CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14060|Reply: 11

[Tempatan] Cinta tak kesampaian, wanita mohon keluar Islam

[Copy link]
Post time 5-10-2024 07:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 5-10-2024 11:29 AM

Seorang wanita Sarawak merayu untuk meninggalkan Islam dan kembali ke agama Kristian selepas berpisah dengan lelaki Melayu yang berjanji untuk mengahwininya.

Iqbal Harith Liang memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa anak guamnya mahukan peluang untuk berhujah kesnya di mahkamah sivil berbanding mahkamah syariah.

Katanya, wanita itu tidak boleh dijangka akan mendapatkan penyelesaian di mahkamah syariah memandangkan sentimen terhadap orang yang mahu menukar agama.

“Dia adalah mangsa keadaan, yang bukan kerana tindakannya sendiri.

“Dia jenis yang mengejar cinta sampai ke hujung. Tetapi malangnya percintaan itu terhalang oleh garis agama di negara ini.

“Sekarang dia terperangkap untuk bebas dan kembali ke identiti Kristian,” katanya terhadap tiga panel hakim yang diketuai oleh Supang Lian.

Wanita 26 tahun itu memohon kebenaran untuk membuat semakan kehakiman bagi mengeluarkan namanya daripada daftar mualaf.

Panel hakim–yang turut dianggotai oleh  Lim Chong Fong dan Ahmad Fairuz Zainol Abidin–tidak membuat sebarang keputusan hari ini.

Pengurusan kes akan berlangsung pada 11 Oktober depan bagi menetapkan tarikh penyampaian keputusan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Sept lepas menolak permohonan wanita itu dan memutuskan ia berada bawah bidang kuasa mahkamah syariah.

Wanita itu memeluk Islam pada 18 Ogos 2017 untuk berkahwin dengan seorang lelaki beragama Islam.

MalaysiaKini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2024 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodo piang ko dek
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 08:58 AM | Show all posts
tukar agama psl kawin ka?
ceteknya akal, igt hal agama ni cm logout fb, login id baru ka?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
bagi je la dia tukar agama asal.. yg dah tukar agama islam pun ada yg masih anut agama asal nyah
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 09:46 AM | Show all posts
ko sendiri yg bodoh dek.. pastu ko ingat benda ni boleh 'undo'.. ?

Mangsa keadaan menda - ko yg buat keputusan. Bukannya ko dipaksa buat keputusan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau jenis gini, biar je la dia balik jadi kapir...kalau paksa dia jadi muslim bkn ada beza pun..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2024 10:31 AM | Show all posts
Siapa suruh tukar agama
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke mmg boleh tukar..mcm ame tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2024 10:36 AM | Show all posts
Sebab itulah sebelum nak masuk islama kena fikir 1001 kali dan sepatutnya tok lebai yang nak mengislamkan sesiapa mesti memberi tau setelah masuk Islam tidak boleh kembali ke agama asal dengan alasan apa sekali pun.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantek ke dak? Rekemen ke ipan je la
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudahhh…
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 5-10-2024 08:58 AM
tukar agama psl kawin ka?
ceteknya akal, igt hal agama ni cm logout fb, login id baru ka?

Itu FB.. kalo id cari silap2 buleh tukar2 berpuluH MN

Bersalin kulit kalah salin spender
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.047692 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list