|
salam...
baby...{:1_139:} |
|
|
|
|
|
|
|
baby....
mana dinnernya... |
|
|
|
|
|
|
|
korang chak ? jangan marah...
tima kasih sangat2 sebab faham aku yg selalu bz......
so, ini n3 penutup citer ni semoga korang terhibur...muahhh!{:1_147:} |
|
|
|
|
|
|
|
Episod 38
Sudah dua minggu aku kat kampung, esok genap seminggu aku dan Hafizz telah disatukan menjadi sepasang suami-isteri. Seperti yang dirancang semalam kami sekeluarga menghantar papa dan mama Hafizz ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Mereka dijadualkan berlepas ke India dengan menaiki penerbangan MAS. Hari ini tiba giliran kami berdua pula kerana hari ini kami akan kembali semula ke Kuala Lumpur.
Kami tiba di Lapangan Terbang sejam sebelum penerbangan kami dijadualkan untuk berlepas. Adalah masa sedikit bersama keluarga sebelum mereka beredar dan meninggalkan aku dibawah jagaan Hafizz. Setelah puas bergurau-senda, menerima nasihat yang pelbagai aku peluk mak, ayah dan Adli secara bergilir-gilir sambil mengucapkan selamat dan semoga bertemu lagi. Hafizz juga melakukan perkara yang sama sebelum ketiga-tiga mereka meninggalkan kami untuk menunggu giliran di periksa oleh pegawai imigresen.
“Hafizz, papa kau sakit apa?” Aku bertanya pada Hafizz ketika melabuhkan punggung di salah sebuah bangku yang terletak diruang menunggu.
“Sekarang dah jadi papa kau juga arr…” Hafizz menegur.
“Iyelah, papa sakit apa?” Aku tersengih. Lidah aku masih susah nak menyesuaikan diri.
“Tak ada sakit apa pun.” Hah? Berkerut dahi aku.
“Habis tu…yang kena kahwin cepat ni…cerita tu tak betul ker?”
“Ahahaha….. memang betul ma dan pa kena pergi luar negera tapi bukan papa yang sakit. Kawan karib papa yang sakit. ” Oh! Begitu ceritanya. Jadi, sama ada mak aku salah faham atau cerita yang sampai kat mak telah diputar belitkan oleh si penyampai. Hmm…, kerja siapalah agaknya? Apa-apapun syukurlah kalau semua ahli keluarga Hafizz mahupun aku sebenarnya sihat wal’afiat.
“Ika..”
“Hmm…”
“Ingat tak kad yang aku bagi masa hari terakhir kita jumpa?”
“Ingat, aku masih simpan lagi kad tu.”
Aku layarkan semula ayat-ayat yang tertera pada kad tersebut.
I will be back… and hope that it’s not that late
To tell you everything…when I met you again…
“So, apa yang kau nak bagitahu kat aku sebenarnya….” Aku bertanya.
“Aku sebenarnya sudah lama cintakan kau….” Hangat terasa menyerbu ke pipi tatkala mendengar pengakuan itu. Entah rasanya macam tak sama dengan yang biasa dia ungkapkan.
“Sejak bila?”
“Lama dulu. Sejak zaman sekolah. Tarikh tak ingat. Entah bila masanya, tiba-tiba jer aku rasa kau dah melekat di hati aku. Bila saja kau tak ada aku rasa seperti kehilangan sesuatu.” Dia mengukirkan senyuman.
“Ooh? Kenapa tak bagitahu…”
“Apa pula tak ada. Ada….”
“Bila.?”
“Beberapa kali tapi agaknya kau tak faham atau pura-pura tak faham.” Mata aku berkerdipan.
“Ingat tak masa kau minta gambar aku?”
“Masa akhir tahun sekolah?” Dia mengangguk.
Aku cuba mengingati detik itu. Detik ketika semua pelajar sedang bersenggang menghabiskan waktu terluang bersama-sama sebelum cuti akhir tahun bermula.
“Kau tak apa. Yang penting, dalam hati kau ada aku dan dalam hati aku ada kau. Gambar-gambar tu cuma boleh dipandang dan dilihat saja tapi orangnya dan hatinya tidak boleh disentuh.”
“Alaa..ayat macam tu…siapa pun tak faham…”
“Kau tu yang blur.” Tuduh Hafizz.
“Siapa kata?”
“Akulah yang kata.”
“Elleh!”
“Macamana pula dengan lagu yang aku nyanyikan masa malam persembahan?”
“Of course lah. Bahagian yang itu aku ingat sangat-sangat. Terutama lagu yang buat budak-budak pompuan sekolah kita gila bayang kat kau.”
“Asalnya aku nak nyanyikan lagu ‘Untukmu Sayang’ untuk kau tapi aku takut kau lari.”
“Apasal aku nak lari pula?”
“Manalah tahu kau ingat aku mamat psiko yang gila kat kau.”
“Tak ada maknya. Ehehehe…Tapi, tak mengapa, nanti kau nyanyikanlah semula untuk aku.”
“Kalau aku nyanyi, kenalah sediakan upah dan pengerasnya.”
“Itupun nak kira juga ker?”
“Eh…sudah semestinya, mahal suara aku ni..”
“Setakat suara panggil hujan tu…apa kelas.” Dia mencuit hidung aku kemudian mencubit geram pipi aku.
“Aku cium baru tau.”
“Jom!” Tiba-tiba dia bangun dari duduk.
“Ke mana?” Tanya aku keliru.
“Ke mana lagi, pintu dah dibuka untuk penumpang MH6123. Flight kita.” Cepat-cepat aku bangun mengekorinya.
Setelah menyimpan beg sandang ke dalam ruang bagasi yang disediakan, kami mengambil tempat duduk masing-masing yang letaknya bersebelahan. Aku mengambil tempat yang berdekatan dengan tingkap.
“Ada sekali masa dekat library.time tu aku cakap direct tapi kau pula tertidur….agaknya masa itu kau tengah demam kut.” Dia mengelus lembut jari-jemari aku sebelum menggenggamnya dengan erat.
“Oh ya?”
“Masa tu aku memang sudah bersedia untuk meluahkan segala-galanya. ”
“Rugilah aku. Macamana aku boleh ter ‘miss’ yang itu?”
“Ehehe…itulah pasal.”
“Ika…”
“Hmm…?”
“Ingat tak kau ada janji dengan aku?”
“Janji?”
“My wedding present.”
“Oh!”
“Ada dua kan? Aku nak kau tunaikan yang pertama dulu….”
“Sekarang ker?”
“A’ah.”
“Apa dia?”
“Mmm…. Boleh tak from now on, call me ‘abang’?”
Tiba-tiba seorang pramugari muncul sambil menolak troli yang sarat dengan cawan-cawan kecil serta beberapa jenis minuman.
“Coffee or Tea?”
“Coffee for me.”
“How about you madam?”
“No, thank you.”
“You want some juice, madam?”
“Yes, please.”
“Coffee for you sir, and juice for you madam.”
“Thank you.”
“Thanks.”
Setelah berlalu Hafizz menatap wajah aku semula.
“So, your promise….” Takdelah susah mana pun, tapi…lidah aku ni sudah terbiasa….nak tukar-tukar panggilan dalam masa tersekat ni kang tergeliat lidah pula.
“I am still waiting…”
“Hmmm….abaaaang?” Aku sengaja menyebutnya dengan aksi manja yang terlebih-lebih.
“Yaiks! Itu macam nak jer…” Spontan aku cubit lengan dia.
“Jangan sayang, karang abang ghairah kat sini.” Lepas itu dia gelak. Huh! Mengada-ngada.
“Kau ni kan…” Ayat aku habis kat situ. Tergantung.
“Ait! Tukar ke abang semula…karang kena denda!”
“Denda pula?”
“Cium mulut? Nak?” Eeiiii! Gatal!!
“Lagi satu, aku tu tukarlah jadi sayang atau Ika…”
“Wokey, bisa diatur pak.” Kataku meniru loghat indon. |
|
|
|
|
|
|
|
“Abang sebenarnya ada confession lagi nak buat.”
“Huh?”
“Mega project 6 bulan tu…sebenarnya untuk Ika.”
“Hah?”
“Masa aku mmm…abang terjumpa Adli memang rasa bersyukur sangat sebab Ika masih solo.” Tersasul-sasul si Hafizz. Dia pun sama dengan aku, lidah tergeliat. Ahaks!
“So, abang terus bawa ma and pa jumpa keluarga Ika, merisik. Masa itulah mak ceritakan tentang kerenah Ika yang susah sangat nak buka cerita pasal jodoh ni. Dan….idea mega project itu pun muncul.”
“Habis tu, 6 bulan tu…semata-mata untuk Ika ker?”
“Tak, abang still on and off balik uruskan company. Tapi sementara abang di KL, papa yang ambil alih.”
“Kenapa tak cakap terus terang ajer…”
“Bukan abang tak bagi hint, Ika tu yang lambat tangkap.”
“Iye lah tu…”
“Betul…. Sebenarnya aku mmm…abang nak melamar Ika masa kita kat Berjaya Times Square … then bila kau…mmm…Ika macam tak percaya jer… abang jadi geram…sebab itulah abang buat keputusan terus direct kat mak and mama ….”
“Bila dah pasti yang Ika sebenarnya ada perasaan yang sama macam abang, tempohnya abang pendekkan. Tak larat nak tunggu Ika 6 bulan untuk menerima cinta abang.”
Iya ker? Padah mulut aku ler tu…baru padan muka.
Adegan yang dimaksudkan Hafizz segera berlegar kembali di fikiran.
“Sebenarnya aku ada benda nak cakap kat kau.” Ujarnya setelah beberapa ketika.
“Hmmm….”
“Kalau aku kata yang aku suka kat engkau, macamana?”
“…” Aku tercengang seketika.
“Kalau aku kata aku nak hantar orang meminang engkau, macamana?”
“Apasal semua awek-awek tu dah reject engkau ker?”
“Just forget what I’ve said.”
“Kemudian masa kita makan kat Bandar Sungai Buaya?” Oh! Hari yang aku menangis bagai nak rak bila dapat tahu Hafizz nak kahwin.
“Tapi, kau…eh-eh! Abang tak cakap pun abang nak kahwin dengan Ika?”
“Ahahaha….saja nak tengok reaksi Ika.” Dia tersenyum lucu, agaknya teringatkan peristiwa malam itu. Malam yang aku berlagak gembira dalam kepiluan. Malam yang aku tertipu dengan lakonan dan tipu helah Hafizz.
“Aku dah nak kahwin….”
“Really?! Wow! Surprise…surprise.”
“So?...”
“So? Oh—oh, forgotten. Congrats, that’s really great big news. I can’t believe it. I am really happy for you.”
“Aku pun macam tak percaya juga.”
“Dan, kau kena ada. I want you to be there for me. It’s a must.”
“Tapi, bila majlisnya?”
“This year-end.”
“Woo.. cepatnya.” .
“So, your mom terlibat sama ker?”
“Tak, she doesn’t have a clue.”
“The rest?”
“Adli sorang jer yang tahu.” Jadi, Adli pun kiranya bersekongkol dengan abang ipar dialah dalam mengenakan aku.
“My mom, she wants to talk to you. Aku dah cakap yang majlis kahwin tak akan berlangsung kalau kau tak datang. I’ve already told her that you agree to come.”
“Please?”
“Please, just say yes for me, please…?” Dia menekan loudspeaker.
“Mom, she’s here.”
“Zulaikha, ini mama Zureen. Assalamualaikum.”
“Macamana? Ada Hafizz khabarkan pada Zulaikha?”
“Ya, auntie.”
“Hafizz dah cerita semua kat Zulaikha?”
“Dah, Auntie.”
“Macamana, setuju tak?”
“Setuju auntie.”.
Masa itulah Hafizz terlonjak-lonjak kesukaan. Heh! Patut ar….aku geleng-geleng kepala. Bijak! Bijak! Naughty Hafizz! Sekarang baru aku nampak semuanya dengan jelas.
Kemudian babak-babak yang terjadi kat Port Dickson pula muncil di kotak ingatan.
“Hah?! Nama bakal suami sendiri pun kau tak tahu?”
“Serius?”
“Habis kalau semua dah memang dirancang..kenapa kat PD tu abang marah?”
“Mau tak marah….berapa lama lepas Ika tahu Ika dilamar orang? Lama jugakan?”
“Abang ingatkan Ika mesti dah tanya siapa yang datang meminang dalam tempoh tu…Rupa-rupanya tak…Abang pun jadi kalut, cuak…kut-kutlah ada orang potong jalan abang kan.
Itu yang abang call Adli untuk mendapatkan kepastian.”.
Hafizz mengingati semula perbualan antara dia dan Adli selepas marahkan Zulaikha.
“Adli?”
“Yap.”
“Ada orang lain yang masuk meminang kakak kau selain aku ker?
“Setahu aku tak ada pula.Apasal tanya?”
“Kakak kau memang tak tahu ker aku yang hantar rombongan meminang tu?”
“Kakak aku tu? Blur memanjang jer..Dia tak tanya langsung.Dia memang tak nak ambil tahu kut.”
Tiba-tiba kami dikejutkan oleh suara kapten yang bertugas untuk penerbangan tersebut berkumandang di udara, mengucapkan terima kasih atas kesudian para penumpang menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan tersebut. Setelah itu, ketua pramugari mengambil alih dengan memberitahu bahawa kami akan tiba ke destinasi dalam masa kurang daripada setengah jam. Para penumpang diminta agar kembali ke tempat duduk masing-masing serta dinasihatkan agar memakai tali-pinggang dan bersiap sedia untuk segala kemungkinan.
Perjalanan mengambil masa selama dua jam setengah untuk sampai ke KLIA, dari KLIA ke SD apartment pula akan mengambil masa selama sejam untuk sampai. Kami menaiki sebuah teksi menuju ke Sri Damansara di mana terletaknya apartment masing-masing.
Ketika dalam perjalanan.
“Jadi nama tu…” Minda aku masih belum habis mencerna segala info tadi.
“Nama?” Hafizz sedikit keliru.
“Nama yang abang sebut masa bagitahu yang abang nak kahwin?” Aku cuba mengingati nama tersebut.
“Siapa? Aaa..Qarinah? Qarinah apa…ekkk” sambung aku lagi.
“Qarinah Hannani.” Sebaris nama itu keluar dari dua ulas bibirnya.
“Sengaja aku cipta nama itu untuk Ika….maksudnya pendamping kesayanganku..” Segaris senyuman terpancar diwajahnya ketika menatap mesra mataku. Kemudian dia memaut bahu aku sebelum memeluk aku mesra.
“Dear, when I told you that I love you, I miss you - it was not a joke….it was really, really not a joke….i meant it with whole of my heart.” Hafizz berkata sambil mengucup dahi aku. Pakcik yang sedang memandu teksi cuma memerhatikan gelagat kami pada cermin pandang belakang. Mesti pakcik tu berbulu dengan aksi kami.
“There was never someone else, it was always been you. You are everything to me.”
“That’s about all, untold story. No more secrets. It’s not that easy to digest haaa?” Dia tersenyum memandang aku.
“Baru kahwin ker?” Agaknya pakcik tu dah perasan dengan inai merah kat jari-jemari aku kut.
“Iya, pakcik.” Jawab Hafizz pada pakcik yang turut sama membantu mengeluarkan beg-beg pakaian dari bonet teksi tersebut. Setelah pasti semua barangan dikeluarkan, Hafizz menghulurkan dua keping not RM50.00 kepada pakcik tersebut sebagai bayaran kepada tambang yang dikenakan. Pakcik itu segera mengeluarkan dompet untuk memulangkan semula baki wang yang dibayar oleh Hafizz.
“Tak apa pakcik, lebih itu saya sedekah.” Hafizz berkata.
“Betul ni? Terima kasih nak. Semoga anak sekeluarga dimurahkan rezeki.” Hafizz sekadar mengangguk sambil tersenyum.
“Tahniah, nak. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu.” Ucap pakcik teksi itu sebelum berlalu pergi.
“So, apartment Ika atau apartment abang?”
“Mana-mana aku tak kisah.” Tersasul lagi. Hafizz angkat jari telunjuk bagi amaran. Dia pun sama macam aku…nak bagi aku warning pula?
“Tak apa, sama-sama sesuaikan diri. Lama-lama nanti kita biasalah.” Ujarnya sebelum menyambung.
“Jadi, shall we go to my apartment.”
“Nak keluar makan tak lepas ni?”
“Tadi dah makan?” Aku merujuk kepada makanan yang disajikan dalam pesawat tadi.
“Itu buat mengalas perut jer…”
“Malas lah nak keluar semula.”
Hafizz membuka pintu sebelum memberi laluan kepada aku masuk dahulu. Setelah meletakkan barang-barang serta beg pakaian yang ada dua tiga buah itu, kami duduk kat Sofa. Jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Sempat lagi untuk menunaikan solat Maghrib.
“Biar abang mandi dulu?” Hafizz bersuara.
“Okey.” Aku menjawab sepatah. Hafizz bangun selepas menepuk paha aku lalu menuju ke bilik tidur utama. Seketika kemudian, Hafizz muncul semula lengkap berpakaian jeans dan T Shirt putih.
“Sayang mandilah, biar abang hantar beg Ika ke apartment Ika, lepas itu bungkuskan makan malam.” Nasib baiklah beg aku tu cuma ada satu jer.
“Okey.”
“Kuncinya sayang mana?”
“Oh!” Segera aku mencari dalam beg tangan sebelum menghulurkan kepadanya.
“Sayang, pergilah mandi, solat nanti terlelap pula kat sini.” Gesa Hafizz pada aku.
“Iye lah.” Aku bangun kemudian bergerak sambil lewa menuju ke bilik yang dimasuki Hafizz tadi. Kiranya nanti jadi bilik kami lah pula. Itu, kitorang fikir kemudian lah.
“Tuala, abang dah letak atas katil.”
“Okey!” Aku jawab dari dalam bilik. Memang ada tuala kat atas katil itu, segera aku mengambil dan membawa masuk ke dalam bilik air.
Setelah puas menyegarkan diri, baru aku terfikir yang aku terlupa mengeluarkan pakaian untuk digunakan dari beg aku. Keadaan di luar terasa sunyi, agaknya Hafizz dah keluar masa aku mandi tadi. Aku nak pakai apa ni?
Aku keluar senyap-senyap lalu ke meja solek. Nasibbaik Hafizz ada meninggalkan telekung di atas meja solek siap dengan sejadahnya sekali. Prihatin juga dia ni. Tapi, baju tak ada ker? Nanti aku nak pakai apa pula? Aku menoleh dan terpandangkan sehelai baju tidur ungu hadiah perkahwinan yang sengaja Hafizz tinggalkan di atas katil bersaiz King itu dengan sekeping nota di atasnya.
“Dear, It’s time for my second claim, sayang mesti tunaikan. Tidak boleh tidak. Please wear this dress tonight, key? ”
Argh!!!!! Macamlah ada baju lain yang boleh aku pakai bila semua baju aku dia dah angkut ke apartment aku.
Oh Hafizz, nampaknya aku tidak akan pernah terlepas atau mampu melepaskan diri dari kamu, sejak dulu mahupun kini. Tanpa ikatan pun tidak, apatah lagi dengan ikatan. Aku doakan semoga kita akan berkekalan hingga ke akhirnya. Amin.
Sometimes we let affection, go unspoken,
Sometimes we let our love go unexpressed,
Sometimes we can't find words to tell our feelings,
Especially towards those we love the best.
~TAMAT~ |
|
|
|
|
|
|
|
dah tamat..
akhirnya Hafiz & Ika bersatu
thx baby untuk cerita yang manis.. |
|
|
|
|
|
|
|
wah....
citer ni da abis
syoknya happy ending.. |
|
|
|
|
|
|
|
thanks baby utk citer yg bes ni |
|
|
|
|
|
|
|
baby..
akhirnya tamat sudah..
tahniah sbb hasilkan satu karya yg sgt sweet...
akhirnya baju purple dpt digunakan |
|
|
|
|
|
|
|
akhir ye citer ni tamat gak.. tahniah baby.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah habis...
thank baby, x sabar nak tunggu next novel....
|
|
|
|
|
|
|
|
baca lagi sekali...
sweet sgt..
kalu dibukukan ok jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
dah ending... tq baby.... santai jer citer ni... |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua...
|
|
|
|
|
|
|
|
morning semua...tamat juga akhirnya..terima kasih baby |
|
|
|
|
|
|
|
tamat sudah.... citer hafiz n zulaika |
|
|
|
|
|
|
|
wah da TAMAT..THANK BABY..SO SWEET JE..DRI ZAMAN SEKOLAH..sampai kawin juga... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|