CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: PowerWoofer

[tukar subjek ] Debat lepas geram CNM

[Copy link]
Post time 22-10-2008 10:25 AM | Show all posts

Balas #440 tossee\ catat

mujur kat blur kan no plate tu toss...kalu tak satu malaya tahu, kete tu milik kassim selamat mata tercucuk garpu hingga tak tahu yg mana model baru, yg mana model lama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2008 10:26 AM | Show all posts
Originally posted by zzcbr at 22-10-2008 10:22 AM
si Jini ni ada bela hantu raya ke...setiap kali kita dok mengutuk dia, ada aje dia masuk...kena lah slow down sikit, ya lah adat org mesia, takkan nak kutuk depan, malaysia kan specis mengumpat b ...


jini tuh aku rase la kan....dia nih inspekter shahab jadian la....dia boleh bau ada org duk citer pasal kete ct model lama dia tuh...

belum ada lagi tanda2 kewujudan ct baru nih kat mesia....tp mengikut citer drpd jini (dia dah taw model baru nak kuar...tp pegi beli model lama gakk... ) kwn dia yg keje kat kilang honda air keroh sana tuh cakap...awal bulan nih dah sampai 2,3 bijik utk diuji...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 10:27 AM | Show all posts
Originally posted by zzcbr at 22-10-2008 10:25 AM
mujur kat blur kan no plate tu toss...kalu tak satu malaya tahu, kete tu milik kassim selamat mata tercucuk garpu hingga tak tahu yg mana model baru, yg mana model lama


tp kan...kassim selamat tuh ttp melakukan kesilapan teknikal gak...dia lupa blurkan no plate kete maibi dia tuh.....mungkin akibat terlampau tekanan perasaan..dia terlupa segala2nye....ohh...kassim...kassimmm.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 10:31 AM | Show all posts
Originally posted by tag_f1 at 22-10-2008 10:07 AM
ala, keta sedan aku skang pun ada speaker kat pintu belakang

city lama takde ke speaker kat pintu belakang tu?


kannn?
keta cikai haku pun hada speaker kat pintu depan belakang
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 10:49 AM | Show all posts
korang kutuk kaw2 mamat tu..bole thn ke..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 11:05 AM | Show all posts
Originally posted by orangdalam at 22-10-2008 10:49 AM
korang kutuk kaw2 mamat tu..bole thn ke..


boleh OD....dia dah pakai baju kalis peluru berpandu dah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2008 11:06 AM | Show all posts
Originally posted by tossee at 22-10-2008 11:05 AM


boleh OD....dia dah pakai baju kalis peluru berpandu dah...


tapi ni soal maruah yg berharga 60k

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 11:08 AM | Show all posts
Originally posted by orangdalam at 22-10-2008 11:06 AM


tapi ni soal maruah yg berharga 60k



takpe OD...dia sihat walafiat cuma sedikit tertekan jek....sejak kebelakangan nih selalu nampak dia termenung kat tepi jambatan Pulau Pinang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2008 11:22 AM | Show all posts
Originally posted by tossee at 22-10-2008 11:08 AM


takpe OD...dia sihat walafiat cuma sedikit tertekan jek....sejak kebelakangan nih selalu nampak dia termenung kat tepi jambatan Pulau Pinang...




dia beli city lama tu baru ke lama?
-sila pahamkan soklan den
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 11:28 AM | Show all posts
Originally posted by orangdalam at 22-10-2008 11:22 AM




dia beli city lama tu baru ke lama?
-sila pahamkan soklan den


kerana terbeli model yg lama la telah mengubah hidup dia buat selama2nye...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 11:40 AM | Show all posts
Originally posted by tag_f1 at 22-10-2008 10:07 AM
ala, keta sedan aku skang pun ada speaker kat pintu belakang

city lama takde ke speaker kat pintu belakang tu?


keta bibah aku yg harga 30 posen selepas diskaun raya... ada speaker kat pintu belakang... tapi, bunyinya elok sikit dari speaker masjid....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 11:43 AM | Show all posts
dia beli kereta 2nd anwar OD...

pcayalahhh..............

anwar,anwar,anwar,kamu,nasi sepinggan,kamu.......
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 11:52 AM | Show all posts

Reply #433 tossee's post

klasik sgguh gambo ko ni toss..??
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 12:58 PM | Show all posts
oohhhhhhh~!!!!........tidakkkkkk~!!!!!!!!!!!!!   
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 12:58 PM | Show all posts
oohhhhhhh~!!!!........tidakkkkkk~!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 12:59 PM | Show all posts
Originally posted by d34n at 22-10-2008 11:52 AM
klasik sgguh gambo ko ni toss..??


tula pasal....ct model lama tuh dah di kategorikan sebagai barang lusuh dah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2008 02:53 PM | Show all posts
mungkin dia "terpaksa" boli bukan sebab taste tapi bujet?

tibo2 den bela org yg den tak konal
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 10:51 AM | Show all posts
Honda City generasi baru dilancar Disember ini

Oleh Au Yeong How (yang menyertai lawatan ke
kilang Honda di Ayutthaya, Thailand, baru-baru ini)


Yoshiro Tanaka (kiri) dan Takeshi Nakamura bersama model Honda City generasi terbaru di kilang pemasangan Honda di Thailand.

Sekilas pandang Honda City generasi baru, ia bersedia untuk menerjah ke depan walaupun dalam kedudukan statik. Kehadirannya bakal dirasai di jalan-jalan raya di negara ini apabila dilancarkan Disember ini.

Dari pandangan tepi, ia bagaikan anak panah. Reka bentuk bahagian depan yang tajam dan belakang pula turut mencetuskan terjahan bertenaga.

Dipendekkan kata, reka bentuknya mirip busur yang ditarik ke belakang sehingga maksimum dan bersedia untuk meledakkan tenaga kinetiknya. Itulah reka bentuk bergaya Honda City versi baru yang mempesonakan.

Menurut Ketua Jurutera Penyelidikan dan Pembangunan Honda merangkap Ketua Projek Utama untuk Honda City, Takeshi Nakamura, pasukannya menekankan lima kriteria utama iaitu, reka bentuk, pemanduan lancar, saiz ruang dalaman, keselamatan dan persekitaran semasa membangunkan versi baru City.

Pihaknya ingin membangunkan kereta yang ‘kehadirannya dirasai' di jalan raya, selesa untuk semua penumpang sambil mengekalkan saiz yang mudah dikendali.

Seronok untuk memandu


“Kita berharap ia menyediakan prestasi hebat secukupnya untuk semua situasi pemanduan. Matlamat akhir adalah menghasilkan kereta yang dibanggakan oleh pemiliknya,'' katanya.

Honda City baru menggunakan enjin serba baru i-VTEC 1.5 liter yang menawarkan kelajuan lancar pada sebarang tahap kelajuan.

Untuk memanfaatkan prestasi enjin i-VTEC lagi, ia mengguna pakai transmisi automatik lima kelajuan. Paddle shif atau penukar gear yang diguna dalam kenderaan F1 disediakan bagi pengalaman ‘seronok untuk memandu'.

Justeru, ini menjadikan pecutan permulaannya yang bertenaga. Dalam kelajuan sederhana, penumpang menikmati keselesaan yang unggul. Tidak syak lagi ia adalah peneraju bagi prestasi kereta berkategori sedan sub-kompak.

Selain itu, terdapat penalaan casis untuk cengkaman padu di jalan dan rasa pemanduan yang selesa. Bentuk badan kereta direndahkan untuk lebih kestabilan dan anggun.

Turut digunakan ialah EPS berkapasiti tinggi untuk kawalan stereng yang lancar. Malah ia mudah dikendalikan dan bertindak selari dengan kemantapan brek.
Jurutera Honda turut menyuntik kreativiti pada garis bumbung, bahagian belakang penutup dek yang ditinggikan dan garis bentuk badan.

Daripada segi ruang dalaman, Honda City mempunyai papan pemuka baru berbanding versi lama. Pandangan meter direka bentuk canggih. Gabungan warna gelap dan cerah cukup menenangkan selain memberikan pengalaman berehat segera.

Ia juga dilengkapi sistem audio media berdigital yang merupakan ciptaan terbaru.

Apabila duduk di dalamnya, ruang dalaman dirasakan memeluk diri dan boleh diharap dari segi keselamatan. Ia adalah luas kerana jarak rodanya telah dipanjangkan.

Untuk mencapai keseimbangan badan ideal, Honda memperkenalkan jarak roda yang lebih panjang pada masa sama mengekalkan kepanjangan kereta. Hasilnya adalah ruang dalaman berkelas tinggi bagi kategori sedan sub-kompak 1.5 liter.

But Honda City yang berkapasiti besar iaitu 506 liter (mengikut ukuran dalam kaedah VDA) adalah praktikal dan mudah digunakan. Honda City amat menekankan aspek keselamatan kepada pemandu, penumpang malah pejalan kaki sekali! Misalnya, ia dilengkapi ABS dengan EBD dibantu brek untuk mengelakkan kemalangan.

Lebih mengagumkan, selain teknologi badan kereta Advanced Compatibility Engineering (ACE) untuk menampan sebarang perlanggaran antara kenderaan, struktur badan kereta.

City turut berupaya menyerap hentakan sekali gus mengurangkan kecederaan pejalan kaki sekiranya berlaku perlanggaran.
Selain jimat dalam penggunaan petrol, Honda City sebenarnya mesra alam. Ia memiliki prestasi pemprosesan pengeluaran asap ekzos yang unggul.
Lebih daripada 90 peratus bahagian keretanya juga boleh diguna semula.

Nantikan pelancaran rasmi Honda City serba baru ini ke pasaran Malaysia, Disember ini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 11:04 AM | Show all posts
~Nantikan pelancaran rasmi Honda City serba baru ini ke pasaran Malaysia, Disember ini.~   apasal lah aku nak tergelak bila baca statement ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 11:18 AM | Show all posts
'City turut berupaya menyerap hentakan sekali gus mengurangkan kecederaan pejalan kaki sekiranya berlaku perlanggaran.'

pakai span ker.?.. klu material selain dr span walau plastik F&N sekalipon tetap tak dapat kurangkan kecederaan pada pejalan kaki...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.132227 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list