin, ada jemaah dan ada kawan. Jemaah ini akan mengatur perjuangan dan strategi. Jemaah inilah yang akan bangunkan pendidikan dan ekonomi untuk masyarakat umum. Kalau kita seorang hendak selesaikan masalah ini, tidak mungkin sebab masyarakat ini berantai-rantai atau berangkai-rangkai. Sebab itu kita perlukan jemaah untuk lawan masyarakat.

Masyarakat ada system, jemaah pun ada system. Kalau kita hendak berjuang, ada halangan di peringkat awal, tidaklah kita naik darah dan marah sebab kita fikir hendak ikut keredhaan Tuhan. Peringkat awal mungkin ada halangan. Tidak apalah. Terhalang di sini, carilah laluan lain. Ia ada hubungan dengan kesabaran, dengan ilmu dan system yang ada dalam jemaah.

Kalau hari ini kita dapat kesedaran dan hari ini juga kita hendak keadaan berubah, tidak mungkin. Kita boleh rosak. Apa yang berlaku itu bukan untuk kita dendami. Di situlah dakwah kita. Cakap kita adalah dakwah. Kalau kita bangunkan ekonomi Islam, itu dakwah kepada masyarakat. Kalau kita bangunkan sekolah, itu juga dakwah secara sikap. Orang yang sedar, akan datang kepada kita. Yang tidak sedar, kita serah pada Tuhan. Jangka panjang, kalau kita berjuang dengan cara yang elok, bukan hanya cakap tetapi dengan sikap, masyarakat akan berubah. Sebab yang tidak suka dengan system ini bukan kita sahaja bahkan masyarakat juga.

Cuma tidak tahu macam mana hendak atasi. Sebab itu abuya kata, kena ada jemaah, pemimpin dan kawan2. Rasulullah saw itu datang dengan mukjizat, pun ambil masa 23 tahun untuk mendidik masyarakat. Kalau kita yang bukan Rasul, abuya sendiri sudah berjuang lebih 45 tahun. Setakat hari ini, setakat dapat kawan seperjuangan, buat ekonomi, kebudayaan dan lain2 itu, pada abuya, abuya rasa sudah ada kejayaan.

Tuan-tuan yang baru, mungkin belum terasa. Bagi abuya yang sudah berjuang sejak umur 20 tahun, abuya rasa sudah ada kejayaan. Dulu tidak ada kawan, sekarang sudah ada, dulu tidak ada ekonomi, sekarang sudah ada. Dulu tidak ada sekolah, sekarang sudah ada.

Jadi janganlah hendak semuanya cepat2 berubah. Ia makan masa panjang. Mengapa Allah lakukan begitu? Sebab Tuhan mahu kita istimewa di akhirat. Bukan di sini. Allah lambatkan dapat dunia Islam supaya kita dapat banyak pahala. Itulah hikmahnya. Bila lama berjuang, setiap orang ada peluang untuk dapat keredhaan Tuhan. Tuhan mahu kita kaya di akhirat. Sebab itu cuba tunjuk  siapa kekasih2 Tuhan yang Tuhan beri dia kaya di dunia. Nabi Sulaiman itupun ada kesusahannya. Itulah Tuhan beri isyarat. Seolah2 Tuhan kata kepada Rasul Nya, 揌ai Rasul, engkau ini kekasih Aku. Kalau engkau cinta Aku, tentu Aku nak istimewakan engkau. Tapi bukan di sini tetapi di akhirat. Jadi terima dulu ujian di sini supaya dapat pahala yang banyak di dunia. Supaya istimewa di akhirat.擺/b]

[ Last edited by Akasyah on 18-4-2005 at 02:57 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 18-4-2005 03:22 PM | Show all posts
Soalan: Dalam hendak membangunkan Islam, apakah kita boleh menggunakan ilmu dari barat dalam perakaunan dan sebagainya?

Abuya: Ilmu ada 2. Ada ilmu yang bersifat agama dan ada yang bersifat dunia. Yang bersifat agama, ada yang salah dan ada yang benar. Ilmu yang sekular, ada yang benar dan ada yang salah. Yang benar itu, samada bersifat agama mahupun yang bersifat sekular, itu dari Allah.

Yang salah, samada yang bersifat agama, mahupun yang bersifat dunia, itu bukan dari Tuhan. Kalau kita belajar dari barat, kalau ilmu itu benar, sekalipun ia bersifat dunia, itu dari Tuhan . Tuhan beri pada orang2 barat sekalipun ilmu itu benar. Tuhan tidak pilih orang sebab ia bersifat dunia, bukan bersifat agama.

Tetapi kalau ia bersifat agama, yang benar, diberi kepada orang bertaqwa sahaja atau orang Mukmin. Tidak diberi kepada orang yang sesat. Ilmu dunia ini diberi kepada sesiapa sahaja kerana ilmu dunia sekalipun sebesar dunia ini, tidak ada nilai walau setimbang sebelah sayap nyamuk. Jadi kalau ilmu itu betul, gunakan ilmu itu sebab ia bersifat dunia, bukan bersifat agama. Kalau salah pun, tidak sesat. Cuma tidak berjaya di dunia.
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 20-4-2005 07:37 AM | Show all posts
Apabila roh sudah suci dan ringan maka rasa ringanlah hati kita untuk mentaati Allah. Nafsu kita akan berubah dari nafsu-nafsu yang rendah kepada nafsu mutmainnah. Ketika ini kita akan sentiasa merasa kita adalah hamba Allah, mahu hidup sebagai hamba dan rela menerima apa sahaja qada dan qadar Tuhan tanpa soal jawab atau resah gelisah. Untuk lebih jelas biar saya senaraikan sifat-sifat hati yang saya maksudkan:


Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 23-4-2005 06:23 PM | Show all posts
~ Kalau Allah menentukan satu hal pada dirinya, hatinya meredhakan kepada Allah (tanpa kesal dan keluh kesah) kerana dia sedar kerendahan dirinya yang layak menerima apa sahaja takdir Allah.

~ Setiap kali melihat pandangan alam yang indah, hati segera terasa kebesaran Allah.



~Kalau dia mendapat kejayaan atau nikmat, hati segera terasa itu pemberian Allah bukan kemampuan sendiri sebab itu dia rasa takut pada Allah kalau-kalau harta itu disalahgunakan atau kurang disyukuri.

~Kalau dia dimiskinkan (atau tidak memperolehi nikmat) hatinya rasa lapang kerana dia merasakan lepas dari tanggungjawab untuk menjaga amanah dari Allah.


~Kalau mendapat bala seperti sakit, hati boleh tenang kerana merasakan bala adalah kifarah (balasan) pada dosanya. Dia rasa lebih baik dihukum di dunia daripada dihukum di akhirat. Penderitaan di dunia adalah pengampunan dosa di akhirat.

~Bila mendapat pujian, hati rasa tidak senang sebab pujian itu tidak layak baginya dan boleh merosakkan rasa kehambaannya.

~Kalau dikeji atau dihina orang, hati rasa kasihan pada orang yang menghinanya dan segera memaafkan orang itu tanpa diminta sebabnya. Dia rasa kerana dosalah dia dihukum begitu (kalau tidak begitu dia akan dapat pahala dari penghinaan itu) sebab dia tidak berniat langsung untuk membalas perbuatan orang itu.



~Dia sentiasa berlapang dada berdepan dengan ragam dan kesusahan yang manusia timpakan ke atasnya.

~Tidak bangga dengan nikmat, tidak gelisah dengan bala, tidak rasa tenang dengan pujian dan tidak menderita dengan kejian. Hati hamba sentiasa merasakan dia serba kekurangan dan amat memerlukan Allah SWT dalam semua keadaan.



~Kalau dia melihat atau tahu orang membuat maksiat dia syukur pada Allah kerana dirinya selamat dari maksiat. Sebab itu dia tidak menghina orang itu bahkan dia rasa kasihan ingin menolong dengan memberi nasihat. Dan dia tidak menaruh sangka jahat pada orang itu sebaliknya dia menganggap kesalahan itu adalah kerana tidak tahu, terlupa atau tidak sengaja.

~Ketika berhadapan dengan orang yang memarahi-nya, dia tidak lawan marah dan tidak lawan bertekak sekalipun dia benar.



~Berhadapan dengan kepandaian orang lain, dia akan terima ilmu atau kebenaran sekalipun dari seorang kanak-    kanak.    Kalau    bermuzakarah    dia   tidak menunjuk- nunjuk. Kalau dia pandai tidak pula rasa megah.

~Kalau orang memuji seorang lain di hadapannya dia tidak sakit hati sebab dia faham kuasa (hak) Allah  melebih dan mengurangkan nikmat pada hamba-hamba-Nya.




BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 26-4-2005 08:19 AM | Show all posts
Kalau ada orang lain membuat kerja dia, dia tidak meradang sebab dia rasa dia terbantu.

Kalau dia digemari ramai, dia tidak bangga sebaliknya dia bimbang kalau-kalau itu membuatkan dirinya riak.



Dia tidak makan seorang diri. Kalau beri bantuan pada seseorang tidak di hadapan orang lain.

Beramal dan beribadah betul-betul kerana Allah (kerana rasa ingin berkhidmat sebagai hamba) bukan lagi kerana syurga atau neraka.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.056936 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list