CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Detektif_Hantu

Apa Yg Saya Tidak Tahu Tentang P.Ramlee

  [Copy link]
Post time 22-9-2010 09:28 AM | Show all posts
Reply 442# linsh


    gi kat midvalley tak silap ada nampak ritu.aku dah beli haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2010 04:26 PM | Show all posts
"Banyak cerita kisah hidup P Ramlee tidak tepat": Ahmad Nawab


2010/09/22

GEORGETOWN: Seniman Negara Datuk Ahmad Nawab akan menyerahkan beberapa koleksi peribadinya mengenai Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee dan akan membongkar semula kisah hidup seniman agung itu kepada Jabatan Arkib Negara.

Katanya, beliau mengenali P.Ramlee secara dekat kerana membantu seniman agung itu untuk mengubah lagu selama sembilan tahun malah pernah tinggal di rumah P.Ramlee di Kuala Lumpur. "Saya kesal kerana banyak cerita mengenai kisah hidup P.Ramlee adalah tidak tepat malah ada yang berbohong, saya kenal P.Ramlee kerana kami bekerjasama dalam membuat muzik, P.Ramlee tidak pernah meminta lagu dari sesiapapun untuk filemnya kecuali dari saya sahaja," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Ahmad berkata, antara fakta yang tidak betul ialah mengenai dakwaan P.Ramlee seorang yang pandai bermain semua alat muzik sedangkan Seniman Agung itu hanya berkebolehan bermain piano untuk mencipta lagu.

"Jika kita lihat filem Ibu Mertuaku, yang meniup saksofon sebenarnya ialah Ahmad B dan dalam filem Masam-masam Manis pula, yang meniup saksofon adalah saya sendiri, ini kerana P.Ramlee tidak boleh bermain saksofon tetapi beliau berkebolehan untuk memegang saksofon dengan gaya yang betul," katanya.

Beliau berkata beberapa fakta mengenai kisah hidup P.Ramlee yang diceritakan oleh kenalannya adalah tidak tepat kerana P.Ramlee sendiri tidak pernah ditemubual oleh media semasa hayatnya.

"Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa P.Ramlee gemar untuk memakan buah tembikai dan dicicah dengan sambal kicap...ini pelik tetapi itulah kegemaran P.Ramlee," katanya.
Sebagai permulaan Ahmad Nawab menyerahkan potret beliau bersama P.Ramlee yang dirakam pada 1965 di Sarawak kepada Arkib Negara untuk dipamerkan di Galeri P.Ramlee di sini.

Katanya, usaha menyerahkan koleksi peribadi mengenai seniman agung itu adalah penting supaya ia dapat menjadi tatapan generasi akan datang untuk mengenali kisah hidup P.Ramlee yang sebenar.

Sementara itu, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Datuk Seri Mohd Yussof Latiff berkata, persatuan itu akan menganjurkan Seminar Pemikiran P.Ramlee di Kem Tun Razak, Bukit Gedong di sini pada Oktober depan.

Katanya, seminar itu akan membetulkan fakta-fakta mengenai kisah hidup P.Ramlee dan Ahmad Nawab akan dijemput sebagai salah seorang anggota panel. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 01:21 AM | Show all posts
Reply 444# faqhrul


    Mid valley in kl..saya di singapura..thanx anyway
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2010 04:10 PM | Show all posts
Pernah terbaca Allahyarham P.Ramlee juga tinggi ilmu ugama tapi dah tak ingat baca dari mana...ada s ...
warisanwaja Post at 20-8-2010 11:58



    Beliau belajar dari bekas Mufti Negeri Sembilan(nama lupa)iaitu bapa kepada sahabatnya Allahyarham Haji Mahadi dan Datuk kepada Dato  Murtazda(Mufti N.9 sekarang)
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 01:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by didactic at 27-9-2010 13:38

Saya pernah baca buku 'P.Ramlee yang saya kenal' ditulis oleh Yusnor Ef (Terbitan Pelanduk Publications (2000) ..Dalam buku tu ada dinyatakan juga yang arwah ni boleh mengubati orang. Dalam kes Norizan pulak , mereka bercerai kerana Norizan ni mahu P.Ramlee selalu berada dirumah, dia tak suka P.Ramlee selalu keluar, tapi ye la, orang Pilem manala leh dok umah selalu macam org keje opis 9 - 5. Lepas keje je leh dah lepak kat umah dengan famili. Opkos la masa kerja tak menentu. P.Ramlee pulak tak suka dikongkong. Kalau P.Ramlee bekerja kat studio, Norizan akan hantar makanan melalu driver, siap pasang spy suh intip P.Ramlee wat apa. Tu yang P.Ramlee tak tahan, tapi ada lagi sebb lain yang tak dinyatakan oleh penulis....terlalu peribadi katanya..

Dia kawin dengan Saloma pun sebenarnya tiba-tiba jek...salah satu sebb perkahwinan bertahan lama ialah Saloma bukan yang jenis suka mengongkong.Dia sendiri menyanyi di kelab malam dan dia tak campur urusan P. Ramlee...begitulah yang saya baca...ada lagi kowt buku tu kat Library tempat keje saya ni...nantila kalo rajin pg korek balik huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 10:36 AM | Show all posts
Perasan x dalam citer ibu mertuaku???

Sabariah kahwin dengan Dr.Ismadi, tapi masa tu dia belum pun
bercerai ngan abang Kassim Selamat. Maknanya, Sabariah
ada dua suami dalam satu masa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2010 10:48 AM | Show all posts
Reply 449# rayyanrafael


ko nie pon satu kalo lebih dari 3 bulan suami tak kasi nafkah isteri kan bole tuntut fasakh takkan nak cerita detail turun naik court....
jalan ceritanya dah cukup padat la tuh bro
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 12:17 AM | Show all posts
aq baru baca kisah p pramlee..rupenya p ramlee terlalu advance pemikiran dia...
contoh cerita masam masam manis..kat almari..ade tercatat masih bujang...burung dah terbang...ini kan sama dalam fb yang tercatat single,in a relationship..maknenya p ramlee dh advance dh mase tu hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2010 01:24 AM | Show all posts
Reply 446# linsh


   
MPH city square,JB ade jual buku tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 05:13 PM | Show all posts
Satu perkara yang P.Ramlee ralat sebelum kematiannya ialah tidak dapat menerbitkan filem berwarna kerana kos yang tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 05:50 PM | Show all posts
then p ramlee bergaduh dgn jins shamsudin...dlm film kancha tirana mmg p ramlee cuba kenakan jins shamsudin..yalah sapa yg x marah kalau p ramlee yg jadikan jins berlakon alih2 dia dikenakan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 07:09 PM | Show all posts
then p ramlee bergaduh dgn jins shamsudin...dlm film kancha tirana mmg p ramlee cuba kenakan jins sh ...
melati_kesuma Post at 18-10-2010 17:50



Kena Tipu ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 04:27 PM | Show all posts
kalau dh Jins tu Jin jugak la...
hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 04:53 PM | Show all posts
JS Kedekut... kalau Belanja Satay .... Sorang satu batang jer.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 10:44 PM | Show all posts
Bukan ke citer Hang Tuah tu satu-satunya filem arahan beliau yg warna?

Tang beliau suka makan buah tembikai dgn sambal kicap tu aku tak pelik... sebab aku pun suka gak... huhuhu... pelik ke aku?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 11:47 PM | Show all posts
Reply 458# UnicornBerapi


Filem Hang Tuah bukan P Ramlee yang direct, tapi Phani Majumdar

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2010 12:40 PM | Show all posts
skg ni astro tgh tayang filem P.Ramlee "kurus"
mmg mcm tak layan sgt, berbeza ngn file P.Ramlew "gemuk"..
dia lah pelakon melayu yg paling berjaya di mataku...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 01:50 PM | Show all posts
*Minta maaf, kualiti gambar tidak jelas.Tapi masih lagi boleh dibaca.

-------------------- ...
saya_sizuka Post at 12-10-2009 08:41


aku lebih yakin kalau dikatakan sazali ni anak kandung.....koz muka & style mata dia tu mirip p.ramlee......kalo kita peratikan p.ramlee ketika umur 40-an mmg dia kkdang kala juling skit2........

lagi satu aku hairan,apa yg menyebabkan sazali ni juling?masa kecik mata dia biasa aje kan......
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 09:23 PM | Show all posts
Perasan x dalam citer ibu mertuaku???

Sabariah kahwin dengan Dr.Ismadi, tapi masa tu dia belum p ...
rayyanrafael Post at 28-9-2010 10:36


hahaha...mesti u x hayati btol2 citer ni kan??....kan ader 1 scene lpas sabariah dh blik umah nyonya mansor (pas bersalin), dia ader mengadu kat nyonya mansor yg surat2 dia antar kat kassim selamat x dibalas....pastu dia tny whether nyonya mansor ada pos surat2 dia, then nyonya mansor ckp "takkan lah mak nk buang surat2 kau sabarih"....nyonya mansor hasut dia kot2 kassim selamat ada pompuan lain...pastu nyonya mansor soh dia gi amik fasakh...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 01:56 AM | Show all posts
Reply 452# ezacbee


    ah tu dekat..thnx so much ezacbee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.243896 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list